Semasa
saya kecil dahulu, sekitar umur 7 atau 8 tahun, ustaz selalu bercerita bahawa
nabi yang paling tinggi ialah Nabi Adam a.s,. Dikatakan bahawa tinggi Nabi Adam itu ialah 60 hasta. Ukuran 1 hasta = 1.5 kaki. Bermakna ketinggian baginda ialah 90 kaki, hampir sama tinggi dengan bangunan 10 tingkat.
Kalau mengikut sejarah, ketinggian itu memang relevan dengan manusia di zaman itu. Sebabnya binatang di zaman itu relatifnya bersaiz besar semuanya. Tengok sahaja Dinosour, matanya sahaja sebesar kepala manusia zaman sekarang. Kalaulah kita yang hidup dizaman itu, entah-entah kita menjadi makanannya.
Ustaz itu mengajar lagi bahawa nabi yang paling sabar ialah Nabi Ayub a.s, nabi yang paling kaya dan paling berkuasa ialah nabi Sulaiman a.s, nabi yang paling miskin ialah Nabi Isa a.s dan nabi yang paling cantik ialah Nabi Yusuf a.s.
Banyak
lagi kisah nabi-nabi lain yang masih terlekat di dalam kepala saya. Semuanya
merupakan cerita tauladan yang patut menjadi pengajaran kepada manusia.
Kisah
kecantikan Nabi Yusuf itu digambarkan sebagai seorang malaikat. Para perempuan yang memandangnya akan merasa khayali dan
terpesona sepenuhnya.
Mereka
terlupa kepada pisau yang mereka pegang. Dan tanpa disedari, mereka terhiris
jari-jari mereka sendiri. Limau yang dipegang, terlepas entah ke mana. Alangkah
cantiknya seorang manusia yang bernama Yusuf ini.
Dikhabarkan,
umurnya saat itu 18 tahun. Seorang anak muda yang menjadi pujaan hati kepada
Siti Zulaika, isteri Al-Aziz, pembesar Mesir pada masa itu.
Bukanlah
satu kehairanan mendengar kisah cinta, pujaan & jiwang seperti ini. Pada
masa kini pun, ramai wanita berumur yang jatuh hati kepada anak-anak muda untuk
dijadikan suami atau pasangan.
Kisah
cinta Siti Zulaika tertarik hati kepada Yusuf
kemudiannya menjadi buah mulut yang mengemparkan seluruh kota. Tambahan lagi, Yusuf itu adalah anak
angkatnya sendiri.
Maka
kerana itu, Siti Zulaika merancang sebuah permainan psikologi. Dia memanggil
para wanita yang mencemuhnya supaya datang ke rumahnya. Diberikan kepada
mereka, sebilah pisau dan sebiji limau tiap-riap seorang.
Sedang
mereka mengoyak limau itu, maka Siti Zulaika pun segera memanggil Yusuf ke
hadapannya. Terlopong mulut para wanita itu melihat kecantikan Yusuf.
Benar-benar
cantik, benar-benar lawa, benar-benar segak. Kata orang sekarang, benar-bnar
handsome, benar-benar macho.
Mereka
segera mengibaratkan Nabi Yusuf itu sebagai seorang malaikat yang indah, lawa
dan menakjubkan. Tangan mereka telah terluka akibat hirisan pisau tanpa
disedari itu.
Siti
Zulaika tersenyum. Dia segera menempelak para wanita pencemuhnya dengan
kata-kata sinis seperti berikut.
“KAMU
melihatnya hanya sekejap, dan tanganmu telah terluka kerananya. AKU ini telah
melihatnya selama bertahun-tahun, janganlah menghina aku kerana jatuh hati
kepadanya”
Demikianlah
keindahan & kecantikan wajah Nabi Yusuf a.s. Insan yang digambarkan paling
cantik, paling lawa, paling mempesona.
Bila
saya bertambah dewasa, saya selalu mengikuti kuliah agama (kami panggil menadah
kitab) di Masjid Kg Sokor, Kok Lanas, tempat kelahiran saya. Bertahun-tahun
mengali ilmu di situ, akhirnya saya terjumpa satu kata-kata lain tentang
KECANTIKAN.
Kata
ustaz yang mengajar pada masa itu, nabi yang paling cantik sebenarnya ialah
Nabi Muhamad S.A.W.
Nabi
Muhamad?
Bagaimana
dengan Nabi Yusuf?
Jawapannya
begini. Kecantikan Nabi Yusuf itu ibarat cahaya bulan. Semua orang boleh
memandangnya dan menikmati kecantikannya. Kecantikan Nabi Muhamad pula ibarat
cahaya matahari. Saat baginda memandang kepada
kita, kita tidak sanggup memandangnya kembali. Kekuatan wajah baginda
menyebabkan kita tertunduk kalah. Tak sanggup memandangnya.
Demikianlah
HEBATNYA wajah Nabi kita, Nabi Muhamad S.A.W.
Kalau
hendak disebut keutamaan Nabi Muhamad terhadap nabi-nabi yang lain, maka penjelasannya
dapat difahami seperti berikut. .
NABI
ADAM itu sangat hebat kerana pernah menghuni di dalam shurga, tetapi NABI
MUHAMAD lebih hebat, kerana shurga sangat merindukannya setiap masa. Pada saat
kita berselawat kepada nabi, maka shurga itu gembira keriangan mendengarnya
& mengalu-alukan kita masuk ke dalamnya.
Lebih
hebat daripada itu, NABI ADAM & SITI HAWA berkahwin di dalam shurga dengan
mas kahwinnya kalimah MUHAMADUR RASULULLAH yang tertulis di dalam shurga.
NABI
MUSA sangat hebat kerana dapat bercakap dengan tuhan, tetapi NABI MUHAMAD lagi
hebat kerana dapat mikraj ke langit bertemu tuhan. NABI MUSA hanya
bercakap-cakap dengan Tuhan tetapi tidak pernah melihat tuhan. NABI MUHAMAD
pula mendapat kedua-duanya.
Pertemuan
itu pula bukan sekali, tetapi sebanyak 9X untuk meminta pengurangan waktu solat
dari 50 waktu kepada yang paling minima. Demikianlah hebatnya Nabi kita, Nabi
Muhamad S.A.W.
NABI
SULAIMAN itu hebat kerana memiliki kerajaan yang besar dan rakyat yang ramai. Tetapi
NABI MUHAMAD itu lebih hebat kerana di atas dunia ini, manusia dan jin
seluruhnya menjadi umatnya. Semuanya mesti berada di bawah syariatnya.
Di
akhirat pula, NABI MUHAMAD mempunyai telaga khausar yang mesti diminum oleh
setiap orang yang layak masuk shurga. Demikianlah besarnya pangkat NABI MUHAMAD
di alam dunia & akhirat.
NABI
AYUB itu dikenali sebagai nabi yang paling sabar. Baginda diuji dengan
kemusnahan tanaman, kematian binatang ternakan, kematian sekaligus 28 orang
anaknya dan paling teruk ditimpa penyakit selama 7 tahun berturut-turut.
Akan
tetapi NABI MUHAMAD itu lebih sabar
NABI
AYUB menghadapi kesusahan itu dalam bentok pribadi, tetapi NABI MUHAMAD pula terpaksa menghadapi
peperangan demi peperangan di dalam menegakkan dakwah Islam.
NABI
AYUB hanya mengalami korban harta-benda, nyawa anak-anaknya & ditimpa
penyakit sahaja di dalam kesusahan yang dihadapinya, tetapi NABI MUHAMAD lebih
teruk dari itu. Bukan setakat kehilangan tanah air, sokongan, rumah tangga, harta benda & nyawa
pengikut-pengikutnya, bahkan terpaksa menghadapi boikot, pengusiran & peperangan yang berpanjangan..
Yang
menentangnya bukan orang lain, tetapi
bapa saudaranya (Abu Jahal & Abu Lahab), kaum kerabatnya, suku
kaumnya dan mereka yang sangat dekat kepadanya.
Bahkan
pernah diceritakan di dalam sejarah, bahawa NABI MUHAMAD hampir membunuh
dirinya kerana tertekan di dalam usaha dakwahnya. Demikinlah hebatnya
tanggungan perasaan yang dihadapi oleh baginda. Tetapi tuhan memberinya kesabaran dan menguatkan pula kesabarannya..
NABI
AYUB hanya mengalami kesusahannya selama 7 tahun sahaja, tetapi NABI MUHAMAD
selama 23 tahun. Secara matematiknya, 3X ganda lebih teruk kalau menurut ukuran
masa. Dalam ukuran-ukuran yang lain, maka NABI MUHAMMAD itu lebih kuat
penderitaannya berbanding NABI AYUB.
NABI
ISA dikatakan sebagai nabi yang boleh menghidupkan orang mati, tetapi NABI MUHAMAD lebih hebat daripada itu. Baginda boleh bercakap dengan orang mati selepas peristiwa Perang Badar. Baginda juga boleh bercakap dengan unta dan binatang-bintang tenrakan lainnya. Bahkan baginda juga boleh bercakap dengan batang khurma, bahkan dengan batu kriikiil sekali pun.
NABI SALEH pula terkenal dengan mukjizatnya boleh mengeluarkan anak unta daripada batu. Tetapi NABI MUHAMAD lebih hebat daripada itu. Baginda boleh memanggil bulan, kemudian memadatkannya, kemudian membelahnya, dan mengeluarkannya semula dari kedua-dua hujung bajunya. Alangkah hebatnya Nabi kita, Nabi Muhamad S.A.W.
Sebelum saya mengakhiri kisah mengenai keagungan Nabi Muhamad S.A.W, elok anda mendengar sebentar cerita mengenai perjumpaan beberapa orang Hamba Allah dengan baginda nabi di dalam mimpi.
Kata seorang orang soleh di Indonesia.
“Almarhum
Cak Munir, adalah salah seorang yang pernah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW. Saya agak lupa ceritanya, apakah
dia ikut sholat berjamaah dengan Nabi atau bertemu biasa. Hal ini disampaikan oleh
salah seorang sahabatnya, bernama Bang Dedi di dalam suatu media, tidak lama selepas
tersebar berita Cak Munir diracun”.
Berkata pula seorang Hamba Allah bernama Nano
“Mimpi bertemu dengan Nabi Muhamad boleh dialami
oleh sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Saya juga pernah mengalami
hal tersebut. Kejadian bertemu dengan Nabi Muhamad itu berlaku pada bulan Januari
1998. Masa itu bulan puasa. Saya bertemu dengan beliau di padang pasir dan saya menghadap beliau
sedangkan di belakangnya ada kabah. Jadi posisi saya waktu itu ialah menghadap ka’bah
Akhirnya, berkata pula seorang yang bernama
N.Shary Riswandy
“Aku juga, pada waktu umurku sekitar 9 tahun. Aku
bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. Waktu itu, dalam mimpiku, aku sedang berada di sekolah
seperti biasanya. Tiba-tiba angin datang
dan berhembus sangat kencang. Muncullah dari atas, lebih kurang 5 orang dari atas permaidani
terbang dan menghampiriku….aku menunduk tanpa berani memandang wajahnya. Aku
bertanya ” siapa gerangan engkau ini? ” Lalu sosok lelaki yang berjubah putih
dan berjanggut itu menjawab ”, Aku adalah Nabi Muhammad S.A.W ” .Beliau hanya
menghampiri dan memandang aku sahaja tanpa berkata apa-apa…..Sampai sekarang, aku tidak tahu apa maksud dan erti dari semua
mimpiku itu?”
Assalamualaikum kepada pemilik blog. Terima kasih atas ilmu yang diberikan. Tetapi ada permasalahan di penulisan saudara/saudari berkenaan Nabi Muhammad saw hampir membunuh diri kerana tertekan dengan usaha dakwahnya. Ini sama sekali tidak benar. Boleh menjadi fasik dan munafik jika mengatakannya. Jika baginda ingin membunuh diri sudah tentu baginda keluar dari persembunyiannya di Gua Hira' dan membiarkan orang kafir menangkapnya lalu dibunuh. Pernah dikisahkan Nabi Muhammad saw pernah dibaling batu dan ranting kayu kecil oleh penduduk yang menolak ajaran baginda sehingga cedera di kaki akan tetapi kesakitan kaki baginda tidak dapat mengatasi kesakitan hatinya kerana mereka tidak mahu menerima Islam. Nabi Muhammad saw tidak memarahi mereka. Di situ jelas baginda mempunyai kesabaran yang tinggi sebagaimana penulisan saudara/saudari. Malaikat menawarkan untuk menterbalikkan sebuah bukit lalu menghempap ke atas mereka yang menyakiti baginda tetapi Nabi Muhammad saw menolaknya dan menyatakan tidak mengapa dan akan datang waris daripada mereka nescaya akan beriman kepada Allah swt. Diharapkan saudara/saudari memperbetulkannya. Bagaimana mungkin Nabi Muhammad saw mempunyai niat untuk membunuh diri yang umum semua orang beriman tahu ianya dosa besar. Tak pernah begitu. Saudara/saudari seharusnya membuat rujukan sebelum menulis tentang itu. Harap maaf.
ReplyDeleteIa masa ada nabi mau bunuh diri kan itu dosa,berarti nabi itu bukan penyabar.....kalo pusing biasa kalo putus asa dosa
ReplyDeletesaya juga kurang sependapat dengan kata nabi muhammad hendak bunuh diri.
ReplyDeletetapi selepas dari hal itu subhanallah.. Allahuakbar :')
Saya senang dengan cerita yang dituliskan,saya juga pernah bermimpi ketemu nabi muhammad,ketika itu saya bermimpi berjalan di padang pasir kemudian saya. Ketemu masjid dan saya masuk kedalamnya kemudian sholat,didepan saya ad orang yang sholat memakai sorban dan jubah putih.Masjid itu sangat indah berkilau mungkin terbuat dari emas dan intan permata . Setelah sholat saya keluar berjala ditepi pantai pasir.saya berusaha melihat nabi muhammad dan menatapnya tetapi tidak bisa memandangmuka baginda nabi karena dimuka yang ad hanyalah cahaya yang sangat terang sehingga silau matakita memandangnya,semakin lama semakin jauh baginda berjalan meningalkan saya sampai saya terbangun dari mimpi.
ReplyDeleteMustahil ada orang yg bermimpi bertemu nabi muhamnad dizaman sekarang sedangkan mtlihat wajah Rosulullah saja tak pernah.
ReplyDeleteJika dijaman y para sahabat itu hal yg lumrah karena para sahabat berkumpul, berdiskusi pada Rosulullah seringmungkin.
Membaca artikel ini bukan kebesaran nabi Muhammad yg ditonjolkan, melainkan Seakan Merendahkan atau meremehkan nabi2 yg dibandingkan.
Kita umat Islam semua sadar dan paham keutamaan Nabi Muhammad. Tp kita menyampaikan y haruslah dengan cara islamiyah, bkn mlah seakan2 merendahkan nabi2 sebelum beliau.
Kami Islam
Cinta Allah
Cinta Semua RosulNYa
Maaf hanya pesan lain jk kali bikin blog yg bertema islami haruslah mengedepankan kesantunan. Dan memakai cara yg islami pula.
Zakarullah. Moga niat baik dilimpahkan kebaikan oleh Allah
Assalam ,, trima kash buat bloger yg sudi memberi perkongisan. Ianya sangat bermanfaat.cuma yang ingin dikomentarinya,(mustahil Baginda Nabi Muhammad S.A.W ingin bunuh dirinya. Kita semua udah tau kuq yang Rasullullah itu sangat2 penyabar sehingga diberi peluang membunuh seorang yang ingin membunuhnya pon Beliau gak.malah menasihati lagi. Bagusnya sang blogger perbetulkan ayat itu. Takut nanti orang lain yang membacanya, bisa jadi gawat /terus percaya. Yang kedua tentang mimpi bertemu Nabi. Kita harus tahu dan ingat. Syaitam itu gak bisa menyerupai Nabi tetapi dia bisa mengaku yang dia Nabi. Jadi jika ingin tahu apakah betul/ salah mimpi kita, haruslah kita rujuk kepada hadis yang menceritakan tentang tubuh dan susuk Muhammad S.A.W . Terus baru kita tahu yang kita mimpi itu Baginda atau bukan. Sekian dahulu..
ReplyDeleteJika nak menceritakan tentang agama kepada umum... pastikan ianya SAHIH sebab mengakibatkan salah pemahaman orang ramai... dan setiap orang lain ilmunya.. pastikan SAHIH dan tidak mengelirukan... jangan hanya berdasarkan cerita orang... seperti mimpi berjumpa Rasullullah.. adakah orang itu benar benar berjumpa atau khayalan saja tapi kita terus menghebabkan pada umum.. hati hati walaupun niat anda baik..
ReplyDeleteJika nak menceritakan tentang agama kepada umum... pastikan ianya SAHIH sebab mengakibatkan salah pemahaman orang ramai... dan setiap orang lain ilmunya.. pastikan SAHIH dan tidak mengelirukan... jangan hanya berdasarkan cerita orang... seperti mimpi berjumpa Rasullullah.. adakah orang itu benar benar berjumpa atau khayalan saja tapi kita terus menghebabkan pada umum.. hati hati walaupun niat anda baik..
ReplyDeleteJika nak menceritakan tentang agama kepada umum... pastikan ianya SAHIH sebab mengakibatkan salah pemahaman orang ramai... dan setiap orang lain ilmunya.. pastikan SAHIH dan tidak mengelirukan... jangan hanya berdasarkan cerita orang... seperti mimpi berjumpa Rasullullah.. adakah orang itu benar benar berjumpa atau khayalan saja tapi kita terus menghebabkan pada umum.. hati hati walaupun niat anda baik..
ReplyDeleteNabi muhamad berdosa (qs 47:19), nabi isa suci (qs 19:19)....terus gimana dong?? Sedangkan yg suci hanya Allah SWT....berarti nabi isa lebih tinggi dari semua nabi, itulah yg harus kita ikuti. Muhammad sering membunuh orang ( musuh2 islam), nabi isa tidak pernah membunuh orang2, bahkan dia mengasihi musuh2nya. Coba tunjukan di alquran bahwa nabi isa BERDOSA. Jangan sesatlah...surganya versi muhammad berisi sexs, surga menurut isa bahwa hidup disurga TIDAK ADA kawin dan dikawinkan, tapi hidup seperti malaikat yaitu memuji dan memuliakan Tuhan ALLAH..mana yang kalian pilih, muhammad atau isa. Kalau aku pilih isa...
ReplyDeletewahai isa sahabat,, kalau anda ingin membandingkan Al Qur'an dengan Kitab Injil (Perjanjian Lama & Perjanjian Baru) jangan sepotong2, sebaiknya anda membacanya dengan lengkap, lalu lakukan komparatif secara detail, ilmiah & obyektif. Niscaya anda akan mengetahui mana yang lebih lengkap & lebih sempurna,, dengan seijin Allah SWT. Semoga...
ReplyDelete