TAHUKAH KAMU BAHAWA MATA TIDAK PERNAH BERBOHONG?.
Hari ini dah 31 Disember 2012. Jam sekarang 7.30 pagi. Hujan di luar turun
dengan lebatnya. Musim banjir lagi ni.
Saya baca Metro Online sebentar tadi. Kata laporan, banjir dah ok di Pantai
Timur. Dah ramai yang balik dari pusat pemulihan banjir.
Sempena tahun baru ni, saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013. Apa azam baru
kamu? Kalau saya tanya pelajar-pelajar saya, macam-macam depa jawab.
Ada yang nak
ubah sikap, ada yang nak jadi baik, ada yang nak rajin belajar, ada yang nak study
Addmath betul-betul. Bagus. Semuanya bagus. Saya sayang kamu semua.
Tetapi kamu mesti janji betul-betul. Jangan bohong. Tak baik berbohong tau.
Berbohong itu salah. Berdosa.
Tahukah kamu bahawa mata itu tidak pernah berbohong. Walau pun seseorang itu pandai bersandiwara tetapi pasti tidak dengan matanya.
Orang tua ada berkata, “mata adalah cermin hati”. Dari matanya, kita dapat melihat
lebih dalam (detail) tentang seseorang.
Dari matanya, kita boleh mengetahui bahawa seseorang itu sedang berbohong
atau tidak. Akan terlihat tanda-tanda tertentu yang dapat dikesan dengan mudah.
Meh kita tengok.
LIHAT BOLA MATANYA.
Dari bola matanya, kita dapat melihat samada lawan bicara kita itu sedang berbohong
atau tidak. Kita dapat mengesan ketika dia menjawab pertanyaan atau soalan.
Jika bola mata orang tersebut bergerak ke arah kiri, kemungkinan jawabannya
jujur.
Sedangkan jika bola matanya bergerak ke arah kanan, kemungkinan orang itu
sedang mengatakan sesuatu yang bohong atau berbohong.
Hal ini adalah kerana bahagian otak sebelah kiri berfungsi sebagai auditory memory
(ingatan pendengaran), sedangkan otak sebelah kanan adalah untuk kreativiti.
Maka bila bola mata bergerak ke kiri, bererti dia sedang berusaha mengingat
sesuatu sedangkan jika sebaliknya (bergerak ke kanan) berarti dia sedang
menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawaban yang lain. Hal ini kerana
bahagian kreativitinya sedang bekerja untuk mengarang suatu cerita bohong.
Selain melihat bola matanya, kita juga boleh mengesan aspek-aspek
lainnya. Ciri fizikal lain ketika
seseorang itu sedang berbohong adalah seperti pernyataan-pernyataan di bawah. Memang banyak yang boleh dijadikan
petunjuk.
BADAN BERKERINGAT
Kalau anda melihat badan seseorang mula berkeringat atau
berpeloh, itu menunjukkan ia berada di bawah tekanan (under preasure). Kalau anda boleh tengking-tengking dia sikit dengan ayat ini, AWAK PENIPU, YOU LIE, YOU ARE A LIAR, lagi la berpeluh-peluh dia. He2..
Adrenalin dirembeskan dengan kencang dari pancreas
menyebabkan perjalanan darah dari jantung atau sebaliknya sangat laju. Kemudian
permukaan kapilari darah juga bertambah luas yang menyebabkan sedikit
perpeluhan berlaku.
Walau bagaimana pun, situasi ini hanya terjadi kepada
pembohong amatur. Bagi pembohong pro, mereka bijak mengawal aktiviti biologi
dalam tubuh mereka. Wajah mereka selamba je. Badan mereka pun ok. Tak berkeringat
langsung.
NAFAS MULAI BERAT
Ini pun berkait dengan rembesan adrenalin. Adrenalin
adalah satu hormon yang keluar tanpa kawalan. Saat terdesak atau saat
berbohong, adrenalin dirembeskan dengan kuat untuk menstabilkan keadaan.
Akibatnya, berlaku sedikit perubahan pada susunatur suara.
Nafas jadi berat & sukar dikeluarkan.
NADA
SUARA BERBEZA SEPERTI MENINGGI ATAU MONOTON
Nada
suara menjadi tinggi tiba-tiba adalah untuk menutup perbuatan curang yang
dilakukannya. Dia sengaja meninggikan suaranya untuk menunjukkan bahawa dia
berada di pihak yang benar.
Akan
tetapi setengah orang mengambil sikap berdiam diri. Jika budak-budak yang
melakukan ini, mereka boleh dianggap benar.
Jika
remaja atau orang tua yang melakukan demikian, anda patut mengawasinya. Boleh
jadi dia jujur. Atau boleh jadi dia sedang bermain wayang dengan anda.
BADAN
DAN WAJAH TERLIHAT KAKU, KHUSUS BAHAGIAN DAHI & BIBIR
Tanda
orang berbohong juga boleh dilihat pada 2 tempat berikut, iaitu dahi dan bibir.
Darah akan menjadi kering pada tempat ini sehingga menyebabkan ia menjadi kaku
(tidak berdarah).
Jika
ia (suspek) terus ditekan & ditekan, maka ia semakin gelisah. Keadaan
dirinya akan menjadi bertambah celaru, tertekan dan pucat. Anda akan mendapati 2
tempat tersebut terlihat kaku.
Kalau
dia pandai menyembunyikan keadaan dirinya & berpura-pura stabil, anda
berikan dia beberapa soalan yang menjerat diri, tengok bola matanya. Ke arah mana
bola matanya bergerak. KIRI ATAU KANAN.
TANGAN
BANYAK BERGERAK.
Misalnya
memegang sesuatu, saling menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung, atau
menutup mulut. Ini juga satu pemandangan biasa yang berlaku kepada si
pembohong.
Mereka
cuba
melawan balik sifat kaku atau tertekan yang wujud pada diri mereka. Mereka
tidak mahu dituduh sebagai pembohong atau orang yang bercakap bohong.
Tetapi
ada kalanya, seorang pembohong yang pro pandai menutupi diri mereka dengan
meletak tangannya pada mulut. Dia seolah-olah sedang khusyuk mendengar, tetapi
sebenarnya sedang merancang sesuatu. Anda perhatikan sahaja bola matanya.
MENGADAKAN
PEMBATAS
Si
pembohong tanpa disadari akan meletakkan benda-benda seperti cangkir, kertas,
bolpen, atau benda lain sebagai pembatas.
Maksudnya
dia ingin mengadakan jarak selamat daripada anda. Dia tak suka ditekan, didesak,
dipaksa dan sebagainya. Oleh kerana dia tak dapat bergerak, maka dia mengadakan
pembatas.
Perhatikan,
itu sebahagian tandanya dia berbohong.
UBAH TOPIK PEMBICARAAN
Kadang-kadang
orang yang berbohong itu cuba
mengubah topik perbualan. Misalkan dari topik A kepada B secara tiba-tiba
sahaja. Dan mereka kelihatan santai sahaja berbuat demikian.
Tetapi
jika dia seorang pembohong yang pro (dah biasa cakap bohong), dia boleh
bercakap secara biasa sahaja dengan anda, bahkan boleh klentong diri anda
dengan mudah.
Sekarang
anda pula mengambil peranan menjerat dia. Coba anda
ubah topik pembicaraan.Jika ekspresinya terlihat lega, berarti ia sedang
berbohong. Namun jika ia mengembalikan ke topik semula, berarti ia sedang
berkata jujur.
Orang
yang sedang berbohong sangat suka berlepas diri daripada topik yang sedang
dipercakapkan. Kalau boleh keluar daripada itu, dia akan merasa sangat lega.
Kalau
terlihat nafas lega atau perasaan lega padanya, itu tandanya dia pembohong
besar.
Tetapi
kalau ia masih ingin bercakap topik yang asal dan lama, dia itu manusia jujur. Anda
boleh terus berkawan dengannya.
KAT
RUMAH. ISNIN 31.12.12 7.30 AM
No comments:
Post a Comment