Tadi saya minum air bersama 5 orang
rakan saya. Bila saya ceritakan pasal PAUS BENEKDITUS XVI meletak jawatan
sebagai POPE VATiKAN & kemudian memeluk Islam dengan nama barunya SAJJAD
SAYYID RATZINGER, hanya seorang daripada mereka yang memberi respons.
Baki 4 orang lagi lebih sibuk
berbincang pasal bola Liga Inggeris atau bola Piala Malaysia. Mereka tak ada minat pun
pasal agama. Kalau saya boleh buat pengiraan nilai, hanya (1/5) atau 20% sahaja
yang sensitif pasal agama. 80% lagi hanya sensitif pasal dunia
Saya sendiri pun tak pasti berita di atas itu betul atau pun salah. Saya pun petik beritanya dari blog yang saya percayai.
Dalam blog itu, ada keratan akhbar media Barat yang menunjukkan pengislamannya. Ada juga beberapa blog lain yang menunjukkan kisah yang sama. Dan seperti biasa, ada sebahagian pembaca blog yang membantah berita tersebut. Kenapa tak heboh dalam suratkhabar? Kenapa tak disiarkan dalam TV? Tak gempar pun? Tak bising pun?
Cerita tersebut lebih kurang macam ini. Seorang bapak yang tahi judi tiba-tiba insaf dan pergi ke masjid. Apakah dia nak declare dirinya yang bertaubat itu kat kedai kopi? Apakah bininya nak bergerak dari rumah ke rumah dan memberitahu rakan-rakannya bahawa suaminya dah bertaubat? Apakah anak-anaknya melalak sana-sini beritahu orang ramai yang ayahnya dah bertaubat?
CERITA TERSEBUT PENTING SANGAT KE?
Cerita di atas tu penting sangat ke? Mana buktinya yang mengaitkannya dengan perkembangan akhir zaman? Anda teruskan membaca post ini. Baca sampai habis, sampai lumat maklumat yang ingin saya sampaikan kepada anda.
Yang penting kepada saya ialah respons umat Islam kepada isu-isu agama yang ada kaitan dengan kisah akhir zaman. Dalam bahasa mudahnya, adakah mereka cakna? Adakah mereka ambil berat? Adakah mereka sensitif?
SEKIRANYA BENAR?
Kalau benar berita tersebut, yang CAKNA, AMBIL BERAT & SENSITIF kepada kisah di atas (pengislaman Pope Benediktus XVI) hanyalah 20%. Kalau palsu pun, peratusnya pun kekal 20%. So bagaimana? Apakah kita wajar bertahan dengan peratus 20% ini sahaja. .

QUATRAIN NOSTRADAMUS
Mereka barangkali lupa bahawa
perubahan keadaan (minat kepada Islam) di Vatican City
sudah ada dalam Quatrain Nostradamus yang meramal bahawa Islam akan menguasai Vatican City. Walau pun
Nostradamus itu Yahudi, namun banyak ramalannya menjadi kenyataan. Dan
kenyataan itu kita anggap sebagai fakta sokongan kepada kisah IM akhir zaman.
BANYAK HADIS NABI MEMBICARAKAN TENTANG IM
Dalam Islam, pembicaraan tentang
IM terdapat dalam 52 hadis Nabi, terdapat lebih banyak lagi dalam atsar para
sahabat dan lebih banyak lagi pembicaraan & huraiannya dalam kata-kata para
Tabiin & pengikutnya. Kisah tentang IM adalah kisah global. Ia ditulis menggunakan
banyak bahasa & di dalam banyak kitab. Seluruh muslim di seluruh dunia
menunggu & menanti kemunculannya.
Menurut ulamak, IM adalah
penguasa akhir zaman yang akan memerintah dunia berpusat di Baitul Maqdis. Dia
akan menguasai seluruh Eropah termasuk Vatican
City. Dia akan menguasai seluruh Tanah Arab termasuk Yaman.
Dia akan memerintah seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia. Dia akan menguasai
seluruh Asia Timur termasuk Jepun. Pendek kata, dia raja seluruh dunia
Kalau anda membaca Buku IMAM MAHDI DI AMBANG PINTU, karangan ustaz Muhamad Isa Daud, jelas dinyatakan bahawa Vatican City itu pun akan jatuh ke tangan IM. Betullah kata-kata saya di atas. IM akan menguasai seluruh Eropah termasuk Vatican City..

APAKAH SEPATUTNYA RESPONS ANDA?
Anda sepatutnya cakna kerana
perkembangan akhir zaman itu melibatkan agama Islam. Anda sepatutnya cakna
kerana IM yang akan muncul itu adalah raja umat Islam. Anda sepatutnya cakna
kerana Nabi Isa a.s yang akan turun itu akan membenarkan agama Islam. Anda
sepatutnya cakna kerana Dajjal perosak itu akan mengkucar-kacirkan akidah umat
Islam. JAWAPANNYA, ANDA SEPATUTNYA CAKNA.
JANGAN ANDA TIDAK CAKNA.
20% di atas yang saya kata CAKNA
KEPADA ISLAM adalah berumur sekitar 40 – 55 tahun. Dan berumur & mempunyai
keluarga sendiri. Mari kita besarkan julatnya. Dalam 100 orang respondens, 20
orang memiliki sifat cakna berdasarkan perolehan 20% yang saya dapat.
Bagaimana kalau saya bercakap isu
di atas kepada dewasa 25 - 39 tahun, saya rasa peratusnya mungkin lebih rendah.
Kalau kepada golongan 18 – 24 tahun, tentu lebih rendah & menakutkan. Kalau
kepada golongan 13 – 17 tahun, entahlah. Anda tentu dapat mengagak keadaannya.
Ramai daripada kita tidak cakna
kepada perkembangan akhir zaman. Saya tidak terkejut walau pun saya takut
mendengarnya. Jawapannya sudah ada.
SYEIKH JAAFAR AS-SADIQ pernah
mengatakan, IM akan muncul pada saat manusia ramai tidak menghiraukannya. Apa
yang saya sebut sebelum ini memang dah betul. Tak bersalahan lagi.
Adakah anda kenal siapa Imam
Mahdi? Kalau saya tanya soalan ini kepada pelajar-pelajar Melayu di sebuah
sekolah menengah di KL, tentu ramai daripada mereka geleng mereka. Siapa IM tu?
Maaf, kami tak kenal.
Tetapi kalau saya tanya, kamu kenal tak Lady Gaga, Micheal Jackson, Jenifer Lopez, Gangnam dan sebagainya? Semuanya akan angguk-angguk kepala macam burung belatuk.
Tetapi kalau saya tanya, kamu kenal tak Lady Gaga, Micheal Jackson, Jenifer Lopez, Gangnam dan sebagainya? Semuanya akan angguk-angguk kepala macam burung belatuk.
Kemudian kalau saya tanya kepada pelajar-pelajar di negeri-negeri lain pulak tentang IM, mereka juga tentu geleng kepala. Maaf. Kami tak pernah dengar pun nama dia. Cikgu kami tak beritahu, ustaz pun tak beritahu juga. Ibubapa kami pun tak pernah sebut nama itu.
Tetapi kalau saya tanya soalan-soalan yang sama seperti di atas, campur sedikit sebanyak soalan tentang artis-artis tempatan, saya rasa ramai yang angguk-angguk kepala. Masyaallah.
Kalau tanya kepada budak-budak
pondok, (di Indonesia dipanggil pesantren) atau budak-budak sekolah Arab, tentu
mereka pernah dengar nama IM. IM itu adalah seorang ahlul bait keturunan Nabi
SAW yang akan menegakkan Daulah Islamiyah di akhir zaman.
Bila
sebut hal IM, anda jangan fikir dunia ini sudah akhir zaman dan kita
semua tak payah belajar atau berkerja. Salah besar itu. Islam tidak suka
kepada umatnya yang pesimis macam itu.
Umat Islam yang disayangi Allah ialah umatnya yang sentiasa BERTAMBAH BAIK. He/She must be better and better. Kalau study Addmath, markahnya sentiasa bertambah & bertambah. Dari 10, jadi 20, 30, 40 seterusnya mencapai 90. Hebat kan macam tu..
Kemudian Umat Islam yang baik itu adalah seperti yang terkandung dalam petikan BI di atas. Maksudnya, ALLAH ITU TUHANKU, ISLAM ITU AGAMAKU, NABI MUHAMAD ITU IKUTANKU, SUNNAH ITU AMALANKU, SHURGA ITU CITA-CITAKU, AKU MENGIKUTI APA YANG BAIK, AKU TIDAK MELAKUKAN APA YANG HARAM DAN AKU MENENTANG SEBARANG KEGANASAN
TIMBUL SOALAN. Kenapa budak-budak zaman sekarang tak kenal IM? Kenapa mereka tak cakna kepada perkembangan akhir zaman yang mendekati zaman kemunculannya? Ada 3 sebab. Meh kita ikuti
.

Kenapa masjid ini kosong? |
[1] Budak-budak zaman sekarang
tak suka pergi ke surau atau masjid. Timbul pula soalan kenapa? Sebab Mak ayah depa
bukan kaki surau/masjid. Kalau ya pun, depa pula tak bawa anak-anak mereka ke surau/masjid. Terlepaslah solat berjemaah
dan majlis ilmu. Kalau tak hadiri majlis ilmu, mana kan tahu kisah-kisah akhir-akhir zaman..
Betul?
Blog agama atau blog hantu? |
[2] Budak-budak zaman sekarang suka
mengadap computer berjam-jam. Mereka gemar melayari fb, twitter dan sebagainya tanpa
rasa jemu. Apa yang mereka buat? Meluahkan perasaan & chatting. Kalau pun
membuka blog, hanya memilih yang memenuhi selera mereka. Blog ugama? Sorry, tak
minat, tak best, tak ada taste dan sebagainya.. Sampai bila pun, maklumat pasal
IM tak dapat dicapai
.
.
Baca buku agama atau hiburan? |
[3] Kalau disuruh membaca buku
pelajaran, mulalah menggeliat malas. Tetapi
kalau diberi kebebasan untuk membaca, mereka gemar memilih majalah yang santai
& berisi hiburan. Suratkhabar pun
depa malas baca. Buku-buku agama, lagi malas. So, bagaimana mereka dapat
mencapai pengetahuan tentang IM?
Kalau ada pun kisah IM yang pernah mereka dengar, mungkin tentang cerita IM & seorang perempuan berpurdah yang mengamuk kat Putrajaya. Itu bukan IM asli. Itu IM palsu. IM asli akan muncul di Harrah, Mekah. Bila?. Jangan tanya saya. Saya tak tahu.
Kemudian, kalau saya tanya tentang amalan membaca Al-Quran kat rumah, jawapannya lagi teruk. Memalukan. Kalau tak percaya, anda boleh buka blog SHAFIQKALBU. Iihatlah data-data yang diperolehi dari pelbagai sumber sebagai rujukan bersama. Jangan lupa tajuknya. INILAH KEADAAN RAKYAT MALAYSIA SEKARANG INI
Untuk anda yang berminat untuk mengetahui kisah-kisah akhir zaman, elok anda baca blog MENCARI DAMAI DI LANGITMU.(Rujuk MY BLOG LIST). Untuk mengetahui 5 peristiwa dalam 20 bulan terdekat, sila baca IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (23) 5 peristiwa dalam 20 bulan terdekat. Baca tanpa syarat
Untuk mengetahui rahsia-rahsia
Lembaran Qamaran (Laut Mati), bacalah siri-siri 24, 25, 26 & 27. Kisah
tentang pengislaman Paus Benediktus XVI ada dalam siri (27). Allahu Akbar.
Sungguh Allah Maha Besar.
Lagi berita menarik, Pengarah CIA
yang baru dilantik oleh Barrak Obama rupa-rupanya beragama Islam. Namanya Joe
Brennan. Umurnya 57 tahun. Ramai senat Amerika Syarikat membantah
perlantikannya. Kita tunggu dan lihat. Saya percaya Islam akan sentiasa unggul.
DI RUMAH. 28-2-2013. KHAMIS 4.18 PM
No comments:
Post a Comment