Bila saya membuka kotak message
dalam fb saya pagi ini, tertera message dari Kaksu (Siti Rokiah bt Mat Hanapi, SMK
Paloh, SPM 2009) yang sedang belajar di Universiti Nagoya di Jepun. Dia
melahirkan rasa rindunya kepada masa-masa lalu kehidupannya.Katanya, dia
teringat pada zaman sekolah menengah, sekolah rendah dan sebagainya. Katanya,
dia rindu sangat-sangat.
Saya tersenyum. Memang begitulah
anak rantau. Tambah-tambah lagi yang dok jauh beribu-ribu batu Tuhan akan membuka hati & fikiran kita
untuk mengimbau semula kenangan lama. Kerana dengan pembukaan seperti itu, yang
keras akan jadi lembut, yang liar akan jadi jinak, yang berlekit akan jadi
cair.
Itulah kasih sayang Tuhan. DIA
menjadikan hati kita sebagai kotak misteri yang sentiasa mengiringi hidup kita
sehinggalah kita mati. Akan muncul kenangan-kenangan lama, yang indah, yang
lawa, yang cantik, bahkan yang menakutkan & mengerikan.
Sepanjang kehidupan saya, semasa saya kecil dahulu (sekitar 6 - 8
tahun), saya teringat kepada budi baik
Mak Chik Enom, jiran saya. Dia sudah tua & hidup keseorangan.
Anak-anaknya ada tetapi hidup berjauhan. Kami anak-anak kecil selalu dijamunya
dengan air susu & biskut tawar (sekarang dipanggil biskut mayat).
PERBUATAN BAIK ITU SAYA KENANG
SAMPAI SEKARANG. Masih teringat-ingat lagi pada saya percakapannya, halus budi
bahasanya, keramahan jiwanya & sopan santunnya. Barangkali dia terlalu
rindukan anak-anaknya atau cucu-cucnya, maka dia melayan kami dengan baik dan
menganggap kami seperti ahli keluarganya.
BERBUAT BAIK KEPADA ANAK-ANAK
KECIL ITU SATU PERBUATAN YANG TERPUJI.
Kemudian bila saya remaja &
bersekolah menengah, saya dapat lihat pelbagai jenis layanan orang-orang
kampong terhadap saya yang miskin ini. Ada
yang baik hati, ada yang sombong dan sebagainya. Yang baik hati itu sampai
sekarang baik dengan saya. Mana-mana yang dah meninggal, sampai sekarang
terpahat kebaikannya pada saya.
Kaksu mungkin teringat kepada
kisah-kisah zaman lampaunya di SK Lebir. Memang zaman kanak-kanak sangat
mengasyikan. Kemudian dia mungkin teringat kepada kisah-kisah persekolahan
menengahnya di SMK Paloh.. Memang indah zaman persekolahan. Dapat menyapu
sampah, dapat memadam papan hitam, dapat berbincang dengan rakan, dapat
bertanyakan guru dan sebagainya. Kelas itu ibarat rumah yang indah.
Saya menjawab mesej Kaksu dengan
jawapan yang mudah. “Bersabarlah kak. Memang dah adat hidup di perantauan. Itu
namanya proses kematangan, kerana selepas ini gelanggang kehidupan akan menjadi
lebih luas”.
Kalau Kaksu dengan imbauan
kenangan silamnya, Baini (nama sebenarnya Nor Baini bt Mat Saat, SMK Paloh, SPM
2007) pula dengan sifat beraninya. Inilah kali pertama saya melihat Baini jadi
pemberani yang luar biasa. Pada Rabu lepas, 16.1.2013, dia menghantar sms
kepada saya sekitar jam 4.00 pm. Katanya, dia akan balik dengan motorsikal dari
UMT. Malam ini, akan tidur di rumah saya.
Kebiasaannya dia balik kerumah saya dengan menumpang kereta keluarga kawannya yang menetap di Tanah Merah. Tetapi kali ini, dia nak bawa balik motorsikalnya. Saya faham sangat masalahnya. Cuti sebulan tanpa penggunaan akan menyebabkan motorsikal itu "out of function" .
Malam ini, cara baliknya mudah sahaja. Baini akan mengekori kereta kawannya itu pada tahap paling dekat dan paling selamat. Tetapi saya tetap bimbang dan takut. Dia tu perempuan.
Saya memberitahu isteri saya. Kami pun bersedia menunggunya. Pukul 8.00 pm tak sampai, pukul 9.00 pm pun tak sampai lagi. Pukul 10.00 pm, baru sampai. Saya cuma bimbang satu perkara. Takut apa-apa berlaku padanya dalam perjalanan. Syukur alhamdulillah, akhirnya dia selamat sampai.
Kebiasaannya dia balik kerumah saya dengan menumpang kereta keluarga kawannya yang menetap di Tanah Merah. Tetapi kali ini, dia nak bawa balik motorsikalnya. Saya faham sangat masalahnya. Cuti sebulan tanpa penggunaan akan menyebabkan motorsikal itu "out of function" .
Malam ini, cara baliknya mudah sahaja. Baini akan mengekori kereta kawannya itu pada tahap paling dekat dan paling selamat. Tetapi saya tetap bimbang dan takut. Dia tu perempuan.
Saya memberitahu isteri saya. Kami pun bersedia menunggunya. Pukul 8.00 pm tak sampai, pukul 9.00 pm pun tak sampai lagi. Pukul 10.00 pm, baru sampai. Saya cuma bimbang satu perkara. Takut apa-apa berlaku padanya dalam perjalanan. Syukur alhamdulillah, akhirnya dia selamat sampai.
Baini itu anak angkat kami. Malam
itu dia tidur di rumah saya. Kemudian pagi kelmarin dia pergi ke rumah ibu
saudaranya di KB. Katanya, hari ini, Jumaat 18.1.2013, ayahnya akan datang
ambil motorsikalnya untuk dibawa ke Paloh. Dia cuti sebulan dari UMT. Bulan
February nanti, akan masuk semula untuk sem 4.
Seperti yang dimaklumkan kepada
saya, ayahnya datang seperti dijadualkan. Saya mengambil Baini & ayahnya di
Machang. Sementara menunggu makan
tengahari, kami sempat berbual-bual tentang SMK Paloh & guru-gurunya yang
sering bertukar ganti. Paling mengejutkan, beliau memberitahu saya bahawa jalan
ke Lebir sudah berturap sepenuhnya
.
.
Jarak dari Lebir ke SMK Paloh
ialah 37 km. Kaksu yang belajar di Jepun memang anak jati Lebir. Dia tentu
sangat gembira kalau dia tahu jalan itu sudah berturap. Kalau dahulu ambil masa
40 minit perjalanan dengan jalan berlopak dan berselut, sekarang cuma 15 minit dengan
jalan yang selamat dan berturap.
Kembali kepada Baini. Memang
sifat berani itu adalah sifat terpuji. Walau pun saya bimbang kepada
keselamatannya, tetapi dari satu segi, saya puji keberaniannya. Bagi saya,
orang yang berani itu cepat menyerap perubahan. Dan secepat dia menyerap
perubahan, secepat itu pula dia akan maju ke depan.
Saya selalu mendidik pelajar-pelajar
saya supaya sentiasa membaca Ayatul Kursi sebelum memandu atau memulakan
perjalanan. Saya juga mengajar anak saya begitu. Keyakinan kepada tuhan akan
menjadikan kita berani. Anda tahu kenapa? Kerana pengertian Ayatul Kursi itu
seluruhnya membincangkan sifat Tuhan. Bila anda sudah mengenal Tuhan, semua
yang lain hanya KERDIL sahaja di mata anda.
Wani (Nor Hazwani bt Abdullah, SMK
Paloh, SPM 2004) sekarang berkerja sementara di Restoran Tomyam GM sementara
menunggu posting sebagai Inspektor Kesihatan. Dia dah habis belajar di Sg
Buloh. Alhamdulillah.
Kehidupannya selepas ini akan
lebih mencabar. Tetapi saya selalu berpesan kepada dia dan anak-anak angkat
saya yang lain supaya memperbanyak solat hajat dalam meniti kehidupan. Juga
mengamalkan solat istikharah dalam membuat pilihan-piihan rumit masa depan.
Mendekati tuhan atau berdamping
rapat dengan tuhan adalah ubat kepada kehidupan. Semasa saya muda remaja, saya
selalu berdoa kepada tuhan supaya menganugerahkan saya isteri yang solehah dan
tidak suka mengumpat. Alhamdulillah, tuhan mendengar permintaan saya.
Dikabulkan hajat & doa saya.
Sani ( Mohd Hasani Ismail, SPM
2007) yang sekarang berkerja sebagai Penolong Pengurus Kedai 99 di KL
memberitahu saya yang dia nak sambung belajar semula. Katanya, nak ambil kursus
pentadbiran atau kesetiausahaan. Dia meminta pendapat saya. Saya bersetuju
100%, tetapi saya tanya dia kembali, kursus yang dia cadangkan itu sesuai ke
dengan jiwanya?
.
Saya Nampak Sani lebih sesuai
jadi pemimpin politik masa depan. Dia pandai bercakap & menyesuaikan
keadaan. Sebab itu, bagi saya dia lebih sesuai ambil kursus Sains Politk. He2.
Entahlah. Terpulang kepada dialah. Saya Cuma beri cadangan.
Seminggu yang lepas, Lynn (Nor
Azlin bt Azman, SMKH2, SPM 2011) ada menghantar sms kepada saya bertanyakan
ubat kencing manis. Terkejut saya. Apa hal budak ni? Takkan muda-muda lagi dah
kena kencing manis.
Sebetulnya, ayahnya terkena
penyakit itu. Kata Cikgu Suhaimi, rakan sejawat saya di SMKH2, memang Azman
(ayah Lynn) dah kurus sikit sekarang. Kata Lynn, bacaan KCM ayahnya agak
tinggi. Dan seperti biasa, saya cadangkan ubat RAJA HERBA yang saya gunakan
sendiri.
Ubat itu sangat baik dan
berkesan. Buktinya ada pada saya. Bacaan tertinggi KCM saya ialah 23.6. Bila
saya mengamalkan selama seminggu, ia turun kepada 18.6. Kemudian turun lagi
kepada 14.5. Kemudian turun kepada 10.5. Saya sekarang dalam proses
menurunkannya lagi sehingga kepada 5.0 – 7.0.
Kalau dahulu, saya minum 2X
sehari pagi dan petang. Sekarang saya bercadang nak offkan (berhentikan) semua
minuman panas saya. Tak ada lagi Teh-O panas, Kopi-O panas, Kopi Tolak angin, Milo, Olvatine dan sebagainya. Saya nak minum Raja Herba
Panas sahaja.
RAJA HERBA itu anda boleh beli
kat kedai Mustika Bayu depan SMK Hamzah. Saya dah beritahu Lynn kedai tersebut dan berharap semuanya
dapat membantu ayahnya. Stok saya pun dah habis. Saya bercadang nak beli satu
lagi selepas ini.
Kalau anda nak beli ubat sejenis
macam itu, boleh juga membeli ubat HERBA HUTAN di rumah Tok Imam Mansur,
Banggol Judah.
Bezanya
Cuma satu. RAJA HERBA itu keluaran Pantai Remis, Perak. Manakala ubat HERBA
HUTAN itu keluaran Negeri Kedah Darul Aman.
Ainul (Nama sebenarnya Ainul
Farida bt Ismail, SMK Paloh, SPM 2007) sudah pulang ke Paloh sekarang. Sekarang
dia bercuti semester dari UMS. Saya terima smsnya semasa dia mula-mula sampai
di LapanganTerbang Pengkalan Chepa. Hari itu 10-1-2013 (Khamis), jam 8.06 pagi.
Gembira hati saya mendengar dia sudah
balik dari Sabah.
Sekarang dia sedang mencari
tempat pratikalnya. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan dapat menyiapkan
praktikalnya dengan baik. Saya yakin kepada kemampuan Ainul. Dia cekap, bijak
dan focus kepada kerjanya.
Semasa saya belajar di UPM dahulu,
saya membuat praktikal pertama saya di Kedai Kopi Cap Badak di Ketereh. Anaknya
itu rakan baik saya. Kebetulan pulak, saya peminat nombor 1 kopi tersebut.
Kalau dibuat Kopi O panas bersama ubi kayu rebus, sedapnya tak terkata. Sedap giler,
kata orang sekarang.
Isa (nama sebenarnya Isa bin
Shafie) adalah juga anak angkat saya.
Orangnya baik, lawa & warak. Suaranya lembut & budi pekertinya manis.
Dalam smsnya kepada saya, dia sakan bercerita kepada saya tentang praktikalnya
di Kuala Selangor. Katanya, dia mula praktikal di situ bulan November tahun
lepas. Dan dijangka tamat bulan April 2013.
Selepas itu, dia akan menjalani interview
sebagai Assistant Manager di Syarikat Perladangan Kelapa Sawit milik Sime
Darby. Hmmm. Selamat bertugas anakku. Betul langkah yang kamu buat.
Dia dahulu masuk UPM Sarawak
Diploma Pertanian. Kemudian dia keluar selepas mendapat tawaran Sime Darby. Dia
cerita serba-serbi kepada saya. Saya beritahu dia semoga langkah ini betul dan
tepat untuk dia. Jangan lupa, mesti buat solat istikharah untuk mendapat petunjuk
dari Tuhan.
Rosmaiza Senain, anak angkat saya
yang dah habis kursus jururawat sekarang dok di rumahnya di Paloh 2, tunggu
posting. Cepatnya masa berlalu Pejam celik pejam celik, tengok-tengok dia dah
besar, dah habis kursus dan selepas ini
akan berkerja.
Dengar khabar, akan ada kenduri
besar pada 10.2.2013. Lama benar tak pergi ke Paloh. Hajat hati nak pergi ke
Paloh kalau ada masa & kesempatan. Rindu sakan kepada Paloh1, Paloh2, Paloh3,
Chalil & Lebir.
Dan untuk semua anak-anak saya,
bekas pelajar-pelajar saya, yang tertulis di sini atau tidak, dari SMK Paloh,
SMKH2 atau dari mana sshaja, yang kenal saya atau tidak, yang pernah dengar
nama saya atau tidak, jemput kerumah saya pada 9.2.2013 (SABTU), 11 am – 6.00
am.
Majlis ini dinamakan REUNION. Ini nama pendek dan glamour. Tetapi nama sebenarnya
ialah MAJLIS MUHIBBAH GURU MURID. Saya sebenarnya tak ada kesempatan yang khusus untuk menganjurkan
majlis yang khusus. Anda pun begitu juga. Kita masing-masing sibok. So, pada cuti Tahun Baru Cina 2013, saya ambil kesempatan ini.
So, pada hari itu, kita datang &
berkumpul sesama kita. Bawa rakan-rakan anda sekali. Kita makan apa yang ada.
Ubi kayu, ubi badak, ubi keling, ubi itik, pulut manis, pulut nyiur, kelepek
pisang, kelepek ubi kayu, mee goring, mee hon, nasi dagang dan sebagainya.
Lupa nak beritahu. Saya suka makan
satay. Isteri saya pun suka makan satay. Anak saya pun. Sedapnya kalau ada
satay. He2. Selamat datang, selamat berjumpa & selamat menjalin
silaturrahim..
No comments:
Post a Comment