BUNGA NAN INDAH

Friday, 27 April 2012

INGAT TARIKH INI, 22.5.2012 [SELASA]

TOLONG INGAT TARIKH INI. 22.5.2012. Kalau mengikut kalendar, ia jatuh pada hari Selasa.

Ini bukan tarikh nak kiamat. Ini juga bukan tarikh meteor Eros 322 akan menghentam bumi..

Ia juga bukan tarikh langit akan jadi gelap seluruh dunia. Atau matahari akan pecah dan membakar bumi. Bukan. Anda jangan takut
.  

Ia cuma tarikh penting bagi saya.  .

Kelmarin, saya pergi ke Hospital Krai untuk pengambilan sampel darah. Kebetulan pulak, isteri saya terpaksa pergi ke Majlis Perjumpaan Ibubapa & Pelajar PMR 2012 di SMK Machang. Anak saya, Azura (nama timangannya, Siti Maryam Al-Abidah) dah pun berada di Tingkatan 3 di sekolah tersebut.

Saya pergi seorang diri. Kebiasaannya, saya ditemani isteri saya. Dulu saya boleh memandu sejauh mana pun seorang diri. Sekarang???

Sekarang, saya mudah letih, mudah tertekan. Kalau dia ada, dia selalu membantu saya dengan melayani saya bercakap di dalam kereta.

Kemana pun saya pergi, saya selalu membawa isteri saya. Dia tahu dan bijak merawat kebosanan jiwa saya. Dia telah bersama saya selama 24 tahun. Dan dia cukup tahu jadual waktu seluruh hidup saya.

INGAT TARIKH INI. 22.5.2012. Hari tersebut jatuh pada hari Selasa. Kesemua tarikh penting, isteri saya atau anak saya akan tolong tuliskan dalam diary.

Isteri saya cukup peka dengan tarikh-tarikh penting berkaitan kesihatan saya. Dia ibarat setiausaha saya. Dia mencatat apa sahaja, termasuklah, hari pengambilan ubat di Hospital Krai, pengambilan sampel darah (seperti kelmarin) & perjumpaan dengan doktor pakar.

 
Pada tarikh 22.5.2012 [SELASA] ini, saya mesti berjumpa doktor pakar (DP) lagi. Kiranya ini kali yang kesepuluh kot. Setiap 3 atau 4 bulan sekali, saya mesti berjumpa DP semenjak 2009.

Pernah beberapa kali saya minta pengcualiaan supaya tidak perlu berjumpa DP. Tetapi depa tak benarkan. Pernah juga saya minta pengecualian supaya saya dapat berjumpa doktor pakar di klinik swasta biasa & minta rekod kesihatan saya dipanjangkan, tetapi depa tak benarkan juga.
 
Aduh. Sakit kepala juga memikirkannya.

Akan tetapi, depa tentu ada sebab khusus tidak membenarkan saya berbuat alternatif lain selain mesti terpaksa berjumpa DP. Akhirnya, saya berjumpa satu jawapan yang cukup cantik.

DP Hospital Kerajaan berkerja menggunakan proffesion kepakaran mereka untuk merawat pesakit seperti saya. Mereka bukan "businessperson". Mereka tidak mempunyai kepentingan perniagaan dalam urusan kepakaran mereka.

Dalam kata yang lebih lembut, mereka sangat berhati-hati merawat pesakit mereka & menggenakan ubat yang sesuai secara berperingkat. 

Kita sebenarnya patut bersyukur kerana kebanyakan doktor pakar (90% daripada mereka) adalah anak Melayu yang beragama Islam seperti kita. Rata-rata yang saya ketemui masih muda belia & berumur sekitar 30 - 40 tahun. Saya cukup bangga melihat mereka. Tanda bangsa kita sudah maju dan sangat dinamik.

Kita juga patut bersyukur kerana ramai proffesional kesihatan lainnya terdiri daripada bangsa kita. Ada yang jadi pakar bedah telinga, mulut, mata, kulit, tulang dan sebagainya. Ada juga yang jadi pakar farmasi, ahli patologi, juru teknik makmal, juru teknik x-ray,  merinyu kesihatan dan sebagainya.

Bangsa kita umumnya sudah maju dan dinamik. Terima kasih kepada para guru yang siang malam mendidik anak bangsa. Anda patut bersyukur kerana sekarang ini, sudah ramai guru Matematik, Addmath, Fizik, Kimia & Biology yang terdiri daripada bangsa kita.
 
Saya bersyukur kepada tuhan kerana ditakdirkan jadi guru Addmath. Boleh mengajar anak bangsa saya sendiri. Syukur alhamdulillah.

Anda juga patut bersyukur kerana demokrasi pendidikan di negara kita berjalan dengan baik. Anak-anak Melayu mendapat pendidikan percuma & mendapat peluang belajar yang baik.

Siti Rokiah bt Hanapi (SMK Paloh, SPM 2009) yang tinggal jauh di pendalaman Lebir sekarang sudah berjaya menjadi pelajar Universiti Nagoya, Jepun. Saya sendiri pun belum sampai ke Lebir sepanjang saya mengajar di SMK Paloh. Jauh sangat. 30 km. Tetapi dia sebaliknya. Dia berjaya merentasi daerah antarabangsa untuk belajar di Jepun.

Ramai lagi pelajar-pelajar saya yang berjaya meskipun tinggal jauh di kawasan pendalaman. Aryl Zain, Norhidayah Alias & Zaki Ghani berasal dari Chalil, 17 km dari SMK Paloh. Begitu juga dengan Hasmiza Mamat, Nur Iffah, Sham Dean dan sebagainya berasal dari Paloh 3, Kesemua mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi. Mereka berjaya mencipta kejayaan akedemik daripada  ilmu yang diajar kepada mereka.  

Sayangnya, ada sebahagian pelajar pula kurang menghargai peluang mencipta kejayaan akedemik.

Bagi saya, sebahagian pelajar Melayu, terutama lelaki,  lembik macam batang keladi.. Mudah koyo. Tak bertenaga. Tak bersemangat.. Contoh mudah, dalam subjek Addmath yang saya ajari, pelajar lelaki sangat malas, pembazir masa & pelengut.

Secara pribadi, saya sangat menyampah tengok mereka di dalam kelas.

Mereka malas seperti binatang sloth dalam hutan Amazon. Usahkan nak makan, nak berak pun binatang sloth ni malas. Malas giler

Mereka juga pembazir masa. Dalam masa pelajar-pelajar lain sibok membuat latihan & berdiskus, depa hanya tersenggih-senggih macam kerang busuk. Macam berok mat yeh.

Tentang pelenggut, usah cerita la. Dok khayal menopang dagu macam kambing jantan terjumpa tahi kambing betina.. Saya tengok pelajar lelaki zaman sekarang makin teruk. Dah tak ada semangat untuk belajar, apatah lagi untuk hidup.

Saya cukup bersetuju dengan pendapat Cikgu Radzuan bin Samad, guru disiplin SMKH2 yang baru. Dia kata pelajar-pelajar lelaki zaman sekarang MALAS BERFIKIR. Saya sokong 100%. Bukan saya nak hina kaum lelaki sebab saya pun lelaki. Tetapi realitinya memang begitu.

Pelajar lelaki memang  MALAS BERFIKIR. Saya memang tak terkejut kalau stastitik menunjukkan nisbah pelajar perempuan terhadap lelaki di Universiti sudah mencapai tahap 70 : 30. Yang lelaki itu pulak bukan Melayu 100%. Bercampur baur antara Melayu, Cina, India, Sikh, Iban dan sebagainya.

Kalau dikira secara tepat, nisbah pelajar Melayu perempuan terhadap lelaki Melayu yang masuk Universiti ialah 90 : 10. Memang memalukan. Jantan pemalas.     

Cikgu Kamsiah yang mengajar Moden Math juga sependapat dengan saya dan Cikgu Radzuan. Pelajar lelaki zaman sekarang memang pemalas. Malas buat latihan, malas berbincang, malas berfikir. Malas segala-galanya. Dengan kata lain, malas giler.

Saya ada satu cadangan konkrit supaya masalah pelajar lelaki yang pemalas ini dapat diatasi. Mana-mana pelajar sains yang ambil Addmath mesti lulus. Kalau gagal, jangan diterima masuk IPTA. Mana-mana pelajar aliran sains sosial pula mesti lulus Moden Matematik sebelum diterima masuk IPTA. Kalau tak, hang pergi form 6 jew.  .
   
Sekarang ini saya dah letak jawatan sebagai guru disiplin. Saya pegang pula jawatan warden asrama. Anggapan awal saya, warden asrama ini boeh rileks sikit. Tetapi sebenarnya tidak.

Semenjak saya jadi  warden Asrama ni, saya selalu tak cukup tidor. Akibatnya, jantung saya akan meragam dan dada saya akan berdebar-debar. Payah juga saya nak ceritakan masalah ini kepada orang lain. Tak ada siapa yang faham.

Bila keadaan menjadi sangat kritikal, saya merasa diri saya RUNTUH sekejap. Pada masa itu, saya terpaksa memejamkan mata saya & kembali mengagahkan diri. Kalau saya tak buat begitu, mungkin saya pitam atau pengsan.

Dalam keadaan yang kurang sihat ini jugak, saya mesti menjaga surau saya supaya segala programnya berjalan baik dan lancar. Tetapi saya sebenarnya dah tak larat. Dah letih sangat. 

Bila saya menyuarakan hasrat untuk tak mahu lagi menjadi pengerusi surau di tempat saya, isteri saya menentang habis-habisan hasrat saya. Dia tak benarkan. Dia mahu saya berbakti kepada agama sekuat yang saya boleh.

Kepada anak-anakku yang tersayang, abahmu sudah tidak sihat seperti dahulu lagi. Maaflah kalau abah banyak bercakap kepadamu. Dalam banyak itu, kadang-kadang ada salah dan silap.

Anggaplah itu sebuah nasihat yang baik. Semoga ia sangat berguna kepadamu.

Maafkan juga kalau abah pernah meleterimu terhadap segala sikap dan perangaimu. Anggap sahaja leteran itu tanda kasih sayang abah padamu.

Ada juga abah tersalah dan tersilap cakap padamu. Kalau pun terasa hati, jangan sampai kau menyimpannya di dalam hati. Maafkanlah abah. Dunia & akhirat.  .   


No comments:

Post a Comment