BUNGA NAN INDAH

Sunday, 15 April 2012

PERKEMBANGAN TERKINI SMKH2 (SEHINGGA APRIL 2012)




Sudah lama saya tak menulis pasal SMKH2. Dalam kepala saya, ada beberapa perkara untuk coretan semua. Paling penting saya nak beritahu, lebuhraya di hadapan  SMKH2 semakin hari semakin sibok. Kereta menderum sibok pagi petang.

Kepada anak-anakku, tolong guna jejantas yang disediakan demi untuk keselamatan dirimu. Jangan pandang enteng nasihat ini. Saya sayang kamu.


Kepada yang bermotorsikal, tolong pakai topi keledar. Sayangilah kepala kamu dan nyawa kamu.

Kepada bekas-bekas pelajar SMKH2, selamat datang ke Blog Addmath Cikgu Zain.  tentu kamu nak tahu banyak perkembangan terkini sekolah kesayangan kita ini.

Kebelakangan ini, saya agak sibok. Boleh juga kalau dikatakan ada sedikit masalah.. Dan masalah itu kadang-kadang menganggu tidur saya. Tetapi saya selalu happy go lucky.  Saya selalu begitu untuk menutup kegundahan saya.

Baiklah, saya ada beberapa cerita. Ada cerita yang positif, dan ada yang negatif.

Astaka sukan dah hampir siap. Dah 60% siap. 3 buah "Pondok Menunggu" di tepi asrama dah pun siap. Terima kasih banyak-banyak kepada mantan Tuan Pengetua di atas projek yang beliau usahakan.

Sebelum terlupa, saya juga nak memaklumkan bahawa Batu Bersurat di depan pondok pengawal dah pun siap. Terima kasih kepada Tuan Haji Adnan di atas usaha & inisiatifnya.   

Pengetua baru belum datang lagi. Tak tahu bila akan sampai. Dan kami juga tidak tahu siapa bakal pengetua kami.. JPN belum hantar sebarang khabar berita. . Dah 2 bulan SMKH2 beroperasi tanpa pengetua. Tugas sepenuhnya dipangku oleh PK Pentadbiran, Tuan Haji Haris bin Muhammad.

Walaubagaimana pun, SMKH2 tetap hebat dengan semangat kerjasama yang kukuh dan mantap. Kami tetap bersatu hati menjayakan visi dan misi sekolah kami. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT.

Pagi tadi, Mesyauarat PIBG SMKH2 berlangsung dengan jayanya. Semua aturcara majlis berjalan lancar menurut tentatifnya. Kehadiran ibubapa pun ramai.

Kutipan derma PIBG hari ini adalah yang tertinggi setakat ini, RM2413.00. Terima kasih kepada semua penderma.

Saya ada satu cerita menarik pagi tadi. Sebuah kisah yang boleh dijadikan pengajaran kalau anda mahu belajar.

Selepas menghantar anak saya ke Pusat Tuisyen Anggun, saya terus menuju ke SMKH2. Di pertengahan jalan, saya berhenti di sebuah kedai makan. Betul-betul di hadapan Pusat Hemodialisis, Hospital Machang. Sebuah kedai yang cantik & ramai pelanggan.

SEORANG HAMBA ALLAH
Hampir selesai saya makan di situ, tiba-tiba datang seorang hamba Allah, seorang anak muda yang agak jernih mukanya. Janggutnya ada beberapa helai tetapi agak panjang melurut ke bawah.

Dia memberi salam kepada saya. Sebuah perkenalan yang baik.

"Nabi S.A.W mengajar kita supaya sentiasa berjemaah di dalam 2 perkara. [1] Ketika bermusafir, [2] ketika makan", demikian dia memberitahu saya dan kemudian duduk di samping saya.

Kami kemudian bercakap itu ini. Gayanya seperti seorang pendakwah yang sedang belajar menjadi pendakwah.. Tetapi saya sukakannya. Bahasanya lembut. Percakapannya teratur. Wajahnya jernih. Perkataannya penuh hikmah. Adakah dia seorang Wali Allah? Adakah dia Imam Mahdi yang saya bicarakan sebelum ini?

Saya melihat dia dari atas ke bawah. Bermula dari kepala hingga kepada seliparnya. Di atas kepalanya, tercantuk sebuah kopiah yang biasa dipakai oleh anak-anak muda yang baru mengenal agama. Dia memakai gamis yang sesuai dengan tubuhnya.. Tetapi dia membalut tubuhnya dengan jaket hitam.

Dia memakai kasut kulit berwarna hitam yang cantik. Tetapi dia juga menyarungkan selipar pada kedua-dua kasutnya. Kenapa begitu?

Saya kemudian membayar harga minuman. Dan saya tidak lupa bertanyakan tuan punya kedai berkenaan budak muda tadi.

Banyak maklumat yang saya dapat. Kesimpulannya, dia sihat dari segi percakapan, tetapi agak kurang sihat dari segi berpakaian.    

NASIHAT SAYA
Agama Islam adalah agama fitrah. Sebuah agama yang sesuai dengan naluri dan emosi manusia sejagat. Islam mementingkan kesopanan & kewarasan. Islam bukan agama semberono yang boleh menyebabkan penganut ugama lain memperlekehkan & mentertawakan kita.

Saya secara pribadi tidak dapat menerima dia sebagai seorang yang berakal sempurna. Kenapa menyarungkan selipar menggunakan kaki yang sudah berkasut???  Satu tabiat yang berada jauh di luar dari norma kehidupan yang sihat.

JAGALAH PRIBADI ANDA
Setiap orang Islam mesti menjaga pribadi masing-masing. Pastikan anda mempunyai pribadi yang sihat. Jangan anda hanya sihat fizikal sahaja, tetapi spiritualnya hancur, akhlaknya hancur.

Anda kemas, segak & macho, tetapi anda tidak mengekali solat 5 waktu. ANDA SEORANG LELAKI YANG ROSAK.

Anda cantik, ayu & menarik, tetapi anda tidak menutup aurat. ANDA SEORANG PEREMPUAN YANG ROSAK.

JANGAN JUGA BEGINI
Jangan juga anda menjaga amal ibadat sahaja. Solat sunatnya banyak, zikirnya banyak, selawatnya banyak, tetapi penampilan anda menjadi buah mulut orang. Ini pun tidak boleh. Anda telah merosakkan kesucian agama Islam dengan kebodohan & ketololan diri anda sendiri. 

MAAF SAYA TERLUPA.
Saya terlupa nak beritahu sesuatu.

Kelamrin, Jumaat, 13 April 2012, Majlis Tahlil Hari ke 40 diadakan untuk Allaharyam Cikgu Mustaffa di rumahnya. Ada 2 sessi. [1] Majlis makan selepas solat Jumaat. [2] Majlis Tahlil khusus selepas solat Isyak.

Saya hanya dapat pergi untuk sessi 1.  Selepas Jumaat, saya pergi bersama rakan saya dan bertemu dengan Tuan Haji Haris bin Muhammad di sana. Waktu malam, saya tak dapat pergi sebab ada program khusus di surau saya sendiri.

Sebulan lebih rupanya pemergian Cikgu Mustaffa dari sisi kami. Setiap kali saya terlihat photo beliau di papan kenyataan SMKH2, saya jadi sedih. Gambarnya menghambat kenangan saya terhadapnya. Terasa seolah-olah beliau masih hidup. Terasa seolah-olah beliau hadir bersama kami.

Seorang yang perasa seperti saya mudah tersentuh dengan kebaikan seseorang atau dengan hubungan baik dengan seseorang. Tetapi apa kan daya. Beliau sudah tiada.


INILAH CERITA NEGATIF
Samada anda nak dengar atau tidak, inilah berita pahit yang mesti anda terima sebagai warga / bekas warga SMKH2. Dalam keputusan SPM 2011 baru-baru ini, SMKH2 telah berada di tempat keempat di dalam PPD Machang.. Biasanya kita berada di tempat ketiga, di belakang SM Sains Machang & SM (A) Wataniah.

Tetapi baru-baru ini, SMK Pangkal Meleret telah menduduki tangga ketiga mengatasi kita. Semua warga SMKH2 menjadi sangat sedih. Yang paling sedih, tentunya Puan Hajjah Hamidah bt Yaakob. Semua barisan pentadbir juga sangat sedih. Semua guru juga sedih. Dan saya juga sedih.

Walau bagaimana pun, usahlah kita memanjangkan kesedihan ini. Mari kita bangkit semula dan merampas semula tempat itu. SMKH2 tidak boleh ada sikap putus asa. Kita mesti berjiwa keras dan berani.

SMK Pangkal Meleret dengar khabarnya mengadakan kenduri rusa untuk meraikan kemenangan mereka ke atas kita. Depa beraya sakan.

SMKH2 mesti bangkit semula. Kita mesti merebut semula tempat itu. BRAVO SMKH2. 
  


No comments:

Post a Comment