BUNGA NAN INDAH

Sunday 29 April 2012

GAMBAR MANUSIA DAN GAJAH PADA PERMUKAAN PLANET MARIKH

Artikel ini menunjukkan keajaiban (miracle) yang sangat pelik. Samada anda percaya atau tidak, anda tentu boleh melihat  2 gambar yang pelik pada permukaan planet Marikh.

Yang pertama, gambar seorang manusia dari pandangan sisi. Keduanya, gambar kepala seekor gajah.

Bagi kaum yang beriman, fenomena alam apapun adalah tanda-tanda  dari yang Maha Berkehendak dan Berkuasa.
.

KAPAL ANGKASA, MRO
Kapal Angkasa,   Marikh Reconnaissance Orbiter (MRO) yang bertugas mengelilingi Planet Marikh dilancarkankan dari Bumi pada tahun 2005. Ia kemudian mula berjaya mengelilingi planet tersebut pada tahun 2006.

MRO berjaya mengambil gambar kepala seekor gajah. Gajah bukanlah  fenomena ‘pareidolia’ pertama. Maksudnya, sebelum itu dah ada gambar lain. NANTI SAYA AKAN CERITAKAN.

Penampakan gambar itu kononnya ditemui oleh seorang  pengguna Google Mars yang berasal dari Itali. Namanya, Matteo Ianneo.

Anda percaya cerita itu??? Saya secara pribadi tak percaya. Mati hidup balik pun, saya tetap tak percaya. Kalau anda nak tahu sebabnya, BACA SAMPAI HABIS.






KEPALA GAJAH.
Beberapa hari selepas penemuan gambar kepala gajah tersebut, ramai para astronomi  seluruh dunia beranggapan bahwa struktur "gajah"  tersebut merupakan struktur yang dibuat dengan tangan dan dibangunkan oleh makhluk purba dari planet itu.

Anda percaya cerita itu??? Saya tetap tidak percaya. Tak ada sebab yang logik untuk saya percaya.












Ilusi Planet Merah (gelaran kepada Planet Marikh) yang lain adalah penampakan  wajah seorang manusia dari pandangan sisi  (lihat foto di atas) seperti yang diambil oleh satelit dari kapal Viking 1 milik Amerika Syarikat pada 25 Julai 1976.

WAJAH MANUSIA
Anda lihat wajah manusia kat atas. Penampakan itu (maksudnya, wajah seperti seorang manusia) mengakibatkan timbulnya ribuan teori konspirasi.

Foto itu mengejutkan, karena menampakkan sebuah tonjolan mirip wajah manusia di permukaan planet Marikh — lengkap dengan bentuk mata, hidung, dan mulut.

Akibat  penemuan tersebut, spekulasi berkembang hebat di seluruh dunia . Banyak yang menganggap struktur wajah manusia itu adalah buatan mahkluk cerdas penghuni Marikh di masa lalu

Anda percaya??? Maaf, saya tetap tak percaya. Otak saya tak boleh percaya bnda-benda karut macam itu.
.
MRO BERTEKNOLOGI TINGGI
Menurut maklumat, kedua-dua gambir itu diambil menggunakan "High Resolution Imaging Science Experiment" (HiRISE) yang ada di pesawat MRO milik Badan Angkasa Lepas Ameriksa Syariikat (NASA).
.
Berhubung gambar kepala gajah pada tahun 2006 itu, terlihat dengan jelas dahi, mata dan juga belalai gajah. Tetapi, tentu saja tak ada haiwan yang hidup di sana.

Seperti dinyatakan oleh laman web, SPACE.com, penampakan gambar tersebut terjadi akibat banjir lava yang mengering di permukaan Mars.

BANJIR LAVA
“Ini adalah contoh terbaik dari fenomena ‘pareidolia’, di mana kita melihat sesuatu penampakan, misalnya binatang, yang sesungguhnya tak ada,” kata ahli geologi planet dari University of Arizona, Alfred McEwen dalam laman web HiRISE, sebagaimana yang disampaikan oleh Elin Yunita Kristant dan pernah dimuatkan dalam akhbar VIVAnews.

Seperti yang anda nampak di foto, ilusi “gajah Mars” itu terjadi di kawasan yang disebut Elysium Planitia, di mana banjir lava termuda pernah terjadi di planet Marikh  itu.

Namun, para saintis belum boleh memastikan, apakah aliran lava di planet Marikh mengendap dengan cepat atau lambat, seperti halnya di Bumi, di mana lava mememerlukan  waktu bertahun-tahun, bahkan sampai puluhan tahun untuk mengendap.

“Itu mungkin yang terjadi pada lava di Marikh” kata McEwen beranggapan.  Aliran lava bisa bergerak perlahan, tetapi sebaliknya, ada bukti yang menyatakan lava ini dapat mengalir dengan cepat.

TEORI YANG SAYA BANTAH
Sesetengah mereka mengatakan gambar wajah manusia (1976) dan gambar kepala gajah (2006) adalah buatan manusia cerdas yang pernah hidup di planet Marikh jutaan tahun dulu. Siapa mereka itu???

Perkataan " manusia cerdas" itu sengaja diperbesarkan untuk memberitahu umum bahawa bumi kita ini   tidak selamat. Maksudnya, penghuni-penghuni Marikh dari keturunan manusia cerdas itu sentiasa mengambil kesempatan untuk menyerang kita & menguasai bumi.

WUJUDNYA FILEM ALIEN
Dari tahun 1976 itu, maka wujudlah satu babak baru dalam pemikiran manusia bumi bahawa Alien (orang asing) itu sebenarnya wujud. Mereka dikatakan berasal dari planet Marikh.Dalam filem atau TV, alien ini digambarkan seperti berok. Wajah berok, perangai berok, jahat & sangat anti kepada manusia.

SIAPA SEBENARNYA BEROK.
Menurut sejarah para Nabi, sebahagian umat Nabi Musa a.s pernah dilaknat oleh tuhan. Tuhan menukarkan mereka dari fizikal manusia biasa kepada berok. Maka orang Yahudi moden cuba mengalih label berok ini kepada orang lain. Siapakah yang memimpin manusia di bumi untuk melawan angkatan berok ini???

Soalan ini pendek sahaja, tetapi jawapannya agak panjang. Menurut orang Yahudi, pemimpin tersebut ialah DAJJAL AL-MASIH. Demikianlah jawapan mereka. Dan jawapan itulah yang cuba disogok kepada kita.

GAMBAR ITU MAINAN DAJJAL
DAJJAL AL-MASIH (dikatakan berada di Segitiga Bermuda, bersama Iblis) yang mempropagandakan isu penampakan wajah manusia dan kepala gajah di Marikh supaya seluruh manusia di bumi menjadi takut dan percaya kepada kewujudan manusia asing di planet Marikh.

Step berikutnya ialah supaya manusia di bumi berharap adanya penyelamat akhir zaman untuk menyelamatkan mereka.

DAJJAL AL-MASIH berharap dialah penyelamat akhir zaman yang ditunggu-tunggu itu.   

NASIHAT SAYA
Jangan percaya kepada gambar-gambar itu. Saya tak percaya. Semuanya bohong semata-mata.

Kalau pun ia benar, ia mungkin gambar yang dibuat oleh seseorang di atas permukaan bumi, kemudian dipropagandakan sebagai gambar dari Planet Marikh.

Kesalahan ini lagi besar. Menipu dalam pemprosesan gambar, menipu dalam propagandanya & menipu manusia lain dengan teori yang sengaja direkacipta.

KIAMAT  tidak akan berlaku kecuali bila DAJJAL itu dibunuh oleh NABI ISA A.S.

Kejahatannya akan berakhir bila NABI ISA turun ke bumi untuk membunuhnya.

PERCAYALAH.  ISLAM AKAN KEMBALI MENANG DAN MENGUASAI BUMI INI SEMULA. 

No comments:

Post a Comment