SEBENARNYA, sudah lama saya menyimpan kata-kata ini dalam kotak blog saya. Oleh kerana saya terlampau sibok, baru hari ini dapat saya edit untuk disiarkan kepada tatapan umum.
Kepada para gadis di negeri saya, Kelantan atau Negeri Cik Siti Wan Kembang, bahkan di seluruh Malaysia, bahkan di seluruh dunia, saya minta maaf sebanyak-banyaknya jika kata-kata di bawah ini menyinggung perasaan anda.
Kata-kata ini bukan milik saya sebenarnya, tetapi saya terjumpa di fb bekas pelajar saya (maaf, saya terlupa namanya). Kata-kata yang sigunakan sangat cantik. Ada 2 sebab ia cantik.
1. Cantik kerana bersendikan agama
2. Cantik kerana bersendikan adat
PEREMPUAN YANG PERASAN CANTIK
Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’,
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,
Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:
Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:
Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’,
NASIHAT SAYA
[1] Wahai anak-anakku, tak payahlah kamu mengedik (mengorat) dengan lelaki. Kerana sampai waktunya, lelaki akan mencari tulang rusuknya yang hilang. Lelaki ada 33 tulang rusuk, sedangkan perempuan hanya 32. Lelaki yang mencari itulah bakal suamimu.
[2] Wahai anak-anakku, janganlah kamu membuka aurat. Kerana auratmu itu akan diperkirakan di padang masyhar. Kalau kamu membuka rambutmu, pasti kamu akan digantung di neraka menggunakan rambutmu.
[3] Wahai anak-anakku, kalau kamu benar-benar menginginkan kecantikan yang bercahaya, ikutilah nasihat ini.
1. Sentiasa berwuduk, kemudian buat solat wuduk 2 rakaat. Jika terbatal, ulangi lagi.
2. Sentiasa bertahajjud, nescaya wajahmu cantik bersinar & berseri
3. Amalkan YA NUUR (WAHAI TUHAN PEMBERI CAHAYA) 100X setiap selepas solat.
Kalaupun kamu ingin menggunakan make-up, pastikan ianya halal dan menurut syariat agama.
[4] Wahai-anakku, tak payahlah kamu mendedahkan gambarmu dalam fb dalam keadaan terdedah aurat & merasa sombong dengan kecantikanmu. Ada 3 bahaya yang perlu kamu ingati
1. Selagi gambar kamu itu terpampang di situ, selagi itu kamu berdosa.
2. Bila kamu mati dan gambar kamu masih di situ, dosa yang kamu buat tetap akan sampai kepadamu.
3. Dibimbangi gambar kamu itu digunakan oleh para pendengki dan ahli-ahli dukun yang jahat sehingga kamu merana kerana kebodohan kamu sendiri.
Kalau pun kamu meletak gambarmu yang sopan di dalam fb, cukuplah hanya satu atau beberapa sahaja. Awasilah perkara [3] di atas. Ramai gadis telah "terkena" ilmu hitam akibat kebdohan mereka menggunakan fb secara melulu.
[5] Wahai anak-anakku, setiap gadis dan pria mempunyai kecantikan dan keistimewaan masing-masing. Nilai diri kamu boleh dimisalkan seperti kain di kedai yang disukai oleh peminat masing-masing.
[5] Wahai anak-anakku, setiap gadis dan pria mempunyai kecantikan dan keistimewaan masing-masing. Nilai diri kamu boleh dimisalkan seperti kain di kedai yang disukai oleh peminat masing-masing.
Ingat pesanku, gadis yang baik akan dicintai oleh lelaki yang baik. Manakala gadis yang jahat akan dicintai oleh lelaki yang jahat.
JAGALAH SOLATMU
JAGALAH AURATMU
JAGALAH AKHLAKMU
[6] Wahai anak-anakku, carilah keredhaan Allah sehingga Allah mencintaimu. Tak payahlah kamu mencari keredhaan manusia (termasuk para pemuda) supaya mereka mengilaimu.
Mereka mencintaimu pada masa kamu cantik sahaja. Bila kamu ditimpa kemalangan sehingga matamu buta, gigimu ronggak, hidungmu rontok, maka semuanya akan lari darimu.
Tiada lagi kata-kata indah seperti
I LOVE U,
AKU CINTA KAMU,
AKU CINTA KAMU,
AKU SAYANG KAMU,
HANYA DIRIMU PUJAAN HATIKU,
AKU SANGGUP SEHIDUP SEMATI BERSAMAMU
Semuanya bohong belaka, palsu, dusta, hipokrit..
Yang menyayangimu hanyalah ayah bondamu,
Nabimu yang masih mengaku kamu umatnya
Tuhanmu yang sentiasa bersifat Pengasih & Penyayang..
[7] Wahai anak-anakku, ikutilah nasihatku ini. Aku ikhlas kepadamu
No comments:
Post a Comment