Friday, 8 June 2012

ANDA KENAL POKOK INI?

 


pokok ini sangat mujarab untuk penyakit-penyakit kronik
Selain DT & KM, ada juga khasiat lain...Tanya Pak Mat..


Pokok di atas namanya Pokok Bismillah. Anda pernah dengar?

Kali pertama saya melihat pokok ini, saya terbentur antara 2 keadaan. Inilah kali pertama saya melihatnya. Ia seakan-akan pokok ara yang banyak tumbuh di tepi sungai.

POKOK BISMILLAH yang saya maksudkan, daunnya seperti daun nangka dan batangnya seperti batang ubi kayu. Bezanya, ia tak berkerutu. Ia lurus memanjang ke atas.

Kata Pak Mat, tuan punya pokok ini, khasiatnya banyak. Yang paling popular, mujarab untuk mengubati penyakit darah tinggi, kencing manis dan.....  Maaflah, saya tak mahu bercerita di sini kelebihan-kelebihannya yang lain. Kalau hang nak tahu juga, hang pergilah ke Mengkebang, cari Pak Mat Kain Pelikat. Nanti dia boleh cerita.

Khasiatnya memang banyak. Kerana nama lain bagi pokok ini pun hebat juga. Selain daripada pokok Bismillah, ia juga dipanggil pokok RM5.

Terkejut saya. Pokok RM5? Pasal apa? Kata Pak Mat, masa dia mula-mula dipopularkan dahulu, harga sehelai daun ialah RM5. Daunnya boleh dimamah mentah-mentah. Sapa-sapa yang nak makan daunnya untuk dibuat ubat, mesti bayar RM5.

Selain di mamah mentah-mentah, daunnya & batangnya boleh dipotong & dijemur sehingga kering. Kemudian direbus & minum air.

Saya gembira mendengar penemuan pokok Bismillah ini. Sebabnya, sudah lama saya mencari ubat herba untuk penyakit kencing manis saya. Saya dah ambil beberapa ranting dari rumah Pak Mat untuk ditanam di rumah saya sendiri. Mudah-mudahan khasiat pokok ini dapat membantu menyembuhkan penyakit kencing manis saya.

Nanti, kalau ada sapa-sapa nak daun pokok ni, boleh hubungi saya di fb.Mudah-mudahan ia berguna untuk saya dan juga anda.
 
Sebelum ini, saya gembira juga kerana mendapat satu info berguna tentang penyakit kencing manis.  Info yang saya maksudkan itu ialah tentang khasiat kacang bendi.



Masa saya kecil dahulu, saya cukup tak suka dengan kacang bendi ini. Sebabnya ia berlendir. Cuma bila dah berumur ini, baru saya makan sikit-sikit. Isteri saya cukup suka makan kacang bendi. Kadang-kadang dia goreng atau masak air, kadang-kadang juga dia celur & cicah budu.

Menurut info yang saya dapat, kacang bendi sangat berkesan untuk mengubati penyakit KENCING MANIS. Aturan menggunakannya adalah seperti berikut.

[1] Ambil 2 atau 3 batang kacang bendi. Potong kiri kanan.
[2] Sediakan 1 bekas air biasa. Jangan air suam.
[3] Masukan kacang bendi tadi ke dalam air sebelum tidor
[4] Minum air tersebut keesokan paginya.
[5] Ulangi sehingga 40 hari.

Alhamdulillah, semoga dengan info berguna ini, saya, anda & kita semua dapat mengambil manfaat berguna untuk kesihatan diri.

DISIAPKAN PADA 7.6.2012, 7.25 AM


      

5 comments:

  1. kt mna sy bleh dpt pokok/daun niy??? mmg pokok niy bleh ubati pnyakit kncing manis??

    ReplyDelete
  2. Bendi pun blh buat ubat kencing manis. Wahh baru tahu. Tq infonya.

    ReplyDelete
  3. siapa siapa nak benih pokok bismillah boleh hubung sy di hp atau wapps 0183733302 hariskelvinlian di kawasan rumah sy ada banyak

    ReplyDelete