BUNGA NAN INDAH

Thursday, 25 October 2012

DENGARKAN LONTARAN SUARA HATI TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BHUKARY



Sekarang, dengar khabarnya jutawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membeli syarikat Gardenia & Proton. Ramai yang menyokong di atas kemampuannya, tetapi ramai juga yang dengki & busuk hati.

DI MANAKAH TEMPAT BERNAMA AL-HARRAH?







DI MANAKAH TEMPAT BERNAMA AL-HARRAH?
Sekurang-kurangnya ada 5 tempat bernama Al-Harrah di Asia Barat. Tetapi kalau anda buka internet untuk mencari nama itu, anda akan dapati nama itu pun terdapat di Oklahama, USA. Bahkan nama itu juga digunakan di pub, kelab malam, disko, tempat perjudian dan sebagainya.

Friday, 19 October 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN SMK HAMZAH 2







Hari khamis kelmarin, 18 Oktober 2012, kami warga guru & staf sokongan SMK Hamzah2 mengadakan Jamuan Akhir Tahun di Tok Aman Bali Beach Resort (TABBR). Selepas tamat sesi persekolahan, kami terus pergi ke sana. Oleh kerana tak ada teman, saya bawa Cikgu Faiz Abdul Rahman, guru muda sekolah saya sebagai teman.

Oangnya masih muda, baru 23 tahun. Ayahnya, Cikgu Abdul Rahman adalah guru besar di SK Labok, berhampiran SM Sains Machang. Cikgu Faiz lulusan Sains Sukan dari UITM Shah Alam.  






TABBR merupakan tempat mesyuarat, jamuan, bermalam, rekreasi dan sebagainya yang sangat sesuai untuk family, sekolah atau syarikat. Pada masa dulu, saya ingatkan ia milik jutawan Melayu atau setidak-tidaknya Kerajaan Negeri. Tetapi semakin dalam saya mengali, akhirnya terbuka rahsia. Rupa-rupanya ia milik serang jutawan Cina berpangkat Datuk.

Hampir 99% pekerja di dalamnya berbangsa Melayu. Alangkah indahnya kalau TABBR milik orang kita dari bangsa kita. Bangsa kita juga sebenarnya pandai berniaga, tetapi ramai daripadanya mempunyai tahap kemampuan yang tidak boleh melampui sempadan. Mudah alah, mudah lembik, mudah alergik. Kekuatan berniaga bangsa Melayu masih lemah.

Berikut saya perturunkan tips penting cara bangsa Cina berniaga. Tips ini saya ambil dari fb milik hamba Allah yang menggunakan nama “Bercinta selepas bernikah”. Bagus sangat tips tersebut. Mari sama-sama kita perhatikan.   

16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA
Tao Zhu Gong

1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.
2. Belanja mesti jimat, jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum, jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka, jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan, jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas, jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan, jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat, jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti , jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik, jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas, jika tidak membazir wang dan masa.

Majlis jamuan Akhir Tahun itu bermula agak lewat pada 2.30 pm. Selepas sahaja nyanyian lagu Negaraku, kami terus menikmati hidangan. Menu agak sedap & lumayan. Ada sup cendawan, ikan siakap 3 rasa, daging goring, udang masak majerin, ayam bersalut keju dan sebagainya. Kemudian dihidangkan budu, sambal, petai, ulaman untuk penambahan. Pasal makanan, saya sangat berpuas hati. Boleh beri gred A. He2.

Sedapnya kalau hari2 dapat makan macam ni
Kemudian ucapan pengerusi Kelab Warga, Ustazah Wan Awateef  Wan Abdullah. Sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut,  beliau menampakkan diri beliau sebagai seorang ketua yang lincah, aktif & banyak idea menarik. Beliau boleh digelar wanita cergas & ceria



Kemudian ucapan Mantan Pengetua SMKH2, Puan Hajjah Hamidah bt Yaacob. Di antara isi ucapan beliau yang melekat di hati saya ialah MASA yang ada telah menjadi milik beliau sepenuhnya. Rupa-rupanya masa yang lapang itu adalah nikmat berguna untuk manusia.



Tengok sahaja korporat yang sibok berniaga dan bermesyuarat. Mereka tak sempat mengurus diri dan mendandan wajah. Kadang-kadang sampai tak sempat pergi berjemaah di masjid. Lebih teruk daripada itu, sampai kena tinggal anak bini berminggu-minggu. Huh.

Kemudian ucapan Pengetua baru SMKH2, Tuan Haji Abdullah bin Mat. Saya mengemari watak beliau yang pendiam, mudah mesra & banyak memerhatikan. Di antara inti penting ucapan beliau ialah



[1] Mari kita sama sama menjaga kecemerlangan SMKH2 yang telah diasaskan oleh Puan Hajjah Hamidah bt Yaacob.

[2] Beliau berterima kasih kepada seluruh warga sekolah SMKH2 kerana menunjukkan didiplin kerja yang tinggi serta Berjaya membentok kemenjadian pelajar yang baik & berdisiplin.

[3] Meminta kerjasama semua pihak untuk terus bekerja bersama beliau demi untuk melestarikan & meningkatkan kecemerlangan SMKH2 pada tahun-tahun hadapan.

Selepas majlis ucapan di atas, berlangsung pula cabutan bertuah. Nasib saya dikira baik tahun ini. Dapat cenderamata dari No 46 milik saya. Jumlah cenderamata yang disediakan tahun ini 30 buah, sedangkan jumlah guru & kakitangan sokongan yang hadir sekitar 90 orang.  Mengikut perkirangan matematik, kebarangkalian mendapat hadiah ialah 30/90 atau 0.3333. Nilai ini sangat rendah dan memerlukan nasib yang baik untuk memperolehinya.

Kemudian tayangan video untuk program-program Kelab Warga sepanjang tahun. Saya kira persembahan video tersebut satu persembahan kreatif yang sangat baik. Terima kasih kepada semua AJK Kelab Warga yang sangat bermakna ini. Terima kasih.

Thursday, 18 October 2012

SIAPA JUARA PIALA MALAYSIA 2012 TRW ATAU ATM?


Harapan kita

Peminat-peminat TRW

JUARA PIALA MALAYSIA 2012 : TRW ATAU ATM?
Inilah kali pertama saya nak menulis pasal sukan dalam blog saya. Saya bukan kaki sukan dan saya pun bukan minat bersukan. Untuk mengeluarkan peluh, saya gemar berkebun atau menanam bunga. Atau bermain badminton cara kampong (bermain tanpa net).

Sepanjang hidup saya, hanya sekali sahaja saya masuk Stadium Sultan Muhamad IV. Kalau tak silap saya, sekitar tahun 1985. Masa itu, perlawanan antara Kelantan & Johor. Pengadilnya pula dari Selangor.

Dalam perlawanan tersebut, bentesan (cah keting) berlaku. Saya tak pasti sapa yang mulakan. Akibatnya, pergaduhan antara pemain berlaku. Kemudian merebak kepada pasukan. Pengadil cuba leraikan, tetapi dia sendiri akhirnya menjadi mangsa. Mukanya kena tumbuk, kepalanya pula terkena botol air yang dilempar penonton fanatik.


Kisah itu berlaku 27 tahun yang lepas. Masa itu, Pasukan Kelantan terkenal sebagai pasukan “mudah panas” atau pasukan gedebe . Mereka suka bergaduh & bertumbuk di atas padang walau pun untuk alasan atau perkara remeh-temeh. Mereka tak kira sapa, hatta pengadil sendiri pun.

Lebih kurang beberapa tahun yang lepas, saya pernah berdebat dengan rakan-rakan saya tentang cara meningkatkan mutu bolasepak Negeri Kelantan. Pada masa itu, pasukan Kelantan merundum teruk. Tak dihormati oleh sesiapa pun. Bahkan tidak ditakuti oleh pasukan mana pun. Tak ada dalam senarai pasukan elit.

Saya beri 3 cara untuk peningkatan mutu bolasepak Negeri Kelantan.

[1] Cari jurulatih berpengalaman untuk melatih pemain-pemain Kelantan. Jangan ganggu dia & jangan campur tangan dalam urusan pemilihan pemain. Berikan dia cek kosong untuk dia menulis bayaran yang dia mahu dengan syarat dia memberi kita produk yang kita mahu.

Amalan ini pernah dipratikkan oleh pengurusan bola sepak Arab Saudi. Jurulatih diberi gambaran produk yang dikehendaki. Contohnya, mesti berjaya peringkat Benua atau Olimpik atau sebagainya. Dia akan dibayar sepenuhnya kalau berjaya.

Tidak ada sesiapa pun yang boleh campur tangan dalam semua urusan jurulatih. Dia diberi kuasa penuh atau kuasa total.    

[2] Buang sikap ego, keras kepala, gedebe & kepala masam dalam perlawanan. Ajarkan pemain supaya menggunakan cara professional & semangat kesukanan yang tinggi. Maksudnya, jangan suka bergaduh, bergocoh, bertumbuk, cas keting, siku-menyiku & hentak-menghentak sepanjang perlawanan.

[3] Menggunakan pengurus yang tahu politik kesukanan. Dalam mengurus pasukan, pengurus bukan hanya perlu tahu mengurus kewangan, gaji, kebajikan pemain, komitmen pegawai, perubatan dan sebagainya, tetapi perlu juga mengetahui selok belok politik kesukanan.

Dia ibarat pemandu bas yang membawa pasukan menuju ke suatu arah. Di samping cekap memandu, dia juga mesti bijak mengesan keadaan jalanraya di hadapannya. Adakah jalan tersebut berturap, berlubang, jalan mati atau penuh dengan halangan-halangan tertentu? Kalau ada masalah, bagaimana pula cara penyelesaiannya?

Dia juga mesti bijak mengawal perangai penumpang di dalam bas yang dipandunya. Kalau dibiarkan bebas, tentu bising & huru-hara bas dibuatnya. Masing-masing dengan ragam tersendiri. Bas yang selamat adalah bas yang tenang. Bas yang dipenuhi para penumpang yang sopan & berakhlak mulia.

Bukankah elok kalau penumpang-penumpang di dalam bas itu disuruh banyak bersabar kalau ada masalah, beristigfar kalau hati tidak tenang, bersyukur kalau diberi nikmat dan sebagainya?. Jangan panas baran. Jangan mudah hot. Kawal sikit perasaan tu.

Alhamdulillah. Apa yang saya sebutkan itu bagaikan satu mimpi yang datang menjadi reality. Terima kasih kepada pucuk pimpinan KAFA yang menyedari apa yang saya sedari. Saya yakin ramai orang yang sependapat dengan saya. Boleh jadi merekalah yang membawa usul ini kepada pihak atasan. Terima kasih.

Berhubung perlawanan Piala Malaysia 2012 malam besok, 20.10. 2012 (Sabtu), saya rasa bisa TRW kurang menyengat kerana kehilangan 2 pemain utama yang mendapat kad kuning sebelumnya. Maknanya serangan TRW agak tumpul malam besok.

Ghaddar tak dapat main malam besok.

Pertahanan Pasukan Kelantan agak mantap dengan 4 orang pemain handalan menjaganya. Tetapi anda mesti ingat, pasukan penyerang ATM sangat kuat. Kalau mereka menggunakan kaedah 3-3-4, tentu TRW akan menghadapi masalah besar.

Menurut pendapat saya, TRW akan mengalami masalah besar malam besok. Potensi untuk TRW menang agak tipis kecuali

[1] kalau Daudsu dan pemain-pemain pertahanan yang lain dapat menjalankan tugas multifungsi yang diamanahkan.

Maksudnya, di samping bertindak sebagai pertahanan, mereka juga cekap membawa bola ke atas dan cekap pula membuat rembatan ke arah gol lawan. Perkongsian pintar antara barisan penyerang TRW, pemain tengah & bek pertahanan, insyaallah dapat melahirkan keajaiban (miracle) yang kita inginkan.

[2] Walau bagaimana pun, serangan secara tengah (menjurus ke arah tengah) agak sukar kerana pertahanan ATM agak kuat. Cara terbaik ialah mengoptimumkan kepakaran Badri Radzi & pemain-pemain sepertinya untuk menyumbat gol daripada sisi atau tepi padang.

Gertakan olok-olok daripada penyerang TRW yang lain sangat diperlukan pada masa ini. Mereka mesti berperanan di depan gol ATM supaya keadaan jadi kucar-kacir. Bola yang dilambung dengan cantik dari arah sisi akan memeningkan penjaga gol lawan.

Maknanya di samping rembatan kencang ke arah gol, sepakan bola dari arah sisi yang tepat ke arah gol juga sangat perlu.

[3] Kalau anda menonton perlawanan antara Sweeden & Jerman (?) baru-baru ini, Sweeden dah kalah teruk 4-0. Tetapi mereka bersabar, tekun & tidak mudah patah semangat. Mereka berjaya menjaring gol penyamaan dalam masa 30 minit terakhir. ATM  keras semangat & mempunyai tahap disiplin yang tinggi seperti Sweeden. So, kita mesti berhati-hati.

Berhadapan dengan pasukan yang keras semangat & berdisiplin seperti ATM, kita mesti MELEMAHKAN SEMANGAT MEREKA. Bagaiamana caranya?

a). Melumpuhkan AJEX (pemain import ATM) sehingga tak boleh bergerak. Kawal setiap pergerakannya.   

b) Lumpuhkan pula penyerang kedua, by hook or by crook.

c) Sumbat gol ATM (1-0) supaya kedua-dua pemain tadi jatuh moralnya

d) Semua pemain TRW menjaga pertahanan Kelantan 30 minit selepas gol tersebut.

e) Ulangi balik langkah di atas sehingga dapat gol kedua.

Maaflah. Itu hanya cadangan saya. Jurulatih TRW tentu ada perancangan lebih hebat. Kita serahkan sahaja kepadanya.
   
Sebagai langkah terakhir, kita mesti banyak berdoa kepada Tuhan untuk kemenangan ini.

[1] Semua pemuda / belia Negeri Kelantan mendirikan soslat hajat & berdoa supaya TRW menang. Kemenangan TRW adalah kemenangan rakyat Kelantan, kemenangan negeri Cik Siti Wan Kembang.

[2] Kaum bapa juga mesti mengambil peranan mendirikan solat hajat di rumah bersama keluarga. TRW tidak menang dengan mudah kalau setakat cakap berdegar-dgar di kedai kopi. Ajari anak-anak & kaum keluarga supaya  mencari pertolongan Tuhan melalui solat  hajat.

[3] Pastikan para pesakit kita yang berada di Hospital Kota Bharu, HUSM, Machang & seluruh daerah lain mendapat perkhabaran tentang perlawanan akhir antara ATM & TRW ini. Suruh mereka berdoa, kerana doa orang yang sakit itu sangat mustajab. 

Mari kita semua berusaha. Sayangi TRW. Sayangi Kelantan.
 
GOMO KELATE GOMO

TRW JUARA PIALA MALAYSIA 2012.

INSYAALLAH..     

Kalau anda mempunyai apa-apa idea, cadangan & penamabahan untuk artikel di atas, sila nyatakan pendapat anda di bawah. Pilih anonymous atau name/url. Taipkan nama anda & abaikan url. Kami mengalu-alukan buah fikiran anda. Terima kasih.

Monday, 15 October 2012

ANDA MAHU SKOR "A" ADDMATH?



SPM 2012 hanya tinggal lebih kurang 3 minggu lagi. Lebih kurang 21 hari jew lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil?

Bolehkah aku skor “A” Addmath tahun ini?

Izinkan saya menjawab soalan anda di atas. Ya, anda mampu. Memang anda boleh skor “A” kalau anda mahu. Tetapi ada syarat-syaratnya.

Thursday, 11 October 2012

22 FAKTA TENTANG KENTUT (SIRI 1)



 

Unik dan Menarik

Kentut merupakan kurniaan tuhan yang jarang disyukuri oleh manusia. Kata doctor, kalau manusia itu tak kentut, bererti kesihatannya kurang baik. Sebab itulah, kadang-kadang kita tengok, doctor menepuk-nepuk perut bayi untuk melihat samada dia kentut atau tidak.

Monday, 8 October 2012

PETUA UNTUK LULUS ADDMATH



SPM 2012 Cuma tinggal lebih kurang 28 hari je lagi. Bagi pelajar-pelajar yang ambil Addmath, mereka dah ketar kepala lutut. Kata orang Kedah, depa dah ketaq kepala lutut. He2.

Thursday, 4 October 2012

HAKIKAT IKHLAS DALAM KEHIDUPAN..tidak mencari kemasyhuran [1]




















Adakah anda dapat mengetahui bahawa anda mempunyai sifat ikhlas atau tidak? Keikhlasan itu adalah suatu sifat yang tersirat, yang tersembunyi jauh di dalam lubuk hati anda

Wednesday, 3 October 2012

KONSEP KETUHANAN DALAM MATEMATIK



Belajar matematik akan menyebabkan kita bermain dengan angka demi angka, sehinggalah kita bertemu dengan konsep demi konsep. Ia mencabar minda kita. Itulah hebatnya Matematik, lebih-lebih lagi Matematik Tambahan (Addmath).