MAJLIS REUNION
PELAJAR-PELAJARKU
Sebenarnya sudah lama saya menulis post ini. Sejak 11-2-2013
(Isnin) lagi. Tetapi saya tak dapat menyiarkannya kerana rangkaian internet
saya terputus. Saya pengguna streamyx (bukan broadband). Kalau kabel terputus,
maka streamyx juga terputus
Dengar ceritanya, kononnya kabel itu dicuri orang. Malaun
betul dia. Dia ronda-ronda waktu petang kononnya mencari barangnya yang hilang.
Tetapi pada waktu maghrib, dia mencuri kabel tersebut. Saya hanya perasan
telefon rumah saya & rangkaian internet saya terputus selepas waktu isyak.
Pencuri kabel elektrik yang mati. Pencuri kabel TMnet pun begini kot? |
Mati dalam keadaan mencuri? |
Hidup mencuri macam itu tidak berkat. Bila tidak berkat, rezekinya akan menimbulkan banyak bala kepadanya. Dia bukan semakin rajin beribadat, bahkan semakin malas dan liat untuk beribadat. Dia bukan semakin rajin ke masjid, tetapi semakin benci dan meluat melihat keindahan dan kesuciannya.
Akhirnya, Tuhan benci melihat mukanya. Malaikat pun benci.
Segala haiwan dan binatang pun benci. Segala pokok dan kayu-kayan pun benci.
Ikan di laut pun benci. Tidak ada sesiapa yang suka kepadanya. Kalau ada pun,
hanya manusia yang sejenis dan sebangsa sepertinya. Noktah.
Tujuan sebenar saya membuat majlis ini ialah untuk
menghimpunkan pelajar-pelajar saya sambil makan menjamu selera. Majlisnya
santai sahaja dengan senda-gurau & ketawa-loka.
Seronok rasanya melihat pelajar-pelajar saya yang telah berjaya
dalam perjalanan akedemik masing-masing. Dan saya juga seronok dapat bertemu
mereka & bertanya khabar mereka.
Kemudian majlis ini juga dibuat sempena keputeraan Baginda
Rasulullah SAW. Kiranya Majlis Maulidur Rasul untuk nabi yang kita semua
sayangi. Saya suka mendendangkan selawat ini di mana sahaja. Tetapi paling
mengesankan bila datangnya bulan Rabiul Awal.
Sangat kebetulan sekali ramai bekas pelajar saya yang cuti
sempena Tahun Baru Cina ini. Mereka dapat datang & menyertai bersama majlis
ini. Tetapi ada juga yang tak dapat datang kerana pelbagai hal.
Rombongan paling awal ialah Nor Hazwani (SPM 2004, bakal
Inspektor Kesihatan, KSM), Noraini (SPM 2006, UiTM Machang) & Nor Rashidah
(SPM 2008, Kolej Kejururawatan). Mereka itu 3 beradek yang kesemuanya adalah
bekas pelajar saya di SMK Paloh. Mereka datang satu keluarga bersama ibu &
ayah mereka.
Keluarga ini sangat akrab dengan keluarga saya. Mereka
selalu datang atau singgah di rumah saya dalam perjalanan ke Bukit Abal atau
Bachok. Saya sendiri pun, kalau kebetulan ke Paloh, biasa singgah makan nasi di
rumah mereka selain rumah Tok Imam Abdullah Paloh 2.
Persiapan nasi ayam, nasi dagang, bubur, keropok, buah-buahan, susunan pinggan mangkuk dan sebagainya memerlukan kerjasama yang cekap dan pantas. Keluarga ini sangat baik. Abang Lah (ayah budak-budak itu) & isterinya ibarat saudara terdekat kami. Budak-budak bertiga itu pula ibarat anak-anak kami. Alhamdulillah. Semuanya selesai dengan cepat dan teratur.
Sejurus kemudian datang pula Sani (Mohd Hasani Ismail, SPM
2007, Poly KB) yang banyak membantu saya dari segi teknikal & pengangkutan.
Dia sekarang berkerja sebagai Penolong Pengurus Kedai 99 Ampang. Dia balik
sekejap sahaja. Terima kasih alang. Saya cukup tahu hati budinya dan sangat kenal
kebaikannya.
Sudin (Shamsuruddin Abdullah, SPM 2007, UPSI, Degree
Matematik) meminta maaf banyak-banyak kerana tak dapat menyertai majlis reunion
saya. Semalam, dia menghantar sms dari Perak menceritakan keadaan dirinya. Dia
masih berkerja di sana.
Kontraknya masih banyak. Dan tenaganya masih diperlukan. Ia masih berkerja di sana sementara menunggu
semester berikutnya di UPSI.
Kemudian datang pula Abang Long (Nasmanizan Nasir, Uitm Kulim) &
rombongannya. Abang Long sekarang sudah berkerja di Kilang Sawit Ciku 2. Bersamanya
ialah Baini (UMT, Degree Akuakultur), Ainul Farida (UMS, degree Matematik),
Haza (UUM, Degree Multimedia) dan Nurul
Fatin (UUM, Degree Pertadbiran Perniagaan). Mereka semua sekelas &
sama-sama mengambil SPM 2007.
Gambar lama..SMK Paloh. 5 Intan 2007. Kelihatan Hasani, Zaki, Hisyam J, Marihah, Anirah, Sanipah & Ain Ahmad |
Di manakah Hafizuddin & Zaharif? Kedua-duanya tidak
kelihatan tanpa saya mengetahui sebab-musababnya. Mungkin mereka ada hal yang
tidak dapat dielakkan.
Ain (nama sebenarnya Ain Ahmad, SPM 2007, Kolej
Kejururawatan) juga memohon maaf kepada saya kerana tak dapat datang. Demikian
mesejnya kepada saya. Katanya, ada urusan keluarga. Saya faham maksudnya. Kalau
dia tak datang, maka Nurul Haszira juga tak datang. Hmm.
Ain Ahmad & Nurul Haszira selalu datang ke rumah saya
kalau mereka free. Kebetulan majlis mereka sama tarikhnya dengan majlis saya,
maka mereka tak dapat datang seperti biasa. Tak apa. Insyaallah selepas ini,
mereka dapat datang.
Nor Afzan menghantar sms dari Penang.
Katanya dia berada di rumah kakaknya di sana
kerana ada hal lebih penting. Mungkin dia sedang membuat persiapan terakhirnya
untuk mengikuti kursus kejururawatan SPA8 yang dia dapat. Saya doakan semuanya
berjalan lancar.
Qushwatul Hasanah awal-awal lagi memohon maaf kepada saya.
Katanya dia terpaksa balik ke JB pada malam 9-2-2013. Maknanya, dia dah
bertolak ke sana
semalam (sehari sebelum majlis saya). Tak apalah. Saya faham situasinya.
Ihah (Marihah bt Mamat, SPM 2007, UUM, Degree Decision Sains)
juga meminta maaf kerana tak dapat join majlis kali ini. Katanya, dia terpaksa
berkerja walau pun seluruh Negara sedang bercuti tahun baru cina. Dia sedang
menimba pengalaman pertamanya berkerja di sebuah hotel KL. Saat rakan-rakannya
balik bercuti ke kampong, dia masih berada di sana.
Kemudian datang pula rombongan Shahrul (kami suka
memanggilnya Pakcu) yang sudah tamat pengajiannya di Uitm Jengka. Termasuk
bersamanya Anuar (Uitm Jengka), Wan Adha
(IPG Seremban?) & Khairul Anuar (UiTM Perak). Mereka ini satu grup SPM
2008. Terima kasih kerana sudi datang.
Myza (Rosmaiza Senain, SPM 2008, Kolej Kejururawatan) tak
dapat datang. Dia dah minta maaf awal-awal pada saya. Saya tak boleh kata
apa-apa padanya kerana hari ini adalah hari perkahwinan dia. Dia tak dapat
datang ke rumah saya & begitulah sebaliknya. Kami sibok dengan cara masing-masing.
Syemah (Hasyemah bt Malek, IPG Bangi) menghantar sms semalam
memohon maaf kerana tak dapat datang. Katanya ada kenduri di rumah mak
saudaranya. Sebelum ini dia beriya-iya nak datang. Kalau dia datang, tentu
ceria rumah saya. Syemah ni jenis “happy go lucky”, suka ketawa dan selalu
bergurau senda.
Kalau dia datang, dia tentu akan datang bersama Shahida (Nik
Shahida Badriah, IPG Perlis) yang comel dan lawa macam dia. Cuma bezanya,
Shahida itu kurang bercakap dan pendiam. Syemah pulak jenis “pot-pet” macam
bertih goreng. Dia ini satu jenis (suka bercakap banyak) macam Nor Rashidah
Abdullah yang akan jadi jururawat tu.
Pukul 2.15 pm, rumah saya menjadi bertambah gamat dengan
kehadiran para jemaah yang datang untuk solat hajat & berselawat. Jiran-jiran
sekampung dan setaman datang memenuhi rumah.
Segalanya berjalan lancar. Cuacanya pun kering dan damai. Alhamdulillah.
Selepas sahaja majlis selawat, para muslimah (jemaah wanita
surau saya) mulai berjejal datang. Inilah seronoknya tinggal di Kampung Banggol
Petai. Hubungan saya dengan orang-orang kampong sangat dekat dan akrab.
Saya baik dengan kaum bapa. Dan saya juga baik dengan kaum
ibu. Mereka menganggap saya sebagai ahli keluarga mereka. Dan memang benarlah
apa yang ditunjukki Tuhan. Saya tinggal di sini berdasarkan petunjuk Solat
Istikharah saya. Syukur kepada Tuhan di atas semuanya.
Mohd Hasnizam bin Ahmad di atas pentas KP 2010 |
Kemudian datang pula rombongan pelajar saya dari SMKH2. Yang
pertama datang ialah kelas 5 Sains 2010. Terima kasih kepada Mohd Hasnizam bin
Ahmad (SPM 2010, KP SMKH2, sekarang mengikuti kursus Pembantu Kesihatan HA),
Wan Farhatun Wahida (Wada) yang selalu tersenyum 24 jam, Azizah (sedang
menunggu STPM seperti Wada), Amni Ruzlan (baru tamat matriks), Famiza Baseri
(baru tamat matriks) & Basyirah (UiTM Machang).
5 Sains 2010..Wada, Azizah,.Afifah (TH), Datin Ira (TH). |
Selepas itu datang pula rombongan kelas 5 Sains 2011. Hampir
semua 7 orang pelajar lelaki datang. Diketuai oleh Asraff (KP SMKH2), Suhaimi
Mohd Raklan, Safwan Bidin, Mohd Afnan Mat Razi, Mohd Zamer bin Zamri, Mohd
Hafizam & Hafizzudin
Yang perempuan pula terdiri daripada 10 orang pelajar
berikut, Farisha bt Kamaruzzaman, Lynn (Nor Azlin bt Azman), Ardilla (Ardilla
Fatima bt Wahab), Fatin (Fatin Liana bt Ahmad), Lailatul Raihan, Fatin Hasnee,
Linda (Norhaslinda Mohd Zami), Liyana bt Ghazali, Najwa bt Zamri & Siti Munirah.
Terima kasih kepada kesemua 17 orang pelajar SMK Paloh &
23 orang pelajar SMKH2 yang sudi hadir. Walau pun sebahagian besar mereka tidak
dapat hadir, tetapi diharapkan reunion akan datang dapat menarik lebih ramai
lagi.
Seronok dapat melihat wajah mereka dan mengetahui
perkembangan hidup mereka. Setengah daripada mereka masih belajar manakala
setengahnya pula sudah pun berkerja. Mudah-mudahan Tuhan memberkati hidup saya
dan keluarga di samping hidup mereka semuanya. Amiin.
Kaksu (Siti Rokiah bt Mat Hanapi, SPM 2009, Uni Nagoya)
dengar khabarnya akan balik pada 13-2-2013. Kalau dia dapat hadir, tentu
reunion ini menjadi lebih seronok dan kecoh, Saya ingin sangat mendengar banyak
cerita tentang kehidupan di Jepun. Bagaimana cuacanya, kehidupannya,
makanannya, pengajiannya dan sebagainya.
DI RUMAH. ISNIN. 11-2-2013. 10.10 PM
No comments:
Post a Comment