BUNGA NAN INDAH

Thursday 20 September 2012

5 KEBIASAAN BURUK YANG MENYEBABKAN ANDA KELIHATAN TUA



Hidup ini sebenarnya sebuah rutin yang senang difahami. Yang kecil menjadi besar, muda menjadi tua, tua kemudian mati, dan begitulah seterusnya.

Tetapi kadang-kadang kita terpegun melihat lelaki dewasa 55 tahun seperti orang muda, masih sihat dan mampu berjogging sejauh 3 km setiap pagi. Ada juga lelaki muda berubah seperti orang tua yang 10 tahun lebih tua daripadanya.

Arwah ayah saya sentiasa menjaga penampilannya sehingga dia selalu kelihatan “awet muda”. Saya pula bersikap sebaliknya. Pada umur saya 37 tahun, saya telah pun beruban & kelihatan seperti orang tua.

Boleh jadi saya mewarisi sikap dan genetic ibu saya yang mengemari sikap “dewasa” dalam hidup. Saya bangga bila orang menyebut saya kelihatan tua & mempunyai uban putih. Tua itu menghampiri kematangan & kematangan itu asas kepada hidup yang lebih sempurna.

Saya percaya, saya kelihatan tua kerana genetik keluarga saya. Walau bagaimana pun, mungkin juga saya kelihatan tua kerana factor-faktor di bawah. Mari kita perhatikan.

[1]. Makan terlalu banyak
Makan terlalu banyak tentu saja menimbulkan impak negatif terhadap tubuh. Hal ini juga berlaku saat memakan buah dan sayuran terlalu banyak.

 

Makan terlalu banyak bukan hanya menambah berat tubuh saja, anda juga mungkin terkena risiko awal penyakit jantung dan diabetes.

Sebaik-baiknya, perhatikanlah pengambilan kalori dan lemak dalam tubuh. Jika anda pesakit diabetes, pastikan nasi hanyalah satu perempat dari menu anda. Banyakkan sayur dan buah.

Mengikut apa yang saya tahu, kadar nasi yang sesuai untuk makan ialah 9 suapan. Ia kadar sederhana untuk perut manusia yang memerlukan nisbah 1 : 1 : 1 untuk makanan, air dan udara.

Jika berolahraga atau bersenam bukan kebiasan anda, tips ini seharusnya menjadi pilihan agar tubuh tetap langsing.

2. Menatap skrin terlalu lama
Apakah anda termasuk orang yang suka berlama-lama menonton television, bermain video game atau bekerja di depan komputer?



Berhati-hatilah, kerana perbuatan di atas  memiliki beberapa impak buruk pada  anda.  

[1] Mata anda mungkin rosak kerana terlalu lama menatap skrin atau mungkin juling saat melihat ke layar komputer,

[2] berat badan anda mungkin bertambah kerana terlalu banyak duduk & tidak membakar kalori,

[3] Berlaku degenerasi otak. Maksudnya otak yang lembap & malas berfikir. Setiap orang perlu stimulasi aktif pada otak untuk menghindari degenerasi.

Oleh karena itu, sila batasi jumlah penggunaan komputer atau television sekarang juga, Anda pun akan segera melihat perbezaannya.

Dan lebih baik, jika anda dapat merehatkan otak setiap 0.5 jam dengan melihat kehijauan pokok di depan anda.

Kemudian berzikirlah kepada tuhan dengan asma berikut. YA BASIIR (Yang Maha Melihat) 100X atau 333X setiap hari. Mudah-mudahan mata anda & wajah anda bertambah sihat dan ceria.

3. Stress
Stress (ketegangan, kemurungan) memiliki impak negatif terhadap semua aspek kesehatan tubuh. Mulai dari kecekapan denyutan jantung sehinggalah kepada bagaimana otak anda berinteraksi terhadap situasi tertentu.

Cara menghindari stress adalah dengan berani berkata TIDAK.

Contohnya.
[1] Anda melayan seorang gadis kerana kasihan kepadanya. Katakan sahaja TIDAK kepadanya supaya anda tidak stress.

[2] Anda mengikut kawan keluar sehingga kerja rumah Addmath anda terbengkalai. Katakan sahaja TIDAK kepadanya supaya anda tidak dimarahi guru.

[3] Anda tidor melebihi had sepatutnya meskipun SPM hanya lebih kurang 2 bulan sahaja lagi. Katakan TIDAK kepada tidor supaya anda boleh mencapai kejayaan yang anda hajati.

Sebagian besar stress yang dialami berasal dari ketidakmampuan anda mengambil keputusan.

Muka yang murung dan kusam pada saat stress membuatkan anda nampak lebih tua daripada usia yang sebenarnya.

Mengikut amalan Islam, ada pelbagai cara untuk mengurangi stress. Di antaranya ialah  

[1] Sentiasa melakukan solat hajat. Ini yang paling saya suka.

[2] Sentiasa berdoa kepada Tuhan pada saat masalah atau stress itu datang. Di mana pun atau pada masa mana pun.

[3] Membaca Ayatul Kursi. Ulangi ayat terakhirnya 3X. Pada masa itu, niatkan dalam hati apa hajat anda. Kemudian sesudah bacaan ayatul kursi, zikir YA AZIIZ 3X.
  
4. Kurangnya frekuensi bercinta
Kekurangan frekuensi cinta dalam rumahtangga boleh mengakibatkan pergaduhan, percekcokan & perbalahan. Suami isteri masing-masing kelihatan kusam & serabut.

Wajah suami kelihatan macam harimau, manakala wajah isteri seperti singa betina.

Untuk anda pasangan suami isteri, kehidupan seks yang sehat dan aktif adalah kunci utama untuk mempertahankan energi muda. Dan untuk kebahagiaan rumah tangga yang berpanjangan, amalkan YA WADUUD 100X sehari selepas Asar.

Sebuah kajian mendapati bahwa bercinta (antara suami & isteri) terbukti mengurangi stress, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mengurangi rasa sakit dan meningkatkan kekuatan jantung.

Maksud kajian itu :
[1] Sentiasa bercakap dan bergurau antara suami isteri. Pergaduhan berpanjangan akan menyebabkan mereka kelihatan tua.

[2] Keluar bersama semasa ke masjid/surau, membeli-belah (shopping), melawat orang sakit, berkelah dan sebagainya.

[3] Makan bersama ahli keluarga akan menambahkan keceriaan & kegembiraan sesame mereka.

[4] Melayani & mengambil berat bila salah seorang daripada mereka sakit, uzur dan memerlukan perhatian.

Walau bagaimana pun, bercinta sebelum kahwin adalah tidak digalakkan. Awasi diri anda. Elakkan berpacaran, membuka aurat, berdua-duaan sebelum berkahwin. Semuanya HARAM.  

5. Pemutar musik portable
Kemajuan teknologi memungkinkan anda mendengar musik dimana pun anda berada. Namun, tahukah anda bahawa mendengar musik dengan headset boleh mengakibatkan kerosakan pada kualiti pendengaran?.

Tidak ada satu hal pun yang membuat anda merasa lebih tua daripada menyedari bahwa pendengaran anda sudah tidak lagi kuat?. Anda sudah menghampiri pekak atau tuli.

Sebaik-baiknya, awasi dan batasi pemakaian headset dan menjaga volume muzik pada paras yang nyaman dan aman.

Sekian terima kasih.  20.9.2012  6.57 am.

KAMI DAHULUI JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA KAMI YANG SUDI MEMBERI KOMENTAR DALAM BLOG INI. TQ.

2 comments:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete