Monday, 8 October 2012

PETUA UNTUK LULUS ADDMATH



SPM 2012 Cuma tinggal lebih kurang 28 hari je lagi. Bagi pelajar-pelajar yang ambil Addmath, mereka dah ketar kepala lutut. Kata orang Kedah, depa dah ketaq kepala lutut. He2.

Dalam trial SPM baru-baru ini, sebanyak 19 orang daripada 31 orang pelajar 5SC2 yang saya ajar lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Daripada 12 orang gagal tu, 4 orang sangat kritikal. They got below 10 marks. Huh.

Baki 8 orang tu dapat sekitar 20 – 25 markah. Insyaallah boleh diubati. Markah mereka tidaklah teruk sangat. Saya sengaja jual mahal supaya mereka tidak lulus percuma. Mereka pun rajin. Insyaallah, mereka akan Berjaya dalam SPM sebenar nanti.



Empat orang yang sangat kritikal tu mempunyai masalah yang hampir sama di antara mereka. A tidak focus dalam pelajaran & mudah kalah kepada masalah remeh-temeh. Pernah dia tak hadir sekolah selama berminggu-minggu & sekarang pun masih begitu. Dalam Trial baru-baru ini, dia dapat 0 markah, Boleh lulus Addmath dalam SPM ke? 

B pula tenggelam dalam dunia khayal dan tidak cakna kepada pelajaran. Saat pelajar-pelajar lain menyiapkan kerja rumah & latih-tubi, dia hanya tersenggih-senggih di mejanya seolah-olah dia bukan calon SPM 2012. Kerjanya terbengkalai & tak pernah siap. Dalam Trial, dia dapat 3 markah. Boleh lulus Addmath juga ke?

Baki dua orang lagi tu dapat sekitar 10 markah. Mari kita namakan mereka, C dan D. Kedua-duanya perempuan. Markah mereka Ok jugalah.Tetapi masih rendah & kurang memberansangkan. Apa yang saya perhatikan, depa tak serius belajar. Asyik tersenggih-senggih & terkulat-kulat sahaja. Apa nak jadi ni?

Bagi saya, untuk lulus Addmath mudah sahaja. Bukan payah sangat pun. Ada 3 langkah sahaja. [1]. Datang sekolah. [2]. Buat latihan  dan latihtubi  [3].Serius belajar & ikut teknik yang guru ajar. Habis cerita. Noktah. Tetapi kalau nak skor. anda mestilah usaha giler-giler sikit. Biasalah tu.  Saya pun begitu juga masa SPM dahulu.

Sekarang saya nak sebut teknik mudah untuk lulus Addmath. Bagi Kertas 1 (K1), anda mesti usahakan supaya dapat 1 markah bagi setiap soalan. Teknik ini saya sebut 1Q1M. Kalau anda Berjaya cara ini, anda dah dapat 25/80. OK dah tu. He2.

Kalau anda ada masalah tak boleh menjawab semua soalan, anda boleh pilih tajuk-tajuk yang saya beri supaya anda dapat markah maksimum melaluinya.

Tajuk-tajuk tersebut ialah fungsi (drpd 3 soalan, 2 mudah jew), persamaan kuadratik (1 soalan mudah), fungsi kuadratik (biasa ada 2 soalan, 1 mudah jew).

Kemudian tajuk Indek dan log (ada 3 soalan, 2 mudah jew), janjang (ada 3 soalan, 2 mudah jew), vector (biasa 2 soalan, 1 sangat mudah) . Kebarangkalian (biasanya mudah, 1 soalan).

Melihat kepada apa yang saya beri, terdapat 10 SOALAN MUDAH yang memang anda boleh jawab. Dah dapat dah sekitar 25 markah. Kalau anda nak lebih daripada itu, kenalah study lebih sikit. Terokai dan mahirkan diri anda dengan tajuk-tajuk lain. Insyallah anda dapat.

Berkenaan Kertas 2 (K2), anda boleh ikut teknik ini kalau mahu. Tekankan kepada 5 tajuk berikut untuk dapat markah mudah melaluinya. Saya gunakan konsep 5 soalan 5 markah (5Q5M). Maksudnya, anda kena dapat 5 markah setiap satu.

[1] Tajuk-tajuk berkenaan ialah Persamaan Serentak. Kalau anda boleh selesaikannya, dah dapat 5 markah kat situ. Tetapi awas, anda mesti gunakan rumus untuk dapat nilai x dan y yang dicari. Kalau tak guna rumus,  anda Cuma dapat  3 markah jew. Dah rugi tu.

[2] Kemudian, mahirkan diri anda untuk jawab tajuk Hukum Linear. Tajuk ini memang mudah. Tetapi ramai pelajar takut nak buat. Saya paksa para pelajar saya melakukannya. Ayat ransangan saya mudah sahaja. YOU MUST DO IT OR YOU WILL FAIL YOUR PAPER.

Kalau anda boleh buat soalan tu, anda dah dapat 7 markah. Paling teruk pun, anda boleh dapat 5 markah kat situ. OK dah tu.

[3] Kemudian, tolong mahirkan diri anda dengan tajuk Graf dalam Trigonometri.  Sebelum SPM, tolong jumpa cikgu masing-masing & minta dia ajarkan sampai faham. Kalau anda rajin, anda boleh buka blog-blog Matematik dalam MY BLOGLIST saya di bawah. Di situ, ada penerangan tentang cara melukis graf.

Kalau anda Berjaya pada tajuk tersebut, anda dah dapat sekitar 5 – 7 markah. Paling teruk pun, anda boleh dapat 5 markah. He2. Banyak dah tu.

[4] Penyelesaian Segitiga. Walau pun tajuk ini keliahatan agak payah, tetapi kalau anda sentiasa latihtubi, ia mudah je. Saya rasa anda boleh dapat 4 atau 5 markah d sini.

[5] Penggunaan Nombor Indeks. Tajuk ini pun anda boleh dapat markah dengan mudah. Soalan yang keluar dalam SPM hampir sama setiap tahun. Dan saya pun rasa anda mampu mendapat sehingga 5 markah di sini.    

Daripada 5 tajuk yang saya senaraikan di atas, anda dah dapat 25 markah. Tetapi kalau anda dapat menjawab sebahagian tajuk lain seperti vector, geometri kordinat & statistic dengan kadar purata 3 markah dari setiap tajuk, bermakna anda dah dapat 25 + 9 = 34 markah. Maksudnya, anda dapat 35/100.

Kalau anda jumlahkan K1 & K2, anda dapat 25 + 34 = 59/180. Kalau mengikut “passing mark” , 25 markah kat sekolah, maknanya anda dah lulus.

Sebenarnya anda mesti ada perancangan untuk lulus. Merancang untuk lulus (plan to pass) boleh membantu anda menemui jalan keluar. Tetapi selain itu, anda mesti berhati waja & keras semangat.

Saya sebutkan contoh seorang pelajar saya yang keras semangat. Namanya Zurafatihah bt Muhamad. Dia memang lemah Addmath. Semasa Ujian Mac 2012, dia gagal Addmath. Kemudian semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun, dia gagal lagi. Tetapi semasa Trial baru-baru ni, dia lulus dan mendapat 32markah.

Zura itu memang keras semangat. Walau pun dia gagal & Nampak kesedihan, tetapi dia selalu membuat latihan Addmath saya. Begitu juga dengan Mohd Syafiq Nazri, Muhaimin & Zafirullah. Mereka semua mempunyai jiwa yang kuat & tidak pernah mengaku kalah kepada Addmath.

Dan mereka semua telah lulus dengan baik dalam Trial baru-baru ini. Tahniah.

Di penghujung coretan ini, saya suka menyampaikan satu pesanan berguna kepada anda. Dalam kita berusaha menegakkan dunia ini, jangan pula lupa kepada akhirat yang berada di hadapan kita.

Ingatlah, kita semua berada di akhir zaman. Kata orang, berada di zaman kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar. Kalau anda berminat nak membaca cerita-cerita terkini mengenainya, elok anda pergi ke Blog MENCARI DAMAI DI LANGITMU dalam senarai MY BLOGLIST saya di bawah. SELAMAT MEMBACA.  

15 comments:

  1. Terima kasih ckgu..doakn saya utk spm 2013 ..saya selalu fail addmths .:")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan kamu. Banyakkan solat hajat dan bertanya guru. Ada satu petua lain seperti berikut.

      Setiap kali kamu berbuat kebaikan, apa2 sahaja...berdoalah begini.

      YA ALLAH, SEKIRANYA APA YANG AKU BUAT INI SATU KEBAIKAN, MAKA TOLONGLAH AKU DALAM ADDMATH, BERILAH AKU KEJAYAAN DENGANNYA, JADIKANLAH AKU BERJAYA MASUK U, MENJADI WANITA SOLEHAH YANG BERJAYA, DUNIA DAN AKHIRAT.

      Delete
  2. saya x brapa nk suka dengan ckgu yg ajar admath kt skolah saya tu..dia gunakan kata2 yg menyakitkan hati dan menyinggung perasaan serta slalu perli budak2 yg always fail. Tanggapannya semua kata2 tu adalah motivasi..betul ke smua tu ckgu? tapi di akhir kelas beliau...dia akan mohon maaf jika terkasar bahasa...dan esok dia masuk kelas..cakap benda yg sama...saya bukan nk burukkan cg admath saya tpi sy rasa ilmu bagaikan xkan masuk klau masih bicara sebegitu dengan pelajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA FAHAM MASALAH KAMU....itulah ragam guru dari sekian banyak banyak guru. Saya syorkan satu perkara kepada kamu.

      Tolong dekatinya, tolong apa2 yang patut untuknya....contohnya sapu papan hitam, bawa bukunya, tolong ambilkan buku untuknya dsb. Paling penting, biar dia redha kepadamu.

      Kemudian jika kamu berjaya melakukannya, maka berdoalah begini..

      YA ALLAH, SEKIRANYA APA YANG AKU BUAT INI SATU KEBAIKAN, MAKA TOLONGLAH AKU DALAM ADDMATH, BERILAH AKU KEJAYAAN DENGANNYA, JADIKANLAH AKU BERJAYA MASUK U, MENJADI LELAKI SOLEHAH YANG BERJAYA, DUNIA DAN AKHIRAT.

      Delete
  3. Salam cikgu, saya suka addmath tapi cikgu saya ni ajar laju sangat, seolah-olah dia sangka kami semua faham, tapi saya suka cikgu tu. Soalan saya, topik mana yang cikgu rasa paling susah dalam add math ni? saya dah boleh cover funsi, log, indeks, persamaan kuadratik boleh jawab tapi malasnye Allah je tau sbb panjg sangat! hehe. sukatan membulat pon ade yang boleh jawab tapi formula dia tu ya Allah. pening kepala. haa cikgu! geometri koordinat saya tak sukaa. Cikgu boleh bg tips tak? hehe terima kasih :D doakan saya cikgu! siti, batch spm 2014

    ReplyDelete
  4. cikgu. saya sedih lah cikgu..saya sudah buat semua saya dah datang sekolah setiap hari tumpu dalam kelas cuba faham konsep serta telah buat banyak latihan tapi tetapp gagal jugak addmath...saya x faham kenapa jadi macam ni...cikgu tolong saya...

    ReplyDelete
  5. setelah saya membaca blog cikgu ni...semangat saya untuk belajar add math semakin tinggi...saya pelajar yang selalu gagal dalam add math..trial baru2 ini pun saya gagal....insyaallah dengan semangat saya sekarang saya akan lipat gandakan usaha saya...terima kasih kerana cikgu sanggup berkongsi maklumat yang sangat berguna bagi saya....doakan saya agar lulus dalam add math...terima kasih cikgu..

    ReplyDelete
  6. Saya spm candidate thun 2016, doakan saya ya cikgu ..masa f4 tak pernah dapat A masa exam ikut format ..asyik C je , addmath dan fizik saya memang berkait rapat ..cuma fizik up skit saja. Dengan petua2 cikgu ni memang semangat nak study.. cikgu2 sume best kadang tu walau tak best tp kalau minat kat subjek tu automatik jadi best kan cikgu hihi. Mesti best belajar ngan cikgu huhu

    ReplyDelete
  7. Sejibik mcm apa yg cg addmath sy ckpkan dkt addclass td... hehhe... cg kata dsbbkan Attitude masing2 sma ada nk brjy atau tdk... cg pon bgtau bt setiap soalan spy dpt satu mrkah klu nk lulus.. yg pnting jgn tggal tetapi cubaaa... sekiann...
    Nk habaq kata btoi apa kata cg :D

    ReplyDelete
  8. Saya selalunya faham ape yg ckg addmth ajr dlam kelas tpii part dlam exam mesti blurr pluss dlam fikiran mesti kata soalan exm addmth ni susah . Kdang² dlam exam saya rase soalan tuh saya dpat jwab tpii bila dpat paper , jwapan saya salah and kekadng give up jugak . Apa yg patut saya buat ?

    ReplyDelete
  9. Saya selalunya faham ape yg ckg addmth ajr dlam kelas tpii part dlam exam mesti blurr pluss dlam fikiran mesti kata soalan exm addmth ni susah . Kdang² dlam exam saya rase soalan tuh saya dpat jwab tpii bila dpat paper , jwapan saya salah and kekadng give up jugak . Apa yg patut saya buat ?

    ReplyDelete
  10. Saya selalu buat semua soalan.. Saya rase mcm betol tapi cikgu selalu bagi kosong

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete