BUNGA NAN INDAH

Thursday, 5 April 2012

DALAM 3 HARI, 3 KEMATIAN

Laluan pertama menuju akhirat
Pada hari Selasa, 3 March 2012, saya menerima berita kematian Mak Chik Rahmah, jiran mertua saya di Kg Joh, Labok. Kami 3 beranak segera bergegas ke sana. Beliau masih keluarga terdekat kami. Takziah kepada seluruh ahli  keluarganya.

Beliau sudah lama mengidap penyakit darah tinggi dan sebulan dua ini, menghadapi kompilasi buah pinggang sehingga terpaksa dihemodialisis. Anaknya, Salma adalah bekas pembantu makmal di SMKH2. Tentu anda kenal bukan.

Sekarang ini, Salma bertugas sebagai pembantu makmal di SMK Kok Lanas. Takziah kepada beliau.

Saya selalu bersembang dengan arwah Mak Chik Rahmah sewaktu hidupnya. Beliau suka membuat kueh karipap yang sedap. Setiap kali ibu mertua saya mengadakan kenduri, Mak Chik Rahmah merupakan tukang masak istimewa kami. Terima kasih. 

Pagi Kelmarin, Rabu, 4 March 2012, berlaku pulak kematian di Kampong Banggol Petai, Machang tempat saya menginap sekarang. Pakcu Hassan yang sudah agak berumur meninggal sekitar 10.00 pagi.  Takziah juga kepada anaknya, Mat Johar & seluruh ahli keluarganya.

Saya tak sempat melawat beliau pada waktu tersebut kerana berada di sekolah. Kebetulan SMKH2 mengadakan Majlis Jalinan Kasih untuk pelajar-pelajar PMR & SPM 2012.

Saya pun tak dapat tunggu sehingga majlis itu selesai. Saya sendiri ada tugas lebih penting. Terpaksa membawa ibu saya berjumpa doktor pakar di Klinik Kesihatan Pulai Chondong pada waktu tersebut.

Ibu sangat mengharapkan belaian anaknya.



Semenjak ibu saya keluar hospital Machang 2 minggu lepas, dia tidak tegar untuk berjalan seperti biasa. Dia hanya tidur sepanjang hari. Di situ dia makan, di situ dia minum. Di situlah, segala-galanya.

Kami tak benarkan dia bergerak. Dengan umur ibu sudah 70 tahun, kesihatannya sudah lemah. Kami memakaikan dia pampers untuk memudahkan urusan qadial hajatnya. 

Sebagaimana dia memakaikan kami pampers (lampin) pada waktu kami kecil, sekarang kami pula bergilir-gilir menguruskannya. Tugas menjaga ibu adalah tugas yang mulia. Ia adalah sebuah tanggungjawab yang penuh bakti dan sangat disukai tuhan..

Saya tahu, dan semua orang pun tahu tahi & air kencing itu adalah sesuatu yang sangat busuk. Tetapi anda mesti ingat, tahi & air kencing anda juga sangat busuk. Tidak ada sesiapa yang sanggup menguruskannya sewaktu anda kecil atau sakit kecuali IBU & BAPA ANDA. 

Kalau salah seorang atau kedua-dua mereka sudah tua, kenapa anda merasa segan, cemar & kotor untuk menguruskannya???

Kalau anda berfikiran begitu, memang anda seorang anak yang bodoh, bebal dan tolol.

Sayangilah ibu anda. Dialah insan yang suci hatinya terhadap anda. Memelihara anda semenjak anda sebesar tapak tangannya. Menyusukan anda dengan penoh kasih sayang. Berjaga malam sewaktu anda tersedar & menangis meminta susu atau digigit nyamuk.

Apakah anda tidak terkesan untuk menyayanginya???

Sayangilah ibu anda. Dialah insan yang sanggup membersihkan anda dari air kencing & najis yang penuh di dubur anda. Dialah insan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anda.

Apakah anda tidak terdorong untuk mengasihinya???

Kasihilah ibu anda. Di saat anda berperangai buruk sewaktu berusia aetahun hingga 3 tahun, dialah insan yang sabar melayan segala karenah anda. Dia sabar tanpa rasa marah sedikit pun pada anda. Dia rela dipukul atau dikatai macam-macam oleh anda pada waktu itu.

Bila anda sudah besar, sudah remaja, bahkan sudah berkahwin, dialah insan tempat anda mencurahkan segala derita, segala rahsia dan  segala masalah. Ibu adalah insan yang sudi mendengar segala-galanya.

Dia rela bergolak bergadai demi untuk anda. Dia rela menjual tanah demi untuk menyelesaikan segala masalah anda. Dia rela menjual segala barang kemasnya demi untuk membantu anda. Dialah insan yang suci hatinya untuk anda.

Di mana lagi anda dapat bertemu dengan seorang manusia yang begitu menyayangi anda seperti IBU ANDA???

Nabi Muhammad S.A.W telah mengajar kepada kita supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa kita. Dalam sebuah hadis, kita disuruh menyayangi ibu kita sampai 3X ulangan, kemudian kepada bapa kita. Itu menunjukkan bahawa pengorbanan ibu sangat berat.   

Pertama, sewaktu mengandungkan kita selama 9 atau 10 bulan. Satu tugasan biologi yang hanya dapat dilakukan pihak ibu sahaja. Keduanya, sewaktu melahirkan. Tugasan ini pun hanya dapat dilakukan oleh ibu sahaja. Mereka mengambil risiko hidup atau mati sewaktu melahirkan bayi.

Ketiganya, mendidik, memelihara & memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka. Bapa meluaskan peranan ini sehingga ke luar rumah supaya anak-anak mereka bersifat global. Ibu pula mengaktifkan peranan mereka di dalam rumah secara berkesan supaya anak-anak mereka bersifat glokal.  

 .
Hari ini pulak,  Khamis, 5 March 2012, selepas saya balik dari sekolah, isteri saya dengan cepat memaklumkan tentang kematian Abang Li  (nama sebenarnya, Ghazali) di Hospital Kuala Krai.

Beliau adalah juga jiran keluarga mertua saya. Dan beliau juga merupakan anak saudara kepada arwah Mak Chik Rahmah yang telah meninggal dunia sebelum itu. Jarak mereka meninggal hanya 2 hari sahaja. Mak Chik Rahmah hari Selasa, Abang Li pulak hari Khamis.  Kedua-dua beranak itu masuk kubur pada minggu yang sama.

Abang Li ini adalah bekas ketua pekerja di SM Sains (SMACH) beberapa tahun yang lepas. Orangnya bertubuh gempal, peramah & suka tersenyum. Anak sulungnya, Cikgu Azman adalah Penyelia Peperiksaan di PPD Machang sekarang ini..Takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.   

Mereka semua sudah berpindah ke alam barzah. Satu alam baru yang menghijab antara kita dan mereka. Kata Saidina Ali, apabila seseorang itu telah mati, maka seolah-olah ia terjaga dari tidurnya.

Maksudnya, selama kita hidup ini, kita kadang-kala sangat leka dan lupa. Demikian besarnya kelekaan dan kelupaan itu, sampai kita tidak mempedulikan solat sehari semalam, sampai kita lupa mengerjakan puasa atau mengeluarkan zakat atau berhaji ke Mekah.

Kita melupakan yang wajib.  Begitu juga yang sunat. Maka apabila sampai waktu kematian, barulah kita TERJAGA.

TERJAGA dari kebodohan dan kebobrokan kita sewaktu hidup.

AKU dahulu tak solat. Aku sibok mesyuarat, sibok berkerja, sibok berjumpa orang itu, orang ini dan sebagainya. Kalau yang sedang belajar pulak, sibok study untuk test dan untuk final, sibok buat assignment, project dan sebagainya. Ampunkan aku, Ya Allah. Tetapi sayang, sudah terlambat. 

Aku dahulu tak solat. Aku sibok  bisness. Aku sibok uruskan perniagaan. .I am so buzy. Sorry2. I have no time to pray. Now, I must go to Florida. I have an appointment with Mr Richard there. Tomorrow, I must fly to France, after that to Japan. Alahai, siboknya.

Tetapi bila mati, anda meraung-raung minta ampun. Ampunkanlah aku, Ya Allah. Tetapi sayang, semuanya sudah terlambat.   . 

AKU dahulu tak puasa. Aku gastrik, aku "medu", mudah masuk angin dan sebagainya. Sengaja leklok ke kedai yang kononnya sporting. Pembeli yang tak berpuasa kena dosa. Penjual yang bodoh dan bebal pun kena dosa juga. Sama-sama bodoh, sama-sama bebal. Ampunkan aku, Ya Allah. Sayang semuanya sudah terlambat.
.
AKU dahulu tak tutup aurat. Kalau tutup rambut, nanti orang ramai tak nampak kejelitaan & kecantikan wajahku. Kalau aku tak pakai seluar sendat aku ni, nanti tak bergetah, tak power. Kalau aku tak pakai baju T-Shirt yang cantik ni, nanti tak nampak tubuhku yang cantik ni.

Kalau pakai baju kurung dan telekung labuh, nanti nampak macam hantu kum-kum. Tak cantik. Tak bergetah. Tak solid.

Ampunkan aku, Ya Allah. Tetapi sayang, sudah terlambat.

AKU dahulu tak pernah bersedekah. Duit selalu tak cukup. Selalu sempoi. Kalau bersedakah pun, hanya pada hari Jumaat. Itu pun RM1 sahaja.  Tetapi aku jarang pergi solat Jumaat.  Masa tu, aku lebih suka tidor. Memang seronok tidur pada waktu tersebut. Ya Allah, ampunkanlah aku. Janganlah Kau seksa aku. 

Alam barzah adalah alam yang tertutup kepada para penghuninya untuk kembali semula ke dunia bagi mengerjakan amal soleh. So, kalau hendak buat amal, buat baik, sedekah atau apa sahaja, segerakanlah di atas dunia ini.

Ingat, lakukanlah di alam syahadah (alam dunia) kita ini. Sebelum nyawa anda dipanggil menghadap Ilahi.

No comments:

Post a Comment