BUNGA NAN INDAH

Showing posts with label RESIPI KEJAYAAN DALAM ADDMATH. Show all posts
Showing posts with label RESIPI KEJAYAAN DALAM ADDMATH. Show all posts

Friday, 7 December 2012

MEMBINA STRATEGI BARU ADDMATH 2013



Selamat bertemu kembali. Saya dah siapkan projek tanaman ubi kayu saya. Penat jugalah. Hampir 300 pokok kesemuanya. Kalau menjadi semua, insyaallah awal tahun dapat makan hasil.

Budak-budak zaman sekarang dah tak suka makan ubi kayu. Depa pun tak kenal sangat produk-produk dari ubi kayu seperti pengat UK, tapai UK, UK bakar, UK rebus, kerepek UK dan sebagainya.

Tuesday, 13 November 2012

RAHSIA MENGHADAPI KERTAS ADDMATH SPM (SELASA, 20.12.2012)



Saya  terkejut sakan melihat ramainya pengunjung kepada entri saya, SELAMAT DATANG WAHAI KERTAS ADDMATH (SELASA 20.12.2012). Terima kasih atas kunjungan anda. Itu sekadar sebuah cerita antara guru & murid. Tetapi ada benda penting di dalamnya, persepsi saya sebagai seorang guru.

Walau bagaimanapun, anda patut membacanya. Dan tentunya anda mengharapkan sesuatu yang lebih daripada itu. Saya faham. Saya cukup faham. Meh ikuti entri terbaru saya ini, RAHSIA MENGHADAPI KERTAS ADDMATH SPM (SELASA, 20.12.2012).
 
Saya harap anda semua dah baca 2 entri saya sebelum ini. Saya sengaja post awal (dalam Bulan Oktober 2012) supaya anda boleh bersedia awal. [1] PETUA UNTUK LULUS ADDMATH, [2] ANDA MAHU  SKOR A ADDMATH? Jangan baca sahaja. Anda kena buat tindakan susulan.

Bila saya kata “tindakan susulan”, itu bermaksud anda mesti berusaha seperti mekanik motorsikal. [1] Periksa di mana kerosakannya, [2] Periksa status kerosakannya & [3] Baiki sampai Berjaya.

Addmath tidak dapat dicapai dengan mudah kecuali jika anda bijak & sanggup berusaha ke paras maksima. Dunia Addmath bukan dunia khayalan. Anda mesti berusaha sekuat tenaga untuk mencapainya

Addmath juga bukan sesuatu yang menakutkan. Saya selalu memberi misal begini kepada pelajar-pelajar saya. Anggap sahaja Addmath itu seperti seekor biawak. Kalau anda berani menentang matanya, memegangnya & melihat tubuhnya dari A hingga Z, nescaya biawak itu gampang sahaja bagi anda.

 
Tetapi kalau anda takut menentang matanya, terkencing melihat tubuhnya, terberak melihat lidahnya yang panjang, nescaya sampai bila-bila pun anda akan mendapati biawak itu menakutkan.  .

Jom sekarang kita kembali kepada tindakan susulan yang perlu anda buat.

BERIKUT ADALAH TINDAKAN SUSULAN YANG PERLU ANDA BUAT

[1] UNTUK KERTAS 1 : Buat kelompok masing-masing
Kelompok 1 : Fungsi (biasanya 3 soalan)
Kelompok 2 : Persamaan Kuadratik & Fungsi Kuadratik (3 soalan)
Kelompok 3 : Indeks & log (3 soalan)
Kelompok 4 : janjang (3 soalan)
Kelompok 5 : Hukum Linear (2 soalan)
Kelompok 6 : Vektor (3 soalan)
Kelompok 7 : Sukatan membulat (1 soalan)
Kelompok 8 : Pembezaan & pengamiran (4 soalan) 
Kelompok 9 : Statistik, Kebarangkalian & Taburan (3 soalan)

Saya tahu ada pelajar lemah pada kelompok-kelompok tertentu. Contohnya, Kelompok 2, 3, 5, 8 dan 9. Apa yang mesti anda buat? Meh, kita pergi kepada langkah 2

[2] Anda semak K1 pada soalan-soalan past year (2006 – 2008). Kemudian semak soalan-soalan Trial dari MRSM, SBP, Kelantan, Pahang & beberapa negeri lain. Ada persamaan / perbezaan pada kelompok-kelompok berkenaan dari kedua-dua sumber soalan itu?

[3] Kalau ada persamaan, anda teruskan menjawab KESEMUANYA sehingga anda benar-benar mahir.

[4] Kalau ada perbezaan, anda  salin semula semua soalan yang BERBEZA itu supaya anda tidak terlepas pandang mengenai perubahan bentok yang berlaku.

Soalan-soalan SPM sentiasa berubah setiap tahun. So, anda kena tengok soalan  past year (2006 – 2008). Anda juga kena tengok soalan K1 Trial dari MRSM, SBP, Kelantan, Pahang, Johor dsb. Kenalpasti sebarang perbezaan yang wujud.

[5] Supaya anda lebih mahir & cekap, buat 4 soalan klon untuk setiap soalan yang anda jumpa. Anda tahu apa maksud soalan klon? Anda tukar anu pada soalan asal, kemudian cuba jawab. Buat sehingga 4 soalan tambahan.

[6] Untuk lebih menjamin tahap kefahaman anda, elok anda ulangi langkah (1 – 5) di atas untuk kelompok-kelompok yang lain. Pastikan anda mahir untuk semua 9 kelompok yang saya syorkan. Selamat mencuba, selamat berusaha, selamat Berjaya.

PALING PENTING, anda mesti menguasai kelompok 2, 5, 6, 8 & 9 untuk memastikan anda mendapat markah yang LEBIH LUMAYAN. Ramai pelajar selalu terlepas tajuk ini. Ada pelbagai sebab. Boleh jadi mereka tak cakna, malas berusaha & sebagainya.

Sekarang mari kita tengok Kertas 2. Tindakan susulannya adalah seperti berikut.

[1] UNTUK KERTAS 2 : Ada 6 soalan berikut yang selalu menganggu pelajar. [1] Graf dalam Trigo/Penyempurnaan Kuasa 2/Indeks dan log (A), [2] Janjang (A), [3] Sukatan membulat (A), [4] Hukum linear (B), [5]  Vektor (B) & [6] Pembezaan & Pengamiran (B) 

Maknanya ada 3 soalan payah dari Bahagian A & 3 soalan payah dari Bahagian B. Bahagian C bergantung kepada guru anda. Dia tentu pilih tajuk yang mudah untuk anda.

[2] Saya mengesyorkan supaya pelajar melihat semua soalan K2 yang datang dari MRSM, SBP, Kelantan, Pahang, Johor & dsb. Kalau tak ada, cari sampai jumpa. Kalau tak jumpa juga, cari dalam Internet. Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.

[3] Jawab kesemua soalan yang saya senaraikan di atas. Kesemuanya ada 9 tajuk. Kalau anda mempunyai 4 sumber soalan Trial (katakan MRSM, SBP, Kelantan & Johor), bermakna anda dah jawab 36 soalan. Dah banyak tu.

[4] Anda mesti menjawab ikut format/skema SPM. Camna nak tahu? Saya syorkan anda tengok contoh jawapan dalam Buku Addmath Past Year Questions. Bandingkan dengan jawapan anda. Tengok kriteria-kriteria berikut ;

  • Cara perletakan jawapan
  • Penggunaan rumus yang sesuai
  • Bilangan titik perpuluhan
  • Unit yang digunakan    

[5] Untuk lebih mahir dan cekap, jangan lupa buat 3 soalan klon. Jangan anda tumpu kepada tajuk-tajuk di atas sahaja. Kalau ada tajuk-tajuk lain yang anda masih lemah, ulangilah langkah yang sama. Selamat mencuba, selamat berusaha, selamat Berjaya.

Dunia Addmath adalah dunia latihtubi. You have to be aggressive in ur drilling. Buat, buat & buat. Jangan peduli kepada letih & lapar. Kalau anda masih bernafsu besar nak rehat, tidor & makan, tentu ada sesuatu yang tak betul dengan Addmath anda.  

Tadi saya buat bengkel untuk pelajar-pelajar saya. Hampir semua soalan yang dibincangkan dalam K2 (kami guna soalan-soalan Trial di atas), saya tengok mempunyai bentok baru yang sangat mengelirukan. Terutama sekali soalan janjang, statistic & Hukum Linear.

So, jangan lupa tengok Kertas Trial dari MRSM, SBP, Kelantan, Pahang, Johor & lainnya. Kalau anda rajin menyemak & mentelaah soalan-soalan yang saya syorkan, insyaallah ia dapat membantu anda sedikit sebanyak.   

  

Sunday, 11 November 2012

SELAMAT DATANG WAHAI KERTAS ADDMATH (SELASA, 20.11.2012)



Budak-budak SPM sudah mula menghadapi kertas pertama mereka pada Isnin, 5.11.2012. Biasalah, BM kertas 1.  Saya teringat pengalaman SPM saya pada tahun 1979. Semasa saya menjawab BM Kertas1, saya menulis cerita berkenaan pengalaman (kalau tak silap saya, pengalaman di Pasar Malam). Saya sengaja perbesarkan tulisan saya supaya mudah dibaca.

Monday, 15 October 2012

ANDA MAHU SKOR "A" ADDMATH?



SPM 2012 hanya tinggal lebih kurang 3 minggu lagi. Lebih kurang 21 hari jew lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil?

Bolehkah aku skor “A” Addmath tahun ini?

Izinkan saya menjawab soalan anda di atas. Ya, anda mampu. Memang anda boleh skor “A” kalau anda mahu. Tetapi ada syarat-syaratnya.

Monday, 8 October 2012

PETUA UNTUK LULUS ADDMATH



SPM 2012 Cuma tinggal lebih kurang 28 hari je lagi. Bagi pelajar-pelajar yang ambil Addmath, mereka dah ketar kepala lutut. Kata orang Kedah, depa dah ketaq kepala lutut. He2.

Monday, 24 September 2012

PERCAYA KEPADA KUASA BUKU TEKS



Anda mungkin terkejut mendengar tajuk ini. Maksud saya begini. Anda tidak perlukan apa2 bahan lain selain buku teks untuk berjaya, bahkan juga untuk cemerlang. Mana bukti saya berkata demikian???

Saya mempunyai seorang rakan guru yang juga mengajar Addmath seperti saya. Dia mempunyai keyakinan yang cukup tinggi dengan caranya, iaitu hanya menggunakan buku teks semata2. Dia percaya kepada kuasa buku teks


Wednesday, 29 August 2012

PAKAR ADDMATH?

 
Adakah anda berminat menjadi pakar Addmath?.. 

Soalan ini saya tujukan kepada sesiapa sahaja, tak kira samada anda pelajar T3 yang sedang menunggu keputusan PMR atau anda pelajar T4 atau anda pelajar T5 yang akan mengambil subjek ini di dalam SPM.

Friday, 30 December 2011

3 TERAPI ADDMATH 2012: KHUSUS UNTUK PELAJAR-PELAJAR T5. MESTI BACA. PENTING

 
Semua orang ada azam tahun baru. Syaza Pinky Amira yang tinggal di Batu 30 ada, Atikah di Kg Banggol Judah ada, Azlin di Kg Bukit Tiu ada, Sudin di UPSI ada, Marihah Mamat di UUM ada, Zaki di IPG Kulim ada, Wan Nur Fazira di Penang ada, Nik Nurul Atikah di Kg Muka Bukit ada, Azrul di UITM Jengkapun  ada. Semua orang ada azam tahun baru. Sayapun ada. 

Apa azam saya tahun ini??? Saya ada banyak azam. Tetapi salah satunya berkaitan dengan Addmath. Saya nak semua pelajar saya lulus Addmath. Maksudnya 100% lulus.  Dan saya mahu 20% daripada mereka boleh skor A. Tak kiralah A- atau A atau A+. Janji dapat A.

Tercapaikah hajat saya itu??? 

Insyaallah, boleh tercapai dengan bantuan 3 terapi Addmath 2012 yang saya nak perkenalkan ini. Sebahagian daripada terapi ini pernah saya cuba. Hasilnya sangat menakjubkan. Mujarab.

ATTENTION : THE FOLLOWING THREE THERAPIES ARE NOT FOR ADDMATH ONLY. YOU CAN USE IT FOR OTHER SUBJECT TOO.  TQ.

1. [TERAPI AIR]. Orang putih pernah mengkaji keberkesanan air untuk memberi energi kepada manusia. They believe in the miracle function of the therapy of water.  Mereka pernah menebitkan sebuah buku berjudul "The message from water". Kata mereka, air boleh meransang kekuatan minda manusia dan menjadikan mereka lebih sihat, bertenaga, berani dan sebagainya.Ujian mereka simple sahaja. Bila mereka pasangkan muzik yang positif (maksudnya lembut & mengandungi lirik yang baik) kepada air, molekul air jadi cantik. Kalau sebaliknya, molekul air kelihatan seperti lembaga yang hodoh & menakutkan.

Kita, umat islam di zaman mutakhir ini jarang membuat kajian. Kita kurang ilmiah tentang kajian / eksperimen. Tetapi kita ada satu kekuatan iaitu iman. Apa yang Nabi Muhammad kata, kita percaya dan pegang sungguh-sungguh. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Sesungguhnya air zam-zam itu menurut apa yang kamu niatkan". Maksudnya, kalau kita berniat minta kesembuhan dari penyakit, insyaallah kita akan sembuh dengan berkat air zam-zam itu.

Seorang pakar teknologi Jepun pernah membuat kajian menyeluruh tentang molekul air. Dia mendapati molekul air zam-zam adalah yang paling baik dari segi susunan, sktruktur dan sebagainya. Dalam satu  persidangan tentang gambar molekul sampel air di seluruh dunia yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dia menunjukkan hasil kerja saintifiknya. Semua peserta adalah non-muslim kecuali dua orang. . Mereka adalah Ustaz Abdullah & seorang pensyarah dari sebuah uinversiti tempatan. Kedua-duanya dari Malaysia 

Ada 2 kesimpulan dari persidangan itu [1] Bila ditunjukkan semua bentok molekul sampel air di seluruh dunia, didapati molekul air zam zam adalah yang tercantik. Bentoknya seperti berlian yang tersusun indah. [2] Bila diadakan ujian suara terhadap air mineral, didapati molekul air yang dibacakan Al-Quran sangat indah dan teratur, seakan-akan sama seperti air zam-zam itu sendiri.

Secoret kata dari Ustaz Abdullah, "Jika hendakkan air itu manis, masukkanlah gula ke dalamnya. Jika hendakkan air itu berwarna, masukkanlah pewarna ke dalamnya. Jika hendakkan air itu mulia, bacakanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya"

Oleh kerana air zam-zam hanya terdapat di Mekah dan sukar didapati di negara-negara Ajam, maka ramai ulamak, tok guru, ustaz, para solihin dan ibu bapa kita hanya menggunakan air biasa yang dibaca Al-Quran kepadanya. Biasanya mereka membaca Al-Fatihah, Ayatul Kursi, selawat dan beberapa ayat yang berkaitan supaya menjadi ubat atau penawar kepada penyakit-penyakit rohani & jasmani.  Hasilnya juga sangat positif. Memberansangkan. Menakjubkan.  Di Indonesia, mereka menamakan air yang dibacakan Ayatul Kursi sebagai "Air Hawa Kursi" untuk mendapatkan manfaatnya.   

Jadi terapi air yang saya sebutkan sebelum ini menggunakan kehebatan Al-Quran melalui medium air. Sebagai seorang Islam, kita mesti percaya dan yakin kepadanya. Tatacaranya mudah sahaja. Ambil segelas air masak (plain water). Niat dahulu. Maksudnya berniat untuk mencergaskan minda dan tajam fikiran. Supaya faham pelajaran, terutama sekali Addmath. Baca Al-Fatihah (1x) , Al-Kursi (1x) & selawat (1x). Tiup perlahan-lahan pada air. Minum. Lakukan 1x sehari sebelum datang ke sekolah.     

Insyaallah, dengan berkat ayat-ayat yang mulia itu, anda menemui keajaibannya.

2.[TERAPI BISMILLAH]. Sesetengah daripada kelas yang saya masuk sudah tertulis perkataan BISMILLAH...pada papan hitamnya. Sesetengahnya pula tidak ada. Jadi elok sangat kalau dimulakan proses P & P di kelas dengan ucapan yang mulia ini.

Saya bercadang memperluaskan terapi BISMILLAH ini pada tahun 2012 ini. Menulisnya pada setiap kali hendak mengajar. Dan pelajar-pelajarpun dikehendaki menulisnya pada buku nota/ latihan masing-masing pada setiap kali  hendak belajar.  Saya pernah mengamalkannya semasa saya bersekolah dahulu. Keberkatan mengamalkannya tidak datang serta-merta. Tetapi kemudiannya, saya mendapati beberapa kelebihan berikut; [1] kepala saya terasa ringan, [2] daya ingatan menjadi kuat, [3] Hati saya sangat mencintai ilmu [4] apa yang cikgu ajarkan mudah diingati, [5] penghormatan terhadap guru semakin bertambah,  [6] suasana di dalam kelas menjadi kondusif  dan sebagainya.

Demikianlah terapi BISMILLAH yang patut diamalkan. Mungkin anda tertanya-tanya, apakah hubungannya terapi ini dengan Addmath??? Jawapan saya mudah sahaja. Setiap ilmu yang anda pelajari adalah cahaya (nur). Ia mudah diserap masuk ke dalam jiwa dan fikiran jika anda percaya dan menambahkan kepercayaan itu kepada Allah, Maha Pencipta.

3.[TERAPI YASIN]. Semua orang kenal Surah Yasin & hampir semua orang pernah membacanya. Hadis Nabi Muhammad mengenainya sangat jelas : "Sesungguhnya ia menurut apa yang kamu niatkan". Maksudnya, kita boleh membaca Yasin untuk apa-apa hajat yang kita kehendaki. Biasanya kita membacanya pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Mengapa kita tidak mengambil peluang di situ???

Maksudnya, kenapa anda tidak menggunakan terapi YASIN itu untuk menyelesaikan masalah anda dengan Addmath???

Memang anda melihat pendekatan saya ini agak luar biasa. Memangpun. Bagi saya, agama islam bukan jumud atau kuno. Ia adalah sebuah agama yang merangkumi semua perkara di dalamnya. Ada hukum halal-haramnya, sejarah, nasihat, kejadian masa hadapan, unsur-unsur sainstifik dan sebagainya.

Lalu, bagaimana anda dapat menggunakan terapi YASIN ini untuk menjadikan anda lebih faham, lebih pandai & lebih bijak di dalam Addmath?

Mudah sahaja. Setiap malam Jumaat, anda baca Fatihah (1X), Selawat (10X), Ayatul Kursi (1X). Kemudian anda niat apa-apa sahaja yang baik. Boleh banyakkan niat, termasuk salah satunya supaya anda faham & pandai Addmath. Kemudian bacalah Yasin. Insyaallah, hajat anda akan tertunai.  

PERHATIAN : Sesiapa yang mempunyai pengalaman tentang terapi di atas, boleh mencoretnya pada ruangan komen di bawah untuk perkongsian bersama. Semoga bermanfaat untuk semua.