Semalam saya bermimpi. Tetapi mimpi itu biasa sahaja walaupun
kelihatannya seperti luar biasa. Ia bukan mimpi indah, tetapi mimpi saya
selalunya benar.
Saya bermimpi berlaku kematian di sebuah kampong yang tidak saya
kenali. Tetapi rumah si mati itu terletak di suatu bukit kecil di tepi jalan.
Saya melihat orang berduyun-duyun menziarahinya. Tidak putus-putus,
sehingga timbul kehairanan dalam hati saya.
Rumah siapakah itu? Kelihatan rumahnya kecil sahaja dan saya pun
beranggapan si mati itu pun orang yang biasa-biasa sahaja.
Orang yang menziarahi mayatnya kian lama kian ramai. Hairan saya.
Apakah istimewanya mayat ini?
Tiba-tiba saya terdengar satu suara atau satu bisikan dari hati saya
sendiri. Si mati itu adalah seorang wali. Masyaallah.
Patutlah, ramai orang yang menziarahi mayatnya. Tiba-tiba saya tersedar.
Jam masa itu sekitar 5.49 pagi. Dah menjelang subuh rupanya.
Selepas subuh, saya termenung panjang. Apakah tafsir mimpiku itu? Oleh
kerana saya tergesa-gesa ke tempat kerja, saya tak sempat membuka Buku Tafsir
Ibnu Sirin.
Di sekolah, saya termenung lagi. Waktu petang, termenung lagi. Hanya
selepas Isyak, saya berpeluang mengimbas kembali tentang mimpi sebelum Subuh tadi.
Segera saya membuka huraian tafsir oleh Ibnu Sirin. Anda kenal siapa
Ibnu Sirin? Dia itu menantu Abu Hurairah, sahabat Nabi SAW yeng banyak
meriwayatkan hadis Nabi SAW.
Saya segera membuka kitab tafsir Ibnu Sirin, ms 286. Huraiannya ringkas
sahaja, kematian orang alim itu membawa maksud kerosakan ilmu dan syariat di
tempat itu.
Saya jadi takut memikirkan tafsir yang saya perolehi tadi. Tempat itu tidak lain ialah Negara kita,
Malaysia. Apakah maksud kerosakan ilmu? Dan terlebih takut lagi, apakah maksud kerosakan
syariat?
Saya cuba mententeramkan diri saya dan mengambil pendekatan mudah.
Kedua-dua perkataan tadi menjurus kepada AGAMA. Apakah akan terjadi kepada agamaku (maksudnya agama
kita) selepas ini?
Saya pernah bermimpi dengan makna yang serupa pada sekitar tahun 80an.
Mimpi itu sangat menakutkan. Mari dengarkan.
Saya bermimpi melihat matahari hampir terbenam di ufuk langit.
Kebiasaannya matahari sangat indah dan cantik waktu itu. Ia berwarna lembayung.
Tetapi dalam mimpi saya itu, saya melihat matahari berwarna merah
kehitam-hitaman. Saya jadi takut & bimbang ia pecah. Segera saya tersedar
dengan jantung berdegup kencang.
Bila saya membuka kitab tafsir, mimpi seperti itu membawa maksud
kerosakan masyarakat. Saya terpingga-pingga. Apakah maksud dari mimpi seperti
itu?
Masa itu pun sekitar pilihanraya juga. Apa yang terjadi kemudiannya
mendukacitakan saya. Kelompok terbesar Orang Melayu terpecah dua kepada UMNO
dan Semangat 46. Kemudian Semangat 46 bergabung dengan PAS membentok sebuah
pakatan melawan Barisan Nasional.
Orang Melayu berpecah-belah. Kata-mengata, keji mengeji & sumpah
seranah ada di mana sahaja. Sakit telinga saya mendengarnya. Bengkak hati saya
melihatnya. Kenapa mereka tidak berkasih sayang, sedangkan mereka itu sebangsa
dan seagama?
Bagi saya, permainan politik bukan sebuah eksperimen makmal. Jangan
anggap sesuatu itu mesti dicuba dahulu untuk melihat hasilnya. Tersilap langkah,
agamalah taruhannya.
Mimpi saya pagi tadi bukan lagi kerosakan masyarakat, tetapi menjurus
kepada kerosakan agama. Permintaan saya SATU SAHAJA. Sayangilah agama anda. Awasilah kehidupan anda dari jeratan pluralisme, liberal agama, LGBT dan sebagainya.
Fahamilah definisi-definisi yang saya sebutkan di atas. Dan lihatlah pertentangannya dengan Islam. Kita tidak wajar melihat individu bercakap dari sudut fanatik, tetapi kita mesti melihat isi ucapannya.
Fahamilah definisi-definisi yang saya sebutkan di atas. Dan lihatlah pertentangannya dengan Islam. Kita tidak wajar melihat individu bercakap dari sudut fanatik, tetapi kita mesti melihat isi ucapannya.
Adakah Islam membenarkan perbuatannya, percakapannya, isi kandungannya? Tepok dada, tanya iman.
Semoga mimpi saya itu menjadi kayu ukur penilaian anda. Walau bagaimana
pun, saya ini hanya insan biasa. Mimpi saya pun mungkin betul mungkin tidak. Terpulanglah kepada anda.
Saya bercakap kepada anda berdasarkan ketuaan saya & pengalaman hidup saya. Semangat saya sudah tidak seperti dahulu. Tubuh fizikal saya pun tidak seperti saya muda dahulu. Semoga anda selamat membawa diri dan haluan.
Hidup ini mesti berhati-hati. Sayangilah agama anda.
Saya hanya mengabarkan sesuatu yang menjadi kewajipan saya. Anda boleh percayakan saya. Dan anda juga berhak menolak saya. Yang benar hanya Allah. Wallahu ahlam.
Saya bercakap kepada anda berdasarkan ketuaan saya & pengalaman hidup saya. Semangat saya sudah tidak seperti dahulu. Tubuh fizikal saya pun tidak seperti saya muda dahulu. Semoga anda selamat membawa diri dan haluan.
Hidup ini mesti berhati-hati. Sayangilah agama anda.
Saya hanya mengabarkan sesuatu yang menjadi kewajipan saya. Anda boleh percayakan saya. Dan anda juga berhak menolak saya. Yang benar hanya Allah. Wallahu ahlam.
Saya bermimpi cikgu saya accident....lalu lantas saya tersedar dan rasa x sedap hati.....cer tafsir apa maksud mimpi ni..adakah membawa keburukan pada cikgu saya.....
ReplyDelete