Monday, 31 December 2012

TAHUKAH KAMU BAHAWA MATA TIDAK PERNAH BERBOHONG?



TAHUKAH KAMU BAHAWA MATA TIDAK PERNAH BERBOHONG?.

Hari ini dah 31 Disember 2012. Jam sekarang 7.30 pagi. Hujan di luar turun dengan lebatnya. Musim banjir lagi ni.

Saya baca Metro Online sebentar tadi. Kata laporan, banjir dah ok di Pantai Timur. Dah ramai yang balik dari pusat pemulihan banjir.

Thursday, 27 December 2012

MUSIM HUJAN, TAUT & CACING GELANG



Sekarang ini musim hujan. Hujan lebat tak kira waktu. Langit mendung awan kelabu. Jalan becak sana-sini. Nak ke sana sini pun rasa malas. Soalan paling popular kepada anda ketika ini. Apakah yang selalu anda buat kalau di musim hujan begini?

Ada setengahnya kata, dia suka tidur sahaja. Tarik kain selimut, pejam mata, habis cerita. Breakfast boleh KIV dahulu. Nanti bila lapar, akan bangun sendiri untuk cari makan.

Itu cerita kaki tidur. Bagi kaki makan pulak, kalau ada ubi kayu rebus, campur  nyiur yang bergaul gula dan garam, tentu sedap giler. Kalau ada kopi-O panas, lagi sedap. Ubi kayu seperiuk pun tak cukup.
Itu cerita kaki makan. Kalau kaki sembang pulak, 24 jam asyik terperuk kat kopi kedai jew. Minum air kopi secawan cuma, tetapi bertenggek kat situ dari pagi sampai ke petang. Lupa rumah tangga, lupa anak bini, lupa solat. Huh.

Bagi kaki play station & games dalam computer, masa inilah dihabiskan sehari suntuk untuk permainan yang mereka minati. Kadang-kadang sampai lupa nak berak & kencing. Hebatnya mereka. Sampai kepala najis dah terjuih keluar, baru mereka angkat punggung meninggalkan play station atau game kegemaran mereka.

Saya? Ini saya nak cerita kisah semasa saya remaja dahulu. Kalau musim hujan begini, saya gemar menahan taut (sejenis joran pendek) yang berumpaankan cacing gelang. Ada 20 unit kesemuanya. Kebiasaannya saya menahan taut saya pada waktu petang, keesokan paginya saya pun tengok. Kalau-kalau mendapat hasilnya.            
Dari 20 unit yang saya sediakan, biasanya 4 daripadanya mengena. Kadang-kala mendapat ikan keli, ikan  haruan & ikan puyu. Kadang-kala pula mendapat belut atau anak ular atau anak kura-kura. Untuk kes-kes macam ni, saya terpaksa putuskan tali taut saya. Dah tak boleh guna lagi.

Jadi, “kebarangkalian untuk berjaya dapat hasil” dapat ditulis sebagai 4/20 atau 20/100 atau 0.2. Dalam istilah Taburan Binomial Addmath, kita tulis sebagai p = 0.2. Dengan itu q (kebarangkalian untuk gagal dapat hasil) = 1 – 0.2 = 0.8. Anda sebagai pelajar Addmath mesti tahu p+q = 1.

Seronok juga menahan taut ini. Tetapi bergantung kepada rezeki tuhanlah. Kadang-kadang ada rezeki, kadang-kadang pula tak dapat langsung.

Dalam sebulan musim hujan ni, saya berterusan menahan taut. Hari-hari kena gali tanah untuk cari cacing gelang. Ikan keli suka makan cacing gelang yang besar & kasar ni. Kalau ikan haruan & puyu, depa tak kisah. Cacing lembek pun depa bantai.

Mari kita tengok “nasib baik” (the lucky of) orang-orang yang menahan taut seperti saya ini. Katakan jumlah hari hujan = 30, kita sekarang nak cari berapa kebarangkalian mendapat ikan dalam sehari.
Dengan kata lain, nak tengok petunjuk potensi untuk dapat ikan.

Mari kita guna rumus Taburan Binomial yang popular ini.

P (X = r) = nCr (p)^r (q)^ (n-r)

P (X =1) = 30 C 1 X (0.2) ^1 X (0.8) ^ 29.

= 30 X 0.2 X 0.001547 = 0.00928      

Anda akan mendapati nilainya yang sangat kecil. Kalau pun dibundarkan pada 2 titik perpuluhan, anda akan dapat 0.01. Itu bermakna peluang mendapat ikan sangat tipis. Bermakna dalam 100X, hanya terdapat 1X peluang. Tetapi jika nilainya besar menghampiri 1 (contohnya 0.93), itu bermakna peluang mendapat ikan sangat besar dan mudah.

KESIMPULAN DARI TABURAN BINOMIAL ITU
Kalau anda ingin kaya atau hidup senang, jangan sesekali bergantung kepada nasib. Menahan taut seperti yang saya buat itu banyak menggunakan nasib. Maksudnya, hanya mengharapkan ikan pergi memakan umpan pada mata kail sahaja.

Sebaik-baik cara untuk mendapatkan ikan ialah dengan memburunya. Samada dengan menggunakan pukat atau jala. Cara ini lebih efektif.

Apa yang ingin saya beritahu anda ialah kita mesti mengubah nasib kita. Jangan sesekali mengharap kepada nasib baik semata-mata. Itu cerita saya semasa remaja. Masa itu saya miskin. Dan hanya itu yang termampu saya lakukan. 

TITIK PUSINGAN DALAM HIDUP
Selepas STPM pada 1981, saya pernah merenung masa depan saya dalam gelap malam. Saya guna seluruh akal & pemikiran saya. Masa itu, cuaca malam memang gelap pekat.  Dan pada masa itu juga, kehidupan saya sekeluarga memang miskin. Saya serba-salah antara belajar dan berkerja. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau tolonglah aku.

Pemandangan Kampus UPM
Kebetulan masa itu, saya dapat tawaran Diploma Sains Komputer di UPM. Nak pergi atau tidak? Saya terkial-kial mencari jalan keluar. Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah aku.

Melihat kesusahan hidup ibu saya, saya terasa ingin berkerja sahaja. Ingin pergi ke Singapura menjadi buruh binaan. Tetapi sampai bila? Adakah sampai umur saya 50 tahun?
Buruh binaan di Singapura?
Atau saya ingin sahaja menjadi penoreh getah? Saya memang boleh menoreh getah. Tetapi sampai bila? Adakah sampai saya tua & tak larat lagi menoreh getah?.
Penoreh getah?
Atau adakah patut saya belajar sahaja di Universiti? Kalau saya ke sana, akan tinggallah ibu saya bersama adek-adek  saya yang masih kecil.  Sudah pasti mereka akan menderita tanpa kehadiran saya?

Tiga tahun di UPM itu adalah tempoh yang sangat lama. Siapakah yang akan membantu ibu saya menoreh getah, mengutip pot getah (sekerap getah) & memesin getah keping?

Siapakah pula yang akan membantu datuk saya di sawah padi? Yang menolong menyemai & mencendung anak padi?. Yang menolong membanting padi-padi yang sudah masak?. Yang menolong membawa guni-guni padi ke kilang untuk diproses jadi beras?
  
Siapa pula yang akan menghantar adek-adek saya ke sekolah dan mengambilnya semula? Masa saya ada, sayalah yang mengayuh basikal & mereka membonceng saya.

Malam itu, saya menangis dalam gelap malam. Tidak tahu membuat keputusan yang tepat. Akhirnya, dengan kalimat Bismillah yang mulia, saya bulatkan niat saya, tekad saya, cita-cita saya untuk meneruskan cita-cita akedemik saya. Saya akan terus belajar untuk mengubah hidup saya & seluruh keluarga saya. ITULAH TITIK PUSINGAN (TURNING POINT) PENTING DALAM HIDUP SAYA.

CERITA HARI INI
Semasa saya sedang bermesyuarat di PKG Gaal, Pasir Puteh sekitar jam 9.43 pagi tadi, tiba-tiba handset saya berdering. Sebuah panggilan dari Baini.
 

Baini bt Mat Saat(SMK Paloh, SPM 2007) adalah anak angkat saya yang sekarang sedang belajar di Universiti Malaysia Trengganu (UMT) dalam jurusan Akuakultur. Sekarang dah degree tahun 3. Lepas SPM 2007, dia masuk UMT jurusan Perikanan. Sekarang dah sambung degree.

Saya kenal Baini sebagai bekas pelajar saya yang sangat cekal & kuat berusaha. Orangnya kecil sahaja tetapi semangatnya sangat kuat. Dia sangat rapat dengan isteri saya. .

CERITA YANG SAMA SEPERTI SAYA
Selepas SPM, Baini menghantar sms kepada saya meminta pendapat tentang masa depannya. Dia memberitahu saya ingin berkerja untuk membantu keluarganya.  Masa itu ayahnya sakit kuat. Saya faham sangat masalah dia. Ceritanya hampir sama seperti cerita saya.

Tetapi saya minta dia kuatkan semangat & teruskan belajar. Insyaallah ibunya & abangnya dapat menjaga ayahnya dengan baik. Alhamdulillah, Baini mendengar nasihat saya. Sekarang dah degree tahun 3. Ayahnya pun dah sihat.

Baini menelefon saya dari Stesen Bas Machang. Oleh kerana saya sibuk bermesyuarat, saya suruh isteri saya & anak saya sahaja mengambil dia. Baini itu merupakan anak angkat kami yang selalu bertandang ke rumah kami.

Semoga Tuhan selalu memberkati hidupnya & menjadikannya wanita solehah yang berjaya.

Sehari sebelum dia, kami telah pun menerima tetamu (bekas pelajar saya) dari Paloh. Mereka ialah Mohd Hilmi bin Mamat (SMK Paloh, SPM 2006) & adeknya, Mohd Ehsan (SPM 2008). Mereka dalam perjalanan ke KB untuk menziarahi kakak mereka.

So, bila mereka sampai ke Machang, mereka teringat rumah saya. Segera mereka menelefon saya yang kebetulan berada di kampong.  Segera saya & isteri bergegas pulang. Hari itu kami makan tengahari (lunch) bersama.

Saya patut puji sikap 2 beradek ini. Mereka selalu singgah ke rumah saya samada dalam perjalanan ke KB atau ke Paloh. Mohd Hilmi sekarang belajar dalam tahun 2, Degree Rekabentok Komputer di UPSI. Wah, satu pencapaian akedemik yang bagus.

Mohd Ehsan pulak sedang menunggu keputusan untuk menyambung degreenya di UiTM. Dia baru sahaja melepasi Diploma Sainsnya di UiTM Negeri Sembilan baru-baru ini.

Saya mendoakan kedua-duanya berjaya dalam hidup & diberkati tuhan dalam hidup masing-masing.


Khamis. 27.12.2012     9.23 pm

Saturday, 22 December 2012

BAGAIMANA YAHUDI MENDUKUNG SETIAP PERTEMPURAN ASKARNYA DI ISRAEL?


Seorang anak palestin, mangsa kejahattan Yahudi Laknatullah.

Para pengguna internet di Mesir menyeru umat Islam seluruh dunia mengambil pelajaran dari apa yang dilakukan kelompok Yahudi Amerika untuk mendukung Israel dalam setiap peperangannya. Laman Israel telah menampilkan 54 cara untuk mendukung Israel yang jika cara ini diterbalikan, maka ia tentu sangat bermanfaat untuk mendukung penentangan Palestin terhadap Israel.