BUNGA NAN INDAH

Thursday 20 September 2012

INNOCENCE OF MUSLIMS



Kalau kita tayangkan filem ini kepada tok nenek kita di kampong, mereka tentu gembira melihat kisah perjuangan Islam menentang kaum kafir. Lebih mengembirakan mereka, Islam akhirnya menang. Allahu Akbar.

Mereka tak tahu apa-apa tentang Innonence of Muslims. Mereka hanya tahu tentang cerita Arab yang ada kisah peperangan antara Islam dan kafir.

Kalau kita tayangkan filem ini kepada sebahagian besar remaja kita, mereka tak minat nak menonton filem ini. Tak ada mood langsung. Kalau tengok pun, mungkin sekerat jalan sahaja.

Merka hanya minat filem-filem remaja sahaja. Kisah cinta antara lelaki dan perempuan. Cerita-cerita agama macam ini, mereka tak minat.

Kalau kita tayang filem ini ini di kedai-kedai kopi, orang-orang tua yang minum kopi mungkin tertarik menontonnya. Ini kisah agama. “Tak baik” kalau tak menontonnnya.
 
Akan tetapi, kenapa tiba-tiba filem ini mendapat bantahan dari umat Islam di seluruh dunia?




Tok nenek kita mungkin tak tahu. Ayah-ayah kita yang minum kopi di kedai mungkin juga tak tahu. Pelajar-pelajar sekolah lagi tak tahu.

Ada 3 kesalahan dalam filem tersebut.





[1] Ada seorang pelakon barat, beragama Kristian, memegang watak sebagai Nabi Muhamad S.A.W. Islam tidak membenarkan seorang pun melukis wajah baginda atau melakunkan watak sebagai baginda.

[2] Nabi Muhamad S.A.W dalam filem tersebut digambarkan sebagai gila seks.

[3] Filem tersebut dibuat tanpa merujuk kepada Majlis Fatwa di negara berkenaan.Sebenarnya semua cerita dan filem seperti ini mesti melalui tapisan. Filem tersebut sengaja diterbitkan di USA untuk memudahkan penyebaran & dakyah yang mereka rancangkan.

Penrbit, Nakoula Bassely nakoula & heroin, Anna.



Untuk pengetahuan pembaca semua, penerbit fiem tersebut ialah Nakoula Bassely Nakoula, seorang Yahudi USA. Kebanyakan pelakonnya pula adalah pelampau-pelampau Kristian, termasuk Schlocky Softcore yang melakunkan watak Nabi Muhamad S.A.W.

Yahudi dan Kristian telah bergabung untuk menghina Islam dengan cara merendah-rendahkan martabat dan kesucian Nabi Muhamad S.A.W. Apa tindakan kita?

Setakat ini, bantahan umat Islam di seluruh dunia berjalan tanpa henti. Dan sebagai seorang Islam, kita tidak harus berdiam diri. Ada 2 sebab besar

[1] Penghinaan demi penghinaan terus dilakukan oleh musuh-musuh Islam terhadap kita. Terbaru ialah lukisan karikatur Nabi Muhamad S.A.W dalam sebuah majalah mingguan Perachis, Charlie Obde. Dikhabarkan satu dari empat tersebut memaparkan punggung baginda dari belakang.   

[2] Penghinaan itu melibatkan baginda, junjungan Nabi Muhamad S.A.W. Penghinaan ini tidak memerlukan tolak ansur dan kira bicara lagi. Yahudi & Kristian telah benar-benar membuka pekung mereka & mencabar umat Islam seluas-luasnya.

Maka apakah tindakan kita?

[1] Sebarkan maklumat ini sehingga seluruh ahli keluargamu tahu.

[2] Kutuklah kejahatan mereka itu didepan anak-anakmu supaya mereka tahu kejahatan yang telah menimpa kita.

[3] Banyakkan membaca Al-Fatihah dan jelaskanlah maksud Al-Fatihah itu kepada seluruh ahli keluargamu dengan penjelasan-penjelasan berikut.

Ayat 6 : Tunjukkanlah kami jalan yang benar (merujuk kepada jalan para Nabi, Shiddiqin, Syuhada & Solihin).

Ayat 7 : Bukan jalan orang yang Engkau murkai (merujuk kepada jalan orang Yahudi yang terkenal jahat, pembunuh, pendengki dan sebagainya).

Ayat seterusnya : Dan bukan pula jalan orang yang sesat (bermaksud kaum musyrikin atau menyembah selain Allah)..

[4] Banyakkan berdoa bersama ahli keluargamu supaya tuhan tetap memenangkan Islam dan membalas kejahatan musuh-musuh Islam itu.

[5] Sertai sahabat-sahabatmu dalam demonstrasi membantah kejahatan mereka yang terkutuk itu.  

[6] Beritahu anak-anakmu, ahli keluargamu dan sahabat-sahabatmu bahawa mereka, kaum Yahudi dan Nasara itu adalah musuh kita. Tepatlah firman Allah yang berbunyi. “ Tidak sekali-kali mereka (Yahudi & Kristian) redha kepadamu sehinggalah kamu redha kepada mereka”.

[7] Yakinlah bahawa Islam pasti akan menang. Musuh-musuh Islam pasti akan hancur bila sampai waktunya.

Bersabarlah & kuatkanlah kesabaran. Kuatkanlah jiwa & teruskanlah berpegang kepada agama Islam yang suci.

Terima kasih. 20.9.2012    3.12 pm.
  

No comments:

Post a Comment