Saya selalu menuturkan ini semasa saya mengajar Addmath di kelas saya. Juga semasa saya mengajar Sivik di kelas-kelas tertentu. Sayangilah ayah ibumu.
Juga kepada puteri saya. Sayangilah abahmu yang sudah tua ini. Kasihanilah dia. Sayangilah juga ibumu. Dia pun sudah tua.
Saya masih ingat sewaktu saya kecil dahulu. Masa itu, ayah & ibu saya berkerja sebagai penoreh getah di Estet Tebing Tinggi, Kusial, Tanah Merah, Kelantan. Mereka selalu membawa saya & adek saya ke kebun getah tempat mereka menoreh.

Saya & adek saya diberikan tugas mengutip susu getah cair (latex) dari pokok ke pokok. Basah lenjun juga baju kami. Ayah kata, demikianlah sebuah kehidupan. Kalau tak mahu susah seperti kami, belajarlah rajin-rajin.
Bila kami brpindah balik ke Kampong Che' Arus, di Kok Lanas, kami tetap dibawa oleh ayah & ibu ke kebun getah.
Kami juga diberikan tugas yang mudah. Very simple job. . Mengutip getah skrap (maksudnya, pok getah) yang bertakung di dalam cawan. Ya Allah Ya Rabbi, busuknya dia. Tetapi ibu saya selalu mengatakan begini kepada saya.
"Pok getah yang busuk itulah menjadi duit untuk kita". Saya faham maksud ibu. Selepas menjual pok getah itu, ibu akan belikan beras, gula, garam, ikan kering, belacan dan sebagainya.
Saya sependapat dengan Cikgu Norizan bt Mohd Zain, rakan guru saya di SMKH2 takkala kami bercakap tentang bijaknya ibubapa zaman dahulu mendidik anak-anak mereka.
Sakit. Pedih. Terseksa. Itulah kehidupan..
Anak-anak yang sezaman dengan saya diajar oleh ibubapa masing-masing tentang payah & sukarnya mencari duit untuk menyara kehidupan. Anak-anak diheret sama untuk berkerja bersama mereka.
Bukan untuk memerah tenaga mereka, tetapi untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang MAKNA sebuah kehidupan.
Yang lelaki diajar sedikit sebanyak kerja-kerja berat, manakala yang perempuan diajar kerja-kerja ringan. Yang penting, they are given a very good experience to understand the value of money and the life itself.
Saya tertarik dengan luahan rasa Rizwan FC tentang pengorbanan ibubapa untuk-anak mereka. Mari kita dengarkan
"Pernahkah anda menatap wajah ibubapa tersayang ketika mereka sedang
tidur ? Itulah wajah yg paling jujur Pengorbanan yang terkadang
melelahkan namun tak terungkap . Tetapi wajah ketika tidur mencerita
segalanya , tanpa kata , tanpa suara seolah dia berkata : Betapa
lelahnya aku hari ini , demi anak dan keluarga aku sanggup segalanya .
Renung dan tataplah wajah-wajah mereka yang tersayang sebelum mereka menutup mata buat
selama-lamanya" .
Sewaktu saya kecil dahulu, saya selalu melihat wajah ayah saya yang keletihan selepas dia balik dari menoreh getah. Wajahnya merah terbakar & hangus seluruh muka..Bila peloh membahasi wajahnya, terlihat kesakitan pada matanya sepanjang dia menyara keluarganya. Wajah ayah wajah yang penuh kepenatan. Kadang-kadang bila dia tidur, terdengar dengkurannya yang panjang. Memang ayah letih.
Saya sangat kasihan melihat ayah. Tetapi dia sangat tabah. .Sedikit pun dia tidak mengeluh.sehinggalah dia kemudiannya meninggal dunia.
Ibu juga begitu. Bila dia balik dari kebun getah, ibu akan terduduk sebentar sambil menarik nafas panjang. Wajahnya penat sangat. Sama seperti ayah, bila dia tidur, dengkurannya juga panjang. Dia penat menoreh, penat mencari kayu api, menjunjung kayu api, mengutip pucuk-pucuk kayu dan sebagainya.
Saya sangat kasihan melihat ibu. Tetapi ibu sangat sabar. Dia mengendung seluruh penderitaan hidupnya sampailah dia tua sekarang ini..
Datuk saya pun sama. Balik sahaja dari bendang padi, dia akan tidur sekejap di pelantar. Penat juga. Pun berdengkur juga. Dia penat menabur baja padinya, menghalau tikus, mengali parit, meluaskan laluan air dan sebagainya.
Saya sangat kasihan melihat datuk. Tetapi hati datuk sangat keras. Dengan umurnya yang sudah tua, dia sanggup melakukan sgala kerja. Dia menelan segalanya.
Saya sendiri pun sekarang kadang-kala tertidur di sofa akibat kepenatan berkerja. Kadang-kala berdengkur juga. Entah anak saya faham atau tidak makna keletihan dan dengkuran itu. .

Anak-anak zaman sekarang relatifnya sangat manja. Kerana mereka dibesarkan dalam kemewahan dan hidup senang semenjak kecil. Saya berpendapat situasi ini tidak sesuai untuk mereka.
Saya pernah melihat sendiri beberapa situasi berikut. Saya pun jadi sedih. Dari dalam kereta, saya dapat melihat beberapa orang bapa berkerja bertungkus-lumus menyara keluarga mereka. Walau pun saya seorang guru, namun saya dapat menghayati semuanya. Sebahagian kerja tersebut, pernah menjadi pengalaman hidup saya suatu ketika dahulu.
Seorang bapa, menoreh getah bersama isterinya untuk menyara anak mereka yang ramai. Mereka mempunyai lapan orang anak, di mana 5 daripadanya masih bersekolah. Dia juga kadang-kala mengambil upah memesin rumput atau membaiki rumah-rumah jiran.
Baru-baru ini, getah skrapnya dicuri orang. Saya tahu perasaan kecewa di hatinya. Wajahnya suram. Perasaannya benar-benar kecewa. Saya menyabarkannya. . Dia telah bertungkus-lumus menoreh selama beberapa hari, tiba-tiba sahaja hasil torehannya lesap begitu sahaja.
Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah dia. Kuatkanlah kesabaranya. Gantikanlah yang hiang itu dengan rezekiMu yang lebih baik.
Apa perasaan anda kalau dia itu bapa anda???
Di suatu petang, seorang bapa bersama 2 orang anak kecilnya menyusuri sebuah taman perumahan mencari besi-besi buruk. Dia memberi salam dari rumah ke rumah. Kadang-kadang dia memperolehi rezeki. Tetapi ada juga masanya dia gagal. Wajahnya hitam terbakar. Dia penat dan tak berhenti-henti mengesat peloh di wajahnya. Saya sedih melihatnya. Dan saya juga sayu melihat anak-anaknya. Dari jauh, saya menangis. Kasihan kepada mereka.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau rahmatilah mereka. Berilah rezeki kepada mereka.
Sanggupkah anda melihat bapa anda seperti itu???
Di suatu hari Jumaat, seorang bapa turun dari basikalnya & mendekati tong sampah sambil mengeledah sesuatu. Mungkin dia mencari kertas-kertas lama untuk dijual semula (recycle). Tak sanggup saya melihatnya. Kalaulah orang tua itu bapa saya, saya rasa sangat terhina kerana membiarkannya begtu.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau murahkanlah rezekinya. Kasihanilah padanya.
Bagaimana kalau orang tua ini bapa anda???
Wahai anak-anakku, janganlah anda hidup seperti anak raja. Janganlah memboros. Kasihanilah ayah ibumu. Kasihanlah kepada mereka yang bertungkus-lumus mencari rezeki.untukmu. Hargailah setiap sen & ringgit yang mereka berikan kepadamu.
Janganlah hidup seperti ini. Pagi Jumaat. Bangun 6.30 pagi untuk solat Subuh. Tidur semula. Bangun 9.00 pagi. Makan. Yang lelaki mengadap komputer & main games. Yang perempuan pulak tengok TV memanjang.. Pukul 12.00 tengahari, makan nasi. Mana ibubapamu??? Tergamak kamu makan sebelum ibubapamu??? Dahulukanlah mereka menyantap hidangan mereka terlebih dahulu.
Hormatilah mereka. Jangan biadap. Kemudian anak-anak ini tidur pulak sampai pukul 3.00 petang. Tergamak kamu membiarkan ibubapamu berkerja seperti hamba (atau istilah sekarang, kuli batak) sedangkan kamu enak-enak sahaja tidur. Kenapa sedikit pun kamu tidak menolongnya??? Kemudian solat Zohor. Kenapa Solat Zohor kamu sengaja dilewatkan???. Kemudian sambung buka komputer dan tengok TV. Kemudian Solat Asar. Kemudian rekreasi.

Tak ada satu pun slot menolong ibubapamu. Bagaimana kamu dapat faham kesusahan ibubapamu kalau begitulah cara hidup kamu???
.
Saya menyeru kepada semua ibubapa. Ajaklah anak-anak anda berkerja beberapa waktu bersama anda. Mereka harus diajar berkerja dan hidup susah, supaya mereka tahu MAKNA kehidupan yang sebenar.
Anak-anak yang diajar untuk merasai sedikit kepayahan & kesusahan mencari rezeki akan lebih BERTANGGUNGJAWAB. Mereka akan menghargai setiap sen & ringgit yang diberikan kepada mereka.
Bila mereka sudah tahu makna & hakikat kehidupan yang sebenar, barulah mereka akan menghargai susah lelah & pedih perit kedua-dua ayah ibu mereka menyara mereka & menyekolahkan mereka.
Barulah mereka akan mempertingkatkan akhlak & sahsiah pribadi mereka, sehingga mereka tidak sanggup melukakan & merosakkan hati kedua-dua ayah ibu mereka.

Kasihanilah ayah ibumu. Sayangilah mereka. Janganlah kamu melukakan hati mereka.
Pesan ini juga untuk anakku nan seorang. Abah ini sudah tua. Selalu merasa penat selepas berkerja. Ibumu juga sudah tua. Kasihanilah kami.
Disiapkan pada 30.3.2012 7.32 am
SESIAPA YANG INGIN MEMBERI KOMENTAR, PILIH 'COMMENT AS' DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIP NAME ANDA & ABAIKAN URL. TQ.
No comments:
Post a Comment