Kalau anda pernah membaca post saya yang bertajuk 13 ALASAN WANITA TOLEHAH, anda
tentu akan sampai kepada sebuah kefahaman berikut.
PAKAIAN WANITA YANG PALING CANTIK (bagi saya) IALAH PAKAIAN
SEMBAHYANG. Anda tentu faham perkataan saya. Meh kita tengok sedikit contoh keindahannya.
Itu pendapat saya. Pendapat orang lain, saya tak tahulah. Lain
orang, lain pemikirannya.
Bila saya bercakap dengan teman-teman, mereka akan ketawakan
saya bila mendengar jawapan saya. “Apalah engkau ni, tak advance langsung, rupa
macam hantu kum-kum pun, kau kata cantik?”
Kita biasanya memandang seseorang atau sesuatu objek
menggunakan dua mata. [1] Mata zahir, [2] mata batin. Mata zahir itu dipanggil
mata dunia. Kadang-kadang dipanggil mata materialistik.
Mata batin itu pula di panggil mata bashirah. Kita menilai seseorang
atau sesuatu objek menggunakan iman. Anda faham maksudnya?
MARI SAYA JELASKAN
Mari saya jelaskan. Mata batin atau mata bashirah itu
bermaksud kita melihat dan menilai apa yang ada di hadapan kita menggunakan
pandangan agama.
Maksudnya, kalau Tuhan kata benda itu bagus, maka kita pun
kata baguslah. Kalau tuhan menyintai wanita yang beriman dan sentiasa mendawankan
solat, maka kita pun suka jugalah.
Itulah pandangan hidup saya semenjak kecil. Pemandangan yang
paling indah bagi saya ialah saat saya melihat perempuan berpakaian solat. Pakaian
mereka putih dan bersih. Mereka terlihat anggun dan sopan.
kawasan solat wanita di Mekah |
Kemudian kalau di luar solat, saya suka melihat perempuan yang berpurdah. Paling tidak, berbaju
kurung yang menampakkan keayuan wanita muslim. Pakaian mereka longgar &
rambut mereka tertutup
Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kamu |
Ayu, sopan & terpelihara |
BENCI & SAKIT MATA
Secara terus-terang, saya mengaku bahawa saya amat benci
kepada perempuan yang berpakaian ketat atau sendat. Kemudian pula membuka
rambut (free hair). Bagi saya, mereka ini wanita huduh. Sakit mata saya
memandang mereka.
Sebab itu Nabi SAW bersabda : “ Sebaik-baik perhiasan dunia
adalah wanita solehah”. Maksudnya, bila kita memandang mereka, hati kita jadi
tenang, sejuk dan damai.
Akhlak mereka cantik, pakaian mereka cantik, budi bahasa
mereka cantik, pergaulan mereka cantik, amalan mereka cantik. Segala-galanya
yang ada pada mereka sangat cantik. Sebab itulah mereka itu sebaik-baik
perhiasan dunia.
PENASIHAT BIJAKSANA
Saya cukup gembira mempunyai seorang isteri yang baik di
sisi saya. Walau pun beliau hanya berkelulusan SPM, tetapi buah fikiran dan
nasihatnya sangat berguna sepanjang hidup kami. Bagi saya, dialah penasihat bijaksana.
Kadang-kadang dia jadi penasihat politik, kadang-kala pulak jadi penasihat ekonomi, social dan sebagainya. Kadang-kala pulak jadi penasihat kewangan. Dia serba-boleh. She is very versatile.
MENGAJAR AL-QURAN
Isteri saya juga adalah guru Al-Quran. Di samping mengajar anak-anak kecil di kawasan kejiranan kami, ada juga beberapa orang wanita dewasa datang belajar Al-Quran dengannya.
Isteri saya juga adalah guru Al-Quran. Di samping mengajar anak-anak kecil di kawasan kejiranan kami, ada juga beberapa orang wanita dewasa datang belajar Al-Quran dengannya.
Mudah-mudahan Tuhan melimpahkan rezeki yang baik kepadanya
di dunia ini dan juga di akhirat. Dia selalu tekun mengajar Al-Quran.
Walau pun ada waktu-waktunya, beliau keletihan, mengantuk
dan tertidur, tetapi bila ada budak-budak atau jiran dewasa datang untuk
belajar, segera beliau bangun menjalankan tugasnya.
Dia tak pernah marah. Bahkan sangat payah untuk marah. She
is not a hot tempered-person. Bahkan bila
budak-budak datang lewat mengaji Al-Quran pun, dia rileks jew. Tak pernah marah pun. Bila
saya yang marahkan budak-budak tu, dia pula yang sabarkan saya.
Saya bukan nak puji isteri saya. Memang dia jenis penyabar.
Saya kenal dia cukup lama. Semenjak tahun 1981 lagi. Masa itu saya di tingkatan 6 di Maktab
Sultan Ismail (SIC). Dia pulak di tingkatan 5 di SMK Abdul Samad Pulai Chondong.
JUMAAT 30.8.1985
Bila saya masuk UPM, kami pun bertunang. Kami bertunang pada hari Jumaat, 30.8.1985. Kata orang, bertunang tak boleh lama-lama. Masa itu darah tengah manis. Kalau lama-lama bertunang, bimbang wujud masalah di pertengahan jalan. Ya ke?
Bila saya masuk UPM, kami pun bertunang. Kami bertunang pada hari Jumaat, 30.8.1985. Kata orang, bertunang tak boleh lama-lama. Masa itu darah tengah manis. Kalau lama-lama bertunang, bimbang wujud masalah di pertengahan jalan. Ya ke?
Konsep cinta dalam hidup saya mudah sahaja. SETIA SAMPAI MATI. Saya tak peduli kepada apa orang lain kata. Lantaklah. Bagi saya, itu sahaja yang saya pegang. Setia sampai mati.
Sebelum saya memasuki alam dewasa, saya selalu berdoa kepada
tuhan supaya menganugerahi saya seorang isteri yang solehah dan TIDAK SUKA
MENGUMPAT. Alhamdulillah,sikapnya sama seperti saya.
Memang isteri saya tak suka mengumpat. Tetapi kalau dia
terlanjur mengumpat seseorang, saya akan suruh dia minta maaf dan membetulkan
semula keadaan.
Kembali kepada dia, kami bertunang tidak lama. Hanya sekadar
dua tahun setengah sahaja. Saya beritahu dia "ayat lelaki" yang paling mudah
difahami.
AWAK MESTI YAKIN KEPADA SAYA.
Setelah bertunang selama dua setengah tahun, kami kemudian
berkahwin. Bagi saya, tak ada apa-apa yang pelik pun tentang tempoh pertunangan
kami. Lama atau sebentar hanya perkara relatif. Yang penting, sama-sama menjaga
perhubungan.
CERITA PETANG KELMARIN
Kelmarin dia mengajak saya ke Kedai Perabut Dekita, tepi
Lebuhraya Machang-Jeli. Sudah beberapa kali dia mengajak saya ke situ, tetapi
baru kelmarin dapat saya tunaikan. Anda tentu ingin tahu kenapa dia mengajak saya ke situ?.
Katanya, dia tertarik sangat-sangat kepada buaian jenis
moden yang berharga RM499 itu. Katanya, kalau diletakkan di tepi kolam ikan rumah kami,
tentu menarik dan santai.
Sepanjang 25 tahun perkahwinan kami, kami dah 7X berpindah disebabkan tugas saya sebagai seorang guru. Dah merata tempat saya bertugas. Sekarang ini baru kami dapat merasa hidup di rumah sendiri.
Pelbagai pengalaman pahit manis, susah senang, jerit pedih dan sebagainya telah kami tempuhi. Seronok ada, lucu ada, suka ada, duka pun ada. Saya tetap mahu membuktikan kepadanya bahawa saya "sekarang" adalah saya yang dia kenali 25 tahun yang dahulu.
Janji saya padanya ketika itu hanya SATU. Saya tidak akan mensia-siakan hidupnya. Insyaallah. .
SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA.
Memang benar dunia ini sebuah perhiasan menarik. Kalau kita memilikinya, memang kita akan bahagia menjalani hidup. Kalau orang-orang kafir bertanyakan kita apakah sebaik-baik perhiasan dunia, jawablah dengan
yakin bahawa ia adalah wanita yang solehah.
Kalau mereka bertanyakan maksud solehah, jawablah dengan
yakin bahawa mereka itu adalah perempuan
mukmin yang taat kepada Allah & RasulNya.
Kalau mereka tak faham juga, suruh mereka tengok
perempuan-perempuan barat & ambillah iktibar dari cara hidup mereka.
Isteri saya mengajar Al-Quran sejak 1988 lagi. Masa itu kami baru berkahwin. Dan sekarang masih berterusan mengajar Al-Quran. Saat dia tidur, saya selalu berdoa kepada Tuhan supaya memberkati hidupnya, matinya & selepas matinya. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya & juga dosa saya.
Sebab itu, bila dia memberitahu saya bahawa "buaian" model itu sangat cantik, saya tahu dia ingin mendapatkan kemakmuran masa tuanya daripada saya dan bersama saya. Dialah perhiasan paling berharga untuk saya, melebihi emas dan perak.
Di atas white board tempat dia mengajar Al-Quran, terpampang tulisannya yang jelas & nyata. Dia berdakwah kepada saya, anak, jiran & sesiapa sahaja dengan cara paling mudah. Dia menulis & kami membaca.
EMPAT GANJARAN SEDEKAH : [1] Mendatangkan kemurahan rezeki, [2] Memanjangkan umur, [3] Menolak bala dan [4] Menyembuhkan penyakit. Janganlah bertanyakan saya tentang sikapnya yang kencang bersedekah. Memang dia suka bersedekah. Semoga Tuhan membalasinya dengan ganjaran setimpal.
Isteri saya mengajar Al-Quran sejak 1988 lagi. Masa itu kami baru berkahwin. Dan sekarang masih berterusan mengajar Al-Quran. Saat dia tidur, saya selalu berdoa kepada Tuhan supaya memberkati hidupnya, matinya & selepas matinya. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya & juga dosa saya.
Sebab itu, bila dia memberitahu saya bahawa "buaian" model itu sangat cantik, saya tahu dia ingin mendapatkan kemakmuran masa tuanya daripada saya dan bersama saya. Dialah perhiasan paling berharga untuk saya, melebihi emas dan perak.
Di atas white board tempat dia mengajar Al-Quran, terpampang tulisannya yang jelas & nyata. Dia berdakwah kepada saya, anak, jiran & sesiapa sahaja dengan cara paling mudah. Dia menulis & kami membaca.
EMPAT GANJARAN SEDEKAH : [1] Mendatangkan kemurahan rezeki, [2] Memanjangkan umur, [3] Menolak bala dan [4] Menyembuhkan penyakit. Janganlah bertanyakan saya tentang sikapnya yang kencang bersedekah. Memang dia suka bersedekah. Semoga Tuhan membalasinya dengan ganjaran setimpal.
CERITA HARI INI
Saya tidur sekitar jam 12.00 pm semalam. Kemudian tersedar
pukul 4.00 am. Tiba-tiba saya merasa kaki kiri saya sakit. Ya Allah Ya Rabbi,
kaki saya diserang gout lagi.
Sebenarnya sudah hampir 2 tahun saya bebas gout. Baru sekarang
dia datang kembali. Kalau anda ingin tahu tentang kisah gout saya sebelum ini,
silakan membaca post saya yang bertajuk SMS DARI MIZA.
Nasib baiknya pagi ini, saya masih boleh berjalan lagi walau pun terhenjut-henjut untuk ke tandas. Tetapi bila bangun untuk solat subuh pada pukul 6.00 am, keadaannya bertambah sakit. Saya terpaksa solat sambil duduk pagi ini.
Isteri saya segera mencari ubat gout yang sedia ada. Dia selalu
peka dengan nasib saya. Alhamdulillah, selepas sarapan ringan, saya menelan
ubat tahan sakit. Sekarang dah reda sikit. Mudah-mudahan sembuh selepas ini.
Terima kasih untuk isteriku yang sentiasa bersamaku.
JUMAAT. DI RUMAH. 4.1.2013.
9.18 AM
Tuan boleh cuba ubat gout www.goutozero.com
ReplyDelete