Friday, 30 December 2011

3 TERAPI ADDMATH 2012: KHUSUS UNTUK PELAJAR-PELAJAR T5. MESTI BACA. PENTING

 
Semua orang ada azam tahun baru. Syaza Pinky Amira yang tinggal di Batu 30 ada, Atikah di Kg Banggol Judah ada, Azlin di Kg Bukit Tiu ada, Sudin di UPSI ada, Marihah Mamat di UUM ada, Zaki di IPG Kulim ada, Wan Nur Fazira di Penang ada, Nik Nurul Atikah di Kg Muka Bukit ada, Azrul di UITM Jengkapun  ada. Semua orang ada azam tahun baru. Sayapun ada. 

Apa azam saya tahun ini??? Saya ada banyak azam. Tetapi salah satunya berkaitan dengan Addmath. Saya nak semua pelajar saya lulus Addmath. Maksudnya 100% lulus.  Dan saya mahu 20% daripada mereka boleh skor A. Tak kiralah A- atau A atau A+. Janji dapat A.

Tercapaikah hajat saya itu??? 

Insyaallah, boleh tercapai dengan bantuan 3 terapi Addmath 2012 yang saya nak perkenalkan ini. Sebahagian daripada terapi ini pernah saya cuba. Hasilnya sangat menakjubkan. Mujarab.

ATTENTION : THE FOLLOWING THREE THERAPIES ARE NOT FOR ADDMATH ONLY. YOU CAN USE IT FOR OTHER SUBJECT TOO.  TQ.

1. [TERAPI AIR]. Orang putih pernah mengkaji keberkesanan air untuk memberi energi kepada manusia. They believe in the miracle function of the therapy of water.  Mereka pernah menebitkan sebuah buku berjudul "The message from water". Kata mereka, air boleh meransang kekuatan minda manusia dan menjadikan mereka lebih sihat, bertenaga, berani dan sebagainya.Ujian mereka simple sahaja. Bila mereka pasangkan muzik yang positif (maksudnya lembut & mengandungi lirik yang baik) kepada air, molekul air jadi cantik. Kalau sebaliknya, molekul air kelihatan seperti lembaga yang hodoh & menakutkan.

Kita, umat islam di zaman mutakhir ini jarang membuat kajian. Kita kurang ilmiah tentang kajian / eksperimen. Tetapi kita ada satu kekuatan iaitu iman. Apa yang Nabi Muhammad kata, kita percaya dan pegang sungguh-sungguh. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Sesungguhnya air zam-zam itu menurut apa yang kamu niatkan". Maksudnya, kalau kita berniat minta kesembuhan dari penyakit, insyaallah kita akan sembuh dengan berkat air zam-zam itu.

Seorang pakar teknologi Jepun pernah membuat kajian menyeluruh tentang molekul air. Dia mendapati molekul air zam-zam adalah yang paling baik dari segi susunan, sktruktur dan sebagainya. Dalam satu  persidangan tentang gambar molekul sampel air di seluruh dunia yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dia menunjukkan hasil kerja saintifiknya. Semua peserta adalah non-muslim kecuali dua orang. . Mereka adalah Ustaz Abdullah & seorang pensyarah dari sebuah uinversiti tempatan. Kedua-duanya dari Malaysia 

Ada 2 kesimpulan dari persidangan itu [1] Bila ditunjukkan semua bentok molekul sampel air di seluruh dunia, didapati molekul air zam zam adalah yang tercantik. Bentoknya seperti berlian yang tersusun indah. [2] Bila diadakan ujian suara terhadap air mineral, didapati molekul air yang dibacakan Al-Quran sangat indah dan teratur, seakan-akan sama seperti air zam-zam itu sendiri.

Secoret kata dari Ustaz Abdullah, "Jika hendakkan air itu manis, masukkanlah gula ke dalamnya. Jika hendakkan air itu berwarna, masukkanlah pewarna ke dalamnya. Jika hendakkan air itu mulia, bacakanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya"

Oleh kerana air zam-zam hanya terdapat di Mekah dan sukar didapati di negara-negara Ajam, maka ramai ulamak, tok guru, ustaz, para solihin dan ibu bapa kita hanya menggunakan air biasa yang dibaca Al-Quran kepadanya. Biasanya mereka membaca Al-Fatihah, Ayatul Kursi, selawat dan beberapa ayat yang berkaitan supaya menjadi ubat atau penawar kepada penyakit-penyakit rohani & jasmani.  Hasilnya juga sangat positif. Memberansangkan. Menakjubkan.  Di Indonesia, mereka menamakan air yang dibacakan Ayatul Kursi sebagai "Air Hawa Kursi" untuk mendapatkan manfaatnya.   

Jadi terapi air yang saya sebutkan sebelum ini menggunakan kehebatan Al-Quran melalui medium air. Sebagai seorang Islam, kita mesti percaya dan yakin kepadanya. Tatacaranya mudah sahaja. Ambil segelas air masak (plain water). Niat dahulu. Maksudnya berniat untuk mencergaskan minda dan tajam fikiran. Supaya faham pelajaran, terutama sekali Addmath. Baca Al-Fatihah (1x) , Al-Kursi (1x) & selawat (1x). Tiup perlahan-lahan pada air. Minum. Lakukan 1x sehari sebelum datang ke sekolah.     

Insyaallah, dengan berkat ayat-ayat yang mulia itu, anda menemui keajaibannya.

2.[TERAPI BISMILLAH]. Sesetengah daripada kelas yang saya masuk sudah tertulis perkataan BISMILLAH...pada papan hitamnya. Sesetengahnya pula tidak ada. Jadi elok sangat kalau dimulakan proses P & P di kelas dengan ucapan yang mulia ini.

Saya bercadang memperluaskan terapi BISMILLAH ini pada tahun 2012 ini. Menulisnya pada setiap kali hendak mengajar. Dan pelajar-pelajarpun dikehendaki menulisnya pada buku nota/ latihan masing-masing pada setiap kali  hendak belajar.  Saya pernah mengamalkannya semasa saya bersekolah dahulu. Keberkatan mengamalkannya tidak datang serta-merta. Tetapi kemudiannya, saya mendapati beberapa kelebihan berikut; [1] kepala saya terasa ringan, [2] daya ingatan menjadi kuat, [3] Hati saya sangat mencintai ilmu [4] apa yang cikgu ajarkan mudah diingati, [5] penghormatan terhadap guru semakin bertambah,  [6] suasana di dalam kelas menjadi kondusif  dan sebagainya.

Demikianlah terapi BISMILLAH yang patut diamalkan. Mungkin anda tertanya-tanya, apakah hubungannya terapi ini dengan Addmath??? Jawapan saya mudah sahaja. Setiap ilmu yang anda pelajari adalah cahaya (nur). Ia mudah diserap masuk ke dalam jiwa dan fikiran jika anda percaya dan menambahkan kepercayaan itu kepada Allah, Maha Pencipta.

3.[TERAPI YASIN]. Semua orang kenal Surah Yasin & hampir semua orang pernah membacanya. Hadis Nabi Muhammad mengenainya sangat jelas : "Sesungguhnya ia menurut apa yang kamu niatkan". Maksudnya, kita boleh membaca Yasin untuk apa-apa hajat yang kita kehendaki. Biasanya kita membacanya pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Mengapa kita tidak mengambil peluang di situ???

Maksudnya, kenapa anda tidak menggunakan terapi YASIN itu untuk menyelesaikan masalah anda dengan Addmath???

Memang anda melihat pendekatan saya ini agak luar biasa. Memangpun. Bagi saya, agama islam bukan jumud atau kuno. Ia adalah sebuah agama yang merangkumi semua perkara di dalamnya. Ada hukum halal-haramnya, sejarah, nasihat, kejadian masa hadapan, unsur-unsur sainstifik dan sebagainya.

Lalu, bagaimana anda dapat menggunakan terapi YASIN ini untuk menjadikan anda lebih faham, lebih pandai & lebih bijak di dalam Addmath?

Mudah sahaja. Setiap malam Jumaat, anda baca Fatihah (1X), Selawat (10X), Ayatul Kursi (1X). Kemudian anda niat apa-apa sahaja yang baik. Boleh banyakkan niat, termasuk salah satunya supaya anda faham & pandai Addmath. Kemudian bacalah Yasin. Insyaallah, hajat anda akan tertunai.  

PERHATIAN : Sesiapa yang mempunyai pengalaman tentang terapi di atas, boleh mencoretnya pada ruangan komen di bawah untuk perkongsian bersama. Semoga bermanfaat untuk semua.