BUNGA NAN INDAH

Friday, 7 September 2012

PENYEBAB-PENYEBAB KESUSAHAN (SIRI 1)


Kami  mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca semua di atas sokongan padu anda semua kepada blog kami ini.

Minggu ini, kami postkan satu entri menarik tentang penyebab-penyebab kesusahan yang kami sedut dari sebuah kitab tua.

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan. 

Dalam kitab Al-Barokah Fii Fadl Lis Sa'yiwal Harokah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habysi telah diterangkan perkara-perkara yang ada hubungkait dengan kesusahan seseorang.

Kesusahan yang dimaksudkan itu mungkin berbentok kesusahan zahir, manakala yang lain pulak menghasilkan  kesusahan batin.

Terdapat 43 perkara semuanya. Di antaranya adalah seperti  berikut, iaitu :

[1].TIDAK SEMBAHYANG ATAU SOLAT. Sembahyang merupakan satu kefardhuan yang mesti dilakukan oleh setiap muslim. Ia merupakan fardhu ain. Barangsiapa mennggalkan sembahyang berikut, maka ia menghadapi bala berikut dalam hidupnya.

SUBUH : Wajahnya tidak berseri dan rezeki dijauhkan daripadanya. Ia juga tidak mempunyai jaminan keselamatan pada hari tersebut

ZUHUR : Ia dijauhkan daripada keberkatan hidup. Hidupnya semakin susah & menyusahkan. Ia bukan bertambah senang tetapi semakin terhimpit & menderita.

ASAR : Kekuatan fizikal, mental & spiritualnya semakin lemah. Ia mudah ditimpa penyakit.

MAGHRIB : Kurang mendapat penghormatan dari anak-anak & ahli keluarganya. Mereka yang meninggalkan solat Maghrib dipandang remeh. Hilang kekuatan & kewibawaan dirinya pada mata ahli keluarga & masyarakatnya.

ISYAK : Tiada keamanan bagi tidurnya pada malam itu. Dia tidak lena tidur kerana sibok memikirkan pasal keselamatan hartanya.
 
[2] TIDAK MEMBACA BISMILLAH SEWAKTU MAKAN. Ini menyebabkan terputusnya rahmat Allah ke atas orang yang memakan makanan tersebut. Dia tidak mendapat rahmat & berkat dari Allah. Darah dagingnya tidak memperkuatkannya untuk beribadat & untuk terus beribadat.

Dia hidup untuk makan, bukan makan untuk hidup. Satu kesalahan besar dari konsep kehidupan manusiawi. Akibat dari perangai seperti itu, dia hanya tahu makan & minum dan tidak mengambil berat soal ibadat.

[3] MAKAN DI ATAS PINGGAN YANG TERBALIK. Pinggan zaman moden mempunyai 2 sisi yang boleh dibezakan dengan mudah. Pinggan yang dimaksudkan mungkin merujuk kepada pinggan "zaman dahulu" yang hampir sama keadaannya pada 2 sisi tersebut. Pelajaran yang boleh diambil dari teguran ini ialah seseorang itu mestilah selalu mengamalkan sikap CAKNA.

CAKNA atau AMBIL BERAT menunjukkan kematangan para pelakunya.  Kalau para wanita yang menyediakan makanan, pastikan dahulu sisi yang betul untuk digunakan. Jangan juga menggunakan pinggan yang retak atau gelas yang sumbing. Jangan juga menggunakan pingan yang tersusun secara berlapis.

Kalau kaum lelaki sendiri yang menguruskan makanan mereka, pastikan anda dapat mengawal emosi ketika makan itu. Jangan terlalu pelahap seperti seekor binatang yang rakus merobek mangsa. Anda patut mengawal nafsu diri sendiri sewaktu makan.
.
[4] MEMULAKAN PAKAI KASUT / SANDAL PADA SEBELAH KIRI. Golongan jin juga memakai selipar / sandal seperti manusia. Tetapi mereka mendahulukan kaki kiri mereka berbanding kanan. Rasulullah mengajar kita supaya memulakan memakai selipar / sandal menggunakan kaki kanan dahulu.

Tujuannya supaya kita menyalahi perbuatan para jin itu.

Kalau kita tidak mengambil berat peraturan ini dan terikut-ikut budaya golongan jin, maka ini akan menyebabkan satu keadaan "jin menguasai kita". Keadaan ini sangat bahaya. Mereka menyukai kita kerana kebdohan kita. Sepatutnya kita yang mengusai mereka, bukan sebaliknya.

[5] MENGANGGAP RINGAN APA-APA YANG TERJATUH DALAM HIDANGAN MAKANAN. Kalau tahi cicak yang jatuh, maka makanan tersebut telah menjadi muttanajis (najis). Buang sahajalah makanan tersebut.

Kalau lalat yang jatuh, maka dikhuatiri makanan tersebut beracun kecuali jika dicelup atau ditenggelamkan sayap yang satu lagi. Ini berdasarkan kepada maksud salah satu hadis Nabi S.A.W yang merujuk kepada perkara demikian.

Menurut sains, memang tepat fakta sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Nabi S.A.W berkenaan perkara demikian. Pada salah satu sayap lalat, memang ada racun. Manakala pada sayap yang satu lagi, terdapat bahan kimia yang merupakan anti atau penawar kepada racun demikian.

Kalau terjatuh serangga-serangga yang lain, buang sahajalah makanan anda. Berikan sahaja kepada ayam itik atau binatang ternakan yang sanggup memakannya. 
  
[6] BERWUDUK DI TEMPAT BUANG AIR BESAR ATAU KECIL. Tandas merupakan tempat kediaman syaitan. Inilah tempat yang sekotor-kotornya. Tempat ini khusus untuk Iblis dan anak cucunya. Anda tahu kenapa???

Kerana penderhakaan  Iblis kepada Allah Ta'ala..

Anda tahu maksudnya apa??? Iblis diusir dari rahmat Allah kerana sifat dengkinya kepada Nabi Adam a.s. Dia enggan sujud (maksudnya, memberi penghormatan) kepada Nabi Adam a.s kerana menganggap dirinya lebih mulia.

Kerana DENGKI, ia diusir dari rahmat Allah. Sehinggakan tempat kediamannya berupa kawasan najis kotor yang penuh tahi dan air kencing.

INGAT, orang yang hidup BERDENGKI kepada orang lain akan ditarik kesenangan hidupnya dan rezekinya. Dia akan hina dina & hidup merempat di tempat-tempat kotor & jijik seperti Iblis dan syaitan.

Maka kerana itu, bersihkanlah hati anda dari sifat DENGKI. Jangan sekali-kali BERDENGKI.

Jangan berwuduk di tandas. Makruh hukumnya. Di situ, tempat kediaman para syaitan. Di situ tempat yang penuh dengan KEDENGKIAN. 

[7] SUKA BERSANDAR PADA PINTU RUMAH. Perbuatan bersandar pada pintu boleh menghalang laluan ahli rumah daripada masuk / keluar dari rumah. Ia juga menghalang anak-nak kecil bermain di sekeliling rumah untuk mendapatkan kesihatan mereka yang baik.

Lebih kronik lagi, para tetanga dan tetamu akan merasa segan untuk datang bertandang ke rumah. Jauhilah berada pada pintu. Ia merupakan laluan kepada kehadiran tetamu. Ingat, kehadiran tetamu itu membawa nikmat kepada pemilik rumah.  
 
[8] SUKA DUDUK DI ATAS TANGGA. Duduk di atas tangga sama sifatnya seperti duduk di kedai kopi bagi para bapa atau duduk di tepi jalan bagi para pemuda. Duduk di tangga biasa berlaku kepada para wanita, atau boleh jadi juga kepada para pemuda untuk menghabiskan masa lapang mereka.

Ada beberapa keburukan duduk berkumpul di situ..[1] Mengumpat orang lalu lalang. [2] Tidak memberi hak kepada mereka. Maksudnya memberi salam. [3] Mengusik wanita / gadis yang melalui kawasan tersebut.

[9] MEMBIASAKAN DIRI MEMBASUH TANGAN DALAM PINGGAN SELEPAS MAKAN. Ia adalah satu sifat yang sangat tidak terpuji. Kenapa begitu??? Kerana ia boleh menyusahkan isteri atau anak-anak takkala mengangkat pinggan itu ke dapur.

Air tersebut mungkin tertumpah dan mengotorkan rumah. Begitu juga jika menghadiri kenduri di rumah orang lain. Basuhlah tangan anda di tempat yang sesuai yang tidak menyusahkan orang lain.
 
[10] MEMBASUH TANGAN DENGAN TANAH ATAU BEKAS TEPUNG. Di Negeri arab, air sangat berharga & tidak digunakan sewenang-wenangnya. Mereka kadang-kadang membasuh tangan mereka dengan tanah atau bekas tepung.

Tanah sangat berbeza dengan pasir. Pasir-pasir halus boleh digunakan untuk bertayammun sebagai ganti air. Tanah pula digunakan untuk samak, kerana di dalamnya terdapat komposisi sesuai (seperti kuman, bakteria dan virus) yang boleh menghilangkan kekotoran khusus dari anjing, babi atau salah satunya.

Membasuh tangan menggunakan tanah bererti mengumpulkan kuman, bakteria dan virus pada kawasan sensitif manusia yang memungkinkan mikro-organisma tadi masuk ke dalam tubuh manusia. Ini sangat bahaya.

Membasuh tangan menggunakan bekas tepung bererti mengeringkan tangan menggunakan satu alat yang tidak sesuai untuknya. Tangan sewajarnya dibersihkan terlebih dahulu sebelum menyentuh bekas tepung. ADALAH TIDAK SESUAI sama sekali membasuh tangan menggunakan peralatan tersebut.     

[12] TIDAK MEMBERSIHKAN RUMAH. Rumah yang kotor & bersepah amat tidak disukai oleh Rasululah S.A.W. Dalam satu hadis, baginda menegaskan bahawa Orang Yahudi itu suka menimbunkan sampah di hadapan rumah mereka. Orang Islam dilarang berbuat demikian.

Setiap orang Islam mesti mencantikkan & menceriakan rumah masing-masing. Rumah yang kotor mempunyai bau yang tidak enak & tidak disenangi tetamu. Binatang-binatang melata juga akan menghuni di rumah-rumah seperti ini. Jangan kotorkan rumah anda. Jadikanlah rumah anda rumah yang indah. Tuhan sangat mencintai keindahan.

[13] MEMBUANG SAMPAH ATAU MENYAPU DENGAN KAIN. Perbuatan "membuang sampah" merata-rata sangat dicela dalam Islam. Tak kira, samada di dalam rumah, di luar rumah, di sekolah, di dalam perjalanan dan sebagainya. Perbuatan semacam ini adalah perbuatan orang Yahudi. Semboyan agama Islam cukup jelas, KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. Pastikan anda seorang pembersih, sesuai dengan tuntutan agama Islam yang suci ini.

Menyapu dengan kain menunjukkan kemalasan yang keterlaluan terhadap seseorang. Penyapu boleh dibuat secara manual menurut kemampuan masing-masing. Atau pun beli sahaja kat kedai, pasar tani, G-Mache atau Ekonjaya. Menyapu dengan kain menunjukkan kecetekan akal, kemalasan berusaha & berfikir serta memborosi barangan keperluan dalam rumah tangga.
. .  
[14] SUKA MEMBERSIHKAN RUMAH PADA WAKTU MALAM. Waktu malam adalah waktu yang penuh kegelapan. Secara perbandingan, waktu siang sangat positif kepada manusia manakala malam pulak sangat positif  kepada jin & syaitan. Pada waktu malam, jin & syaitan menjadi sangat aktif.

Mereka suka kepada waktu malam. Jadi berhati-hatilah pada waktu malam. Tambah-tambah lagi, jika rumah anda mempunyai bilik atau beberapa bilik yang kosong. Bilik ini sebenarnya mungkin telah mempunyai penghuninya secara tak sengaja. Elok gunakan waktu siang sahaja untuk aktiviti seperti ini.

Dalam waktu yang sama juga, binatang binatang melata juga suka berkeliaran pada waktu malam. Takut-takut anda digigit lipan, kala jengking, ular dan sebagainya. So berhati-hatilah.

[15] SUKA TIDUR DI ATAS MUKA. Maksudnya, suka tidur secara meniarap. Orang yang tidor seperti ini dikatakan mempunyai sikap "takut menghadapi kenyataan". Dia berjiwa kecil, pesimis & takut. Dia takut menghadapi manusia ramai, takut membuat perubahan, kurang berdaya tahan, kurang daya saingan dan sebagainya.

Sebaliknya orang yang suka tidor terlentang mempunyai jiwa seperti maharaja atau  panglima. Dia berani menghadapi risiko & bercita-cita besar untuk masa depannya.

Ibu bapa patut melarang anak-anak mereka tidor secara meniarap. Ia boleh menyebabkan kesempitan jiwa & mewujudkan perasaan rendah diri secara keterlaluan. Posisi tidor yang tidak baik boleh membentok peribadi yang kurang cemerlang. Awasi gaya tidor anda & ahli keluarga anda..


DISIAPKAN PADA SELASA 10.4.2012   4.44 PM
Diterbitkan semula pada JUMAAT 7.9.2012      5.16 AM
Sesiapa yang ingin memberi komen, sila pilih 'cmment as' di bawah sebagai anonymous atau name / url. Taip nama anda & abaikan url. Tq.

2 comments:

  1. Perkongsian yang baik..Mak ayah tak ajar ni dulu..Hanya tahu sesuatu itu larangan dan tidak tahu mengapa ditegah.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang baik..Mak ayah tak ajar ni dulu..Hanya tahu sesuatu itu larangan dan tidak tahu mengapa ditegah.

    ReplyDelete