BUNGA NAN INDAH

Friday 19 July 2013

TIGA RAHSIA BESAR YANG PATUT DIKETAHUI SETIAP UMAT ISLAM.



Setiap orang masing-masing ada kelemahan. Dan kelemahan itu pula terpaksa disembunyikan sehingga ia menjadi rahsia yang sangat rahsia.

Saya ada rahsia pribadi saya sehingga tak ada orang yang mengetahuinya. Begitu juga anda dan orang-orang lain sekitar anda.

Bangsa Yahudi juga ada rahsia kelemahan diri mereka. Adakah anda tahu apakah rahsia mereka?

Mereka (Yahudi) sangat takut kepada jihad umat Islam. Mereka tahu umat Islam itu sangat berani, kuat dan sangat cintakan syahid.

Tetapi mereka juga tahu kelemahan umat Islam. Umat Islam ini mudah terbuai oleh dunia bila agama dijauhkan daripada mereka. Sebab itulah, mereka menyediakan dan membanyakkan hiburan untuk umat Islam.



Saya tak payah cerita banyak perkara tentang itu. Sebagai contoh, semasa waktu maghrib, akan banyak siaran TV yang mengasyikkan para ibubapa & anak-anak sehingga mereka terpaku di depan TV sehingga jam 8 pm. Solat berjemaah tidak, dan mungkin solat Maghrib pun tidak.

Sebenarnya ramai orientalis Barat (termasuk Yahudi) yang mengkaji kelemahan tentang perangai umat Islam.



Salah seorangnya ialah Moshe Dayan, seorang penulis Yahudi. Dia pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya.

Anda tahu apa dia? Mari kita tengok satu-persatu.

PERTAMA : UMAT ISLAM TAK PERNAH BELAJAR DARI SEJARAH LAMPAU.

Dengan kata lain, umat Islam mudah lupa (pelupa). Dalam bahasa yang lebih lembut, orang Islam mudah terjerumus secara berulang-ulang ke dalam lubang biawak.

Rasulullah SAW jelas melarang sifat “mudah terkena” (terjerumus) ke dalam lubang biawak itu sampai 2X. Sebab itu, umat Islam mesti berhati-hati selalu. Jangan mudah percaya kepada seseorang. Dan jangan terlalu bodoh mempercayai seseorang.

KEDUA : UMAT ISLAM TIDAK MERANCANG DENGAN TELITI.

Itulah sikap umat Islam yang telah menyebabkan kelemahan hidup mereka. Mereka lebih suka berkerja sambil lewa atau acuh tak acuh.

Kelemahan ini sebenarnya berpunca dari sikap mereka yang mengabaikan solat berjemaah.

Kalau mereka benar-benar menjaga solat berjemaah, maka mereka mempunyai 3 keistimewaan berikut.

[1] Mereka akan berkerja awal waktu & tidak bertangguh-tangguh sama sekali.

[2] Menjaga kualiti kerja untuk menghasilkan produktiviti yang positif. Ini dapat dirujuk kepada disiplin mereka dalam solat.

[3] Berpasukan, yang membawa maksud berkerja dalam satu pasukan untuk mencapai satu tujuan. Berkerja berpasukan akan meningkatkan pestasi kumpulan dan peningkatan mutu.

Ini dapat dirujuk kepada nisbah pahala (27 : 1)  dalam solat berjemaah berbanding solat bersendirian.

Demikian juga, kerja berpasukan lebih baik daripada kerja berseorangan.  

KETIGA : UMAT ISLAM TERDIRI DARIPADA ORANG-ORANG YANG MALAS MEMBACA.

Umat Islam tidak menitikberatkan ayat pertama dalam Al-Quran. IQRA (bermaksud membaca, mengkaji, menyelidik dan seumpamanya) adalah sumber kekuatan sesuatu bangsa.

Orang Jepun maju kerana mereka suka membaca. Begitu juga orang Eropah. Membaca akan meluaskan cakrawala pemikiran & membawa kepada pengetahuan yang luas.

Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu.

Namun apa yang dijawab oleh Moshe Dayan ?"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan tau...Dia orang bukannya baca pun.. "

JAWAPAN & SINDIRAN
“Dia orang bukannya baca pun.. ". Itu merupakan satu sindiran yang sangat tajam kepada kita, umat Islam.

Saya merasa terpukul. Anda juga terpukul.  Tetapi kita patut menerima hakikatnya. Memang kita umat Islam (terutama bangsa Melayu) malas membaca.

Saya beri contoh mudah yang terdapat di hadapan mata.

Kaum lelaki suka bersembang di kedai-kedai kopi. Kalau pun membaca, hanya surat khabar sahaja pada ruangan sukan (terutama bola sepak). Lain-lain bahagian, tak tengok pun.

Kaum ibu pula suka berborak di atas tangga. Dalam pada itu, suka pula mengumpat. Membaca? Sikit je.

Pemuda-pemudi Melayu lebih suka melayari internet dan chatting dalam facebook. Jumlah yang membaca memang ada, tetapi peratusnya sangat kecil.

Marilah kita semua mengubah diri.

JUMAAT  19/7/13

4 comments:

  1. terima kasih kerana mengingatkan.

    ReplyDelete
  2. kartunis Stan Lee adalah yahudi, klu kita kaji btoi2 komik fiksyen tu ada maksud tersirat, x caya cba checkup partner Nick Fury itu Frank Castle aka Punisher, karekter yg anti-islam...Nick Fury-Moshe Dayan yup! hero zionis...

    ReplyDelete