BUNGA NAN INDAH

Showing posts with label GAMBARAN ALAM BARZAH. Show all posts
Showing posts with label GAMBARAN ALAM BARZAH. Show all posts

Friday, 5 April 2013

KISAH-KISAH TAULADAN TENTANG KEMATIAN



Semasa mesyuarat PIBG SMK HAMZAH 2 petang kelmarin, saya bertemu Ustaz Razak, Imam Besar Masjid Machang. Dia hadir sebagai penjaga kepada Shukriah, anak saudaranya yang sedang belajar di Tingkatan 4 Sains 1 dan menetap di asrama

Thursday, 15 November 2012

MENDIDIK JIWA MELALUI ADDMATH



Setiap orang ada hati masing masing. Secara saintifiknya, hati itu adalah jantung yang mempunyai 4 bilik utama. Ada atrium kiri & kanan, dan ada pula ventrikel kiri & kanan. Di dalamnya dipenuhi darah yang mengalir ke seluruh tubuh & kembali semula kepadanya.

Menurut agama, hati itu dipanggil kalbu atau hati sanubari. Dia pun betempat tinggal di jantung itu juga. Jadinya, hati itu ada 2 makna. Pertama, nama fizikal (jantung) & keduanya, nama batin (kalbu).

Wednesday, 30 May 2012

GAMBARAN ALAM BARZAH (1)



Harimau itu merenung tepat ke muka saya.  Matanya yang garang menjadikan saya takut & kecut. Mulutnya pulak ternganga menampakkan taring yang tajam meruncing untuk mengoyak tubuh saya. Kakinya pulak diangkat perlahan-lahan dengan kukunya yang tajam siap menerkam ke muka saya. Saya jadi bertambah takut & kecut. Matilah aku kali ini, demikian bisik hati saya akibat ketakutan yang bertimpa-timpa

Thursday, 5 April 2012

DALAM 3 HARI, 3 KEMATIAN

Laluan pertama menuju akhirat
Pada hari Selasa, 3 March 2012, saya menerima berita kematian Mak Chik Rahmah, jiran mertua saya di Kg Joh, Labok. Kami 3 beranak segera bergegas ke sana. Beliau masih keluarga terdekat kami. Takziah kepada seluruh ahli  keluarganya.