BUNGA NAN INDAH

Wednesday 28 November 2012

ANAK-ANAKKU, PUTRA-PUTRIKU (SIRI 4)



ANAK-ANAKKU, PUTRA-PUTRIKU (SIRI 4).
Saya tak pasti samada siri ini yang terakhir atau tidak. Setakat ini, saya dah sebutkan 26 orang anak saya dalam 3 siri. Seronok juga mempunyai anak-anak yang ramai ni. Perangainya macam-macam. Menghiburkan juga.

Macam saya pernah kata sebelum ini. Dalam mengurus anak yang ramai ni, saya kadang-kadang jadi kaunselor, kadang-kadang kena jadi ustaz. Tetapi di situlah nikmatnya. Orang yang tak menjadi ayah angkat, tak merasa nikmat itu.

Isteri saya cukup terhibur dengan anak-anak kami yang ramai. Bila mereka cuti atau berkesempatan, mereka selalu melawat kami. Pada masa itulah, kami bercakap pelbagai perkara. Kebetulan, isteri saya pun suka bercerita. Riuh rendah rumah saya. Saya pun seronok mendengarnya.

Paling seronok dapat makan bersama mereka. Rumah kami macam ada kenduri.  Itulah nikmatnya menjadi keluarga angkat. Rumah selalu ada tetamu. Kunjungan tak pernah putus. Cerita tak pernah habis. Ketawa tak pernah luput. Alhamdulilah.
   
Mari kita kenali anak saya yang pertama dalam siri ini. Norhidayah Elias (SMK Paloh, SPM 2007). Saya panggil Dayah sahaja. Mak datuk, inilah anak saya yang paling sibuk. Masa dia buat Diploma Penulisan Kreatif & Deksritif kat Uitm dahulu, taklah dia sibuk sangat. Seminggu sekali sampai smsnya kepada saya.

Kemudian, bila dia sambung Degreenya, kesibukannya bertambah-tambah. Dua minggu sekali, baru sampai smsnya kepada saya. Aduhai.

Sekarang dia dah berkerja, sebulan sekali baru saya terima smsnya. Tak apalah. Saya faham kerjanya. Di samping kerjanya, Dayah juga terlibat dengan penulisan skrip drama & filem. Dia baik dengan Farid Kamil & Irma Hasmie masa di Uitm. Dia juga biasa dengan Datuk Yusuf Haslam, penerbit filem yang hebat tu.

Dah minat dia. Memang dia suka menulis. Macam saya jugalah. Cuma saya ini penulis kampungan (menulis dalam blog jer), tetapi Dayah penulis pro. Dia pernah menjuarai penulisan Hari Guru peringkat Negeri Kelantan, dan pernah juga menjuarai penulisan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Maaf, tahunnya saya lupa. Tetapi dia memang hebat.

Dah lama saya tak jumpa dia. Tetapi kalau ada drama atau filem yang mengunakan skripnya, cepat-cepat dia hubungi saya. “Abah, jangan lupa tengok drama ABC kat TV3. Skripnya kak buat”. Saya & umi tumpang gembita. Hmm. Hebat juga dia.

Anak saya seterusnya ialah Nurafizah Safein (SMK Paloh, SPM 2009). Saya panggil dia “Mek Comel” kerana selalu tersenyum.  Tak percaya? Anda boleh lihat sendiri kat fb. Tak pernah saya tengok wajahnya masam cemberut. Dia memang ditakdirkan Tuhan murah senyuman.

Masa saya mengajar dia T4, Addmathnya boleh tahan. Dia memang budak pandai. Tetapi ada 1 perkara yang saya paling suka pada Fizah. Dia suka mendengar nasihat & sangat menghargai nasihat yang diberikan.. Sampai sekarang pun, dia masih begitu.  Dan dia juga tak sombong dengan orang tua. Budi bahasanya baik.

Semasa dia berada di tahun 2 Matrikulasi, dia tiba-tiba mendapat tawaran SPA 8. Dengan cepat dia menghubungi saya. Tak tahu nak terima atau tak. Saya sejukkan perasaannya. Kemudian saya bagi hujjah pro & kontra. Dipendekkan cerita, pendapat saya sama seperti ayahnya. Sekarang dia belajar di sebuah Kolej Kejururawatan.  Setahun lagi, insyaallah dia akan keluar berkerja sebagai jururawat.

Saya kata, kalau nak sambung degree, insyaallah boleh selepas itu. Tetapi jangan kahwin lagi la. Kalau dah berkahwin, nanti dapat anak. Kalau ada anak, susah pulak nak baca buku, nak baca nota, nak wat tutorial. Suami kena layan, anak kena jaga. Camne tu? Maaf2. Abah cuma bergurau sahaja. He2.

Meh, sekarang mari kita pergi kepada anak saya yang ketiga. Nuruzaini Haslinda bt Zaini (SMKH2, SPM 2011). Di kalangan rakan, dia dipanggil Linda sahaja. Tetapi kalau dalam fb, dia guna nama Linda Lilac. Lilac tu apa? Lampu flip-flop ke?.

Saya tak rahu macam-mana saya boleh tertarik kepada Linda. Masa T5, dia tak rapat manapun dengan saya. Bahkan dia sangat takut nak bertanyakan Addmath pada saya. Dia takut saya jengilkan biji mata saya kepadanya.  Dia juga takut dengar suara saya. Bahkan kalau saya lalu di tepi kerusinya pun, dia dah kecut 360“.

Tetapi saya tahu dia tak ada ayah. Saya tahu sejak dia T3 lagi masa saya mengajar Sains.  Hati saya selalu berkata, kesian budak ni. Anak yatim rupa-rupanya. Tetapi perangainya, saya tak arif sangat. Nampak macam OK. Tetapi saya tak boleh percaya sangat kepada penglihatan mata kasar. Saya mesti semak status pribadinya.  

Saya guna pendekatan yang Nabi S.A.W ajar. Nak kenal A, tengok kawan-kawannya.  Linda ada 3 orang kawan rapat, Munirah, Norhayu & Arena. Semuanya baik-baik belako. Budak-budak terpilih belako. Dalam kelas, kelompok mereka adalah yang paling sivik. Tidak pernah menimbulkan masalah salahlaku atau disiplin. Atas dasar itulah, saya pilih Linda. Memang dia budak baik.    

Sekarang dia cuti sem di Uitm Machang. Baru-baru ini, dia pergi KL. Sekarang dah balik ke Machang. Linda hanya tinggal berdua sahaja dengan ibunya. Macam biasalah, kalau cuti-cuti begini, dia hanya jadi chief sahaja .  Saya kadang-kadang mengusik dia. Elok daftar masuk Pertandingan Chef Master. Mana tahu dapat No.1

Seterusnya, mari kita dekati IK Hanif (SMKH2, Kelas 3RK2 2012). Dia ini bukan anak angkat saya, tetapi sangat kamceng dengan saya. Dia pun blogger macam saya. Tak silap saya, blognya ialah IK Hanif Kakitulis.  Kepakaran blognya sebijik macam Sani. Sama-sama hebat.

Saya selalu bertanyakan dia pasal blog. Dan dia pun peminat blog saya. Jiwa kami sehaluan. Saya rasa dia sangat dekat di hati saya. Hmmm.  

Kedekatan jiwa IK Hanif dengan saya samalah juga seperti dekatnya jiwa Mohd Hilmi Mamat & adeknya, Mohd Ehsan Mamat dengan saya. Kedua-dua beradek ini selalu menziarahi saya. Bila mereka pergi ke KB, mereka singgap di rumah saya. Bila mereka balik semula ke Paloh pun, mereka singgah di rumah saya.

Saya puji sikap 2 beradek tersebut. Mereka tak lupa jasa guru mereka. Terima kasih daun keladi. Saya sangat  merindukan kamu.
  
Anak saya seterusnya ialah Hazarotul Laily bt Hussin (SMK Paloh, SPM 2007). Saya panggil Haza sahaja. Semasa saya mula-mula terlihat namanya, saya merasa namanya sangat unik & lembut. Saat saya melihatnya pada kali pertama, memang dia mempunyai kelembutan. Kelembutan yang sangat lembut,  kelembutan yang tidak ada pada orang lain selain dia.

Akhlaknya sangat lembut, tuturkatanya sangat lembut, budi bahasanya sangat lembut., senyumannya sangat lembut. Semuanya lembut. Tetapi anda mesti percaya cakap saya, hatinya sangat keras. Lebih keras daripada batu, daripada besi, daripada keluli. Saya kenal pribadi dia, sebab dia itu anak saya.

Semasa dia belajar T5, dia duduk bersebelahan dengan Arwah Nurul Adilah bt Mat Nawi. Itu sahabat karib dia. Adilah mati dalam satu kemalangan jalanraya di Gua Musang bersama suaminya. Kalau tak silap saya, dalam tahun 2010. Haza pula masuk T6 di SMK Bandar Chiku. Sekarang berada di tahun 3 di UUM, dalam jurusan Multi Media.

Baru-baru ini, Haza datang ke rumah saya bersama Baini, Ainul, Aida & Abang Long. Rindunya melihat dia. Kelembutannya masih seperti dulu. Seperti semasa dia belajar Addmath dengan saya dulu.

Anak saya seterusnya, Wan Ainza (SMK Paloh, SPM 2006). Dia kelas 5 Delima. Jadi, dia tak pernah belajar Addmath pun dengan saya. Ceritanya sama seperti Ayu Nor Hawa kat SMKH2 2010 (rujuk Siri 3).  Wan Ainza adalah adek kepada We Kelate (SMK Paloh, 5 Intan, SPM 2004). Pada saya, itu tak jadi hal.

Bagi saya, Wan sangat baik. Kebetulan, dia kamceng dengan Nor Afzan yang juga anak saya. Kedua-duanya sekarang berkerja di KL. Perhubungan kami tetap berjalan seperti biasa melewati fb & blog saya. 

Saya rasa cukuplah dahulu sementara waktu walaupun masih ada sebilangan kecil anak-anak saya yang belum saya ceritakan. Masih ada lagi beberapa orang. Setakat ini dah 31 orang saya paparkan. Mudah-mudahan anda mengenali mereka semuanya.

Buat sementara waktu ini juga, saya “offkan” sekejap  diri saya daripada menulis dalam blog ini. Saya ada kerja sikit. Nak buat projek tanam  ubi kayu kat depan rumah. Sapa-sapa nak makan ubi kayu, bolehlah datang ambil tahun depan. Percuma jew. Free  Of Charge.

Walau bagaimanapun, blog saya yang satu lagi (Mencari Damai Di LangitMu) akan berjalan seperti biasa. Saya akan pelbagaikan kandungannya. Cerita IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR pun akan disambung semula. Insyaallah.

Selepas itu, saya akan post pula cerita tentang NABI ISA A.S sebanyak 12 siri. Kedua-dua cerita di atas sangat penting kepada kita sebab kedua-duanya akan datang pada akhir zaman. Anda jangan ketinggalan. Beritahu keluarga anda mengenainya. Beritahu juga rakan-rakan anda mengenainya. SELAMAT MEMBACA.

Sekian dahulu. Terima kasih.

28.11.2012    12.31 pm

Monday 26 November 2012

ANAK-ANAKKU, PUTRA-PUTRIKU (SIRI 3)



ANAK-ANAKKU, PUTRA-PUTRIKU (SIRI 3)
Sudah 2 siri saya publish tentang anak-anak saya. Dah 20 orang saya ceritakan kepada pendengar. Sebenarnya tidak ada apa-apa keistimewaanpun tentang mereka. Mereka hanya bekas pelajar saya. Kalau istimewapun, mereka sangat baik kepada saya. Itu sahaja.

Sunday 25 November 2012

ANAK-ANAKKU, PUTRA-PUTRIKU (SIRI 2)


ANAK-ANAKKU, PUTRA-PUTRIKU (SIRI 2).
Dalam siri (1) dahulu, saya dah menampilkan 13 orang anak-anak angkat saya. Semuanya cun-cun belako, comel-comel belako. Mungkin ada yang anda kenal, mungkin ada yang anda tak kenal. Tak apa. Kalau anda tak kenal, bukalah fb. Mesti anda jumpa di situ.

Saturday 24 November 2012

ANAK-ANAKKU, PUTRA-PUTRIKU (SIRI 1)




ANAK-ANAKKU, PUTRA-PUTRIKU (SIRI 1)
Tajuk di atas kelihatannya unik & ganjil. Kelihatannya seperti saya ini mempunyai anak yang sangat ramai, padahal anak saya cuma seorang.  Putri tunggal saya cuma Azura, 15T yang baru melepasi PMRnya baru-baru ini.

Friday 23 November 2012

10 BENTUK MASJID TERUNIK DI DUNIA

Sunday 18 November 2012

20 FAKTA MENGERIKAN (ANDA MESTI MEMBACANYA)



20 Fakta Mengerikan Mengenai Masa Depan manusia dan Bumi

Saya tidak perlu memberi hujjah Al-Quran atau hadis tentang kerosakan bumi di masa depan. Manusia sekarang terlalu rakus. Bila mereka nampak duit atau peluang untuk kaya, mereka segera bergegas kepadanya tanpa mempedulikan risiko perbuatan mereka kepada orang lain dan juga bumi. Semboyan mereka, ada duit, kita kaya

Thursday 15 November 2012

SMS DARI MIZA



Sudah lama saya tidak menerima sms dari  Miza. Tup-tup tadi, dia menghantarnya kepada saya sewaktu saya sedang memandu kereta. Miza (nama sebenarnya Hasmiza Mamat, SMK Paloh, SPM 2009) sudah berjaya menamatkan pengajian Matrikulasinya. Bulan Februari nanti, katanya, dia akan memulakan degreenya  di kampus UIA, Kuantan, Pahang.

Sebenarnya, cerita Miza ini saya dah post pada tarikh 25.1.2012. Saya terpaksa tayang balik atas keperluan terdesak. Kisahnya begini. Seorang anak angkat saya, B bertanyakan tentang ubat darah tinggi. Saya kata, buka blog la. Dia tanya, entri mana satu?. Saya jawab, cuba cari dalam entri JUMPA DKTOR PAKAR.

Sebenarnya cerita tentang ubat/penawar kepada penyakit darah tinggi, kencing manis & jantung ada dalam banyak entri. Tentu susah nak cari. So, sekarang saya buat satu LABEL baru untuk mereka. UBAT KENCING MANIS KENCING TINGGI (UKMDT).

Kalau ada mana-mana pembaca nak tahu tentang ubat/penawar kepada penyakit-penyakit tertentu, pergi sahaja kepada LABEL, cari UKMDT.  

Meh kita sambung balik cerita pasal SMS Miza. Bila saya membaca sms yang dia hantar,.terkejut sebentar saya. Dia bertanya tentang penyakit gout. Bkpo, kenapa dan mengapa budak ni??? Takkan muda-muda lagi dia dah kena penyakit  gout. Oleh kerana HP saya tak ada kredit, saya segera menghubunginya melalui telefon rumah untuk mengetahui cerita sebenar
.
Katanya, abang iparnya yang terkena penyakit itu. Saya terdiam sebentar. Kemudian saya teringat kepada kata orang-orang tua, kali pertama "terkena" gout memang sakit dan menyakitkan. Sampai menangis pun ada. Bercerita pasal "sakitnya" penyakit gout ini, saya mempunyai pengalaman ngeri dengannya. Berikut ini, saya paparkan  "pengalaman pertama" saya berhadapan dengan gout yang sangat menyakitkan itu..Mari ikuti.
kaki yang bengkak kemerahan, sakit giler
 Cerita itu berlaku sekitar bulan November 2001. Masa itu, saya & family tinggal di Taman Perumahan Wakaf Tengah, Batu Rakit, Terengganu. Pada hari saya diserang penyakit gout, paginya saya berjogging. Petang pun berjogging. Sewaktu maghrib hampir menjelang, kaki saya tiba-tiba mengbengkak pada sebelah kiri. Seluruh kawasan buku lali tiba-tiba sahaja terik merening seakan-akan nak pecah. Ia betul-betul seperti belon yang ditiup sebesar-besarnya dan menunggu masa sahaja untuk pecah..

Masa itu, saya sedang berbaring di depan TV. Oleh kerana terlampau  sakit, saya tidak nampak apa-pun yang tertayang di skrin TV. Isteri saya cuba mengurut, tetapi saya meminta kerjasamanya supaya menjauhkan dirinya & anak daripada saya. Jangan sentuh apa-apa. Jangan pegang apa-apa. Jangan urut pun. Kalau boleh, jangan tengok pun.

Memang saya sakit yang amat sangat. Anda tahu, bagaimana rasa sakitnya???  Saya boleh terangkan begini supaya anda nampak bayangan kesakitan itu. Seolah-olah macam kaki saya itu ditoreh dari atas sedalam 1 cm menggunakan pisau cukur (gillete). Ternampak dagingnya yang puteh kemerahan. Ternampak juga salur darahnya yang kemudian memancarkan darah. Ambil segengam garam halus kemudian masukkan ke tempat torehan daging tadi. Kemudian tuangkan separuh botol cuka makan ke atasnya. Lumurkan lada burung yang telah digiling halus padanya. Kemudian perahkan asam limau nipis ke atasnya. Sebiji, dua biji & seterusnya. Kemudian bakar bahagian bawah tapak kaki. Kemudian seterika pula bahagian atas kaki. Aduh sakitnya. Memang sakit, sakit & sakit. Memang seksa, seksa  & menyeksakan. Begitulah rasa sakitnya gout itu.

Tanpa rasa segan-silu, saya menangis malam itu. Menangis kerana tak tertanggung menahan rasa sakit yang amat sakit. Saya alah kepada rasa sakit yang menjalar di seluruh kaki saya. Panas, pedih, sakit, berdenyut-denyut dan entah apa-apa lagi. Semuanya sangat menyeksakan saya. Sepicingpun saya tak dapat tidur. Selagi saya tidak tidur, selagi itulah rasa sakit & penderitaan itu membaluti seluruh tubuh saya, perasaan saya, jiwa saya & akal saya. Saya menderita 100%.

Kawan-kawan sekursus saya semuanya balik ke Kelantan malam itu. Tak dapat nak minta tolong mereka bawa saya ke klinik. Cuma ada Mat Sam yang tinggal Batu 6, Manir, Kuala Trengganu. Dia pulak tak ada di rumah malam itu. Katanya, dia sedang berada di Dungun atas urusan keluarga..

CUKUP MENDERITA MALAM ITU
Ya Allah Ya Rabbi, saya cukup menderita malam itu. Untuk bergerak mengambil wuduk, saya terpaksa menggunakan lutut untuk bergerak. Bahagian kaki saya memang tak boleh digunakan langsung. Serasa tandas rumah saya seolah-olah macam 1 km jauhnya daripada saya. Berpeloh-peloh juga saya untuk sampai ke sana.  Kemudian bila mengerjakan solat, saya duduk mengikut kemampuan yang ada. Al-Fatihahpun saya baca dalam keadaan menahan sakit. Entah betul, entah tidak, sayapun tak tahu. Semoga tuhan mengampunkan saya.

Malam itu, menjelang pukul 2.00 pagi, baru saya dapat tidur. Tenteramlah diri saya buat sementara waktu sementara menunggu pagi menjelang tiba. Tetapi sekali-sekala ada juga saya tersedar. Tak lena juga saya tidur. Kaki saya terpaksa diikat dengan bantal supaya ia selesa dan tidak bergerak ke sana ke mari. Kalau terpelewek (maksudnya tergelincir) sedikit sahaja, sakitnya hanya tuhan yang tahu. Memang malam itu, saya sakit, sakit & sakit.   

Besoknya, barulah Mat Sam, sahabat saya itu membawa saya ke klinik Ihsan di hadapan MRSM Batu Rakit. Doktor mengeleng-gelengkan kepalanya melihat kaki saya yang membengkak & merening macam nak pecah. Selepas mendapat injeksi dan rawatan sepatutnya, barulah saya sembuh.

Sekarang ini, gout sudah jarang menyerang saya. Saya benar-benar mengambil nasihat dari doktor yang merawat saya dan mendengar kata orang-orang tua yang lebih berpengalaman daripada saya. Dan nasihat-nasihat inilah yang saya titipkan kepada Miza. Semoga nasihat itu berguna untuk abang iparnya dan orang-orang lain yang menderita sepertinya.

DENGAR NASIHAT SAYA
Nasihat saya ialah [1] Jangan sesekali memakan organ dalaman binatang seperti hati, limfa dan sebagainya. Saya langsung tak makan benda ni. [2] Jangan makan sebarang kacang. Termasuklah kacang butir, kacang itik, kacang panjang dan sebagainya. Kalau nak makan juga kacang panjang, buanglah butirnya. Makan sahaja batangnya yang panjang itu, [3] Jangan amalkan makan ayam daging secara berterusan tiap-tiap hari. Ia mengandungi hormon sintetik & lain-lain bahan kimia yang boleh menyebabkan pemakannya mendapat bengkak pada tangan mereka. Rakan saya, Salahuddin & sepupu saya, Sauti termasuk di antara mereka yang telah merasai pengalaman ini.

[4] Jangan makan daging merah (daging segar) secara berterusan. Saya memang tak boleh makan. Kalau makan, memang kena gout. Tetapi kalau daging import atau daging segar yang disimpan lama dalam peti, tak apa pulak. Ok jew. [5] Jangan makan sos tomato. Berhati-hatilah dengan ikan sardin, kerana ia mengandungi kuantiti sos tomato yang agak banyak di dalamnya. [6] Akhir sekali, ini syarat paling penting, mesti cekalkan diri berpantang dari memakan jenis makanan (1-5) di atas. BERPANTANG ITU PENTING.
Demikianlah beberapa pantang larang yang saya titipkan kepada Miza. Buat permulaan, saya menyuruh abang iparnya mendapat rawatan awal di klinik. Ambil pain killer dan ubat penyembuh gout. Pain killer hanya diambil ketika PERLU sahaja. Maksudnya ketika sakit sahaja. Bila dah surut / hilang rasa sakitnya, barulah ambil ubat penyembuh gout. Jangan telan ubat penyembuh gout sewaktu anda masih sakit. Ia akan memburukkan keadaan. Sakit anda akan bertambah sakit.

Di kesempatan ini, saya juga nak memberitahu beberapa petua untuk mengurangkan paras asid urik di dalam badan dan seterusnya menyembuhkan gout. Insyaallah.

[1]. Ambil peria yang sederhana besar dan potong tiga. 1 bahagian untuk 1 hari. Kisarkan dia dan minum. Amalkan selama 40 hari. Insyaallah sembuh. Ia juga sesuai untuk penyakit kencing manis & darah tinggi. Kalau ada peria katak, lagi sesuai.

[2]. Cari epal hijau. Belah kepada 4 bahagian. Rebus sehingga ia lembik dan hampir hancur. Selepas itu, minum airnya dan makan epal itu sehingga habis. Amalkan selama 40 hari berturut-turut. Insyaallah  sembuh..
Sekian dari saya.

Disiapkan pada 25.1.2012     8.02 am
Diterbitkan semula pada 15.11.2012    4.35 pm

UNTUK MEMBERI KOMEN / RESPONS, PILIH 'COMMENT AS' DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIPKAN NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ