BUNGA NAN INDAH

Sunday, 25 December 2011

RESIPI KEJAYAAN DALAM ADDMATH (3)

Sekarang saya hendak menurunkan petua ketiga bagaimana untuk menjadi pandai dalam Addmath.  Jangan sesekali anda fikir belajar Addmath ini semudah ABC. Kalau anda hendak berjaya ataupun hendak skor tanpa berusaha sekuat tenaga, lebih baik anda tak payah ambil Addmath. Saya ulangi, ANDA TIDAK PERLU MENGAMBILNYA.

Resipi ketiga kejayaan saya di dalam Addmath mudah sahaja., iaitu SENTIASA MEMBUAT  LATITUBI / DRILLING. Kalau anda benar-benar sukakan Addmath, mencintainya, menyayanginya dan ingin skor A+ untuknya, maka jawapannya terletak kepada SEBANYAK MANA ANDA TELAH MEMBUAT LATIHTUBI / DRILLING. Addmath anda.

Kalau anda MALAS atau  MUDAH KECEWA atau MUDAH PUTUS ASA di dalam menyelesaikan masalah Addmath, bererti anda sudah tewas sebelum berjuang. Ibarat seorang pelari, anda sudah rebah sebelum sampai ke garisan penamat.   Ibarat seorang pejuang, anda sudah kalah sebelum bertempur. Ibarat seorang pendaki, anda sudah keletihan sebelum mendaki. Macam mana ni????

[PENGALAMAN 1]. Saya sendiri semasa di T4 & T5 pada tahun 1978-979, mengamalkan disiplin ketat untuk mencapai kejayaan di dalam subjek ini.  Balik dari sekolah, saya mengurung diri di dalam bilik sebelum keluar untuk mandi, makan & solat. Saya mesti membuat 10 latihan Addmath saya dahulu sebelum makan nasi walaupun saya lapar. . Mungkin ada yang tidak bersetuju. Tetapi itulah cara saya. Saya memilih cara ketat untuk menghapuskan kemalasan & kebodohan saya pada masa itu.  

[PENGALAMAN 2]. Saya ada seorang rakan semasa T6 di SIC. Masa itu pada tahun 1981. Namanya Saiful, berambut kerinting & anak kepada seorang anggota polis di Kota Bharu.  Kami sama-sama gila Matematic. Masa itu, kami ambil Pricinpal Mathemathic T6 (lebih payah daripada Addmath T5) . Tetapi dia ada kelebihannya daripada saya. Dia selalu mendahului saya di dalam membuat semua latihtubi / drilling yang guru berikan kepada kami. Hasilnya dia sangat pandai dan menjadi tempat rujukan saya di dalam kelas.

[PENGALAMAN 3]. Semasa saya di T6 juga,  terdapat 4 buah kelas T6 aliran sains keseluruhannya. 3 buah kelas dimonopoli oleh pelajar berbangsa Cina manakala bakinya untuk bangsa Melayu. Kami memang tak boleh compete mereka. Kami cuma boleh compete sesama kami. Ada satu perkara yang suka saya kongsikan di sini. Saya suka melihat cara pelajar-pelajar Cina belajar matematik. Mereka duduk semeja & serius berbincang tentang soalan. YANG PANDAI mengajar yang KURANG PANDAIi, manakala yang KURANG PANDAI pula bertanya kepada yang PANDAI.  Mereka berkongsi kepintaran di situ.

Sayapun suka belajar cara begitu. Duduk semeja bersama rakan-rakan yang komited dan satu kepala. Hasilnya memang menakjubkan. Tetapi pelajar-pelajar masa sekarang, terutama pelajar lelaki tidak mengambil manfaat dari cara ini. Mereka bukan berbincang tentang pelajaran, tetapi bersembang yang entah apa-apa. Hasilnya, yang pandai tetap pandai, manakala yang bodoh bertambah-tambah kebodohannya.

[PENGALAMAN 4]. Saya sangat TIDAK PERCAYA kalau ada orang yang otaknya pandai, dapat A atau B dalam Matematik PMR, tetapi tidak boleh menguasai Addmath. Saya ulangi sekali lagi, saya TIDAK PERCAYA.  Mesti ada kesilapan pada pengucapannya.


Buktinya,ada seorang pelajar saya yang ambil SPM 2005. Namanya sekarang ini sangat tersohor sebagai pengarang. Dia pernah memenangi Johan Peringkat Kebangsaan Pertandingan Mengarang Esai bagi Hari Guru. Lupa pulak tahunnya samada 2005 atau 2006. Dia juga pernah menang Johan Peringkat Negeri bagi Pertandingan yang sama. Sekarang dia menyambung Degree Penulisan Kreatif dan Deskritif di UITM. Dia juga berkerja sambilan di DBP, di samping menjadi penulis skrip sambilan untuk filem atau TV
       
Namanya Norhidayah bt Elias. Hampir semua pelajar SMK Paloh pada sekitar tahun 2004-2009 mengenalinya.   Masa dia di Tingkatan 4 Intan 2004, dia pernah berjumpa saya untuk mengugurkan subjek ini. Maksudnya, tak mahu belajar lagi Addmath pada tahun depan 2005. Saya tak benarkan. Saya kata awak mesti belajar dan saya yakin awak akan lulus. Alhamdulillah, realitinya memang begitu. Dia lulus.

Tetapi perjalananya untuk lulus, memang panjang dan memeritkan. Saya berikan dia soalan-soalan latihtubi /drilling untuk diselesaikan. Mesti selesaikan sendiri. Mesti berusaha sendiri. Buat dahulu, jangan tiru sapa-apa. Kalau tak faham, jumpa saya, tanya saya.  Jangan copy-paste. Daripada markah yang terendah di dalam kelasnya iaitu 8%, dia kemudian meningkat maju, maju & maju. Semuanya melalui latihan keras.

[PENGALAMAN 5]. Saya menyertakan bersama beberapa petikan pelajar yang memberi respons erhadap blog NOVA VIZIO. Blogger tersebut (Mohd Termizie, bekas pelajar saya di MTAQ)  memajukan sebuah tajuk yang agak pedas, JADI ANDA NAK AMBIL ADDMATH?. Beliau kemudian menghuraikan sebab-sebab kenapa beliau tidak ambil Addmath di dalam SPM. Terdapat beberapa orang peminat blognya yang membalas balik kata-katanya seperti berikut

Budak Form 4 says (23.8.2007, 1.40 pm) Math tidak susah asalkan buat latihan banyak2. dan harus diingat kita mesti dapat A1 dalam Addmath supaya senang dapat tawaran U.

Budak Form 4 says (23.8.2007, 2.30 pm). Addmath tidak susah asalkan buat latihan banyak-banyak.

Asmalina says (21.1.2008, 11.48 pm)...Mempercayai diri kita lemah (tak pandai Addmath) sebelum benar-benar terbukti kita lemah adalah kelemahan kita yang paling lemah.

JAWAPAN SAYA kepada semua respons di atas tadi ialah kita mesti yakin bahawa Addmath boleh dipelajari,  bahkan boleh skor A+ kalau kita berusaha bersungguh-sungguh. Buang tanggapan awal bahawa ia payah. Perbanyakkanlah latihtubi / drilling seperti yang saya sarankan. Insyaallah, boleh berjaya.

[PENGALAMAN 6]. Ini adalah respons dari seorang bekas pelajar cemerlang Addmath dalam blog EUSOUFF ADDMATH. Dia menggunakan nama samaran tingkap.

Tingkap says (2.3.2010, 7.44 pm). I used to be the best student in Addmath before. What did I do is that... 50% practice, 40% understand, 10% remember. Mind is like parachute. It can only be used if it is open..        .

[TERJEMAHANNYA : Saya pernah menjadi pelajar terbaik Addmath sebelum ini. Apa yang saya buat ialah 50% latihtubi, 40% kefahaman & 10% ingatan. Minda adalah seperti payung terjun. Ia hanya boleh digunakan jika ianya terbuka].

LIHAT KEPADA KATA-KATANYA : Ingatan / mengingati semua fakta  atau rumus Addmath  hanya 10%, kefahaman mengenainya 40% manakala latihatubi / drilling mesti sebanyak 50% atau lebih lagi.  

KOMEN SAYA....mudah sahaja. Anda mesti memperbanyakkan latihtubi demi latihtubi untuk mencapai kejayaan. Tanpa membuat latihan berterusan dalam Addmath, anda hanya berangan-angan sahaja untuk mendapat kejayaan.  


Disiapkan pada 25.12.2011  11.00 pm
SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBERI KOMEN / RESPONS TERHADAP ARTIKEL DI ATAS, SSILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIPKAN NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ

Thursday, 22 December 2011

SOALAN REGIONAL OLYMPHIAD MATEMATHICS (RMO 1990)

RMO means Regional Matemathic Olymphiad, where the participants may come from some counteries in that region. For example, for the region of Asia, the selected participants may come from Malaysia, Singapore, Hong Kong, India and so on. . They are given 3 hours to solve alll the questions given. They are all 7 questions.  By average, they must allocate 45 minutes for each question.

Faham ke tak Bahasa Inggeris di atas???   Anda akan diberikan 7 soalan RMO 1990. Kebiasaannya peserta diberi masa 3 jam untuk menjawabnya atau secara puratanya 45 minit untuk setiap soalan.

However, you and all readers of this blog are given no limit of time to solve the problem. Whats the importance is that you can solve it.

We start with Q1. Do yourselves at home.  If you can solve it, you are the hero of matemathic. Then shift to Q2, Q3 and so on. Just follow the hieracchy of the question. 

Q1. A censusman on duty visited a house which the lady inmates declined to reveal their individual ages, but said, "we don't mind giving you the sum of the ages of any 2 ladies you may choose". Thereupon the censusman said, "in that case, please give me the sum of the ages of every possible pair of you. They gave the sum as follow, 30, 33, 41, 58, 66, 69. The censusman took these figures & hapilly went away. How did he calculate the individual age of these ladies from these figures???  

[Seorang pembanci yang sedang bertugas pergi ke sebuah rumah di mana para gadis di  dalamnya enggan mendedahkan umur mereka masing2, sebaliknya bersetuju memberi jumlah umur bagi mana2 pasangan 2 gadis yang dipilih leh pembanci. Maka kata pembanci, sila berikan jumlah umur bagi mana2 pasangan yang ada. Dia diberi data berikut, 30,33, 41, 58, 66, 69. Dia mengambil data ini & berlalu pergi. Bgaimanakah dia dapat mengetahui umur setiap gadis itu?]

From cikgu zain...the clue i got, there are 4 girls at all. Says that a, b, c & d. Make the simeltanous equation from them. For  example, a+b = 30 and so on. The solve it.  Then you can get the respective value for each lady. Thanks a lot to ahmad Wafi Razali for sharing his idea. Tq    

Now, we go to Q2.  It is quite difficult.

Q2 : A square sheet of paper ABCD is so folded that B falls on the midpoint, M of CD. Prove that the cease will divide BC in the ratio 5 : 3

[Satu kertas empat segi sama ABCD dilipat sebegitu rupa supaya titik B terjatuh ke atas titik tengah CD, iaitu M. Buktikan bahawa garisan lipatan itu akan membahagi BC  dengan nisbah 5 : 3]

How about the next question??? Look at Q3. Very tough.

Q3. For all positive real number a,b,c,  prove that
[Untuk semua nombor nyata positif a,b,c, buktikan bahawa]

      a /  (b+c)   + b / (c + a)  + c / ( a+ b) > = 1.5

Well, i will give you a simple clue for it. For the minumun value, assume that a=b=c=1. For the maximum value, assume that only a =3, but b = c = 1. Put the value of a, b & c in both cases. Then you can prove it.   
 
 Now go to Q4. Look easy but very tricky. . 

Q4.Find the remainder when 2 with the power of 1990 is divided by 1990

[Cari nilai baki bila 2 kuasa 1990 di bahagi dengan 1990]

The answer is 1.99. Those who can answer it, let show me your anwer. You can call me at 0139148154 / write your answer in my fb. Gud luck. Thank you. 

The following question is very difficult. You need a very good imagination.

Q5. 2 boxes contains between them 65 balls of several different sizes. Each ball is white, black, red or yellow.. If you take any 5 balls of the same colour, at least 2 of them will always be of the same size (radius). Prove that there are at least 3 balls which lie in the same box have the same colour and the same radius???

[2 kotak mengandungi sejumlah 65 guli yang berbeza saiznya. Setiap guli berwarna samada putih, hitam. merah atau kuning. Jika anda  mengambil 5 guli yang sama warnanya, sekurang2nya 2 daripada mereka akan mempunyai saiz yang sama. Tunjukkan bahawa terdapat sekurang2nya 3 guli di dalam kotak yang sama di mana mereka mempunyai warna dan saiz yang sama]

Now go to Q6. It is similiar to the past one, Q3. 

Q6.P is any point inside a triangle ABC. The perimeter of the triangle is AB+BC+CA = 2s. Prove that
[P adalah sebarang titik dalam segitiga ABC. Perimeter bagi segitiga tersebut ialah AB+BC+CA =2s. Buktikan bahawa]

                            s < AP + BP + CP < 2s

Q7. N is a 50 digit number (in a decimal scale). All digits except the 26th digit (from the left) are 1. If N is divisible by 13, find the 26th digit.

[N adalah sekumpulan 50 digit nombor (dalam bentok titik perpuluhan). Semua digit kecuali yang ke 26 (bermula dari kiri) adalah 1. Jika N boleh dibahagi dengan 3, cari digit yang ke 26 tersebut?].
 

Disiapkan pada 23.12.2011    3.11 pm
JIKA ANDA INGIN MEMBERI RESPONS / KOMEN KEPADA ARTIKEL DI ATAS, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANNYMOUS ATAU NAME / URL. TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ

Wednesday, 21 December 2011

RESIPI KEJAYAAN DALAM ADDMATH (2)

Barangkali inilah resipi yang paling utama dan terpenting di dalam usaha seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan di dalam subjek Addmath.

Kalau anda boleh lakukan ini, memang benar anda berjiwa kuat, berani & sanggup menghadapi sebarang risiko untuk mendapat A+ di dalam subjek ini.

Apa dia???

JANGAN TANGGUHKAN KETIDAKFAHAMAN ANDA SEBELUM TENGGELAM MATAHARI PADA HARI TERSEBUT. Inilah kata-kata motivasi saya pada hampir semua bekas pelajar saya sebelum ini.

Mereka terpingga-pingga. Ada yang faham. Ada juga yang tak faham. Maka saya terpaksa menjelaskan kata-kata saya itu dengan penerangan berikut.

Katakan bila cikgu mengajar kamu, kamu kurang jelas atau kurang faham, segeralah mengangkat tangan meminta penerangan semula. Kalau tak faham juga, pergilah berjumpa cikgu pada hari itu juga. Minta dia terangkan semula pada kepada kamu secara peribadi.

Kalau kebetulan kamu tak jumpa cikgu, carilah rakan-rakan kamu yang pandai. Minta tolong dia ajarkan kamu sehingga kamu faham. Selesaikan semua masalah ketidakfahaman kamu pada HARI ITU JUGA.

Jangan biarkan ketidakfahaman kamu itu terbawa-bawa sehingga ke hari besok. Kalau kamu suka bertangguh-tangguh, maka sikap kamu itu akan menyebabkan kamu bertambah-tambah tak faham. Dengan kata lain, kamu menjadi semakin bodoh.

Kamu seolah-olah memikul biawak hidup di atas bahu kamu. Biawak itu semakin lama semakin besar, sedangkan kamu semakin lama semakin tak terdaya untuk memikulnya.

[PENGALAMAN 1]. Masa saya di T4 dahulu, saya memang pemalu. Saya malu  nak mendekati guru dan bertanya kepadanya. Padahal Cikgu Wahid tu baik sangat. Mungkin kerana saya terlalu hormatkan dia. Tetapi saya suka mendekati rakan-rakan saya yang pandai untuk mendapatkan pertolongan mereka kalau saya tidak faham.  Konsep saya mudah. Saya mesti faham apa yang saya pelajari dengan apa cara sekalipun, by hook or by crook. Alhamdulillah, pendekatan saya itu sangat berbaloi. Menakjubkan.

[PENGALAMAN 2] Pengalaman saya belajar di T6, SIC pada tahun 1981. Bila cikgu (masa itu Cikgu Tan) buat kelas tambahan (jarang-jarang sekali masa tu). pelajar-pelajar berbangsa Cina sangat tekun belajar dan segera meluru ke meja guru untuk bertanya bila habis sahaja kelas tambahan. Mana-mana soalan yang mereka tak faham atau tersangkut, segera mereka selesaikan di situ. Demikianlah hebatnya pelajar-pelajar Cina.

Pelajar-pelajar Melayu pulak hanya selamba sahaja. Kata mereka, "hero (mereka menganggap diri mereka hero) tak lorat, tak ga'duh (maksudnya, tak tergesa-gesa) ". Belajar last minutepun, boleh skor. Akibatnya, pelajar-pelajar Cina lulus dengan cemerlang, manakala pelajar-pelajar Melayu hanya lulus cukup-cukup makan je. 

Masa sekarang keadaan pelajar-pelajar Melayu semakin kronik di dalam Addmath. Hanya 50% yang memanfaatkan kehadiran guru bersama mereka. Yang bakinya, hidup segan, mati tak mahu. Tetapi pelajar-pelajar Cina sentiasa mengambil peluang untuk berjaya. Semasa saya mengajar di SMK Lurah Bilut, Bentong, Pahang, pelajar-pealjar Cina sentiasa menyerbu saya untuk bertanyakan soalan. Mereka sangat dinamik tentang itu.  

[PENGALAMAN 3]. Dulu ramai orang kecoh tentang kejayaan Amalina dari Johor yang dapat 19A dalam SPM. Ramai yang teruja nak tahu bagaimana dia belajar. Sayapun. Bila saya mendengar atau mengetahui cara dia belajar, saya membuat 3 kesimpulan berikut.

[1]. Dia bersungguh-sungguh belajar dan tidak bosan berada lama di mejanya. Dia memang kuat study.

[KUNCI KEJAYAANNYA: [1] DIA MENCINTAI ILMU,  [2] BERSUNGGUH-SUNGGUH BELAJAR / BANYAK BUAT LATIHTUBI].

[2]. Dia boleh menguasai semua subjek kecuali Prinsip Akaun. Maka kerana itu, dia berusaha menyelesaikan masalah ketidakfahamannya tentang subjek Prinsip Akaun itu dengan cara menghadiri tuisyen.

[KUNCI KEJAYAANNYA :  [3] DIA SEGERA MENYELESAIKAN KETIDAKFAHAMANNYA]
   
[3]. Kalau dia tidak faham apa yang dia baca / pelajari dari subjek-subjek lain selain Prinsip Akaun, dia segera mencari guru yang boleh membimbing dia

[KUNCI KEJAYAANNYA : [3] DIA SEGERA MENYELESAIKAN KETIDAKFAHAMANNYA]

Sebagaimana saya senaraikan di atas, hanya ada 3 perkara sahaja yang Amalina lakukan untuk mencapai kejayaan cemerlang di dalam SPMnya. Anda baca sekali lagi. Anda hayati. Anda amalkan. Insyaallah, anda akan berjaya. Anda boleh rujuk maklumat ini di www.scribid.com/doc/13745224/teknik-belajar


Monday, 19 December 2011

KEPALSUAN DI DALAM TEORI 2012 ALI ADAM

Sebagai seorang guru matematik dan ahli dalam bidang komputer, saya terpengaruh juga dengan penglibatan & kajian pakar komputer terkenal seluruh dunia, Ali Adam yang mengkaji tentang pola bencana dunia di abad ini menggunakan Surah Ar-Rahman di dalam Al-Quran.  Sesiapa yang membaca surah ini, pasti terjumpa ayat yang sentiasa diulang-ulangkan oleh tuhan iaitu (         ) yang bermaksud "Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan???"

Dikatakan ayat ini mempunyai 31 ulangan, iaitu pada ayat 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77.Bilangan nombor genap di dalamnya ialah 10 (iaitu nombor 16, 18, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40 & 42), manakala bilangan nombor ganjil di dalamnya pulak ialah sebanyak 21 (selain nombor-nombor genap di atas).. Bilangan nombor perdana pulak ialah sebanyak  7 (iaitu 13, 23, 47, 59, 61, 67 & 73). Apakah signifikannya kewujudan nombor-nombor di atas???

Bila Ali Adam membuat hitungan komputer, di dapati jumlah kesemua 31 tadi menghasilkan jumlah 1433. Ini bermakna 13+16+18+ 21+23+.......77 = 1433. Menurutnya, 1433 itu adalah  nombor perdana (prime number) sebagaimana nombor 31 itu itu juga adalah nmbor perdana.. Dia meletakkan satu kenyataan mudah menggunakan nombr tersebut iaitu sesuatu bakal berlaku pada tahun 1433H (2012M). Dari pengiraannya juga, didapati jumlah tahun 1433 menghasilkan nombor 11 seperti berikut, iaitu

1+4+3+3 = 11 ( nombor perdana).    

Kemudiannya Ali Adam mebuat pengiraan lagi. Dia mendapati terdapat sejumlah 355 perkataan di dalam surah Ar-Rahman. Katanya, jumlah itu bersamaan pulak dengan jumlah hari di dalam 1433H. Dikatakan bahawa tahuni 1433H itu adalah tahun lompat di dalam Islam..

Pengiraan itu berdasarkan jumlah hari di dalam setiap bulan seperti berikut :
29+30+29+30+30+29+30+30+29+29+30+29=355???   

Dengan bahasa mudahnya, bagi tahun 1433H, senarai bulan dan jumlah harinya adalah seperti berikut : Muharram (29), Safar (30), R.Awal (29),R.Akhir (30), J.Awal (30), J.Akhir (29), Rejab (30), Syaaban (30), Ramadan (29), Syawal (29), Zulkedah (30) & Zulhijah (29). Sila rujuk kepada takwim solat keluaran  Maahad Muhammadi (L) yang dijual di serata kedai pada harga RM4.00 satu.

Soalan saya, betulkah jumlah hari dalam 1433H itu ialah 355 hari???
 
Cuba semak semula..jumlah harinya cuma 354 sahaja.               

Soalan saya, betulkah Ali Adam telah membuat pengiraan dan hubungan yang betul menggunakan angka-angka yang beliau perolehi???

Saya hampir menjerit kemarahan melihat sebuah permainan kata-kata dari Ali Adam. Dia tidak layak sebenarnya untuk membuat kaitan itu dan ini. Walaupun maklumat ini diambil dari blog Islamic Finder (via Blog Rojak), kita tidak boleh percaya 100% tanpa kita menggunakan otak kita.sendiri.

Ada 5 perkara utama yang saya musykilkan.

[1] Kenapa menggunakan ayat (   ) yang bererti "Nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?". Apakah relevannya menggunakan ayat ini??? Kenapa tak guna ayat lain atau surah lain, Surah Waqiah misalnya???.

[2] Terdapat 31 ulangan ayat ini di dalam Surah Ar-Rahman. Kalau menggunakan operasi tambah, maka jumlahnya memang 1433. Kenapa tidak menggunakan operasi-operasi lain seperti tolak, darab atau bahagi???  Sebagai contoh, kalau menggunakan operasi darab, tentu jawapannya lain. So bagaimana??? Mana suruhan menggunakan operasi tambah di dalam kes ini???
 
[3]. Dia kata jumlah hari dalam tahun 1433H =355 hari, sedangkan saya mengiranya berulang-ulang kali hanya 354 hari. Kalau saudara tak percaya, saudara bilang sekali lagi. Dia cuma berkata begitu untuk menyamakan dengan jumlah perkataan dalam Surah Ar-Rahman.

[4] Apakah fungsinya dia cuba mengenengahkan jumlah 1433H seperti berikut : 1+4+3+3 = 11. Apakah kaitan nombor 11 di dalam pembicaraan tajuk di atas??? Kenapa tak ditambah lagi 1+1 = 2??? Saya lihat Ali Adam banyak menggunakan permainan kata-kata untuk menampakkan ada logik dan kaitan di sana sini.

[5] Bagaimana pulak dia cuba menghuraikan kisah Tsunami 2004 menggunakan ayat Al-Quran? Atau letupan Gunung Merapi di Indonesia? Atau gempa bumi di Turki? Atau pelbagai kejadian lain yang berlaku di seluruh dunia?   

Saya bersetuju bahawa akan berlaku mala petaka besar pada tahun 2012. Kajian ini tidak bersangkutan dengan Ali Adam di atas. Saya mengkajinya menurut kefahaman saya sebagai seorang muslim. Hadis Nabi ada menyebut bahawa akan berlaku gempa bumi yang sangat dasyhat pada hari khamis malam Jumaat pada 15 Ramadhan. Saya telah menggunakan mesin pengira kaledar Hijrah-Masehi (rujuk blog JAKIM) untuk mengetahui tarikh itu. Saya mendapati 2 tarikh berikut :

2/8/2012 (Khamis) bersamaan 15 Ramadhan 1433H
8/6/2017 (Khamis) bersamaan 15 Ramadhan 1438H

Maka saya memilih tarikh 2/8/2012 sebagai tarikh akan berlaku mala petaka dasyhat di atas muka bumi ini. Hadis itu menyebut akan berlaku 3 gempa bumi serentak iaitu Barat, Tengah & Timur. 2/3 daripada penduduk bumi akan mati. Kawasan pesisiran pantai akan tenggelam. Orang-orang yang tidur akan terkejut. Anak-anak dara yang pingitan akan keluar dari biliknya.  So bagaimana??? Ada 2 sebab mengapa saya pilih tarikh 2/8/2012 sebagai hari mala petaka dasyhat di tahun 2012M atau 1433H.

[1] Planet X atau planet Nibiru sudah muncul pada bulan Mei 2011 dan boleh dilihat dengan jelas dari Australia dan New Zealand. Akibat kehampirannya yang relatif dekatnya dengan bumi, maka ternampak seolah2 ada 2 matahari pada waktu siang atau 2 bulan pada waktu malam. Menurut pengalaman lampau, jika keadaan 2 matahari atau 2 bulan ini berlaku, maka pada TAHUN HADAPANNYA, mala petaka buruk akan berlaku. Contoh jelas ialah pada 2003, di mana kejadian 2 matahari dan 2 bulan ini berlaku, maka pada TAHUN HADAPANNYA (2004), tsunami terbesar telah melanda Aceh  & negara-negara lainnya, sehingga menyebabkan banyak korban dan mengakibatkan banyak kemusnahan.

[2]  Kerana sekarang ini, sudah berlaku huru-hara di Syria sebagai sebahagian daripada tanah Arab. Sebahagian ulamak mengatakan bahawa bila berlaku huru-hara di Tanah Arab, maka tempoh kemunculan Imam Mahdi itu sudah sangat dekat. Ini antara petunjuk penting yang patut diketahui oleh mereka yang menunggu kemunculan Imam Mahdi.

Saya menyangkal teori Ali Adam kerana kerana sebab-sebab berikut :

[1] Maklumat yang dibekalkan oleh Ali Adam kepada kita adalah salah. Soal dia menggunakan Surah Ar Rahman & kecanggihan komputer adalah perkara kedua. Saya tidak mahu diri saya dan ramai yang lain terjerat di dalam polemik ini semata-mata kerana dia dibuat di atas perkara agama.

[2] Saya berpendapat tragedi "PENTAFSIRAN TARIKH KIAMAT" menggunakan Al-Quran di Afrika Selatan lebih kurang 20 tahun yang lepas berulang semula. Pentafsiran itu juga menggunakan komputer & menghubungkaitkannya dengan bilangan surah, ayat & perkataan di dalam Al-Quran. Ramai ulamak di seluruh dunia, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkannya. Sekarang, timbul PENTAFSIRAN TAHUN 1433H dengan modus operandi yang sama. Harap berhati-hati.

[3] Saya lebih percaya kepada Hadis Nabi yang mengatakan gempa bumi berlaku serentak di atas permukaan bumi pada masa sekian dan sekian, berbanding kepakaran Ali Adam dan komputernya, walaupun dia menggunakan Surah Ar-Rahman di dalam Al-Quran untuk menguatkan hujjahnya. Kenapa dia menggunakan surah ini??? Kenapa dia tidak menggunakan surah lain??? Demikian beberapa soalan yang patut kita tanyakan untuk menjadikan kita lebih kritis dan kritikal di dalam  permasalahan  ini.


Disiapkan pada 19.12.2011    8.06 pm
UNTUK MEMBERI KOMEN / RESPONS KEPADA ARTIKEL DI ATAS, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ

PELAJAR KESAYANGANKU, S

SAYA SAYANG CIKGU. SAYA SUKA CIKGU......Demikianlah dia memuji saya pada satu hari. Lembut suaranya.  Mendayu-dayu bunyinya. Saya jadi kembang sebentar. Kembang dek pujian yang lama tidak kedengaran.  Muka sayapun jadi bercahaya. Saya seolah-olah mendapat limpahan duit berjuta-juta, berguni-guni, berlori-lori.. Serasa dunia ini saya yang punya. Aduhai. Mahal sungguh pujian itu.

Lama sungguh saya tidak mendapat pujian seperti ini. Pujian ikhlas dari anak murid saya. Kalau adapun, 10 tahun atau 20 tahun yang lepas. Semenjak saya dah berumur ni, inilah pujian  terkini (the lastest praise 1 get from my student) yang saya terima. Terima kasihlah kerana sudi menyayangi saya. Terima kasih juga kerana sudi menyukai saya. Hanya tuhan yang dapat memberi ganjaran setimpalnya untuk kamu..

Pelajar yang saya sayangi ini berbadan agak tinggi dengan susuk tubuh yang sempurna. Cantik dan manis orangnya. Memang tak puas kalau sekali tengok. Tengok sekali, nak tengok dua kali. Seakan-akan dia mempunyai daya magnet yang sangat kuat di wajahnya.

Warna kulitnya lebih kurang macam saya,  Sedikit hitam tetapi bukanlah hitam kemerah-merahan macam pelakon Tamil. Warna kulitnya seakan-akan seperti kulit Hema Malini atau Madubala, pelakon Hindustan yang saya minati itu. Hitam juga tetapi hitam Asia. Hitam keemasan yang jarang ada pada orang Asia Tenggara.  Hitam yang menimbulkan kecantikan semulajadi. Hitam yang menarik pandangan mata.  Di dalam kelas, dia duduk di depan sekali sebelah penjuru kanan.  Di wajahnya ada tahi lalat yang cantik.  Agak besar juga.  Tahi lalat bertuah tu.

Nada suaranya agak tinggi, tetapi GETARAN SUARAnya sangat sempurna. Kalau dia itu lelaki, maka suara lelakinya sangat sempurna. Tetapi kalau dia perempuan, maka suara perempuannya juga sangat sempurna. Aduhai. Cair sekejap hati saya takkala mendengar pujian dari mulutnya. Sebuah pujian yang menyebabkan sistem pengaliran darah di dalam tubuh saya berjalan dengan mesra.

Siapakah dia???.  Nanti dulu. Saya belum habis menceritakan peribadinya.

Katanya pada saya, dulu (maksudnya masa di T4) saya belajar Addmath, tetapi saya tak berapa faham. Begitu juga Fizik. Saya tak berapa faham juga. Tetapi bila cikgu ajar saya, saya jadi faham. Aduhai.

Saya  sayang pada cikgu, saya suka pada cikgu. SAYA SUKA KEPADA CARA CIKGU MENGAJAR. .

Saya mengajar budak ini bila dia mula naik T5. Ada beberapa sifat terpuji yang patut saya sebutkan di sini .

SIFAT PERTAMA: TAK PERNAH PONTENG (MISS) KELAS TAMBAHAN.Sepanjang saya membuat kelas tambahan, samada Addmath atau Fizik atau Kimia (saya mengajar 3 subjek ini untuk SPM pada tahun tersebut), dia tak pernah ponteng kelas saya. Saya ulangi, TIDAK PERNAH PONTENG.

Cuma ada satu peristiwa yang agak ganjil.  Ada satu hari yang saya lupa harinya.  Lebih kurang 10 minit saya mengajar Fizik pada suatu kelas tambahan, tiba-tiba saya terperasan bahawa beliau tidak ada di dalam kelas. Eh..mana S ni??? Mana budak ni pergi??? Pandai ponteng pulak S ni....Dalam saya memikirkan tentang ketidakhadirannya,  dia tiba-tiba menelefon saya.  "Cikgu, maafkan saya cikgu. Saya tertidor. Bolehkah saya pergi ke kelas cikgu???"  Saya memberitahunya supaya datang walaupun proses P&P sudah setengah jam berlalu.  Dia menunaikan janjinya.  Dan kerana itulah, saya bertambah-tambah sayang kepadanya.
   
SIFAT KEDUA : SERIUS & FOKUS DALAM KELAS.Masa saya mengajar, dia memandang dengan serius dan bersungguh-sungguh ke papan hitam.  Dia melembutkan matanya untuk melihat apa yang saya tulis. Dia memberi sepenuh tumpuan kepada apa yang ingin saya berikan. Dia tak main-main. Dia tak geledik ke sana ke mari.  Dia hanya diam di bangkunya untuk memahami apa yang saya ajar. Kalau dia tak faham, dia segera mengangkat tangan meminta penerangan semula.  Alangkah bagusnya budak ni. Sopan tetapi pemberani. Dia mempunyai watak seorang pelajar yang baik dan berketrampilan. Hmmmm. Bertambah-tambah sayang saya kepadanya.
 
SIFAT KETIGA : SANGGUP MENCARI SAYA. Kalau dia ada masalah Addmath atau Fizik atau Kimia, dia tidak segan silu mencari saya.  "Cikgu, petang nanti saya nak pergi ke rumah cikgu, boleh tak???" Demikian lembut suaranya meminta izin. Saya membenarkan, bahkan saya sangat bangga mempunyai pelajar seperti dia. Rajin, tekun dan mempunyai komitmen yang tinggi.  Payah sebenarnya untuk mencari pelajar yang seberani, segigih dan secekal dia. Kadang-kala dia pergi ke rumah saya pada waktu malam. Saya tak kisah, bahkan saya mengajar dia sehingga berlarutan pukul 11.00 pm.  

Siapakah dia??? Nanti dulu. Sabar2.

Demikianlah bersungguh-sungguhnya pelajar ini berusaha untuk berjaya. Dia mempunyai komitmen yang tinggi.  Dia mempunyai jiwa yang kuat.

Sebagaimana dia sayang kepada saya, saya juga sayang kepadanya. Sebagaimana dia suka kepada saya, saya juga suka kepadanya. Bukan saya sahaja. Isteri sayapun sayang kepadanya. Anak saya juga. Kami anak beranak sayang  kepadanya. .

Selepas result SPM keluar, dia mendapat A1 Addmath saya, B2 Fizik & C3 Kimia. Sebuah pencapaian yang relatif baik bagi aliran sains. Dia kemudian dapat melanjukan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Tangkak, Johor. Sekarang berada di UPSI kerana menyambung pelajarannya di dalam Ijazah Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian. Harapan saya semoga dia dapat menyambung tugas saya sebagai Guru Addmath atau Guru Fizik. Dan kalau boleh, saya nak dia belajar lebih tinggi lagi, sampai Master atau Phd dalam Matematik. Biar keluar sebagai pensyarah Matematik.   Insyaallah.

Siapakah dia??? Kalau anda membuka fb, nama gelarannya Sham Dean. Nama sebenarnya Shamsurudin bin Abdullah, bekas pelajar saya di SMK Paloh. Dia mengambil SPM pada tahu 2007 ketika saya masih berada di sana.

Kalau anda ingin mengenal pendekar Addmath yang sebenar, itulah dia orangnya



Disiapkan pada 19.12.2011    3.04 pm
SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBERI KOMEN / RESPONS TERHADAP ARTIKEL INI, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ..

Sunday, 18 December 2011

KOD 431 DALAM JANJANG T5 [2]

Sebelum ini kita telah belajar Janjang Arimetik (JA).Sekarang, mari kita belajar Janjang Geometrik (JG). Ingat, kod penggunaanya masih lagi 431.

JANJANG GEOMETRI

1) MENCARI SEBUTAN.
Dalam JG, kita menggunakan rumus Tn = ar kuasa (n-1), di mana a = sebutan pertama, r = nisbah sepunya, n = bilangan sebutan, manakala Tn = nilai sebutan. Tiga daripada mereka diberi nilainya. TUGAS anda ialah mencari nilai yang satu lagi.  

Q1 : Given the JG as follow, 1, 2, 4........find the 25 th term (cari sebutan yang ke 25) 

Diketahui a = 1, r = T2/T1 = 2/1 = 2, n = 25, Tn = ???
Daripada Tn = ar kuasa (n-1), so kita dapat Tn = (1)(2) kuasa  24 = 16,777.


Q2. Given that JG as follow, 5, 25, 125,........9766625,  find the value of n (cari nilai n)?

Diketahui a = 5, r = T2/T1 = 25/5 = 5, Tn = 9766625,   n = ?
Daripada Tn= ar kuasa (n-1), so kita dapat 9766625 = (5)(5) kuasa (n-1)
(5) kuasa (n-1) = 9766625 / 5 =1953125

Guna log, (n-1) log 5 = log1953125
n - 1 = log 1953125 / log 5 =9
n =10



2).MENCARI JUMLAH
Untuk mencari jumlah dalam JG, ada 2 rumus yang sama kaedah tetapi berbeza bentoknya. Ia bergantung kepada nilai nisbah sepunya, r samada r >1 atau r < 1.


Sn = a (r kuasa n - 1) / (r-1), jika r >1

ATAU Sn = a ( 1 - r kuasa n) / (1 - r) , jika r < 1

KOD 431 masih digunakan, iaitu ada 4 anu terlibat, a, r, n, Sn. TIGA daripada mereka akan diberi. HANYA SATU yang perlu dicari

Q3 : Given JG as follow   3, 27, 243, ........find the sum of the first 5 th terms (Cari jumlah bagi 5 sebutan yang pertama)?

Diketahui a = 3, r = T2/T1 = 27/3 = 9, n = 5, Sn = ???
PERHATIKAN r = 9, maka r >1

Sn = a (r kuasa n - 1)/ (r-1) = 3 (9 kuasa 5 -1) / (9-1) = 3 (59048) / 8 = 22143


Q4. Given JG as follow  2, 1, 0.5........find the sum of the first 10 terms  (cari jumlah 10 sebutan yang pertama)?

Diketahui a = 2, r = 1/2 = 0.5, n = 10, Sn = ???
PERHATIKAN r = 0.5, maka r < 1

Sn = a (1 - r kuasa n) / ( 1 - r)  = 2 (1 - 0.5 kuasa 10) / (1- 0.5) = 2 (0.9990) / 0.5 = 3.996


3).JUMLAH KETAKTERHINGGAAN
Ia hanya berlaku pada JG yang mempunyai nisbah sepunya, r yang lebih kecil dari 0 sahaja. INI SYARAT MUTLAK.

S infiniti = a / (1-r)

Q1. Given JG    10, 5, 2.5,........find the sum of infinity .

Diketahui a = 10, r = T2/T1 = 5/10 = 0.5,
So, S infiniti = 10 / (1 - 0.5) = 10 / 0.5 = 20


TUTORIAL.
Given that JG : 0.1, 0.3, 0.9,......find
a) T10                     [Jaw :  1968.3]
b) S10                     [Jaw :  2952.4] 
c) T15                     [Jaw    478296.9]
d) S15                     [Jaw    717445.3]

Saturday, 17 December 2011

RESIPI KEJAYAAN DALAM ADDMATH(1)

Ramai pelajar saya cuba mengorek rahsia kejayaan saya. Bagaimana cikgu belajar masa dulu??? Bagaimana cikgu boleh ingat beratus-ratus formula di dalam kepala cikgu??? Bagaimana cikgu boleh menyelesaikan masalah Addmath dengan cepat, dengan sekali lihat sahaja??? Bermacam-macam hal mereka tanyakan pada saya. Semuanya menunjukkan kekaguman terhadap diri saya. Saya tersenyum sahaja. Sebenarnya tidak ada apa-apapun yang pelik. Saya hanya cuma budak kampung sahaja. Daya intelek sayapun pada tahap sederhana sahaja. Bukan geniuspun.

Wednesday, 14 December 2011

PELAJAR KESAYANGANKU, N

Kita banyak kali mendengar orang tua berkata, budak ini memang KERAS SEMANGAT, budak itu pulak penakut, mudah LEMAH SEMANGAT. Kedua-dua perkataan itu sangat bertentangan antara satu sama lain. KERAS SEMANGAT bukan bermakna bengkeng, cengiil, pongah, kasar, keras dan seumpamanya. Ia adalah lantunan dari pendaman jiwa yang berada di dalam dada. Kadang-kala kita tengok ada budak gemok yang berbadan besar tetapi sangat penakut untuk berjalan seorang diri di dalam gelap. Dia itu dipanggil mudah LEMAH SEMANGAT, sekaligus penakut.tegar.

Tuesday, 13 December 2011

MARIHAH BT MAMAT

Untuk cemerlang di dalam subjek Addmath, anda memerlukan beberapa sifat utama yang boleh membantu anda melonjak kepada tahap yang lebih tinggi. Salah satunya ialah KERAJINAN. Anda mungkin tertanya-tanya, kerajinan yang macam-mana. Apakah saya ini belum rajin??? Apakah tahap kerajinan saya belum mantap??? Apakah segala daya usaha saya yang seperti ini belum mencukupi??? Apakah bentok-bentok kerajianan yang cikgu maksudkan itu??? Dan sebagainya. Saya mengaku saya sukar memberi jawapan yang tepat untuk itu. Ia terlalu abstraks.

Monday, 12 December 2011

KOD 431 DALAM JANJANG T5 [1]

JANJANG (PROGRESSION) bukanlah tajuk yang payah seperti digembar-gemburkan ramai. Saya kadang2 ketawa sendiri melihat telatah pelajar2 kita yang mudah panik. Lucu. Lucu sangat. Janjang ada 2 jenis. [1] Jujukan Arimetik (JA) [2] Janjang Geometrik (JG).