BUNGA NAN INDAH

Showing posts with label ADAKAH ANDA SIHAT?. Show all posts
Showing posts with label ADAKAH ANDA SIHAT?. Show all posts

Thursday, 15 November 2012

SMS DARI MIZA



Sudah lama saya tidak menerima sms dari  Miza. Tup-tup tadi, dia menghantarnya kepada saya sewaktu saya sedang memandu kereta. Miza (nama sebenarnya Hasmiza Mamat, SMK Paloh, SPM 2009) sudah berjaya menamatkan pengajian Matrikulasinya. Bulan Februari nanti, katanya, dia akan memulakan degreenya  di kampus UIA, Kuantan, Pahang.

Sebenarnya, cerita Miza ini saya dah post pada tarikh 25.1.2012. Saya terpaksa tayang balik atas keperluan terdesak. Kisahnya begini. Seorang anak angkat saya, B bertanyakan tentang ubat darah tinggi. Saya kata, buka blog la. Dia tanya, entri mana satu?. Saya jawab, cuba cari dalam entri JUMPA DKTOR PAKAR.

Sebenarnya cerita tentang ubat/penawar kepada penyakit darah tinggi, kencing manis & jantung ada dalam banyak entri. Tentu susah nak cari. So, sekarang saya buat satu LABEL baru untuk mereka. UBAT KENCING MANIS KENCING TINGGI (UKMDT).

Kalau ada mana-mana pembaca nak tahu tentang ubat/penawar kepada penyakit-penyakit tertentu, pergi sahaja kepada LABEL, cari UKMDT.  

Meh kita sambung balik cerita pasal SMS Miza. Bila saya membaca sms yang dia hantar,.terkejut sebentar saya. Dia bertanya tentang penyakit gout. Bkpo, kenapa dan mengapa budak ni??? Takkan muda-muda lagi dia dah kena penyakit  gout. Oleh kerana HP saya tak ada kredit, saya segera menghubunginya melalui telefon rumah untuk mengetahui cerita sebenar
.
Katanya, abang iparnya yang terkena penyakit itu. Saya terdiam sebentar. Kemudian saya teringat kepada kata orang-orang tua, kali pertama "terkena" gout memang sakit dan menyakitkan. Sampai menangis pun ada. Bercerita pasal "sakitnya" penyakit gout ini, saya mempunyai pengalaman ngeri dengannya. Berikut ini, saya paparkan  "pengalaman pertama" saya berhadapan dengan gout yang sangat menyakitkan itu..Mari ikuti.
kaki yang bengkak kemerahan, sakit giler
 Cerita itu berlaku sekitar bulan November 2001. Masa itu, saya & family tinggal di Taman Perumahan Wakaf Tengah, Batu Rakit, Terengganu. Pada hari saya diserang penyakit gout, paginya saya berjogging. Petang pun berjogging. Sewaktu maghrib hampir menjelang, kaki saya tiba-tiba mengbengkak pada sebelah kiri. Seluruh kawasan buku lali tiba-tiba sahaja terik merening seakan-akan nak pecah. Ia betul-betul seperti belon yang ditiup sebesar-besarnya dan menunggu masa sahaja untuk pecah..

Masa itu, saya sedang berbaring di depan TV. Oleh kerana terlampau  sakit, saya tidak nampak apa-pun yang tertayang di skrin TV. Isteri saya cuba mengurut, tetapi saya meminta kerjasamanya supaya menjauhkan dirinya & anak daripada saya. Jangan sentuh apa-apa. Jangan pegang apa-apa. Jangan urut pun. Kalau boleh, jangan tengok pun.

Memang saya sakit yang amat sangat. Anda tahu, bagaimana rasa sakitnya???  Saya boleh terangkan begini supaya anda nampak bayangan kesakitan itu. Seolah-olah macam kaki saya itu ditoreh dari atas sedalam 1 cm menggunakan pisau cukur (gillete). Ternampak dagingnya yang puteh kemerahan. Ternampak juga salur darahnya yang kemudian memancarkan darah. Ambil segengam garam halus kemudian masukkan ke tempat torehan daging tadi. Kemudian tuangkan separuh botol cuka makan ke atasnya. Lumurkan lada burung yang telah digiling halus padanya. Kemudian perahkan asam limau nipis ke atasnya. Sebiji, dua biji & seterusnya. Kemudian bakar bahagian bawah tapak kaki. Kemudian seterika pula bahagian atas kaki. Aduh sakitnya. Memang sakit, sakit & sakit. Memang seksa, seksa  & menyeksakan. Begitulah rasa sakitnya gout itu.

Tanpa rasa segan-silu, saya menangis malam itu. Menangis kerana tak tertanggung menahan rasa sakit yang amat sakit. Saya alah kepada rasa sakit yang menjalar di seluruh kaki saya. Panas, pedih, sakit, berdenyut-denyut dan entah apa-apa lagi. Semuanya sangat menyeksakan saya. Sepicingpun saya tak dapat tidur. Selagi saya tidak tidur, selagi itulah rasa sakit & penderitaan itu membaluti seluruh tubuh saya, perasaan saya, jiwa saya & akal saya. Saya menderita 100%.

Kawan-kawan sekursus saya semuanya balik ke Kelantan malam itu. Tak dapat nak minta tolong mereka bawa saya ke klinik. Cuma ada Mat Sam yang tinggal Batu 6, Manir, Kuala Trengganu. Dia pulak tak ada di rumah malam itu. Katanya, dia sedang berada di Dungun atas urusan keluarga..

CUKUP MENDERITA MALAM ITU
Ya Allah Ya Rabbi, saya cukup menderita malam itu. Untuk bergerak mengambil wuduk, saya terpaksa menggunakan lutut untuk bergerak. Bahagian kaki saya memang tak boleh digunakan langsung. Serasa tandas rumah saya seolah-olah macam 1 km jauhnya daripada saya. Berpeloh-peloh juga saya untuk sampai ke sana.  Kemudian bila mengerjakan solat, saya duduk mengikut kemampuan yang ada. Al-Fatihahpun saya baca dalam keadaan menahan sakit. Entah betul, entah tidak, sayapun tak tahu. Semoga tuhan mengampunkan saya.

Malam itu, menjelang pukul 2.00 pagi, baru saya dapat tidur. Tenteramlah diri saya buat sementara waktu sementara menunggu pagi menjelang tiba. Tetapi sekali-sekala ada juga saya tersedar. Tak lena juga saya tidur. Kaki saya terpaksa diikat dengan bantal supaya ia selesa dan tidak bergerak ke sana ke mari. Kalau terpelewek (maksudnya tergelincir) sedikit sahaja, sakitnya hanya tuhan yang tahu. Memang malam itu, saya sakit, sakit & sakit.   

Besoknya, barulah Mat Sam, sahabat saya itu membawa saya ke klinik Ihsan di hadapan MRSM Batu Rakit. Doktor mengeleng-gelengkan kepalanya melihat kaki saya yang membengkak & merening macam nak pecah. Selepas mendapat injeksi dan rawatan sepatutnya, barulah saya sembuh.

Sekarang ini, gout sudah jarang menyerang saya. Saya benar-benar mengambil nasihat dari doktor yang merawat saya dan mendengar kata orang-orang tua yang lebih berpengalaman daripada saya. Dan nasihat-nasihat inilah yang saya titipkan kepada Miza. Semoga nasihat itu berguna untuk abang iparnya dan orang-orang lain yang menderita sepertinya.

DENGAR NASIHAT SAYA
Nasihat saya ialah [1] Jangan sesekali memakan organ dalaman binatang seperti hati, limfa dan sebagainya. Saya langsung tak makan benda ni. [2] Jangan makan sebarang kacang. Termasuklah kacang butir, kacang itik, kacang panjang dan sebagainya. Kalau nak makan juga kacang panjang, buanglah butirnya. Makan sahaja batangnya yang panjang itu, [3] Jangan amalkan makan ayam daging secara berterusan tiap-tiap hari. Ia mengandungi hormon sintetik & lain-lain bahan kimia yang boleh menyebabkan pemakannya mendapat bengkak pada tangan mereka. Rakan saya, Salahuddin & sepupu saya, Sauti termasuk di antara mereka yang telah merasai pengalaman ini.

[4] Jangan makan daging merah (daging segar) secara berterusan. Saya memang tak boleh makan. Kalau makan, memang kena gout. Tetapi kalau daging import atau daging segar yang disimpan lama dalam peti, tak apa pulak. Ok jew. [5] Jangan makan sos tomato. Berhati-hatilah dengan ikan sardin, kerana ia mengandungi kuantiti sos tomato yang agak banyak di dalamnya. [6] Akhir sekali, ini syarat paling penting, mesti cekalkan diri berpantang dari memakan jenis makanan (1-5) di atas. BERPANTANG ITU PENTING.
Demikianlah beberapa pantang larang yang saya titipkan kepada Miza. Buat permulaan, saya menyuruh abang iparnya mendapat rawatan awal di klinik. Ambil pain killer dan ubat penyembuh gout. Pain killer hanya diambil ketika PERLU sahaja. Maksudnya ketika sakit sahaja. Bila dah surut / hilang rasa sakitnya, barulah ambil ubat penyembuh gout. Jangan telan ubat penyembuh gout sewaktu anda masih sakit. Ia akan memburukkan keadaan. Sakit anda akan bertambah sakit.

Di kesempatan ini, saya juga nak memberitahu beberapa petua untuk mengurangkan paras asid urik di dalam badan dan seterusnya menyembuhkan gout. Insyaallah.

[1]. Ambil peria yang sederhana besar dan potong tiga. 1 bahagian untuk 1 hari. Kisarkan dia dan minum. Amalkan selama 40 hari. Insyaallah sembuh. Ia juga sesuai untuk penyakit kencing manis & darah tinggi. Kalau ada peria katak, lagi sesuai.

[2]. Cari epal hijau. Belah kepada 4 bahagian. Rebus sehingga ia lembik dan hampir hancur. Selepas itu, minum airnya dan makan epal itu sehingga habis. Amalkan selama 40 hari berturut-turut. Insyaallah  sembuh..
Sekian dari saya.

Disiapkan pada 25.1.2012     8.02 am
Diterbitkan semula pada 15.11.2012    4.35 pm

UNTUK MEMBERI KOMEN / RESPONS, PILIH 'COMMENT AS' DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIPKAN NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ

     

Saturday, 10 November 2012

BUAH PERIA KATAK


ANDA KENAL BUAH PERIA KATAK? Kalau anda tak kenal, meh saya tunjuk. Anda mesti kenal  buah ini sebab khasiatnya sangat besar untuk mengubati penyakit. Penyakit apa? Penyakit orang kaya. Apa dia tu? Kencing manis.

Maaflah wahai sekalian orang kaya. Saya hanya bergurau sahaja. Maaflah juga wahai sekalian pengidap penyakit kencing manis. Saya hanya berseloroh sahaja. Apa-apa pun, anda mesti kenal buah ini. Buah ini adalah buah penawar untuk kencing manis.

Saturday, 3 November 2012

TIPS KESIHATAN YANG BAIK


SARANAN PERTAMA
Jangan telan ubat anda menggunakan air sejuk.

 
Elok guna air suam atau panas sebab ia memudahkan tindakbalas kimia untuk membantu penyembuhan segera anda. Ubat  mempunyai struktur molekulnya yang tersendiri dan memerlukan sedikit haba untuk memutuskan ikatannya.

Thursday, 11 October 2012

22 FAKTA TENTANG KENTUT (SIRI 1)



 

Unik dan Menarik

Kentut merupakan kurniaan tuhan yang jarang disyukuri oleh manusia. Kata doctor, kalau manusia itu tak kentut, bererti kesihatannya kurang baik. Sebab itulah, kadang-kadang kita tengok, doctor menepuk-nepuk perut bayi untuk melihat samada dia kentut atau tidak.

Thursday, 20 September 2012

5 KEBIASAAN BURUK YANG MENYEBABKAN ANDA KELIHATAN TUA



Hidup ini sebenarnya sebuah rutin yang senang difahami. Yang kecil menjadi besar, muda menjadi tua, tua kemudian mati, dan begitulah seterusnya.

Tetapi kadang-kadang kita terpegun melihat lelaki dewasa 55 tahun seperti orang muda, masih sihat dan mampu berjogging sejauh 3 km setiap pagi. Ada juga lelaki muda berubah seperti orang tua yang 10 tahun lebih tua daripadanya.

Friday, 7 September 2012

KEPENTINGAN TIDOR KEPADA MANUSIA



Manusia menghabiskan satu pertiga dari umurnya atau lebih kurang 33.3% dari keseluruhan hidupnya untuk tidur.

Bermakna kalau umur anda 60 tahun, anda telah menghabiskan masa selama 20 tahun untuk tidur.

Friday, 8 June 2012

ANDA KENAL POKOK INI?

 


pokok ini sangat mujarab untuk penyakit-penyakit kronik
Selain DT & KM, ada juga khasiat lain...Tanya Pak Mat..


Pokok di atas namanya Pokok Bismillah. Anda pernah dengar?

Kali pertama saya melihat pokok ini, saya terbentur antara 2 keadaan. Inilah kali pertama saya melihatnya. Ia seakan-akan pokok ara yang banyak tumbuh di tepi sungai.

POKOK BISMILLAH yang saya maksudkan, daunnya seperti daun nangka dan batangnya seperti batang ubi kayu. Bezanya, ia tak berkerutu. Ia lurus memanjang ke atas.

Kata Pak Mat, tuan punya pokok ini, khasiatnya banyak. Yang paling popular, mujarab untuk mengubati penyakit darah tinggi, kencing manis dan.....  Maaflah, saya tak mahu bercerita di sini kelebihan-kelebihannya yang lain. Kalau hang nak tahu juga, hang pergilah ke Mengkebang, cari Pak Mat Kain Pelikat. Nanti dia boleh cerita.

Khasiatnya memang banyak. Kerana nama lain bagi pokok ini pun hebat juga. Selain daripada pokok Bismillah, ia juga dipanggil pokok RM5.

Terkejut saya. Pokok RM5? Pasal apa? Kata Pak Mat, masa dia mula-mula dipopularkan dahulu, harga sehelai daun ialah RM5. Daunnya boleh dimamah mentah-mentah. Sapa-sapa yang nak makan daunnya untuk dibuat ubat, mesti bayar RM5.

Selain di mamah mentah-mentah, daunnya & batangnya boleh dipotong & dijemur sehingga kering. Kemudian direbus & minum air.

Saya gembira mendengar penemuan pokok Bismillah ini. Sebabnya, sudah lama saya mencari ubat herba untuk penyakit kencing manis saya. Saya dah ambil beberapa ranting dari rumah Pak Mat untuk ditanam di rumah saya sendiri. Mudah-mudahan khasiat pokok ini dapat membantu menyembuhkan penyakit kencing manis saya.

Nanti, kalau ada sapa-sapa nak daun pokok ni, boleh hubungi saya di fb.Mudah-mudahan ia berguna untuk saya dan juga anda.
 
Sebelum ini, saya gembira juga kerana mendapat satu info berguna tentang penyakit kencing manis.  Info yang saya maksudkan itu ialah tentang khasiat kacang bendi.



Masa saya kecil dahulu, saya cukup tak suka dengan kacang bendi ini. Sebabnya ia berlendir. Cuma bila dah berumur ini, baru saya makan sikit-sikit. Isteri saya cukup suka makan kacang bendi. Kadang-kadang dia goreng atau masak air, kadang-kadang juga dia celur & cicah budu.

Menurut info yang saya dapat, kacang bendi sangat berkesan untuk mengubati penyakit KENCING MANIS. Aturan menggunakannya adalah seperti berikut.

[1] Ambil 2 atau 3 batang kacang bendi. Potong kiri kanan.
[2] Sediakan 1 bekas air biasa. Jangan air suam.
[3] Masukan kacang bendi tadi ke dalam air sebelum tidor
[4] Minum air tersebut keesokan paginya.
[5] Ulangi sehingga 40 hari.

Alhamdulillah, semoga dengan info berguna ini, saya, anda & kita semua dapat mengambil manfaat berguna untuk kesihatan diri.

DISIAPKAN PADA 7.6.2012, 7.25 AM


      

Tuesday, 22 May 2012

JUMPA DOKTOR PAKAR

Anda kenal bulu jagung??? Ada orang panggil bulu ketiak jagung??? Kalau anda beli jagung yang muda, warna bulunya pucat kekuningan. Kalau anda beli yang tua, warna bulunya seakan-akan perang.

 
Anda tahu khasiatnya??? Saya sendiri pada awalnya tak tahu khasiatnya. Yang saya tahu, makan isinya sahaja. Kalau dibuat bubur, lagi best. Bubur jagung sedap giler.

Tuesday, 1 May 2012

HADIAH UNTUK HARI PEKERJA [DIABETES MELITUS]

    
                                

Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2012, saya suka memberikan anda satu hadiah yang istimewa.

Hadiah ini mungkin berguna untuk anda, untuk ibubapa anda, adek beradek anda, kaum kerabat anda atau teman taulan anda.

Saya bukan nak beri duit RM500 seorang. Saya mana ada duit banyak. Saya cuma nak beri nasihat dan panduan.

Setiap pekerja mestilah sihat. Kalau tak sihat, tentu daya produktiviti berkurang. Asyik cuti, asyik jumpa doktor dan  sebagainya.

Jangan jadi macam saya. Saya mempunyai banyak penyakit. Darah tinggi, kencing manis (diabetes) & jantung sekaligus. Kata orang, penyakit 3 beradek. Dulu, saya ada gout, tetapi semenjak saya berpantang, dia dah tak ada. Sekarang tinggal 3 jew.

Saya tak tahu status penyakit diabetes saya. Samada Diabetes Acute ( tahap 1) atau Diabetes Melitus (Tahap 2). Sepanjang saya berjumpa doktor pakar, bacaannya sekitar (7 - 9) Hg mm. Cuma ada jarang-jarang sekali, melebihi 10 Hg mm. Itu dah tinggi tu.

Saya hanya mengharapkan saya ni pengidap Diabetes Acute. Minta-mintalah selepas ini, semboh segera. Janganlah terkena Diabetes Melitus. Besar risikonya. Banyak bahayanya.




Anda tahu tak maksud Diabetes Melitus? Penyakit Diabetes Melitus atau yang umum sebut sebagai penyakit “Kencing Manis”, atau “Penyakit Gula Darah” sekarang ini sudah menjadi penyakit “sejuta umat”. Itu menunjukkan penyakit Diebetis Melitus itu sudah menjadi penyakit global yang sangat merbahaya.
.
Mengapa demikian? Hal ini banyak disebabkan oleh cara hidup zaman moden  atau modern life sytle yang terbiasa dengan pengambilan makanan segera (biasa juga disebut Fast Food, FF) seperti KFC, Mc Donald, Pepsi-cola, Cola-cola dan sebagainya.

Ia juga berkait rapat dengan  pengambilan bahan-bahan bergoreng, rmakanan berlemak, kurang  buah-buahan dan sayur-sayuran

Disamping itu, masyarakat umumnya menganggap bahwa penyakit kencing manis hanya diakibatkan oleh terlalu banyak makan atau minum yang relatif manis.

 Mereka juga beranggapan cara mencegah dan mengobatinya cukup dengan menahan diri (diet) mengambil bahan makanan yang  manis atau mengandung banyak karbohidrat seperti nasi, burger  dan sejenisnya.

Sebenarnya doktor menamakan penyakit Diabetes Melitus ini sebagai “Mother Of Deases”  atau "Ibu Segala Penyakit”

Mengapa dinamakan demikian?. Kerana bila seseorang sudah mengidap penyakit kencing manis, berarti darahnya sudah tercemar oleh gula yang menyebar keseluruh organ tubuh penting lainnya dan merosakkan organ tersebut…

Organ apakah yang mungkin rosak.?
[1] Otak…orang akan  menderita pikun/pelupa. Mereka mungkin akan nyanyuk sebelum waktunya.  

[2] Mata…orang akan menderita rabun mata sampai buta. 

[3] Ginjal... orang akan menderita kompilasi ginjal dan harus menjalani hemodialisis

[4] Alat kelamin.. untuk pria akan menderita impoten (gagal berfungsi)

Dan banyak yang lain lagi…

Benarkah pengobatannya hanya cukup dengan diet (menahan diri) minum dan makan yang manis manis atau yang bisa berubah menjadi glukosa dalam darah?…..Sepengetahuan saya,  jawabnya adalah tidak benar!!!

Diet tersebut hanya akan menjaga penyakit agar tidak semakin parah dan menunda kerosakan organ yang rosak


Sebenarnya apa yang harus dilakukan?. Yang harus dilakukan adalah ia harus mengobati organ PANKREASnya yang berfungsi menghasilkan hormon INSULIN  yang akan memproses metabolisme gula yang ada dalam darah menjadi energi atau tenaga.

Dalam maksud saintifiknya, glukosa diproses menjadi glukogen yang diperlukan untuk energi dalam aktiviti otot dan sebagainya.

Apakah obat Pangkreas?…banyak, tapi pilihlah yang bukan bahan kimia. Carilah yang organik…agar tidak menghasilkan limbah racun yang akan merusak hati dan ginjal…

Bahan-bahan herba yang sering digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis seperti daun salam; ramuan rebusan daun jambu, kunyit putih dan rambut jagung  sebenarnya hanya memiliki efek mengurangi kadar gula dalam darah, tetapi tidak memperbaiki pankreasnya !!!

Untuk memperbaiki Pankreas, harus dilakukan usaha yang serius atau bersungguh-sungguh, yaitu disamping diet yang ketat terhadap makanan dan minuman  yang mengandung gula dan karbohidrat, juga harus mengamakan senaman (olah raga) rutin dibawah sinar matahari pagi antara jam 6 am -8 am, serta mengambil supelmen yang mengandung minyak omega 3 (minyak ikan laut dalam, sunclorela, crypto, ikan salmon dll)…

Senaman atau olahraga rutin setiap hari dibawah cahaya matahari pagi akan menyerap Sinar Far Infra Red (Biofir) yang sangat bermanfaat membantu proses metaolisme tubuh secara sangat efektif. Ini akan membantu proses perbaikan dan pembuatan sel baru organ tubuh yang rosak….
,
Demikian juga 0mega 3 akan membantu proses metabolisme melalui pembentukan sel baru organ tubuh yang rosak dan melindungi inti sel organ tubuh kita…

Diet ketat akan membantu menurunkan kadar gula dalam darah agar metabolisme tubuh menjadi lebih lancar dan mengurangi pencemaran gula pada organ tubuh yang rosak…
.
Jadi yang harus dilakukan adalah: [1] Lakukan pola pemikiran positif [Positif Thinking]; [2] Olah raga rutin/intensif dibawah sinar matahari pagi antara jam 6-8 pagi; [3] Diet ketat pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula/karbohidrat;  [4] Makan dan minum supelmen mengandung Omega 3 tinggi; [5] Secara beransur-ansur mengurangi obat yang mengandungi bahan kimia dan menggantinya dengan supelmen herba dalam dos yang tepat.

Dari semua hal yang disebut di atas, menurut pengalaman saya, pengaruh senaman atau olah raga rutin dibawah sinar matahari pagi adalah yang sangat mudah, murah dan efektif.  Ini  tidak mengandungi risiko apapun, tapi justru memperkuat jantung dan paru paru…

Dan saya juga bersetuju jika semua pesakit Diabetes Melitus mengamalkan konsep JALAN KAKI sekitar kampung, taman atau tempat kediaman anda.

Paling mustahak, elok anda pergi ke masjid atau surau secara berjalan kaki demi untuk menyihatkan pankreas anda. Orang sakit macam anda, elok mengamalkan praktek ini. 


Selamat mencoba. Dan Selamat Hari Pekerja.