Saya nak ceritakan kepada anda salah satu kebaikan Imam Mahdi yang jarang manusia tahu. Beliau itu sangat pengasih & penyayang. Bukan sahaja kepada manusia, bahkan kepada binatang di sekelilingnya.
Beliau mewarisi sifat datuknya, Nabi SAW yang terkenal pengasih & penyayang. Sekarang saya nak cerita pasal ular. Kita sebagai umat Islam dilarang membunuh binatang tanpa sebab, termasuk ular.
Cuma kalau ada ular berwarna hitam, yang kelihatan ganjil & misteri, elok kita suruh dia keluar dahulu dari rumah. Seru sehingga 3X. Kalau dia degil juga, memang dia cari nahas. Apa daya kita.
Kemudian jika ular itu memang mendatangkan mudarat (maksudnya cedera/kematian) seperti dalam kisah yang saya paparkan ini, maka bolehlah dia dibunuh sebelum apa-apa yang buruk berlaku.
Semasa saya sedang menguruskan blog semalam, tiba-tiba sahabat saya, Ustaz Wan Zulkifli menghantar sms mengajak saya keluar minum. Jam sekitar 9.45 pm. Beres, jawab saya.

Tempat kami biasa bersantai ialah di Restoren Erup Soup. Kami
Cuma minum-minum sahaja malam ini. Ustaz memesan Nescafe, sambil saya meminta
ABC. Perbualan kami berlegar banyak perkara, terutama tentang cerita lawatan
kami ke Sabah tempohari.
Lebih menyeronokkan lagi bila Ustaz mengatakan bahawa Tahun
depan (2014), insyaallah mungkin ada satu lagi lawatan Kelab Warga. Khabarnya
ke Bandung, Indonesia. Alhamdulillah. Satu perkembangan yang positif.
Dalam keadaan sudah berumur ini, terasa seronok juga dapat bersiar-siar bersama keluarga. Lebih-lebih lagi, dapat membawa isteri saya yang tersayang.
Memang hajat saya sebelum ini untuk melawat banyak negara Asean. Nak pergi Indo, Filipina, Brunei, Thailand, Kemboja, Vietnam & sebagainya. Masa muda-muda dahulu, kami asyik berpindah-randah (lebih kurang 7X) atas urusan sebagai guru.
Sekarang, kami nak tenangkan fikiran & melihat keindahan dan kebesaran alam ciptaan Tuhan. Bila sampai waktunya, kami nak pergi pula ke Mekah. Mudah-mudahan Tuhan memberi kelapangannya kepada kami.
Hampir pukul 11.00 pm, kami bersurai. Bila saya sampai sahaja ke Simpang 3, berhampiran Kedai Cik Yam, kelihatan beberapa orang lelaki sedang mengheret seekor ular yang besar. Masyaallah.
Saya segera membrek kereta untuk melihatnya. Mujurlah ular itu
sudah mati. Kepalanya dah hancur kena tembak. Anda tahu berapa panjangnya?. 13.5
kaki. Ular itu pula ialah sejenis ular yang berbisa. Ia sejenis Ular Sudu Selar yang
berwarna kehitam-hitaman dan bersisik kulitnya.
Sepanjang hidup saya, inilah ular berbisa yang pernah saya
temui. Kononnya, dia telah ditemui di dalam longkang berhampiran rumah Tok Mat
Perak.
Dalam saya kehairanan melihat panjangnya ular tersebut,
seorang Hamba Allah memberitahu saya berita yang lebih menggemparkan. Ada satu
kejadian serupa telah berlaku dekat Sawmill kampong kami di mana seekor Ular Sudu Selar
yang lebih besar & lebih panjang telah ditemui.
Masyaallah, saya mengeleng-geleng kepala. Kejadian tersebut berlaku 2 hari yang lepas. Ceritanya, ular
tersebut berukuran 15 kaki & melintang di atas jalan. Orang ramai segera
berusaha menangkapnya & memukulnya. Bagaimana mereka membunuhnya, tidak pula
saya ketahui caranya.
Balik ke rumah, saya termenung panjang. Sepanjang 5 tahun
saya menetap di kampong ini, belum ada kejadian “bertemu ular besar” seperti
itu. Apakah maksudnya semua ini?
Fikiran saya segera menjalar kepada pembersihan kebun getah
(berhampiran rumah Pakda Mamat) untuk dijadikan taman perumahan. Apakah itu
bererti sarang-sarangnya telah dimusnahkan?
Atau boleh jadi juga kerana kami belum melakukan
gotong-royong di kampong kami. Hutan-hutan kecil di tepi jalan sudah merimbun
& menimbulkan pemandangan yang kurang elok.
Mengikut perancangan, kami bercadang nak buat gotong-royong sebelum
Ramadhan ini. Kalau semua dapat berpadu tenaga & memberi sumbangan,
insyaallah, persekitaran kawasan akan jadi lebih bersih dan terjaga.
Ya Allah, lindungilah kami semua dari semua mara bahaya & kejahatan makhluk-makhlukMU.
No comments:
Post a Comment