SAMPAIKANLAH CERITA INI
KEPADA AYAH IBUMU DAN SAUDARA-MARAMU.
Sudah lama saya tak
menulis dalam blog saya ini. Sibok, letih, tak bermaya dan sebagainya.
Kelmarin, saya dan ayah
ibu mertua saya pergi melawat kematian saudara kami di Pulai Chondong. Namanya
Pak Nik Mat yang dikhabarkan menderita kanser usus. Dia terlantar beberapa hari
di Hospital Besar Raja Perempuan Zainab II (HBRPZ2) sebelum akhirnya dia
meninggal dunia.
Ceritanya hampir sama
seperti kematian Pok Teh Sattar yang juga menderita kanser usus. Menurut cerita
orang-orang kampong, kanser usus ini biasanya disebabkan pengambilan ubat-ubat
kimia secara berterusan. Wallahu ahlam.
Sebenarnya, saya bukan hendak cerita pasal penyakit kanser usus, bukan juga pasal kematian. Tetapi saya hendak cerita pasal ubat-ubatan kimia. Saya sendiripun kena ambil beberapa jenis ubat setiap hari. Sebab itulah, saya menjadi bimbang dan takut.
Saya ada penyakit 3 serangkai. Darah tinggi (DT), Kencing manis (KM) & penyakit jantung (PJ). Di antara ketiganya, PJ itulah yang merisaukan saya. Doktor kata, PJ saya setakat ini tiada penyelesaiannya.
Saya tidak mahu bercerita lebih-lebih pasal itu. Anda pun bukan doktor pakar. Tahu sajapun tak guna juga. Kemudian ada juga laporan doktor bahawa kadar kolestrol saya tinggi juga. Maka kerana itu, saya jadi bertambah rungsing.

Dalam seminggu ini, hampir
tiap-tiap hari, saya merasa terganggu kerana sakit jantung datang
berturut-turut kepada saya. Bahu kiri saya sakit secara tiba-tiba sambil muka
saya basah disimbahi peluh.
Segera saya menyuruh
isteri saya mengisar daun serai kayu untuk saya minum airnya. Kemudian saya
cepat-cepat mengambil ubat jantung, darah tinggi, kolestrol dan pencair darah.
Setelah berehat sekitar 15 minit, saya kembali tenang dan lega.
Saya tertanya-tanya,
kenapa sakit jantung ini sangat kerap? Apa dah jadi ni?
[1] Apakah kadar
kolestrol di dalam salur darah saya semakin meningkat? Maka kerana itu, darah
tak dapat berjalan dengan lancar dan saya menjadi sakit?
[2] Apakah jantung saya
sudah semakin lemah? Adakah kelemahan itu ada kaitannya dengan kadar kolestrol
yang relative tinggi?
Entahlah. Saya benar-benar tak tahu.
Hari ini saya telah
berjaya membuat satu ubat tradisional
(menurut kaedah Turki) untuk mengurangkan kolestrol di dalam tubuh saya. Dan
kerana itu, saya minta sangat-sangat supaya kaedah/teknik pembuatan ubat ini
disebarkan kepada umum.
Resipi ini saya ambil
dari rakan sejawat saya di SMKH2, Wan Noraini. Katanya, dia dan suaminya telah
mengamalkan pemakanan ini sejak beberapa bulan yang lepas. Dan hasilnya sangat
mengkagumkan.
Menurutnya, seorang doctor
pakar yang telah memberi resipi ini
kepadanya. Dan kami satu sekolah telah mengambil resipi ini daripadanya. Terima
kasih Wan.
Menurut rekod yang
biasa saya ambil dari doctor pakar (4 bulan sekali), paras kolestrol saya relative
tinggi. Dahulu, saya biasa minum cuka khurma. Tetapi sejak bekalannya terputus,
saya rehat sekejap sehinggalah penyakit jantung datang bertimpa-timpa kepada
saya.
BAHAN-BAHANNYA
1 cawan halia (dikisar)
1 cawan bawang putih
(dikisar)
1 cawan lemon (dikisar)
1 cawan cuka epal
PROSEDUR
(1) Masukkan keempat-empat
bahan tadi ke dalam satu periuk.
(2) Panaskan selama 1 jam
di atas panas yang rendah
(3) Biarkan sehingga sejuk.
(4) Kemudian masukkan 3
cawan madu.
(5) Amalkan minum 2X
sehari, pagi dan petang.
Daripada gambar-gambar
yang saya perhatikan, salur darah mereka yang mengamalkan pemakanan ini
didapati lurus dan sihat. Itu menunjukkan kolestrolnya sudah menipis dan darah
dapat berjalan dengan lancar.
Mudah-mudahan teknik ini dapat membantu saya
dan mereka yang memerlukannya.
KHAMIS 5/9/2013.
No comments:
Post a Comment