Manusia menghabiskan satu pertiga dari umurnya
atau lebih kurang 33.3% dari keseluruhan hidupnya untuk tidur.
Bermakna kalau umur anda 60 tahun, anda telah
menghabiskan masa selama 20 tahun untuk tidur.
Dan pastikan pula anda tidur di tempat yang
gelap. Ingatlah kepada pesan Nabi S.A.W, “ Bila kamu tidor, padamkanlah
lampumu”
Menurut huraian sains, bila kita tidur,
tenaga-tenaga negative daripada tubuh (seperti letih, lesu, tegang dan
sebagainya) akan keluar daripadanya melalui medium kegelapan. Sebab itu, anda
patut bersyukur kerana Tuhan menjadikan malam untuk anda.
Kalau kita tidur di tempat yang terang, saki baki
tenaga negative tadi masih terkumpul di dalam badan. Makanya, kita bangun
dengan badan yang tidak cergas sepenuhnya.
Kerana itu, padamkanlah lampumu..demikian ajaran
Nabi S.A.W kepada kita.
Tidur bukan hanya sekadar istirahat, tapi jauh daripada itu ada proses "perbaikan" (maintence) pada seluruh organ tubuh anda.
Apakah sebenarnya yang berlaku
pada saat anda tidur?
Bukan hanya sekadar mengistirahatkan otot, pada
saat anda tidur juga, tubuh mengalami perbaikan dan detoksifikasi (mengeluarkan
racun).
Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem
kekebalan tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon imuniti (kekebalan tubuh).
Pola tidur yang buruk berhubungan dengan
kesehatan yang buruk pula. Kurang tidur yang kronik dapat menyebabkan sejumlah
masalah kesehatan seperti tekanan darah tinggi, obesiti, depresi,
pengeluaran hormon yang tidak teratur, sistem kekebalan tubuh lemah,
penurunan memori, mudah marah dan penurunan konsentrasi. (tumpuan).
Nasihat saya, jagalah waktu tidur anda. Pastikan
dia cukup menurut kesesuaian umur anda. Bagi pelajar-pelajar sekolah, biar
cukup 7 - 8 jam. Bagi dewasa pula, 6 - 7 jam.
Berikut beberapa hal yang terjadi pada organ
tubuh saat manusia tidur seperti yang diterbitkan oleh akhbar Dailymail,
Rabu (29/12/2010):
OTAK
Meski nampak pasif, tidak aktif dan aktiviti otak
turun sebanyak 40% , tetapi otak tetap aktif selama anda tidur.
Tidur malam terdiri daripada lima pusingan tidur yang berbeda,
masing-masing berlangsung sekitar 90 minit (1.5 jam).
Empat tahap pertama setiap pusingan dianggap
sebagai tidur tenang atau non-rapid eye movement (NREM). Tahap terakhir
disebut dengan gerakan mata cepat atau rapid eye movement (REM).
Pada tahap pertama dari tidur anda, ada gelombang
kecil di otak anda (small undulations). Gelombang biasa. Katakan anda tidur,
pukul 12 pm. Masa terjadi ialah (12 – 1.30) am.
Pada tahap kedua, gelombang ini diselangi dengan isyarat
elektrik yang disebut sebagai “sleep spindles”, Maksud “sleep spindles”
itu ialah semburan kecil daripada
aktiviti yang berlangsung beberapa detik dan membuat keadaan otak menjadi tenang.
Ia berlaku dalam tempoh (1.30 – 3.00) am.
Pada tahap ketiga, akan terjadi gelombang otak
yang bersifat lambat dan besar. Ia menjadi semakin lambat dan membesar. Waktu
kejadiannya ialah (3.00 – 4.30) am
Pada tahap keempat, 50% gelombang otak melambat
(very slow motion). Pada titik ini, 40%
aliran darah normal di otak dialihkan ke otot untuk mengembalikan
energi. Dalam kata lain, otak menjadi kawasan tak beroksigen pada waktu ini.
Waktu berlaku ialah (4.30 – 5.00) am.
Tidur REM adalah tingkat tertinggi aktiviti otak.
Tahap ini biasanya berhubungan dengan mimpi yang dipicu oleh pons, yaitu bagian
dari batang otak yang mengirimkan impuls saraf antara sumsum tulang belakang
dan otak. Waktu kejadiannya ialah (5.00 – 6.30) am.
Mimpi yang benar biasa hadir pada waktu ini.
Biasanya pada waktu sebelum subuh. Jika anda membanyakkan zikir sebelum tidur,
keadaan otak anda akan menjadi sangat lapang pada fasa ketiga & keempat.
Maka persediaan “membina mimpi” pada fasa kelima akan berjalan secara
teratur.
2. Mata
Meski pun mata kelihatan tertutup, tetapi
sebenarnya pada saat anda tidur, mata tetap
bergerak seperti biasa. Gerakan mata tersebut berbeza antara setiap
tahap. Gerakan mata paling cepat terjadi pada saat tidur REM (rapid eye
movement), iatu sekitar jam 4 - 6 pagi. Pada masa ini, manusia lazimnya mengalami
mimpi.
3. Hormon
Pada waktu kita terjaga (maksudnya tak tidur),
tubuh akan membakar makanan dengan menggunakan gas oksigen untuk menghasilkan
tenaga atau energi ATP.
Proses ini disebut sebagai “peringkat katabolic”
(proses pembakaran makanan) yang dipengaruhi oleh rangsangan hormon adrenalin
dan kortisteroid.
Tetapi pada saat kita tidur, sistem hormon akan
berpindah pada tahap “anabolic”, yaitu konversi (penjimatan) energi untuk
perbaikan dan pertumbuhan.
Pada tahap ini, tingkat hormon adrenalin dan kortikosteroid
turun dan tubuh mulai memproduksi hormon pertumbuhan (human growth hormone atau
HGH), melatonin, juga hormon seks testosteron, hormone-hormon kesuburan seperti
FSH (follicle-stimulating hormone) dan
LH (luteinizing hormone).
HGH mendorong pertumbuhan, pemeliharaan dan
perbaikan otot dan tulang dengan memaksimumkan penggunaan asid amino daripada
protein.
Sedangkan melatonin adalah hormon yang dihasilkan
untuk membantu manusia supaya tidur. Hormon ini dikeluarkan oleh kelenjar
pineal yang terdapat di dalam otak. Ia mempunyai fungsi utama membantu tubuh mengawal irama dan rutin tidur-bangun.
4. Sistem
kekebalan (immunity)
Terjadi peningkatan dalam sistem kekebalan tubuh
dan protein tertentu selama kita tidur. Semuanya sangat penting sebagai agen
tertentu yang memerangi penyakit. Pembunuh kanser yang disebut TNF (tumour
necrosis factor) juga dipam melalui pembuluh darah pada saat tidur. Inilah yang
menyebabkan tidur yang cukup dapat membantu melawan infeksi.
5. Suhu tubuh
Sebelum tidor, kita disunatkan berwuduk.
Fungsinya supaya kita mendapat kebersihan zahir dan batin. Badan kita menjadi
sejuk manakala hati dan akal menjadi tenang. Hormon Adrenalin di dalam badan
menjadi stabil dan teratur. Parasnya akan turun dan kita menjadi stabil
kerananya.
Pada malam hari, suhu tubuh akan turun bila
peranan hormon adrenalin juga turun. Tidur yang tenang akan menyebabkan system
tubuh terkawal. Jadinya, kita akan memperolehi suhu tubuh & paras adrenalin
yang terkawal. Berkeringat mungkin terjadi sebagai usaha tubuh untuk mencoba
memerangi kehilangan panas.
Anda mesti memastikan bahawa anda sangat selesa
dalam tidur anda. Pastikan juga ia mencukupi. Kedua-dua ini akan membantu
hormone adrenalin anda berada dalam keadaan baik dan stabil.
6. Kulit
Berwuduk juga sangat penting untuk menjaga kulit
anda. Ia dapat mejamin kulit anda sentiasa basah, cantik dan licin. Elok juga
kalau anda mengamalkan “Tasbih Siti Fatimah” sebelum tidor.
Amalkan Subhanallah 33X, Alhamdulillah 33X,
Allahu Akbar 33X dan seterusnya menutup seperti biasa. Sapulah ke seluruh tubuh
anda.
Kemudian baca 3 Qul. Dan sapulah juga ke seluruh
tubuh anda. Insyaallah, tubuh anda akan terpelihara & cantik.
Ingatlah, selama anda tidur nyenyak, 3 perkara
berikut berlaku.
[1] paras metabolisme kulit menjadi sangat cepat.
Maksudnya, sel-sel luka yang rosak diganti oleh sel-sel baru yang lebih cantik.
[2] Berlaku peningkatan pengeluaran sel-sel tubuh
yang baru. Ini penting kepada remaja-remaja yang cepat membesar.
[3] Pengeluaran sel-sel baru itu juga dapat mengurangi
kerosakan protein di dalam badan. Wanita-wanita yang ingin kelhatan cantek
mesti mempunyai tidur malam yang cukup untuk mempercantik kulit.
7. Pernafasan
Ketika tertidur, otot tenggorokan akan rileks
sehingga tenggorokan semakin sempit setiap kali menghirup udara. Mendengkur
terjadi ketika tenggorokan menyempit dan bagian dari saluran udara bergetar.
SATU PERINGATAN
[1] anda digalakkan minum air sejuk yang banyak
pada waktu pagi dan kurang pada petang/malam.
[2] Jika anda mempunyai penyakit jantung, anda
tidak digalakkan minum air sejuk sebelum tidur. Kerana dikhuatiri ia menganggu
system pernafasan anda.
[3] Walau bagaimana pun, anda disunnatkan minum
susu panas. Demikian anjuran Nabi kita S.A.W.
8. Mulut
Air liur diperlukan untuk melumasi (membasahi) mulut
dan untuk makan. Tapi selama kita tidur, aliran saliva (air liur) sangat berkurang
sehingga menyebabkan mulut kering di pagi hari.
Akan tetapi, harus anda tahu, mulut kita itu sangat aktif selama tidur, yang
menyebabkan orang secara tidak sadar mengertakkan gigi pada saat tidur.
Ramai orang melakukan kebiasaan yang salah tentang mengosok gigi. Mereka selalu mengosok gigi selepas makan, tetapi tidak sebelum tidor.
ANDA mesti mengosok gigi SEBELUM tidor, kerana sisa-sisa makanan yang terlekat pada gigi anda akan menarik kedatangan kuman dan virus. Makanya, gigi anda akan cepat rosak.
Ramai orang melakukan kebiasaan yang salah tentang mengosok gigi. Mereka selalu mengosok gigi selepas makan, tetapi tidak sebelum tidor.
ANDA mesti mengosok gigi SEBELUM tidor, kerana sisa-sisa makanan yang terlekat pada gigi anda akan menarik kedatangan kuman dan virus. Makanya, gigi anda akan cepat rosak.
9. Otot
Meskipun orang dapat mengubah posisi tidur
sekitar 35 kali semalam, otot-otot tubuh tetap rileks. Hal ini memberikan
kesempatan bagi jaringan untuk diperbaiki dan dipulihkan.
10. Darah
Denyutan jantung akan turun antara 10 dan 30
denyut perminit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah,
yang terjadi dalam tidur nyenyak. Selama istirahat, darah mengalir dari otak,
memenuhkan arteri dan membuat anggota tubuh yang lebih besar.
Sel-sel dan jaringan yang pecah sehingga
menghasilkan limbah beracun juga menjadi kurang aktif pada saat tidur. Hal ini
memberikan kesempatan untuk jaringan yang rusak untuk diperbaiki kembali.
* Pesakit DARAH TINGGI patut mempunyai tidur anda
yang cukup.
11. Sistem pencernaan
Selama tidur, kadar kekuatan sistem pencernaan
akan sedikit melambat. Untuk alasan ini, “makan larut malam” sangat tidak digalakkan.
Ada
2 sebab yang besar.
[1] karena enzim dan asid-asid tertentu yang
berfungsi untuk mengubah makanan menjadi energi menjadi TIDAK AKTIF
[2] Bila ini terjadi, maka ia akan menumpuk/mengumpul
kalori yang banyak dalam tubuh. Hal ini sangat tidak baik untuk kesihatan.
*Pesakit KENCING MANIS patut menyedari hal ini.
DISIAPKAN PADA JUMAAT, 7.9.2012 7.00 AM
No comments:
Post a Comment