Sekarang ini musim hujan. Hujan lebat tak kira waktu. Langit
mendung awan kelabu. Jalan becak sana-sini. Nak ke sana sini pun rasa malas. Soalan paling
popular kepada anda ketika ini. Apakah yang selalu anda buat kalau di musim
hujan begini?
Ada
setengahnya kata, dia suka tidur sahaja. Tarik kain selimut, pejam mata, habis
cerita. Breakfast boleh KIV dahulu. Nanti bila lapar, akan bangun sendiri untuk
cari makan.
Itu cerita kaki tidur. Bagi kaki makan pulak, kalau ada ubi
kayu rebus, campur nyiur yang bergaul
gula dan garam, tentu sedap giler. Kalau ada kopi-O panas, lagi sedap. Ubi kayu
seperiuk pun tak cukup.
Itu cerita kaki makan. Kalau kaki sembang pulak, 24 jam
asyik terperuk kat kopi kedai jew. Minum air kopi secawan cuma, tetapi
bertenggek kat situ dari pagi sampai ke petang. Lupa rumah tangga, lupa anak
bini, lupa solat. Huh.
Bagi kaki play station & games dalam computer, masa
inilah dihabiskan sehari suntuk untuk permainan yang mereka minati.
Kadang-kadang sampai lupa nak berak & kencing. Hebatnya mereka. Sampai
kepala najis dah terjuih keluar, baru mereka angkat punggung meninggalkan play
station atau game kegemaran mereka.
Saya? Ini saya nak cerita kisah semasa saya remaja dahulu.
Kalau musim hujan begini, saya gemar menahan taut (sejenis joran pendek) yang
berumpaankan cacing gelang. Ada
20 unit kesemuanya. Kebiasaannya saya menahan taut saya pada waktu petang,
keesokan paginya saya pun tengok. Kalau-kalau mendapat hasilnya.
Dari 20 unit yang saya sediakan, biasanya 4 daripadanya
mengena. Kadang-kala mendapat ikan keli, ikan
haruan & ikan puyu. Kadang-kala pula mendapat belut atau anak ular
atau anak kura-kura. Untuk kes-kes macam ni, saya terpaksa putuskan tali taut
saya. Dah tak boleh guna lagi.
Jadi, “kebarangkalian untuk berjaya dapat hasil” dapat
ditulis sebagai 4/20 atau 20/100 atau 0.2. Dalam istilah Taburan Binomial
Addmath, kita tulis sebagai p = 0.2. Dengan itu q (kebarangkalian untuk gagal
dapat hasil) = 1 – 0.2 = 0.8. Anda sebagai pelajar Addmath mesti tahu p+q = 1.
Seronok juga menahan taut ini. Tetapi bergantung kepada
rezeki tuhanlah. Kadang-kadang ada rezeki, kadang-kadang pula tak dapat
langsung.
Dalam sebulan musim hujan ni, saya berterusan menahan taut.
Hari-hari kena gali tanah untuk cari cacing gelang. Ikan keli suka makan cacing
gelang yang besar & kasar ni. Kalau ikan haruan & puyu, depa tak kisah.
Cacing lembek pun depa bantai.
Mari kita tengok “nasib baik” (the lucky of) orang-orang
yang menahan taut seperti saya ini. Katakan jumlah hari hujan = 30, kita
sekarang nak cari berapa kebarangkalian mendapat ikan dalam sehari.
Dengan kata lain, nak tengok petunjuk potensi untuk dapat
ikan.
Mari kita guna rumus Taburan
Binomial yang popular ini.
P (X = r) = nCr (p)^r (q)^ (n-r)
P (X =1) = 30 C 1 X (0.2) ^1 X
(0.8) ^ 29.
= 30 X 0.2 X 0.001547 = 0.00928
Anda akan mendapati nilainya yang sangat kecil. Kalau pun dibundarkan
pada 2 titik perpuluhan, anda akan dapat 0.01. Itu bermakna peluang mendapat ikan sangat tipis. Bermakna
dalam 100X, hanya terdapat 1X peluang. Tetapi jika nilainya besar menghampiri 1
(contohnya 0.93), itu bermakna peluang mendapat ikan sangat besar dan mudah.
KESIMPULAN DARI TABURAN BINOMIAL
ITU
Kalau anda ingin kaya atau hidup senang, jangan sesekali
bergantung kepada nasib. Menahan taut seperti yang saya buat itu banyak
menggunakan nasib. Maksudnya, hanya mengharapkan ikan pergi memakan umpan pada
mata kail sahaja.
Sebaik-baik cara untuk mendapatkan ikan ialah dengan
memburunya. Samada dengan menggunakan pukat atau jala. Cara ini lebih efektif.
Apa yang ingin saya beritahu anda ialah kita mesti mengubah
nasib kita. Jangan sesekali mengharap kepada nasib baik semata-mata. Itu cerita
saya semasa remaja. Masa itu saya miskin. Dan hanya itu yang termampu saya
lakukan.
TITIK PUSINGAN DALAM HIDUP
Selepas STPM pada 1981, saya pernah merenung masa depan saya
dalam gelap malam. Saya guna seluruh akal & pemikiran saya. Masa itu, cuaca
malam memang gelap pekat. Dan pada masa
itu juga, kehidupan saya sekeluarga memang miskin. Saya serba-salah antara
belajar dan berkerja. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau tolonglah aku.
|
Pemandangan Kampus UPM |
Kebetulan masa itu, saya dapat tawaran Diploma Sains
Komputer di UPM. Nak pergi atau tidak? Saya terkial-kial mencari jalan keluar.
Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah aku.
Melihat kesusahan hidup ibu saya, saya terasa ingin berkerja
sahaja. Ingin pergi ke Singapura menjadi buruh binaan. Tetapi sampai bila?
Adakah sampai umur saya 50 tahun?
|
Buruh binaan di Singapura? |
Atau saya ingin sahaja menjadi penoreh getah? Saya memang
boleh menoreh getah. Tetapi sampai bila? Adakah sampai saya tua & tak larat
lagi menoreh getah?.
|
Penoreh getah? |
Atau adakah patut saya belajar sahaja di Universiti? Kalau
saya ke sana,
akan tinggallah ibu saya bersama adek-adek
saya yang masih kecil. Sudah
pasti mereka akan menderita tanpa kehadiran saya?
Tiga tahun di UPM itu adalah tempoh yang sangat lama.
Siapakah yang akan membantu ibu saya menoreh getah, mengutip pot getah (sekerap
getah) & memesin getah keping?
Siapakah pula yang akan membantu datuk saya di sawah padi?
Yang menolong menyemai & mencendung anak padi?. Yang menolong membanting
padi-padi yang sudah masak?. Yang menolong membawa guni-guni padi ke kilang untuk
diproses jadi beras?
Siapa pula yang akan menghantar adek-adek saya ke sekolah
dan mengambilnya semula? Masa saya ada, sayalah yang mengayuh basikal &
mereka membonceng saya.
Malam itu, saya menangis dalam gelap malam. Tidak tahu
membuat keputusan yang tepat. Akhirnya, dengan kalimat Bismillah yang mulia,
saya bulatkan niat saya, tekad saya, cita-cita saya untuk meneruskan cita-cita
akedemik saya. Saya akan terus belajar untuk mengubah hidup saya & seluruh
keluarga saya. ITULAH TITIK PUSINGAN (TURNING POINT) PENTING DALAM HIDUP SAYA.
Semasa saya sedang bermesyuarat di PKG Gaal, Pasir Puteh
sekitar jam 9.43 pagi tadi, tiba-tiba handset saya berdering. Sebuah panggilan
dari Baini.
Baini bt Mat Saat(SMK Paloh, SPM 2007) adalah anak angkat
saya yang sekarang sedang belajar di Universiti Malaysia Trengganu (UMT) dalam
jurusan Akuakultur. Sekarang dah degree tahun 3. Lepas SPM 2007, dia masuk UMT
jurusan Perikanan. Sekarang dah sambung degree.
Saya kenal Baini sebagai bekas pelajar saya yang sangat
cekal & kuat berusaha. Orangnya kecil sahaja tetapi semangatnya sangat
kuat. Dia sangat rapat dengan isteri saya. .
CERITA YANG SAMA SEPERTI SAYA
Selepas SPM, Baini menghantar sms kepada saya meminta pendapat
tentang masa depannya. Dia memberitahu saya ingin berkerja untuk membantu
keluarganya. Masa itu ayahnya sakit
kuat. Saya faham sangat masalah dia. Ceritanya hampir sama seperti cerita saya.
Tetapi saya minta dia kuatkan semangat & teruskan
belajar. Insyaallah ibunya & abangnya dapat menjaga ayahnya dengan baik.
Alhamdulillah, Baini mendengar nasihat saya. Sekarang dah degree tahun 3.
Ayahnya pun dah sihat.
Baini menelefon saya dari Stesen Bas Machang. Oleh kerana
saya sibuk bermesyuarat, saya suruh isteri saya & anak saya sahaja
mengambil dia. Baini itu merupakan anak angkat kami yang selalu bertandang ke
rumah kami.
Semoga Tuhan selalu memberkati hidupnya & menjadikannya
wanita solehah yang berjaya.
Sehari sebelum dia, kami telah pun menerima tetamu (bekas
pelajar saya) dari Paloh. Mereka ialah Mohd Hilmi bin Mamat (SMK Paloh, SPM
2006) & adeknya, Mohd Ehsan (SPM 2008). Mereka dalam perjalanan ke KB untuk
menziarahi kakak mereka.
So, bila mereka sampai ke Machang, mereka teringat rumah
saya. Segera mereka menelefon saya yang kebetulan berada di kampong. Segera saya & isteri bergegas pulang. Hari itu kami makan
tengahari (lunch) bersama.
Saya patut puji sikap 2 beradek ini. Mereka selalu singgah
ke rumah saya samada dalam perjalanan ke KB atau ke Paloh. Mohd Hilmi sekarang
belajar dalam tahun 2, Degree Rekabentok Komputer di UPSI. Wah, satu pencapaian
akedemik yang bagus.
Mohd Ehsan pulak sedang menunggu keputusan untuk menyambung
degreenya di UiTM. Dia baru sahaja melepasi Diploma Sainsnya di UiTM Negeri
Sembilan baru-baru ini.
Saya mendoakan kedua-duanya berjaya dalam hidup &
diberkati tuhan dalam hidup masing-masing.
Khamis. 27.12.2012
9.23 pm