BUNGA NAN INDAH

Tuesday, 31 July 2012

DERIA UNIK BINATANG












































Semalam saya melayari internet dan melihat gambar-gambar gempa bumi yang berlaku di serata tempat. Sangat menakutkan.

Kematian berlaku di mana-mana. Mayat-mayat bergelimpangan. Bangkai-bangkai binatang juga terkapar menambah busuk dan hanyir.


Syukur, Malaysia sebuah negara selamat dan berada di luar daripada lingkaran api pasifik. Tetapi hati saya tetap merasa risau. Bimbang kalau-kalau Malaysia umumnya dan Kelantan khasnya mengalami tempias buruk dari malapetaka itu.

Hari ini saya tidak melihat apa-apa binatang pun sepanjang perjalanan saya pergi kerja pagi tadi Tak melihat kucing, ayam, lembu, kambing dan sebagainya.. Di tempat kerja pulak, tak ada seekor pun semut melintas di depan saya. Balik ke rumah pun sama.

Seolah-olah binatang ini bersembunyi dan menyorokkan diri. Saya tertanya-tanya, apakah maksudnya semua ini.

Boleh jadi itu perasaan saya. Anda bagaimana? Semenjak saya melihat gambar-gambar gempa bumi dan tsunami semalami, hati saya jadi takut. Takut perkara itu berulang kembali.

Kata orang, ia biasa brlaku pada bulan November atau Disember, tetapi di zaman akhir ini, bumi kita sudah sangat nyanyuk. Mungkin juga ia berlaku pada awal tahun atau pada pertengahan tahun.

MALAPETAKA MENDADAK inilah yang sangat ditakuti. Saya mengaku takut. Saya memang tak mahu dia datang  pada waktu tidur lena. Dan malapetaka inilah kita diajar berlindung kepada Allah SWT. Minta dijauhkan bala dan celaka.  

Deria binatang lebih hebat daripada manusia. Boleh jadi mereka telah mendengar SESUATU yang kita tak dengar. Maka kerana itu, mereka bertingkahlaku negatif, mereka senyap dan menyorok diri.

Ada masa juga mereka menjadi sangat aggresif dan mengamuk. Itu biasanya sehari sebelum kejadian. .

Kalau anda ingin mengetahu detail pasal kaitan antara binatang & gempa bumi ini, elok buka MY BLOG LIST saya di sebelah. Kemudian pilih BANGGOL PETAI. COM dan cari entri terbaru  yang ditulis oleh blogger berkenaan.

Kalau tak silap saya,, entri terbarunya berbunyi MESTI DIBACA HARI INI JUGA.   

Ia brkaitan dengan sejarah 10 gempa bumi terburuk pernah melanda bumi. Ia juga berkaitan dengan ramalan para saintis dan pakar geologi tentang GEMPA BUMI BESAR yang bakal melanda bumi. Semuanya sangat menakutkan. Tetapi itu ramalan dari kajian mereka. Kita wajar menerimanya.

SILAKAN ANDA MEMBACA SENDIRI SEMUANYA.

Sebelum itu, mari  kita tengok  tanda-tanda unik dari binatang sebelum berlakunya SESUATU  yang kita tidak tahu. Contohnya gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi atau apa sahaja.

Semoga anda mendapat info berguna darinya.

1. Deria unik haiwan

Sehari sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh 40 bebiri yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah berlindung daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah takut dengan apa yang bakal berlaku.

Laporan lain mengenai kuda yang tiba-tiba mengamuk dan enggan diikat. Beberapa pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di Kobe, Jepun, sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising dan seolah-olah memaksa tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada laporan menyatakan kucing menggigit dan mencakar tuan mereka supaya keluar rumah.

Pemantauan di Christchurch, New Zealand, melaporkan pemilik burung mengadu binatang itu secara berterusan bising dan seolah-olah mengamuk dalam sangkar. Seorang penduduk pula berasa pelik melihatkan itik peliharaannya bertenggek di bumbung rumah dua tingkatnya, sehari sebelum gempa bumi.

Di Canterbury, mamalia peliharaan - arnab dilaporkan memijakkan kaki dan melompat seolah-olah memberi amaran sesuatu buruk bakal berlaku, kira-kira 90 minit sebelum kejadian.

Laporan lain memetik petugas National Zoo di Washington, Amerika Syarikat, menyenaraikan pelbagai kelakuan aneh haiwan di situ seperti Orang Utan, gorila dan burung flamingo pada 19 Ogos lalu iaitu sehari sebelum kejadian gempa bumi di kawasan itu. Orang Utan dan gorila secara tiba-tiba mengamuk dan membuat bising dalam kandang mereka manakala burung flamingo berkumpul dan dalam keadaan gelisah, juga dilaporkan beberapa minit sebelum gempa bumi berlaku.

Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri ke kawasan tinggi beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi di LAquila, Itali.

Pada 1975, laporan paling popular menyenaraikan ular dan katak keluar daripada tempat persembunyian masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud 7.3 di Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan mengelak lebih banyak kematian.

Pakar gempa Amerika Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan itu disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat. Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau lebih bertenaga, yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.

2. Perubahan di darat/air

Beberapa hari sebelum gempa bumi di New Zealand, September tahun lalu, penduduk yang berkelah di sekitar sungai Hagley Park, melaporkan fenomena getaran di situ.

Pasangan suami isteri yang berada di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.

3. Langit/awan

Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna menyamai pelangi.

4. Elektronik

Petanda paling kerap dilaporkan adalah gangguan siaran televisyen yang berlaku pada malam sebelum gempa bumi New Zealand berkenaan. Laporan gambar menjadi kaku dan cubaan bertukar ke siaran lain juga gagal.
Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.
Petugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat terpisah daripada buku.

Untuk lebih menyakinkan anda tentang perkara ini, elok anda layari blog BANGGOL PETAI. COM  pada ruangan My Blog List di sebelah kiri entri ini.  Sila klik entri yang bertajuk MESTI BACA HARI INI JUGA.

Kupasan blogger tersebut tentunya lebih menyakinkan anda kerana infonya yang penuh dengan fakta dan pengalaman-pengalaman yang boleh dipercayai. 

SEKIAN TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment