Hari khamis kelmarin, 18 Oktober 2012, kami warga guru &
staf sokongan SMK Hamzah2 mengadakan Jamuan Akhir Tahun di Tok Aman Bali Beach Resort (TABBR). Selepas tamat sesi
persekolahan, kami terus pergi ke sana.
Oleh kerana tak ada teman, saya bawa Cikgu Faiz Abdul Rahman, guru muda sekolah saya sebagai teman.
Oangnya masih muda, baru 23 tahun. Ayahnya, Cikgu Abdul
Rahman adalah guru besar di SK Labok, berhampiran SM Sains Machang. Cikgu Faiz
lulusan Sains Sukan dari UITM Shah Alam.
TABBR merupakan tempat mesyuarat, jamuan, bermalam, rekreasi dan sebagainya yang sangat sesuai untuk family, sekolah atau syarikat. Pada masa dulu, saya ingatkan ia milik jutawan Melayu atau setidak-tidaknya Kerajaan Negeri. Tetapi semakin dalam saya mengali, akhirnya terbuka rahsia. Rupa-rupanya ia milik serang jutawan Cina berpangkat Datuk.
Hampir 99% pekerja di dalamnya
berbangsa Melayu. Alangkah indahnya kalau TABBR milik orang kita dari bangsa
kita. Bangsa kita juga sebenarnya pandai berniaga, tetapi ramai daripadanya
mempunyai tahap kemampuan yang tidak boleh melampui sempadan. Mudah alah, mudah
lembik, mudah alergik. Kekuatan berniaga bangsa Melayu masih lemah.
Berikut saya perturunkan tips
penting cara bangsa Cina berniaga. Tips ini saya ambil dari fb milik hamba
Allah yang menggunakan nama “Bercinta selepas bernikah”. Bagus sangat tips
tersebut. Mari sama-sama kita perhatikan.
16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA
Tao Zhu Gong
1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.
2. Belanja mesti jimat, jika tidak putus modal.
Tao Zhu Gong
1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.
2. Belanja mesti jimat, jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum, jika tidak pelanggan
lari.
4. Masa sentiasa terbuka, jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan, jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas, jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan, jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat, jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti , jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik, jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas, jika tidak membazir wang dan masa.

Majlis jamuan Akhir Tahun itu bermula agak lewat pada 2.30 pm.
Selepas sahaja nyanyian lagu Negaraku, kami terus menikmati hidangan. Menu agak
sedap & lumayan. Ada
sup cendawan, ikan siakap 3 rasa, daging goring, udang masak majerin, ayam
bersalut keju dan sebagainya. Kemudian dihidangkan budu, sambal, petai, ulaman
untuk penambahan. Pasal makanan, saya sangat berpuas hati. Boleh beri gred A.
He2.
Sedapnya kalau hari2 dapat makan macam ni |
Kemudian ucapan pengerusi Kelab Warga, Ustazah Wan Awateef Wan Abdullah. Sepanjang beliau menjawat
jawatan tersebut, beliau menampakkan
diri beliau sebagai seorang ketua yang lincah, aktif & banyak idea menarik.
Beliau boleh digelar wanita cergas & ceria
Kemudian ucapan Mantan Pengetua SMKH2, Puan Hajjah Hamidah
bt Yaacob. Di antara isi ucapan beliau yang melekat di hati saya ialah MASA yang
ada telah menjadi milik beliau sepenuhnya. Rupa-rupanya masa yang lapang itu
adalah nikmat berguna untuk manusia.
Tengok sahaja korporat yang sibok berniaga dan bermesyuarat.
Mereka tak sempat mengurus diri dan mendandan wajah. Kadang-kadang sampai tak
sempat pergi berjemaah di masjid. Lebih teruk daripada itu, sampai kena tinggal
anak bini berminggu-minggu. Huh.
Kemudian ucapan Pengetua baru SMKH2, Tuan Haji Abdullah bin
Mat. Saya mengemari watak beliau yang pendiam, mudah mesra & banyak
memerhatikan. Di antara inti penting ucapan beliau ialah
[1] Mari kita sama sama menjaga kecemerlangan SMKH2 yang
telah diasaskan oleh Puan Hajjah Hamidah bt Yaacob.
[2] Beliau berterima kasih kepada seluruh warga sekolah
SMKH2 kerana menunjukkan didiplin kerja yang tinggi serta Berjaya membentok kemenjadian
pelajar yang baik & berdisiplin.
[3] Meminta kerjasama semua pihak untuk terus bekerja
bersama beliau demi untuk melestarikan & meningkatkan kecemerlangan SMKH2
pada tahun-tahun hadapan.
Selepas majlis ucapan di atas, berlangsung pula cabutan
bertuah. Nasib saya dikira baik tahun ini. Dapat cenderamata dari No 46 milik
saya. Jumlah cenderamata yang disediakan tahun ini 30 buah, sedangkan jumlah
guru & kakitangan sokongan yang hadir sekitar 90 orang. Mengikut perkirangan matematik, kebarangkalian
mendapat hadiah ialah 30/90 atau 0.3333. Nilai ini sangat rendah dan memerlukan
nasib yang baik untuk memperolehinya.
Kemudian tayangan video untuk program-program Kelab Warga
sepanjang tahun. Saya kira persembahan video tersebut satu persembahan kreatif
yang sangat baik. Terima kasih kepada semua AJK Kelab Warga yang sangat
bermakna ini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment