BUNGA NAN INDAH

Tuesday 17 September 2013

IBUKU TERCINTA, HABIBKU TERSAYANG & CHIN PENG PKM.



IBUKU TERCINTA, HABIBKU TERSAYANG & CHIN PENG PKM. Sekeras-keras jiwa manusia, akan sampai waktunya dia akan menangis teresak-esak. Saya sendiripun begitu


Memang saya payah menangis. Sukar sesiapapun melihat saya menangis. Tetapi kalau anak saya sakit, saya pasti menangis.

Anak saya hanya seorang, seorang putri 16T. Namanya Nor Azura, tetapi nama dalam keluarga ialah Siti Maryam Al-Abidah. Semenjak dia kecil, saya selalu menyebut pada Tuhan, “Ya Allah Ya Tuhanku, aku sayang anakku ini, maka sayangilah dia.”



Setiap kali dia sakit, samada demam atau apa sahaja, saya segera menjadi rimas dan resah gelisah. Kalau perlu berjumpa doctor, saya segera ke hospital atau ke klinik. Kalau perlu berjumpa bomoh, saya segera membawanya ke tempat yang sepatutnya.

Sebagai imbalan kasih sayang saya kepada putri tunggal saya,  maka teringatlah saya kepada kasih sayang ibu saya terhadap saya.  Ibu saya tegas dan garang, tetapi di sebalik sifat itu, ibu saya sangat pengasih dan penyayang.

IBUKU SAYANG
Ibu saya meninggal dunia sekitar jam 6.30 petang, Ahad 30 November 2012. Malam itu, saya kuatkan hati, kuatkan jiwa, kuatkan perasaan tak menangis setitikpun. Bila dia dikebumikan tengahari keesokannya, barulah air mata saya menitis turun.

Habis basah lecun pipi saya mengenangkan ibu saya yang sudah tiada. Kalau dahulu, bila sahaja saya rindukan ibu saya, saya segera menjengahnya di rumah adek saya dan menatap seluruh wajahnya. Tetapi sekarang….

Ibu saya hanya keseorangan di dalam perut bumi. Bagaimanakah keadaannya? Bagaimanakah nasib dirinya? “Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah ibuku. Sayangilah dia, bantulah dia, berilah keampunan kepadanya”.

Umur ibu saya pada saat dia meninggal 78 tahun. Pada saat dia uzur dan di antara sedar atau tidak, saya selalu merapatinya dan mencium tangannya. Inilah ibu saya yang saya sayangi seluruh perasaan saya.

Tuhan sangat memahami perasaan saya dan kasihnya saya kepada ibu saya. Maka wajah ibu saya (seperti pada saat dia dikapankan), tergambar seperti sebuah potret  di dalam hati saya. Saya selalu melihatnya dan dapat merasakan potret itu sentiasa berada bersama-sama di dalam hati saya.

Wajah ibu tersenyum. Matanya lembut. Pipinya putih. Dan itulah yang selalu saya lihat padanya. Dan sampai sekarang, bayangan itulah yang selalu terlihat kepada saya.

Wajahnya yang saya selalu tatap itu penuh sifat kasih dan sayang. Dalam balutan kain kapan yang masih melekat kepada kepalanya, terasa seolah-olah ibu sangat dekat kepada saya. “Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah ibuku sayang”.

HABIB MUNZIR AL-MUSAWA
Inilah habibku tersayang. Saya mengaku bahawa saya sangat cinta kepadanya. Wajahnya lembut dan mengasyikkan.



Habib telah dikhabarkan meninggal dunia pada Ahad, 15/9/2013, 3.30 pm. Sedih pilu hati saya mengenangkan pemergiannya. Dia bukan lelaki biasa, tetapi dia lelaki istimewa dari sekian ramai manusia yang istimewa.

Saya ulangi kembali rasa cinta saya kepadanya. Wajahnya lembut, suaranya lunak, tutur katanya halus dan akhlaknya baik.

Dia seorang ulamak muda yang sangat saya kagumi. Ilmunya banyak dan luas.  Dia sangat dekat kepada Allah dan sangat dekat kepada Rasulullah.

Banyak penghormatan saya kepadanya. Terus terang cakap, inilah habib (ahlulbait keturunan Rasulullah) yang sangat dekat dan mesra di hati saya. Sumpah, kami tak pernah bertemu, tetapi hatinya dan hati saya seperti sudah lama berkenalan.

Di antara penghormatan saya kepadanya ialah kerana [1] habib suka berselawat (sekitar 7000 kali sehari), [2] cara jawapan habib yang sopan & mulia dalam forum majelis Rasulullah, [3] kuliah habib yang mengajak manusia mencintai Rasulullah dan [4] kerana habib pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW.

Kata ulamak, barangsiapa yang bermimpi bertemu Rasulullah SAW, maka dia itu adalah ahli shurga (dijamin masuk shurga). Masyaallah.

Saya sangat suka mendengar kuliah agamanya dan alunan selawatnya melalui youtube. Tak puas rasa hati saya mendengar suara demi suaranya. Kata-katanya sangat lunak didengar dan cukup mengesankan.

Semoga Allah sentiasa meredhaimu dan meletakmu dalam barisan hamba-hambaNya yang muttaqin.

CHIN PENG PKM
Saya berbelah bahagi samada nak menulis tentangnya atau tidak. Tetapi oleh kerana isunya disiarkan banyak akhbar perdana, maka saya rasa elok juga kalau saya dapat bercerita tentangnya.



Generasi sebaya saya (lingkungan umur 50an) sangat tahu tentang nama Chin Peng ini. Dia ini bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

Semua orang tahu peranan Chin Peng dalam PKM dan tentang keganasan dan kezalimannya semasa zaman darurat. Tetapi sekarang, beliau sudah meninggal dunia, sehari selepas kematian Habib Munzir Al-Musawa pada Ahad, 15/9/2013.

Mendiang Chin Peng meninggal dunia di Bangkok akibat penyakit kanser. Kerajaan, melalui Kementeriaan Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri telah melarang kemasukan mayat atau abu mayatnya ke dalam Negara.

Saya ingin memberi respons menyentuh tiga perkara. Samada anda suka/tidak, terpulanglah. Tetapi elok anda dengar apa yang saya nyatakan.

PERKARA [1] Jangan sesekali membuat kezaliman, kerana kezaliman akan memisahkan si pelakunya dari nama yang baik, kumpulan (jemaah) yang baik dan kebaikan itu sendiri.

PERKARA [2] Jangan membunuh manusia, kerana membunuh itu melibatkan darah merah dan dendam yang berpanjangan. Darah merah akan tergambar sebagai kemarahan yang tak mungkin hilang sekelip mata. Dia akan menjadi panas sebagai dendam sehingga berturut-turut keturunan.

PERKARA [3] Jangan melawan kata-kata baik, kata-kata mulia, kata-kata nasihat dengan kesombongan dan keangkuhan. Dan jangan pula mengajak orang lain membesarkan kesombongan dan keangkuhan itu seolah-olah semua musuhnya sangat gerun dan takut kepadanya. Takutlah kepada Allah. Dan matilah secara mulia.

Sekian dariku sebagai nasihat untuk semua. Sayangilah ibumu, sayangilah ulama di hadapanmu dan bencikanlah kezaliman dan permusuhan.

SELASA 17/9/2013
  

8 comments:

  1. ya ALLAH, hanya Kau je yg tau, betapa terkilan hati ku xdapat nk melawat ayah long wat kali terakhir...ya ALLAH tempat kan la dye, di sisi org yg beriman..amin~~

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  3. Assalamualaikum,

    saya mencuba setup satu laman sesawang PPSMM (Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Malaysia) untuk pelajar-pelajar dan guru-guru, bersoal jawab berkenaan sains dan matematik dalam bahasa Malaysia. Tujuan saya nak lihat dan mungkin membuktikan penggunaan bahasa Malaysia dalam sains dan matematik bukan satu ketinggalan.
    Saya cuma berpendapat sampai bila kita nak terus katakan "belajar sains matematik dalam bahasa Malaysia tidak menjadikan kita keterbelakang" tanpa membuktikan.
    Oleh sebab itu, saya berharap dapatlah disebarkan dalam kalangan pelajar2 tentang kewujudan laman sesawang begini.

    Sekian, semoga kita berjaya membuktikan.

    PPSMM
    http://ppsmm.fajarhac.com
    --
    fajarhac

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Pemilik blog ini juga telah kembali ke rahmatullah. AL-Fatihah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt. Siapakah nama sebenar Allahyarham Cikgu Zain ini dan apakah nama facebook arwah?

    ReplyDelete
  6. Mencari damai dilangitMu?

    ReplyDelete
  7. Mohd zain ismail

    ReplyDelete
  8. Anda Bosan Menjadi Pemain Dan Ingin Menjadi Bandar??? Temukan Solusinya Hanya Di PesonaQQ.com

    Penawaran Special Dari PesonaQQ Untuk Anda Yang Bergabung Hari Ini Juga :

    =>> Bonus Turnover 0.3% - 0.5% (Perhari)
    =>> Bonus Referensi 20% (Seumur Hidup)

    Keuntungan Anda Yang Bergabung Bersama Kami Di PesonaQQ :

    *Data Anda Aman Bersama Kami
    *Pelayanan Customer Service Yang Ramah 24/7
    *Tersedia 8 Permainan Dalam 1 Web Yang Sesuai Dengan Skill Anda (Poker, Domino QQ, Capsa Susun, Adu Q, Bandar Q & Bandar Poker)
    *Bonus TURNOVER Yang Melimpah & Bonus REFERENSI Yang Berlaku Seumur Hidup
    *Hanya Dengan 1 Akun Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game Di PesonaQQ.com

    Kalau Bukan Sekarang Kapan Lagi???

    Ayok Tunjukkan Skill Anda Sekarang Juga, Hanya Di PesonaQQ.

    ReplyDelete