BUNGA NAN INDAH

Monday, 24 September 2012

PERCAYA KEPADA KUASA BUKU TEKS



Anda mungkin terkejut mendengar tajuk ini. Maksud saya begini. Anda tidak perlukan apa2 bahan lain selain buku teks untuk berjaya, bahkan juga untuk cemerlang. Mana bukti saya berkata demikian???

Saya mempunyai seorang rakan guru yang juga mengajar Addmath seperti saya. Dia mempunyai keyakinan yang cukup tinggi dengan caranya, iaitu hanya menggunakan buku teks semata2. Dia percaya kepada kuasa buku teks




[1] Selepas dia mengajar sesuatu tajuk, contohnya jujukan /progression untuk T5, dia akan membuat drilling (latihtubi) untuk kesemua latihan yang ada. Semua pelajar dipaksa membuatnya. Tidak ada satupun latihan yang ketinggalan. Hasilnya, pelajar2nya memahami semua selok belok tajuk tersebut.


[2] Bila seseorang pelajar rajin dan tekun membuat  drilling (latihtubi) yang diberikan guru, dia akan membina banyak litar pintas /short curcuit di dalam otaknya. Ini akan menyebabkan pelajar tersebut terdedah kepada banyak litar pintas yang membawa dia kepada kefahaman demi kefahaman. Akhirnya dia akan berkata, soalan ini aku pernah buat, soalan itupun aku pernah buat.


[3] Bayangkan ada 10 soalan kecil di dalam setiap skill practice, dan bayangkan pula terdapat 10 skill practice di dalam setiap tajuk. Maka terdapat 100 soalan yang dilitarpintaskan oleh setiap pelajar. Kemudian ditambah dengan formative exercise yang mungkin mempunyai 50 soalan (kebanyakkannya ikon SPM) menjadikan pelajar terdedah kepada hampir 150 soalan kesemuanya. Membuat drilling, berbincang bersama rakan dan bertanya guru bagi satu2 tajuk akan menjadikan anda seorang yang expert/pakar.           


Saya pernah menggunakan cara beliau ini semasa saya mengajar di SMK Paloh, Gua Musang pada tahun 2004 - 2009. Masa itu saya mengajar di kelas 5 Intan (Kelas Sains tunggal) di mana 4 daripada 33 orang pelajarnya sangat lemah Addmath. Saya paksa mereka membuat latihtubi di dalam buku Teks T4 & T5. Hasilnya, keputusan Addmath SPM 2005 dapat 100%.
 

Saya bangga melangit waktu itu. Tetapi cara ini sebenarnya menimbulkan kesan psikologi yang teruk kepada pelajar. Ia seolah2 seperti satu paksaan ke atas mereka. Ada setengah daripada mereka menangis kerana terpaksa menyiapkan kerja saya.  Bagi pelajar2 yang cerdik dan cerdas, drilling menggunakan buku teks sangat baik untuk mereka. Tetapi bagi pelajar yang kurang stamina atau kurang asas kefahaman Addmath, cara ini sangat menyeksa mereka walaupun tujuan saya berbuat begitu adalah untuk kebaikan mereka.

Sebenarnya, pelajar yang lemah tadi memerlukan "kesediaan membaca". Dan kesediaan membaca itu pula bergantung kepada kemantangan emosi. Maksudnya, depa nak berjaya atau tidak???

Gangguan kepada mental juga akan mengakibatkan masalah kepada kebolehan membaca. Maksudnya, pelajar yang lemah tadi mesti sudah bersedia untuk belajar Addmath. Jangan sesekali kata, aku tak minat la, aku boring la. Kata-kata yang sesuai ialah "jom kita belajar, kalau payah, kita akan saling bantu membantu"

Kesediaan membaca juga penting dan menjadi asas untuk peringkat pemikiran pelajar-pelajar.  Saya selalu mengasak pemikiran pelajar yang lemah dengan kata-kata yang sangat mudah. "Insyaallah, anda boleh. Saya tetap akan membantu anda".

Kemahiran membaca juga perlu dipertingkatkan supaya pembaca dapat menimba ilmu yang sedia ada dan diabadikan dalam bentok penulisan. Maksudnya, saya suruh pelajar-pelajar yang lemah tadi menyalin semula contoh-conth latihan yang ada dalam buku teks. Sebelum salin, faham dahulu. Mulanya mereka terkial-kial, tetapi akhirnya kuasa buku teks telah menolong mereka ke arah kefahaman yang lebih baik.





Sebab itulah, aktiviti membaca buku teks adalah aktiviti yang sangat penting kepada pelajar, samada mereka pandai atau lemah. Membaca dan menggunakan segala ilmu di dalamnya adalah satu proses atau satu aktiviti berfikir secara mendalam sebelum menerima atau menolak bahan bacaan tersebut. Jika tidak berfikir secara membaca, orang itu sebenarnya tidak membaca.

Nasihat saya...kalau anda ingin berjaya dan cemerlang  di dalam Addmath, eloklah anda membuat semua drilling (latihtubi) di dalamnya. Jangan tinggal satupun. Tanyalah guru anda jika anda  buntu menghadapinya. Percayalah kepada kuasa buku teks. Ia dibina semata2 untuk anda.

Sekian untuk hari ini. 6.12.2011 . 5.15 pm
Diterbitkan semula pada 24.9.2012   6.34 pm
UNTUK TUJUAN MEMBUAT KOMEN / RESPONS, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TULIS NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ 

.

No comments:

Post a Comment