BUNGA NAN INDAH

Wednesday, 3 October 2012

KONSEP KETUHANAN DALAM MATEMATIK



Belajar matematik akan menyebabkan kita bermain dengan angka demi angka, sehinggalah kita bertemu dengan konsep demi konsep. Ia mencabar minda kita. Itulah hebatnya Matematik, lebih-lebih lagi Matematik Tambahan (Addmath). 


Konsep ini bukan sebuah polemik murah, tetapi ia adalah sebuah penemuan yang sehingga kini gagal dijelaskan oleh ahli-ahli sains dan matematik seluruh dunia. Ianya berkaitan dengan maksud INFINITI atau KETAKTERHINGGAAN .


Infiniti akan diperolehi jika seseorang membahagi sesuatu nombor, contohnya 2,3, 10 atau 100 dengan 0, maka jawapannya adalah  infiniti.

Kalau menggunakan kalkulator, dia akan menunjukkan tanda MATH ERROR, yang bermaksud keupayaannya sangat rerbatas untuk mendapatkan jawapannya.

INFINITI itu ada (wujud) tetapi tidak boleh dibuktikan dengan sebarang alat moden. Kalkulator, komputer hatta sebarang alat pengiraan moden gagal membuktikan wujudnya INFINITI itu secara real (nyata).

Kita tidak boleh mengatakan jawapannya tidak ada, kerana sepanjang kita menggunakan infiniti di dalam sebarang matematik, ia tetap memberikan hasil yang benar dan tepat.

Contohnya (0.5) kuasa infiniti akan meberikan jawapan 0.000000000000x = 0. Ini bermakna infiniti itu wujud untuk memberikan hasil yang relatif betul di dalam pengiraan matematik.

Tuhan itu ada (wujud). Bagaimanakah anda dapat mengesahkannya???

 
Tidak ada seorangpun yang dapat memberi bukti bahawa dia telah melihat zat tuhan, kecuali Nabi Muhammad semasa peristiwa Israk Mikraj dengan mata zahirnya.

Apa yang kita pelajari ialah begini..Bukti tuhan ada ialah adanya alam ini. Contohnya, bila gunung everest (termasuk juga gunung2 lain) itu ada, maka adalah penciptanya. Siapakah penciptanya??? Dialah Allah, Rabbul Jalil

Maka bila kita menghubungkaitkan konsep infiniti dengan ketuhanan Allah SWT, maka hendaklah kita mengambarkan begini. Tiap-tiap sesuatu yang wujud itu, ada yang boleh dibuktikan dengan mata zahir dan juga yang tidak boleh.. Tuhan itu ada tetapi tidak boleh dilihat. Maknanya, setiap sesuatu yang tidak boleh dilihat itu bukannya tidak ada. Dia ada (wujud) cuma mata kita sahaja yang belum berupaya mencapainya.

Pernah berlaku satu peristiwa di mana ramai anak muslim cuba dipermain-mainkankan oleh seorang guru sains yang juga seorang "atheis" tidak percayakan tuhan. .

Guru mengangkat sebuah buku lalu bertanya kepada kelas. Ini apa??? Murid2 serentak menjawab : buku. Maka guru itu membuat kesimpulan. Kalau kita nampak buku, maka buku itu ada. Betul kan??? Murid2 mengangguk faham. 

Kemudian guru itu bertanya lagi.. Kamu nampak Allah???

Pertanyaan ini diulanginya 3x. Murid-murid mengeleng kepala.

Lalu dia membuat kesimpulan. Kalau kita tak nampak Allah, maka Allah tak ada kan.. Murid-murid yang ada terpingga-pingga. Mahu percaya atau tidak??? Terketar-ketar mereka dengan kesimpulan yang dibuat oleh guru sains mereka itu.

Lantas bangun  seorang anak kecil yang mendapat didikan agama yang bagus dari ibubapanya.

Dia bertanya kepada gurunya. Cikgu nampak tak akal cikgu??? Guru itu terkesima sebentar. Dia menjawab perlahan-lahan. Tak nampak, katanya. Lalu anak kecil ini menempelaknya secukupnya.

KALAU CIKGU TAK NAMPAK AKAL CIKGU, BERMAKNA CIKGU TAK ADA AKAL LA. Murid-murd lain terdiam sebentar melihat bijaknya bud ak ini. Tetapi akhirnya mereka bersorak-sorakan tanda gembira. Kalahlah SANG GURU yang berniat serong itu .   .      

Kesimpulannya tuhan itu ada (wujud) walaupun kita tidak bisa melihatNya di dunia ini.

ADA 3 KEMUNGKINAN BERIKUT
Kalau kita bercakap tentang logik kewujudan tuhan, maka ada 3 kemungkinan seperti berikut :
:
1. Tuhan itu diciptakan oleh sesuatu yg lain ?
2. Tuhan itu menciptakan dirinya sendiri ?
3. Tuhan itu tidak berawal dan tidak berakhir ?



Bila kita pilih kemungkinan  [1], berarti tuhan itu sama dengan  mahkluk. Maka ia boleh jadi kambing atau  biri-biri atau   keris atau  manusia atau  android atau  matahari atau apa sahaja.

Tentunya saya tidak akan bertuhan kepada sesuatu yg memiliki kesamaan atau bahkan lebih rendah dari saya. Mana mungkin tuhan = mahkluk

Bila kita pilih kemungkinan [2]  berarti tuhan beroknum dua atau mempunyai 2 oknum seperti berikut. Di satu sisi dia sebagai tuhan ( sang Pencipta ) dan di sisi yg lain dia sebagai yang diciptakan ( mahkluk). Artinya tuhan = tuhan dan tuhan = mahkluk, apa bezaanya dengan tuhan = mahkluk pada kemungkinan [1] di atas ?

Ternyata kepercayaan seperti ini sangat salah menurut agama Islam. Tidak mungkin Tuhan itu tuhan dan pada sisi yang lain, ia juga makhluk seperti manusia..
. .
Bila kita pilih kemungkinan [3], berarti tuhan tidak sama dengan mahkluk, kerana mahkluk mempunyai batas awal dan akhir dan memiliki keterbatasan ruang.  Inilah pilihan kita mengikut logik akal yang sihat.
.
Tentunya logik akal kita mengatakan salah satu dari kemungkinan di atas ada yang Benar. Tidak mungkin ketiga-tiganya Benar karena satu dengan yang lain berbeda dan saling berlawanan sifatnya.

Tuhan memang berbeza dengan manusia. 

Oleh karena itu manusia mungkin berjumlah 2, 3 atau 10 billion. Namun Tuhan itu tetap Esa (Satu). Oleh karena itu pegangan tauhid yang betul adalah: Ketuhanan Yang MAHA ESA. Bukan Maha Banyak, 2, 3, atau lebih.

Kalau Tuhan lebih dari 1, misalnya ada 3. Maka Tuhan itu bukan Maha Kuasa lagi. Tapi terbatas kekuasaannya. Cuma 1/3 saja!

Kalau Tuhan lebih dari 1, misalnya ada 3. Maka Tuhan itu bukan Maha Esa lagi. Tapi banyak atau berbilang. Maka itu Politheist atau Syirik!

Kalau Tuhan lebih dari 1, misalnya ada 3. Maka Tuhan itu bukan Maha Pencipta lagi. Tapi cuma 1/3 pencipta.Atau kalau yang satu tidak mencipta sama sekali, maka dia bukan Tuhan Maha Pencipta.

Padahal dalam Islam,  Tuhan yang sejati itu adalah Maha Pencipta,  Maha Esa,  Maha Kuasa, dsb…

MAKA KITA SEBAGAI UMAT ISLAM HANYA MENGAKUI ADANYA 1 (SATU) TUHAN IAITU ALLAH TA’ALA !

AKAN KELUAR AHMAD (MUHAMAD)
Sehari dua ini, kita dikejutkan dengan berita penemuan Injil tua (disebutkan sebagai Injil Barnabas) di Turki di mana Nabi Isa a.s dilaporkan berkata bahawa akan datang akan keluar seorang penyelamat yang namanya Ahmad (nama lain bagi Nabi Muhammad S.A.W).



Berita ini sangat mengejutkan dunia Kristian. Dan tentunya sangat mengejutkan pihak Vatican yang menguasai pentadbiran agama Kristian.

Kalau mereka mengakui kesahihan penemuan tersebut, bermakna mereka mengakui kebenaran.Injil tua yang ditemui.

Bermakna mereka mesti menerima kerasulan Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana yang dilaporkan berkata oleh Nabi Isa a.s.

Bermakna mereka mesti menerima ketuhanan Allah dalam konsep ketuhananNya yang tunggal.

Allah itu Esa. Tidak ada yang menyerupainya.

Diterbitkan pada 12.12.2012   6.44 am
Diterbitkan semula 1.10.2012    5.50 am

UNTUK TUJUAN MEMBUAT KOMEN/RESPONS, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TULIS NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ 

No comments:

Post a Comment