BUNGA NAN INDAH

Thursday, 25 October 2012

DI MANAKAH TEMPAT BERNAMA AL-HARRAH?







DI MANAKAH TEMPAT BERNAMA AL-HARRAH?
Sekurang-kurangnya ada 5 tempat bernama Al-Harrah di Asia Barat. Tetapi kalau anda buka internet untuk mencari nama itu, anda akan dapati nama itu pun terdapat di Oklahama, USA. Bahkan nama itu juga digunakan di pub, kelab malam, disko, tempat perjudian dan sebagainya.


Di manakah 5 tempat yang dimaksudkan itu? [1] Harrah, di Ras Al-Khaimah (semenajung panjang) di Emirate Arab Bersatu, [2] Al-Harra’, sebuah kampong yang terdapat di Mekah, [3] Al-Harrah, dalam wilayah San’aa di Yemen, [4] Al-Harrah, sebuah kawasan padang-pasir gersang yang memanjang dari Jordan, Syria sehingga ke Utara Arab Saudi. Kawasan ini kurang penduduk. [5] Al-Harrah, sebuah kampong dalam daerah Al-Janayaman dalam Wilayah Daraa di Syria.

Kenapa nama Al-Harrah ini sangat penting bagi saya? Sebelum saya menjawabnya, izinkan saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. MAAF ZAHIR BATIN. Kalau ada salah silap itu, harap maafkan saya.

Untuk menjawab kenapa Al-Harrah itu penting bagi saya, mari kita hayati hadis berikut.

Haakim meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Nanti akan keluar seorang yang dipanggil “Sufyani” dari tengah Damsyik. Kebanyakan yang mengikut mereka ialah dari qabilah Kalb. Dia akan membunuh orang sehingga membelah perut perempuan dan membunuh kanak-kanak. Maka berhimpunlah qabilah Qais untuk menentang mereka. Qabilah Qais dikalahkan sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka. Ketika itu keluar seorang dari ahli rumahku di Harrah. Berita kemunculannya akan sampai kepada Sufyani maka Sufyani dan bala tenteranya pergi untuk menyerangnya. Di satu padang pasir mereka ditelan oleh bumi dan tidak terselamat seorang pun dari mereka kecuali seorang yang menceritakan tentang mereka.” (Ini hadith sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka berdua tidak mengemukakan di dalam kitab masing-masing) (Mustadrak Hakim j.4 ms 250)

Saya Cuma mengajak anda focus kepada tempat yang bernama “Harrah”. Dan sebab itulah saya mengusahkan diri saya mencarinya. Kenapa begitu perlu? Kerana semuanya ada kaitan dengan Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas.

Untuk anda yang berminat dengan kisah-kisah mengejutkan tentang Imam Mahdi Al-Muntazar, sila link ke Blog MENCARI DAMAI DI LANGIT BIRUMU (MDDL) pada MY BLOGLIST di bawah. Saya melihat kandungannya sangat baik. Semoga ia bermanfaat untuk anda & seluruh pencinta Imam Mahdi.   

SUFYANI? Apa maksud Sufyani? Seorang raja, penguasa, pemerintah yang zalim. Saddam Hussein digelar juga Sufyani kerana sanggup membunuh rakyatnya sendiri (rujuk kalam Abu Hurairah dalam KISAH AL MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA) dalam blog MDDL.

 




TENGAH DAMSYIK? Bermakna dari tengah ibu kota, dari pusat pemerintahan atau yang seerti dengannya. 



SEKEJAM MANAKAH SUFYANI INI? Kalau sampai membelah perut perempuan & membunuh kanak-kanak yang tak berdosa, itu memang jahat melampau. Kalau anda nak tahu lebih detail, silakan membaca blog SATU UMAT yang terkandung dalam MY BLOGLIST dalam blog MDDL.

QABILAH KALB? Dapat diertikan sebagai golongan penjilat, pegampu & pembodek. Kalb itu bermaksud anjing, yang membawa maksud pandai menggoda hati tuannya.

QABILAI QAIS? Satu golongan rakyat yang menentang Sufyani. Sekuat mana pun tentangan itu, akhirnya mereka kalah. Kekuatan Sufyani mengatasi kudrat mereka.

Bila rakyat sudah terlantar kalah dalam penentangan mereka, maka Sufyani pun membina semula kerajaannya. Dan seperti disebut dalam hadis di atas, pada saat itulah, Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman akan muncul di Harrah.

Di manakah Harrah itu? Kesemua Harrah yang saya sebutkan di atas mempunyai logic masing-masing seperti berikut.

[1] Harrah, di Ras Al-Khaimah (semenanjung panjang) di Emirate Arab Bersatu. Tempat ini memang jauh dari Mekah & Syria. Tetapi ia sesuai dengan jolokan Khurasan (sebelah Timur). Walau bagaimanapun,  mustahil Sufyani di Syria ingin menyerangnya sejauh itu. Untuk apa?

[2] Al-Harra’, sebuah kampong yang terdapat di Mekah. Agak tidak munasabah untuk Sufyani di Syria menyerang Imam Mahdi yang di Arab Saudi. Ia sebuah pelanggaran sempadan antara 2 buah Negara. Kisah tentera terbenam di Al-Baida (padang pasir) boleh berlaku di mana sahaja, Arab Saudi, Syria, Yemen atau di mana sahaja ada lautan pasir.

[3] Al-Harrah, dalam wilayah San’aa di Yemen. Saya tidak melihat ada logik yang munasahah untuk Sufyani di Syria menyerang Imam Mahdi sehingga jauh ke selatan.

[4] Al-Harrah, sebuah kawasan padang-pasir gersang & mempunyai banyak kawah gunung berapi yang memanjang dari Jordan, Syria sehingga ke Utara Arab Saudi. Kawasan ini kurang penduduk. Bahkan kawasan ini juga memanjang hingga ke Utara Iraq & Iran.

Dengan kata lain, kawasan ini juga termasuk Khurasan (sebelah Timur) sebagaimana yang disebutkan dalam hadis. Saya tak berani menduga bahawa Imam Mahdi Al-Muntazar akan keluar dari sini, tetapi kalau merujuk kepada arahan Rasulullah supaya “merangkak di atas salji” untuk mencarinya, maka logiknya ada.

Kalau Sufyani mengambil tindakan menyerangnya dari Damsyik, maka hal itu dilihat ada kaitan yang munasabah. Perihal tentera terbenam di padang pasir (di Al-Baida) tidak lari maksudnya kerana kawasan ini juga berpadang pasir.
   
[5] Al-Harrah, sebuah kampong dalam daerah Al-Janayaman dalam Wilayah Daraa di Syria. Jika kampong ini dimbilkira, maka ia juga munasabah dan boleh diterima. Sebagai Ahlul Bait, kritikan terhadap maksiat & kekejaman adalah satu tugas mulia. Barangkali kerana itu, kemarahan Sufyani terhadapnya membawa kepada serangan. Akan tetapi, ia terletak di sebelah barat Syria & tidak sesuai dengan label Khurasan. Wallahu ahlam.

Melihat kepada 5 tempat di atas, saya cenderung kepada Al-Harrah no [4] & [5]. Di antara keduanya, [4] lebih mendekati kemunasabahan dalam beberapa perkara. Apa-apa pun, mari kita serahkan semua perkara ini kepada Allah Taala. DIA yang lebih mengetahui.

Bilakah masa dia keluar? Bagi saya, sudah sangat dekat, dekat & dekat. Nasihat saya, elok anda baca semua artikel berkenaan Imam Mahdi dalam blog MDDL, terutama sekali entri  KISAH AL MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA. Entri ini sangat bagus. Ia bersandar kepada kalam sahabat Nabi yang mulia, iaitu Abu Hurairah r.a.

Secara ringkas, menurut Abu Hurairah r.a, tarikh kemunculannya sekitar 1420H atau 1430H. 1420H sudah berlalu. Maka tinggal 1430H. 1430H pun dah berlalu. Sekarang 1433H. Maknanya, kita sudah berada di gerbang kemunculannya.

GERBANG KEMUNCULAN? Ada satu quantrain dari Nostradamus menyebut hal itu. Katanya, Raja Berserban Biru (dirujuk kepada Imam Mahdi) akan keluar pada saat “Sun, Mar, Mencury near Aquarius”.

Untuk mengetahuinya, anda dipersilakan membaca blog MDDL yang mengupas panjang lebar tentang itu. Semoga anda mencintai Imam Mahdi, pemimpin akhir zaman & bersedia menurut jejak perjuangannya.
 

No comments:

Post a Comment