BUNGA NAN INDAH

Thursday, 16 August 2012

5 JENIS IKAN ZAMAN DINOSAUR YANG MASIH KEKAL SEHINGGA SEKARANG


 
Sempena Hari Raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.  MAAF ZAHIR BATIN. (0-0)

Terima kasih kepada Syaza Amira, 5A1 SMKH2 kerana menjadi orang pertama menghantar Kad Ucapan Selamat Hari Raya pada saya. Bagus budak Syaza ni. Dia peka dengan suasana hari raya. 

Terima kasih juga kepada Yasmine Ixora Harith, bekas pelajar saya di SMK Paloh, SPM 2005 di atas kiriman Kad Rayanya. Terima kasih daun keladi. Dia cukup bagus dan selalu bagus pada saya, sejak dahulu-dahulu-dahulu lagi. Terima kasih.

Kepada semua pembaca blog saya, sahabat handai, rakan taulan, rakan-rakan guru, rakan-rakan blog, pelajar-pelajar SMKH2, bekas pelajar SMKH2, bekas pelajar SMK Paloh dan sesiapa yang mengenali saya, jemputlah datang ke rumah saya.

Jemputlah datang KE MAJLIS RUMAH TERBUKA SAYA pada HARI RAYA KETIGA NANTI (SELASA), 11.00 AM – 6.00 PM. Jemputlah datang. Boleh kita berhari raya bersama-sama.

Sebelum anda membaca entry terbaru saya ini, saya hendak menasihatkan anda satu perkara. Kalau andajenis fobia, takut, mudah alah, alergik dan sebagainya, tak payahlah anda baca dan tengok gambar-gambar yang saya sediakan.



 Takut nanti anda pitam dan pengsan.

Semua jenis ikan yang tertera di bawah adalah ikan-ikan bersaiz besar yang datang sejak dari zaman Dinosaur lagi. Matanya pun dah sebesar kepala lutut anda. He2. Gurau aje.

Kalau anda suka tengok ikan-ikan yang cantik jelita, yang lawa, yang lemah lembut, yang geledik & penuh warna warni, elok anda pergi ke BLOG MENCARI DAMAI DI LANGITMU. Sila klik kat MY BLOG LIST di bawah.

Ada satu post menarik dan istimewa saya sediakan. Tajuknya, 10 JENIS IKAN YANG PALING CANTIK DI DUNIA.

Baca yang tu sahaja.

Jangan baca yang satu lagi. Bahaya. KISAH BINATANG YANG PALING BERBISA DI DALAM LAUT. 

Kalau anda baca juga, saya tak bertanggungjawab kalau apa-apa berlaku kat anda. He2.

Sekarang mari kita tengok limajenis ikan yang wujud sejak zaman Dinosaur. Kita mulakan dengan nombor (5) terlebih dahulu.  

5.Arapaima


 


Sekilas pandang, ikan ini mirip dengan ikan arwana , Arapaima Amazon dianggap sebagai ikan air tawar terbesar di dunia.
Menurut catatan awal, ikan ini dapat tumbuh dan membesar sehingga sampai kepada 4.5 meter (13 kaki). Woo besarnya. Selera ke nak makan?.
Tetapi pada masa ini, arapaima besar seperti itu sudah jarang ditemui dan arapaima yang paling dewasa pun rata-rata berukuran  hanya sekitar 2 meter (6 kaki) sahaja.
Arapaima memakan ikan kecil, krustasea dan haiwan-haiwan kecil yang melintas di depannya. Salah satu ciri menarik dari ikan ini adalah menghirup oksigen dari udara, seperti cetacea, dengan tujuan agar dapat bertahan hidup lebih lama.
Arapaima tidak menimbulkan bahaya bagi manusia dan sering diburu untuk diambil dagingnya. Sayangnya, arapaima sudah sangat sedikit sekarang ini. Payah untuk memburunya lagi.

4.Sawfish


 
Sawfish atau Ikan Gergaji merupakan korban dari zaman Cretaceous dan dapat ditemui pada kedua-dua keadaan, samada di laut atau di sungai.
Akan tetapi ia hanya dapat ditemui pada kedalaman 100 meter (300 kaki) dengan saiznya 7 meter (21 kaki) panjang.
Ikan ini kelihatan seperti ikan yu dengan mulut yang menyerupai gergaji mesin, Namun sawfish bukanlah termasuk di dalam spesies ikan yu. Mereka hanya mirip sahaja.

3.Alligator Gar


 
Ini adalah sejenis predator bersisik tebal dan telah dijumpai di bahagian selatan Amerika Syarikat. Ia juga dijumpai di bahagian utara dan timur Mexico.
Setakat ini, ia merupakan ikan air tawar yang terbesar di kawasan tersebut. Alligator Gar dapat tumbuh dan membesar sehingga 4 meter (12 kaki) dan mempunyai berat sehingga 200 kg. Woo, beratnya. 2.5X ganda lebih berat daripada manusia dewasa.
Alligator Gar disebut demikian karena penampilan mereka yang mirip seperti buaya. Ia memiliki rahang yang panjang dan dua sisi gigi yang tajam.
Alligator Gar adalah predator yang rakus dan telah dikenalpasti sangat  merbahaya untuk manusia. Gars adalah salah satu dari ikan tertua yang hidup saat ini.

2.Polypterus Senegalus

Ikan Africa ini sering disebut sebagai  "belut dinosaur". Ini disebabkan oleh penampilan mereka yang seperti belut. Ia mempunyai sirip punggung bergerigi.
Mereka sebenarnya bukan belut, tetapi anggota keluarga Bichirs. Meskipun sering dijual sebagai haiwan peliharaan eksotik, tetapi mereka dapat bertahan keluar daripada air untuk jangka waktu yang lama selama kulit mereka tetap basah.
Hebat ikan ini. Mampu hidup tanpa air untuk waktu agak lama.

1.Coelacanth

Coelacanth adalah yang paling terkenal dari semua "fosil hidup" dan pantas menjadi JUARA (NOMBOR 1) dalam daftar ini.
Ikan ini adalah contoh terbaik dari sebuah takson Lazarus. Sebenarnya, binatang ini seharusnya sudah lama punah dan pupus. Tetapi tiba-tiba dan tanpa terduga, telah ditemui masih hidup hingga sekarang.

 
Pada tahun 1938, Ikan Coecalanth hidup yang pertama telah berjaya ditangkap di Afrika Selatan.  Ini penangkapan pertama di zaman moden ini.
Sejak itu, spesimen tersebut telah dilihat di merata-rata tempat dan difoto untuk tatapan umum. Ikan Coelacanth yang kedua telah dijumpai  di Indonesia pada tahun 1999.

Ikan ini adalah predator besar, panjangnya 2 meter (6 kaki). Mereka memakan ikan-ikan bersaiz kecil, termasuk yu kecil. Biasanya ikan ini ditemui di laut dalam yang mempunyai perairan gelap.

 
 
Penduduk jarang menangkap dan memakannya  karena rasanya yang aneh. Orang Islam haram memakan ikan ini kerana sifat predatornya dan pemakan ikan yu lain yang juga terkenal sebagai predator.

Coelancanth dikenal sebagai IKAN RAJA LAUT. Mereka dapat bertahan lama sebagai spesies yang unggul  walau pun hampir punah dan pupus sebelum ini.
Ikan ini hanya hidup di bahagian barat perairan Afrika Selatan dan bahagian timur perairan Indonesia.
Jenis yang hidup di Afrika Selatan dikenal sebagai Latimeria chalumnae dan yang di Indonesia pulak, dikenal sebagai Latimeria menadoensis.
Spesies baru yang ditemui di Manado pada tahun 1999 mengejutkan dunia karena sejak tahun 1940 spesies Coelacanth dikenal hanya berasal dari bagian barat Madagaskar.
Coelacanth dikategorikan sebagai ikan prasejarah dan fosil hidup karena dipercayai sudah ada semenjak era Devonian, sekitar 380 juta tahun yang lalu.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN (0-0).

16.8.2012     10.39 PM

4 comments:

  1. Coelancanth
    Aku prnah nnton Pncrian. Ikan itu di America mantab

    ReplyDelete
  2. ya ke...ikan itu besar sangat2. rasa takut juga melihatnya

    ReplyDelete
  3. bsr & snggh unk skli...

    ReplyDelete