Semasa
mesyuarat PIBG SMK HAMZAH 2 petang kelmarin, saya bertemu Ustaz Razak,
Imam Besar Masjid Machang. Dia hadir sebagai penjaga kepada Shukriah,
anak saudaranya yang sedang belajar di Tingkatan 4 Sains 1 dan menetap
di asrama
Kami sudah lama tidak bertemu dan kerana itu, kami mengambil
kesempatan bercakap banyak perkara. Soal sekolah, asrama, masjid, surau
dan sebagainya
Bila saya balik ke rumah, Abang Lah datang ke rumah saya memberitahu tentang kematian adeknya. Adeknya meninggal di HUSM kerana kerosakan usus. Saya terpaksa menghubungi Ustaz Razak sekali lagi untuk urusan solat jenazah selepas Isyak di surau kami.,
Beliau datang bersama Ustaz Sulaiman, imam masjid Batu 23, Labok. Terima kasih kerpada kedua-duanya. Ustaz Sulaiman juga baik dengan saya. Kalau ada apa-apa majlis agama di kampong saya, dia selalu hadir.
Selepas solat jenazah, saya bersama rakan-rakan terus ke kubur untuk urusan pengkebumiaan. Semuanya berjalan lancar. Sesudah itu, kami adakan tahlil & terus membaca taklqin.
Melihat mayat dikebumikan, saya teringat kepada kisah-kisah kematian.Bagaimana nasib si mati (Mohamad bt Fatimah) yang dikebumikan semalam? Dia tinggal keseorangan di alam kubur. Bagaimana keadaannya berhadapan dengan Mungkar & Nakir?
Mari kita tengok sepintas lalu kisah-kisah kematian. Cerita-cerita ini bercampur gaul antara kisah-kisah zaman dahulu dengan kisah moden. Ada yang berkaitan dengan orang baik tetapi ada juga yang berkaitan dengan para ahli maksiat.
Yang baik, ambillah tauladan. Yang buruk, jadikan sempadan.
AKU BERSEDIA SEJAK 50 TAHUN
Diceritakan bahawa Malaikat
Maut datang kepada seorang lelaki soleh untuk mencabut nyawanya. Lalu lelaki
itu berkata:
“Selamat datang , demi Allah
aku menanti dan bersedia untuk menemui mu sejak 50 tahun lepas.”
AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU
Ini cerita zaman moden dari seorang pensyarah U. Maaflah. Identitinya dirahsiakan.
Dia ada seorang kawan yang juga pensyarah sepertinya. Kawannya (arwah) itu yang
sedang kita bicarakan.
Arwah itu seorang perempuan. Dia sangat alim dan sangat taat kepada
suami. Lebih hebat daripada itu, dia
juga seorang hafizah (penghafaz Al-Quran).
Tuhan memberi kurnia yang hebat kepadanya. Dia boleh membetulkan bacaan
Al-Quran orang lain tanpa melihatnya. Maksudnya, dengan mendengar sahaja, dia
boleh kesan (detect) bacaan yang
salah...
Hebat kan. Semestinya orang yang hafaz Al-Quran ni dijanjikan ganjaran
yang sangat lumayan daripada Allah. Tetapi sebaliknya berlaku, ditakdirkan
berlaku salah faham antara suami arwah dan ibu arwah.
Arwah
dalam dilema. Dia berada di tengah-tengah. Di sebelah kiri ialah suami, di
kanannya pula ialah ibunya.
Bagi seorang isteri, syurga di bawah tapak kaki suami. Maka kerana itu,
arwah memihak kepada suaminya tanpa sedar dia telah berkasar dengan ibunya.
Ditakdirkan juga pada hari tersebut, arwah meninggal dunia. Tetapi yang sangat
menyedihkan, urusan pengebumian arwah sangat lambat.
Bermula di hospital, jenazah arwah terbiar berjam-jam lamanya,
semata-mata hanya untuk mendapat pengesahan kematian daripada doktor
Di rumah pula, Allah telah menunjukkan kuasaNYA apabila jenazah arwah
berbau sangat busuk. Menurut kata pensyarah berkenaan, bau itu melekat kat baju dan tak hilang walau pun
dibasuh berkali-kali.
Jenazah arwah juga dihurung serangga yang selalu hinggap kat pisang
yang dah nak hampir busuk (lupa apa nama serangga tu).
Semasa jenazah masih terbaring di ruang tamu, suami arwah dan adik
arwah bergaduh. Akibatnya, pengurusan jenazah arwah semakin lambat.
Agak sedih jenazah orang alim & hafizah ditunjukkan kematiannya
dengan cara macam tu.
Setelah diselidiki, rupa-rupanya ibu arwah sangat berkecil hati dengan
sikap arwah. Tengok betul-betul. Hebat kan kuasa Ibu. Ibunya cuma berkecil hati
sahaja tetapi azab yang diterima sangat dahsyat..
KEMATIAN SEORANG PEMAKSIAT
Seorang lelaki telah terlibat
dalam satu kemalangan Datang seorang lelaki yang lain , mendapatinya dia dalam
keadaan nazak. Lalu diajar mengucap dua kalimah syahadah tetapi jawapannya:
“AKU DALAM SAQAR, AKU DALAM
SAQAR…” DAN TERUS MATI
Lalu lelaki tadi bertanya
kepada ahli keluarga si mati tentangnya. Mereka menjawab “ Dia tidak
sembahyang.”
Benarlah Firman Allah swt:
(maksudnya)
“Apakah yang memasukkan kamu
ke dalam Saqar (neraka)?” Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk
orang-orang yang mengerjakan shalat. ” (42 – 43 : al-Muddathir)
KETERANGAN KAMI.
Jagalah solat anda. Dan
jagalah juga tabiat anda dalam perkara dosa kecil. Bukanlah dipanggil dosa
kecil kalau ia berterusan dilakukan.
Ada dua orang yang nazak
masih menyanyi walau diajar mengucap di Arab Saudi. Nak ke kita mati dalam
keadaan seperti itu?
KISAH ORANG ALIM & SINGA
Beliau yang dimaksudkan ialah Bunan bin Muhammad bin Hamdan bin Sai'd Al-Wasiti. Gelarannya ialah Abu Al-Hasan Az-Zahid. Dikenali dengan 'Al-Hammal'.
Beliau yang dimaksudkan ialah Bunan bin Muhammad bin Hamdan bin Sai'd Al-Wasiti. Gelarannya ialah Abu Al-Hasan Az-Zahid. Dikenali dengan 'Al-Hammal'.
Beliau juga dianggap sebagai seorang Syeikhul Islam. Seorang yang alim
besar dalam ilmu hadith, thiqah, zuhud dan kuat beribadat. Mencapai tahap
'Muhaddith'. Beliau berasal dari Baghdad dan menetap di Mesir.
Beliau mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi orang ramai. Beliau juga
tidak menerima sebarang habuan daripada sultan. Beliau juga bersahabat dengan
Imam Junaid rahimahullah.
Bahkan Abu Ali Ar-Ruzabari berkata, "Sebab aku memasuki Mesir ialah kisah Bunan Al-Hammal." Beliau ke Mesir untuk melihat sendiri seorang soleh yg dicampakkan kepada singa untuk dibaham. Namun anehnya, si singa tidak mengapa-apakannya.
Bahkan Abu Ali Ar-Ruzabari berkata, "Sebab aku memasuki Mesir ialah kisah Bunan Al-Hammal." Beliau ke Mesir untuk melihat sendiri seorang soleh yg dicampakkan kepada singa untuk dibaham. Namun anehnya, si singa tidak mengapa-apakannya.
Bunan telah menyuruh Ibnu Tulun (pemerintah Mesir, mati tahun 270 H) agar
melakukan perkara kebaikan. Maka, Ibnu Tulun murka kepadanya lalu memerintahkan
agar beliau dicampakkan ke hadapan singa. Lantas si singa mendekatinya lalu
menghidu-hidunya. Subhanallah. Si singa tidak mengapa-apakannya.
Lalu, beliau dikeluarkan semula. Beliau ditanya, "Apakah
perasaanmu ketika singa itu menghidu-hidumu?" Beliau menjawab, "Aku
berfikir tentang khilaf ulama dalam masalah bekas minuman singa dan air
liurnya... (adakah ia suci ataupun najis?)".
Beliau hidup setelah kematian Ibnu Tulun selama 43 tahun. Beliau
meninggal dunia di Mesir pada tahun 313 Hijrah. Dalam kitab Siyar 'Alam
An-Nubala' tercatat bahawa anak murid beliau, Ibnu Yunus berkata Bunan
meninggal pada bulan Ramadhan tahun 316 Hijrah. Jumlah penduduk Mesir yang
hadir ke majlis pengebumiannya amat ramai. Memang benar-benar hebat & mengkagumkan
sehingga berlaku kesesakan yang amat teruk.
Antara kalam beliau yang patut kita renungi ialah : "Seorang yang merdeka ialah hamba yang tidak tamak, seorang hamba ialah orang merdeka yang tidak pernah puas."
Antara kalam beliau yang patut kita renungi ialah : "Seorang yang merdeka ialah hamba yang tidak tamak, seorang hamba ialah orang merdeka yang tidak pernah puas."
AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM
CERAMAH
Abul Fath Muhammad bin
Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h)seorang pemberi kuliah, nasihat dan
tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya.
Namun banyak yang disampaikan
itu benda yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang
sakit yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa memang amat
sukar.”
Lalu as-Safdi berkata: “Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah
itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”
KETERANGAN KAMI
Janganlah semasa bercakap
itu, samada mengajar, memberi kuliah atau apa sahaja, terkandung
perkara-perkara salah atau dusta. Awasilah diri anda.
Maka awasilah diri anda daripada
perkara-perkara berikut [1]. Mengeluar hukum sendiri, [2]. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar. (contohnya dalam
surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi) [3]. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran
ulama muktabar.[4]. Menukilkan hukum dengan syak. (contohnya, saya rasa, agaknya boleh kot)
& [5]. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran
sendiri.
SYEIKH AHMAD YASIN : KAMI
MENUJU KE ARAH SYAHADAH (MATI DI JALAN ALLAH)
Anaknya Muhammad telah
menceritakan bahawa tiga jam sebelum serangan ke atas beliau, beliau telah
memaklumkan kepadanya terdapat pesawat peninjau kepunyaan Israel di udara.
Namun bapanya membalas: “Kami menuju kepada syahadah , kami berasal
dari Allah dan akan kembali pada Allah.”
Beliau adalah pengasas kepada
gerakan HAMAS di Palestin. Ketika beliau hendak menunaikan solat subuh
berjemaah di masjid (beliau yang buta dan lumpuh) , pihak tentera Israel telah
membunuhnya melalui serangan udara. Ini berlaku pada bulan safar tahun 1425
hijrah.
KETERANGAN KAMI
Ambillah pengajaran dari kisah Syeikh Ahmad Yassin di atas. Walau pun
buta dan lumpuh, solat berjemaah tetap ingin ditunaikan. Kita bagaimana?
KISAH SI MISKIN YANG LUHUR
Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan
Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air
mata.
Saya pun tidak pasti bila kisah ini berlaku. Tetapi memang ia sebuah
kisah benar. Mari kita ikuti.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang
kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang
muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit
ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur
ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah
atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan.
Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan
ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur
siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau
alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang
mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah
mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah
simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang
dilihat di perkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal
suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa.
Suaminya hanya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang
ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru
quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar
suaminya membaca quran.
Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.
Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan
oleh si mati. Katanya , setiap malam sebelum tidur, suaminya akan mengambil
wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur’an di atas
rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi
Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
Ia akan duduk dan membelek alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi
Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu.
Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca
kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat
mencintaimu.
“Wahai Kalamullah, janganlah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh
aku dihadapan Tuhan di akhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi.
Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an
buah hati kesayangannya. Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.
Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar
dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan
lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada
bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai
airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu
dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya.
Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.
Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah
kita, di dalam diri kita dan di mana sahaja. Kisah ini ditulis semula untuk
disesuaikan bagi bacaan semua -
No comments:
Post a Comment