BUNGA NAN INDAH

Friday, 3 August 2012

LINEAR LAW

 

Ramai pelajar menganggap tajuk ini susah. Ada 3 sebab mereka berkata demikian. [1] Kena tukar persamaan tak linear (PTL) kepada persamaan linear (PL). Leceh sikit tu.

 [2] Kena lukis graf. Lagi leceh. [3] Kena cari nilai kecerunan, pintasan-y & pelbagai nilai lain yang bersangkutan. Lagi banyak masalah.

Ada 3 jenis persamaan yang biasa digunakan. Dan ada 3 cara pulak untuk menyelesaikannya.

[KES 1] y = px2 + qx
Tengok anu yang paling kanan. Bahagikan qx dengan x untuk dapat q sahaja. Persamaan linear (PL) terbaru yang kita dapat ialah

y/x = px + q

Ada 3 perkara yang anda sudah PEROLEHI sekarang.
(1)   Lakar graf  y/x terhadap x
(2)   p = kecerunana
(3)   q = pintasan y

   
[KES 2] y = px + q/x
Tengok anu yang paling kanan. Anda mesti darabkan q/x dengan x untuk dapat q sahaja. Persamaan linear (PL) terbaru yang kita dapat ialah

xy = px2 + q

Ada 3 perkara yang anda sudah PEROLEHI sekarang.
(1)  Lakar graf  xy terhadap x2
(2)  p = kecerunana
(3)  q = pintasan y


[KES 3] y = pxq
Dalam kes yang ada kuasa macam ini. Anda mesti gunakan log. Maka anda dapat

Log y = log (pxq)
          = log p + log xq
          = log xq + log p
          = q log x + log p

Persamaan linear (PL) terbaru yang kita dapat ialah

Log y = q log x + log p

Ada 3 perkara yang anda sudah PEROLEHI sekarang.
(1)  Lakar graf  log y terhadap log x
(2)  q= kecerunana
(3)  Log p = pintasan y


MELAKAR GRAF
Bila anda ingin melakar graf, pastikan anda mengikut 6 step berikut :
[1] buat jadual baru mengikut produk yang anda dapat, contoh x/y lawan x
[2] semua jawapan mesti sekurang-kurangnya 3 t.p
[3] Lukis graf mengikut skala yang betul (rujuk soalan)
[4] plotkan semua titik dengan betul
[5] paksi x dan y mesti berlabel dengan betul.
[6] Buat garisan penyesuaian terbaik (best fit line) yang licin dan tepat.


CARI KECERUNAN
Sila ikuti 6 langkah berikut. Sila fahamkan diri anda betul-betul.
[1] Buat satu segitiga yang saiznya melebihi 50% daripada best fit line anda.
      Jangan kecil sangat sehingga sukar dibaca.
[2] Pastikan anda dapat nilai (x1, y1) dan (x2, y2) yang betul.
[3] Cari kecerunan menggunakan rumus berikut

          m = (y2 – y1) / (x2 – x1)

[4] Semak nilai m yang anda dapat. Kalau graf anda menaik, pastikan nilai m = positif. Kalau sebaliknya = negatif.
[5] Pastikan nilai m anda sekurang-kurangnya 3 t.p
[6] Sesuaikan nilai m itu kepada anu yang terdapat dalam PL anda. Contohnya,

     Didapati m = 1.1131, maka p = 1.1131


CARI PINTASAN-Y
Sila ikuti 3 langkah berikut.
[1] Sambungkan best fit line anda sehingga menyentoh paksi-y
[2] Cari nilai pintasan-y yang anda dapat. Tulis nilai tersebut di tepi graf anda.
[3] Sesuaikan nilai c  yang anda dapat itu kepada anu yang terdapat dalam PL anda. Contohnya,

     Didapati c = 0.9, maka q = 0.9


MENCARI NILAI DARIPADA GRAF
Mari kita gunakan persamaan berikut untuk memahami masalah ini.

y = px + q/x…. (PTL yang asal)

xy = px2 + q…..(PL yang baru)

Lakar graf  xy terhadap x2        

Contoh soalan.
[Q1]  Jika x = 5, cari nilai y

(1)   Bila x = 5, maka x2  = 25
(2)   Buat garisan extrapolasi yang menghubungkan paksi x dan y
(3)   Katakan anda dapat nilai xy = 5
(4)   Selesaikan persamaan seperti biasa
                  
                xy =  5
     
               (5) y = 5
       
               y = 5/5

               y = 1 

[Q2]  Diberi xy = 0.4, cari nilai x + y

(1)  Cari nilai 0.4 pada paksi y yang mengandungi nilai xy
(2)  Buat garisan extrapolasi yang menghubungkan paksi y dan x
(3)  Katakan anda dapat nilai  x2   = 1
(4)  Selesaikan persamaan seperti biasa

               x2   = 1
             
               maka x = 1

               cari nilai y seperti berikut

               xy = 0.4

(1)   y = 0.4

               y = 0.4

               maka, x + y = 1 + 0.4 = 1.4           
  
Selamat mencuba dan selamat berjaya. Saya mendoakan kamu semua mendapat manfaat daripada nota ini. Selamat menempuh peperiksaan. Semoga anda semua berjaya masuk U dan menjadi orang berguna. 

No comments:

Post a Comment