BUNGA NAN INDAH

Monday, 12 August 2013

INILAH WAJAH MISTERI YANG HADIR DI DALAM MIMPI RIBUAN MANUSIA DI SELURUH DUNIA.



Cerita mimpi ini sangat pelik dan misteri. Menurut berita yang didengar, sudah ramai yang bermimpi mengenainya. Tetapi saya tak pernah bermimpikannya.

Sebelum saya mulakan cerita, saya nak minta maaf terlebih dahulu. Streamyx saya ada masalah kerana wayar kabel dipotong pencuri. Sekarang baru TMnet sambung balik.

Mula-mula sekali, mari kita anggap cerita ini benar. Bermimpi itu perkara biasa. Anda pernah bermimpi dan sayapun pernah bermimpi. Tetapi demi Allah, saya belum bermimpi melihat wajah pemuda misteri itu.

Cerita ini datang dari LONDON. Kononnya, ada sebuah laman web,  beralamat di http://www.thisman.org/ yang telah membuat ramai orang binggung dan penasaran.

Laman web yang memaparkan sketsa wajah seorang pemuda misteri meminta setiap pengaksesnya memberikan maklumat (informasi) seandainya mereka pernah memimpikan wajah tersebut.


Kononnya, wajah pemuda dalam sketsa tersebut sudah hadir dalam mimpi ribuan manusia di seluruh dunia. Mungkin oleh sebab itulah, banyak orang  ingin tahu dan cuba mengaksesnya. 


 

Laman web ini kemudiannya  menjadi hit dengan trafik akses yang padat. Mereka berebut-rebut ingin tahu mengenainya.

Mari kita berehat sebentar. Cuba anda kaitkan mimpi itu dengan Islam. Para ulamak Islam mengariskan mimpi itu ada 3 jenis.

[1] Mimpi yang benar, yang datangnya dari Allah. Seseorang itu mestilah  bersuci dan membersihkan diri terlebih dahulu. Dia juga mesti mengelak dari dosa zahir dan batin, terutama berdusta.

Saya tidak fikir hamba Allah yang beriman akan terdedah kepada mimpi misteri seperti yang disebutkan. Siapakah pemuda itu, tidak ada sesiapapun yang dapat mengesahkannya.

[2] Mimpi dari syaitan. Hamba Allah yang kotor dan penuh dosa terdedah kepada kedatangan syaitan dan jin-jin kafir di dalam mimpinya.

[3] Mimpi dari angan-angan di siang hari. Sesiapa yang menginginkan sesuatu secara kuat di siang hari, akan terbawa-bawa keinginan itu sehingga ke dalam mimpi.

Kami akan memberi jawapannya (tentang pemuda misteri itu) selepas ini. Anda tentu ingin melihat kemunasabahan mimpi tersebut dan kaitannya dengan Islam.

Dalam laman web itu disebutkan, sketsa wajah pemuda misteri itu pertama kalinya digambarkan oleh seorang wanita yang sedang menjalani sesi terapi dengan psikiater pribadinya tiga tahun lalu.

Wanita itu menyebutkan, wajah pemuda  tersebut hadir berulang kali di dalam mimpinya. Demikian keterangan yang dikutip dari Big News Networks.

Berdasarkan keterangan dalam laman web itu pula, si wanita tersebut mengaku tidak pernah melihat atau bertemu dengan pemuda itu sebelumnya.

Mari kita berehat sebentar. Ada satu perkara yang perlu anda tahu tentang wanita yang sakit itu. JIWANYA LEMAH.

Kemudian, saya juga ingin memberitahu anda sesuatu. SYAITAN DAN JIN-JIN KAFIR SANGAT SUKA KEPADA WANITA YANG LEMAH.

Anda tentu ingin mengetahui buktinya. Para wanitalah yang selalu menjadi korban jin-jin jahat sehingga mereka selalu hysteria. Tempikan, jeritan, marah & geram adalah permainan jin-jin tersebut di dalam tubuhnya.

ADA SATU RAHSIA LAIN. Saya tidak pasti samada anda percayakan saya atau tidak. Jin ini sifatnya sama macam manusia. Ada manusia pintar, bodoh, gila, lemban dan sebagainya. Ada manusia beriman, jahil, miang, penakut, romeo dan sebagainya.

Jin juga sama seperti kita. Bahkan ada di antara mereka yang miang, gatal, romeo, playboy dan sebagainya.

Maka saya beranggapan, pemuda misteri itu adalah seekor jin yang miang, gatal, romeo, playboy dan seumpamanya.

Kemudian mari kita lihat bukti seterusnya. Pesakit-pesakit lain yang melihat sketsa wajah si pemuda misteri itu juga mengaku pernah bermimpi tentang pemuda itu.

Para pesakit itu sebenarnya berada dalam keadaan jiwa yang lemah. Maka tentu mudah sekali, syaitan / jin kafir itu menerobos ke dalam mimpinya dan mempermain-mainkannya.

Kemudian, saat doctor pribadi itu  mengirimkan gambar tersebut pada beberapa orang rakannya, beberapa orang pesakit rakannya itu juga mengenali wajah itu.

Ini juga satu bukti. Kebanyakan yang melihatnya adalah pesakit-pesakit yang lemah jiwanya. Cuba buat bancian. Adakah terdapat seorang muslim / muslimat yang beriman di dalam senarai orang yang melihatnya?

Kalau ada, maka saya dengan tegas ingin mengatakan seperti berikut. Dia mungkin seseorang yang mengabaikan ibadat (terutama solat 5 waktu), kurang membaca Al-Quran, jarang berwuduk & pengotor. Dia tidak cakna tentang najis dan kurang mengambil berat tentang kebersihan.

Kini, gambar pemuda misteri tersebut diposting di internet. Hanya dalam waktu dua minggu sahaja, laman web yang memaparkan sketsa wajah pemuda itu langsung menjadi sebuah fenomena.

Bahkan beberapa pengakses mengaku sulit mengaksesnya. Hal ini disebabkan oleh begitu ramai orang yang ingin mengetahuinya sehingga membuat trafik aksesnya padat.

Namun begitu, ramai pula yang mengkritik kehadiran laman web ini dan menyebutkan bahawa sketsa wajah pemuda tersebut hanya sekadar khabar bohong yang sengaja dibuat untuk menimbulkan sensasi.

Terpulanglah kepada anda. Tetapi menangani isu ini secara Islam adalah jalan yang selamat. 

No comments:

Post a Comment