Tiba-tiba saya teringat kepada Kaksu (nama sebenarnya Siti Rokiah bt Mat Hanapi) yang sedang belajar kat Jepun sekarang. Sudah lama saya tak dengar khabar berita dari beliau.
Universiti Nagoya, Jepun |
Dia anak angkat saya yang cukup
kenal pribadi saya. Sebab itu saya tahu pribadinya tanpa perlu bertanyakan
orang lain. Saya kenal dirinya dari dirinya. Dia anak angkat saya yang sangat
dekat di hati saya.
Saya menjumpai sesuatu dalam
fbnya. Maka saya bawakan untuk anda. Mari kita lihat 19 keistimewaan wanita
dalam Islam. Saya teruja ingin tahu. Pastinya anda juga.
Mari kita melihat satu persatu
hadis yang menerangkannya.
[1] Doa wanita itu lebih makbul
daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapak dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia."
RENUNGAN : Seorang ibu adalah wanita penyayang. Doanya sangat mustajab. Wahai
anak-anakku yang ambil SPM tahun ini (lebih-lebih lagi yang ambil Addmath),
mintalah restu ibumu atau mintalah ibumu mendoakan kejayaanmu. Mudah-mudahan
kamu Berjaya.
Mari ibu ajarkan kamu berdoa. |
[2].
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
RENUNGAN LAGI : Memang benar, tepat & jelas. Sebab dia akan dikahwini & mempunyai zuriat. Selepas itu, dia terpaksa memberi didikan kepada anak-anaknya. Kalau dia solehah, insyaaallah anak-anaknya soleh dan solehah.
RENUNGAN LAGI : Memang benar, tepat & jelas. Sebab dia akan dikahwini & mempunyai zuriat. Selepas itu, dia terpaksa memberi didikan kepada anak-anaknya. Kalau dia solehah, insyaaallah anak-anaknya soleh dan solehah.
Tetapi kalau bapanya soleh
tetapi isterinya kurang solehah, maka ibu seperti ini mungkin menghasilkan
didikan yang tidak berkualiti. Sebab itu, wanita yang solehah itu lebih
diutamakan.
[3].
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang
yang senantiasa menangis karena takut akan Allah. Dan orang yang takut akan
Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Mana abah aku ni? He2 |
Pandai ke baca Al-Quran? |
[4]. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw) di dalam surga.
MARI KITA AMBIL FIKIR : Wanita yang seperti itu jiwanya keras. Hatinya berani & tahan lasak. Tuhan menyukainya. Baginda Rasulullah mengkaguminya. Insyaallah dia akan berada di shurga bersama Rasulullah.
[5]. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Kalau hang makan, belilah RM5- RM10 untuk isteri & anak-kat rumah |
RENUNGAN : Bapa yang baik tidak mengenyangkan perutnya seorang diri sahaja. Dia tidak akan lupakan anak isterinya. Saat dia makan mee sup di kedai, dia juga membawa pulang untuk isteri & anak-anaknya. Kasihanilah anak perempuanmu. Utamakanlah dia dari anak lelakimu
[6]. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.
POINT UTAMA : Siapa pun ibumu, samada perempuan negro berambut kerinting atau perempuan miskin berkulit kering atau sesiapa sahaja, ingatlah keredhaan Allah kepadamu bergantung kepada keredhaannya terhadapmu. Kamu jangan sesekali berssikap tolol dengan menderhakainya.
Sayangilah ibumu yang tersayang |
Kamu tidak akan sekali-kali jadi miskin dengan berbuat baik kepada ibu bapamu. Bahkan Tuhan akan memberimu kekayaan yang tidak putus-putusnya. Percayalah kepada kata-kataku. Engkau akan jadi manusia kaya & bertuah.
[7]. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah surga.
MARI RENUNGKAN : Wanita itu manusia lemah. Bergaulah dengan mereka dengan lemah lembut. Orang yang bersikap ehsan kepada wanita sangat disukai Tuhan.
[8]. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
RENUNGAN LAGI : Sambutlah panggilan ibumu terlebih dahulu sebab ibumu itu lebih utama. Kasihanlah pada ibumu yang telah tua. Belakangnya telah bengkok & pergerakannya sudah melambat. Jangan terkejut kalau melihat wajah ibumu yang sudah berkedut tua. Dia sudah penat menjagamu & adek beradekmu. Serta penat pula memikirkan tentang nasib-nasibmu..
Kasihanilah juga ayahmu yang sudah tua. Wajahnya sudah merah bercampur kehitaman. Kadang-kadang terbakar wajahnya akibat panas terik mentari.
DENGAR PESANKU INI. Kamu jangan sesekali berlaku derhaka kepada mereka. Kamu jangan tolol, jangan sesekali tolol. Jangan jadi anak derhaka. Sayangilah mereka. Hormatilah mereka. Kasihanilah mereka.
.
[9]. Daripada Aisyah r.a. berkata, "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
[10]. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
RENUNGAN UNTUK GADIS REMAJA : Anda tidak payah gatal, geleyai, gedik atau mereding untuk mendapat pasangan hidup yang soleh. Kalau anda buat juga, tentu anda akan dapat suami yang macam anda, iaitu GATAL, GELEYAI, GEDIK & MEREDING
Tugas anda mudah sahaja. Anda Cuma jaga 3 perkara yang berikut, insyaallah anda dapat pasangan hidup yang membahagiakan anda. [1] Jaga solat anda, [2] Jaga aurat anda & [3] jaga akhlak anda. Ada faham?
Kalau anda dapat suami yang soleh dan taat pulak kepadanya, maka anda adalah calun shurga. Tak percaya? Baca betul-betul hadis di atas.
Meh kita sambung dengan hadis seterusnya.
[11]. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga salat dan puasanya.
Taatlah kepada suamimu. |
Kasihilah suamimu, dia penat berkerja untuk keluarga |
Bukan sahaja anda ini calun shurga, bahkan segala binatang-binatang lain akan mendoakan anda & memohon istigfar untuk anda.
Dalam keadaan anda membaca blog saya sekarang ini, cuba anda Tanya diri anda begini. [1] Adakah aku nak masuk shurga? Kalau ya, [2] Adakah aku wanita solehah? Kalau ya, [3] berilah aku suami yang soleh.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Anda jaga diri anda pada tahap solehah yang paling maksima anda dapat lakukan. Kemudian berdoa, berdoa & berdoa supaya Tuhan menganugerahkan anda suami yang soleh.
[12]. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
[13]. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dikehendaki.
[14]. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam surga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
RENUNGAN SEJENAK : Alangkah besarnya keutamaan sang isteri yang membantu suami pada jalan agama. Mereka akan mendahului suami mereka 10,000 tahun di dalam shurga.
Mari kita pergi ke masjid. Jom masjid |
[1] Bersama-sama menyertai jemaah agama untuk menghidupkan masjid atau surau. Maksudnya pergi bersama untuk solat berjemaah atau mendengar kuliah agama.
[2] Rela memberi sumbangan kewangan, fikiran atau tenaga dalam menjayakan program-program agama. Sesungguhnya usaha & pengorbanan mereka sangat bernilai.
REALITI SEBENARNYA
Ramai lelaki (suami) zaman sekarang yang kurang berminat pada agama. Mereka memberi bermacam-macam alasan untuk tidak ke masjid atau surau.
Akibatnya, ramai isteri dan anak yang terikut-ikut dengan perangai ketua keluarga seperti itu. Mereka anti program agama. Bagaimana kesudahannya?
Akan tetapi ada juga isteri atau anak yang mencari penghayatan agama di masjid/surau di sebalik sikap buruk suami/ayah mereka. Mreka inilah calun-calun shurga yang mulia.
[15]. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Peringkat pembentokan manusia |
MARI KITA RENUNGKAN : Setiap kali manusia baru tercipta pada kali pertama (embrio terbentuk pada dinding uterus), maka wanita muslim yang baik (solehah) itu mendapat keampunan dari Tuhan. Bahkan dia juga mendapat ganjaran pahala berupa kebajikan berterusan setiap harinya.
Kemudian Tuhan juga menghapuskan keburukan darinya. Alangkah beruntungnya para wanita. Mereka mendapat kedua-duanya setiap hari sehingga saat hendak bersalin. Lelaki pula tak dapat. Demikianlah hebatnya wanita dalam Islam.
[16]. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
KITA RENUNGKAN LAGI : Bersalin itu satu proses biologis yang cukup sistematik tetapi menyakitkan. Bayangkan kalau orang lelaki yang mengandung & melahirkan anak, tentu haru-biru dunia ini.
Wanita mempunyai kekuatan yang cukup banyak dari segi sifat penyayangnya untuk melahirkan anak. Mereka rela bertarung nyawa untuk mendapatkan bayi comel yang mereka idam-idamkan.
Sebab itu, pahalanya besar seumpama orang yang sedang berjihad pada jalan Allah. Natijahnya hampir sama, samada mati kerana perjuangan atau mendapat hasil yang dicita-citakan (anak atau kemenangan)
[17]. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Bayi comel, putih bersih, tersenyum manja. |
KITA TERUSKAN : Bermakna ia bersih dari dosa. Memang ia satu proses yang berat, sulit & menyakitkan. Bahkan ramai yang jadi korban dari proses biologis itu. Beruntunglah kamu wahai wanita. Kamu mendapat anak, kemenangan & pahala yang banyak dari tuhan.
[18]. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan
TERUSKAN : Kerjamu sentiasa diberi berkat yang tidak terputus begitu sahaja. Saat kamu menyusui anakmu, badanmu jadi sihat, tubuhmu jadi langsing & anakmu dapat khasiat mencukupi.
Kemudian, Tuhan memberi pahala yang tidak putus-putus kepadamu. Hitunglah berapa kebajikanyang kamu dapat? Sungguh banyak. Kamu benar-benar beruntung.
[19]. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Sakit ke? Atau demam? Atau nak pek? |
AYAT TERAKHIR YANG SANGAT INDAH : Wahai wanita yang mulia, kerjamu tidak sia-sia sama sekali. Kamu sentiasa mendapat ganjaran lumayan dari Tuhan. Sayangilah suamimu, anakmu & keluargamu.
Jadilah wanita solehah yang Berjaya. Binalah dunia ini dengan kasih sayangmu yang suci & mulia.
Demikianlah 19 keistimewaan yang terdapat pada wanita. Beruntunglah menjadi wanita.
DI RUMAH. KHAMIS, 10.1.2013 6.58 PM
No comments:
Post a Comment