Harapan kita |
Peminat-peminat TRW |
JUARA PIALA MALAYSIA 2012 : TRW ATAU ATM?
Inilah kali pertama saya nak menulis
pasal sukan dalam blog saya. Saya bukan kaki sukan dan saya pun bukan minat bersukan.
Untuk mengeluarkan peluh, saya gemar berkebun atau menanam bunga. Atau bermain badminton
cara kampong (bermain tanpa net).
Sepanjang hidup saya, hanya
sekali sahaja saya masuk Stadium Sultan Muhamad IV. Kalau tak silap saya,
sekitar tahun 1985. Masa itu, perlawanan antara Kelantan & Johor.
Pengadilnya pula dari Selangor.
Dalam perlawanan tersebut,
bentesan (cah keting) berlaku. Saya tak pasti sapa yang mulakan. Akibatnya,
pergaduhan antara pemain berlaku. Kemudian merebak kepada pasukan. Pengadil cuba leraikan,
tetapi dia sendiri akhirnya menjadi mangsa. Mukanya kena tumbuk, kepalanya pula
terkena botol air yang dilempar penonton fanatik.
Kisah itu berlaku 27 tahun yang
lepas. Masa itu, Pasukan Kelantan terkenal sebagai pasukan “mudah panas” atau
pasukan gedebe . Mereka suka bergaduh & bertumbuk di atas padang walau pun untuk alasan atau perkara remeh-temeh.
Mereka tak kira sapa, hatta pengadil sendiri pun.
Lebih kurang beberapa tahun yang
lepas, saya pernah berdebat dengan rakan-rakan saya tentang cara meningkatkan
mutu bolasepak Negeri Kelantan. Pada masa itu, pasukan Kelantan merundum teruk.
Tak dihormati oleh sesiapa pun. Bahkan tidak ditakuti oleh pasukan mana pun. Tak
ada dalam senarai pasukan elit.
Saya beri 3 cara untuk
peningkatan mutu bolasepak Negeri Kelantan.
[1] Cari jurulatih berpengalaman
untuk melatih pemain-pemain Kelantan. Jangan ganggu dia & jangan campur
tangan dalam urusan pemilihan pemain. Berikan dia cek kosong untuk dia menulis
bayaran yang dia mahu dengan syarat dia memberi kita produk yang kita mahu.
Amalan ini pernah dipratikkan
oleh pengurusan bola sepak Arab Saudi. Jurulatih diberi gambaran produk yang
dikehendaki. Contohnya, mesti berjaya peringkat Benua atau Olimpik atau
sebagainya. Dia akan dibayar sepenuhnya kalau berjaya.
Tidak ada sesiapa pun yang boleh
campur tangan dalam semua urusan jurulatih. Dia diberi kuasa penuh atau kuasa
total.
[2] Buang sikap ego, keras
kepala, gedebe & kepala masam dalam perlawanan. Ajarkan pemain supaya menggunakan
cara professional & semangat kesukanan yang tinggi. Maksudnya, jangan suka
bergaduh, bergocoh, bertumbuk, cas keting, siku-menyiku & hentak-menghentak
sepanjang perlawanan.
[3] Menggunakan pengurus yang
tahu politik kesukanan. Dalam mengurus pasukan, pengurus bukan hanya perlu tahu
mengurus kewangan, gaji, kebajikan pemain, komitmen pegawai, perubatan dan sebagainya,
tetapi perlu juga mengetahui selok belok politik kesukanan.
Dia ibarat pemandu bas yang
membawa pasukan menuju ke suatu arah. Di samping cekap memandu, dia juga mesti
bijak mengesan keadaan jalanraya di hadapannya. Adakah jalan tersebut berturap,
berlubang, jalan mati atau penuh dengan halangan-halangan tertentu? Kalau ada
masalah, bagaimana pula cara penyelesaiannya?
Dia juga mesti bijak mengawal
perangai penumpang di dalam bas yang dipandunya. Kalau dibiarkan bebas, tentu bising
& huru-hara bas dibuatnya. Masing-masing dengan ragam tersendiri. Bas yang
selamat adalah bas yang tenang. Bas yang dipenuhi para penumpang yang sopan &
berakhlak mulia.
Bukankah elok kalau penumpang-penumpang
di dalam bas itu disuruh banyak bersabar kalau ada masalah, beristigfar kalau
hati tidak tenang, bersyukur kalau diberi nikmat dan sebagainya?. Jangan panas
baran. Jangan mudah hot. Kawal sikit perasaan tu.
Alhamdulillah. Apa yang saya sebutkan
itu bagaikan satu mimpi yang datang menjadi reality. Terima kasih kepada pucuk
pimpinan KAFA yang menyedari apa yang saya sedari. Saya yakin ramai orang yang
sependapat dengan saya. Boleh jadi merekalah yang membawa usul ini kepada pihak
atasan. Terima kasih.
Berhubung perlawanan Piala
Malaysia 2012 malam besok, 20.10. 2012 (Sabtu), saya rasa bisa TRW kurang
menyengat kerana kehilangan 2 pemain utama yang mendapat kad kuning sebelumnya.
Maknanya serangan TRW agak tumpul malam besok.
Ghaddar tak dapat main malam besok. |
Pertahanan Pasukan Kelantan agak
mantap dengan 4 orang pemain handalan menjaganya. Tetapi anda mesti ingat,
pasukan penyerang ATM sangat kuat. Kalau mereka menggunakan kaedah 3-3-4, tentu
TRW akan menghadapi masalah besar.
Menurut pendapat saya, TRW akan
mengalami masalah besar malam besok. Potensi untuk TRW menang agak tipis
kecuali
[1] kalau Daudsu dan pemain-pemain pertahanan yang lain dapat menjalankan tugas multifungsi yang diamanahkan.
[1] kalau Daudsu dan pemain-pemain pertahanan yang lain dapat menjalankan tugas multifungsi yang diamanahkan.
Maksudnya, di samping bertindak sebagai
pertahanan, mereka juga cekap membawa bola ke atas dan cekap pula membuat rembatan
ke arah gol lawan. Perkongsian pintar antara barisan penyerang TRW, pemain
tengah & bek pertahanan, insyaallah dapat melahirkan keajaiban (miracle)
yang kita inginkan.
[2] Walau bagaimana pun, serangan secara tengah (menjurus ke arah tengah) agak sukar kerana pertahanan ATM agak kuat. Cara terbaik ialah mengoptimumkan kepakaran Badri Radzi & pemain-pemain sepertinya untuk menyumbat gol daripada sisi atau tepi padang.
Gertakan olok-olok daripada penyerang TRW yang lain sangat diperlukan pada masa ini. Mereka mesti berperanan di depan gol ATM supaya keadaan jadi kucar-kacir. Bola yang dilambung dengan cantik dari arah sisi akan memeningkan penjaga gol lawan.
Maknanya di samping rembatan kencang ke arah gol, sepakan bola dari arah sisi yang tepat ke arah gol juga sangat perlu.
[3] Kalau anda menonton perlawanan antara Sweeden & Jerman (?) baru-baru ini, Sweeden dah kalah teruk 4-0. Tetapi mereka bersabar, tekun & tidak mudah patah semangat. Mereka berjaya menjaring gol penyamaan dalam masa 30 minit terakhir. ATM keras semangat & mempunyai tahap disiplin yang tinggi seperti Sweeden. So, kita mesti berhati-hati.
Berhadapan dengan pasukan yang keras semangat & berdisiplin seperti ATM, kita mesti MELEMAHKAN SEMANGAT MEREKA. Bagaiamana caranya?
a). Melumpuhkan AJEX (pemain import ATM) sehingga tak boleh bergerak. Kawal setiap pergerakannya.
b) Lumpuhkan pula penyerang kedua, by hook or by crook.
c) Sumbat gol ATM (1-0) supaya kedua-dua pemain tadi jatuh moralnya
d) Semua pemain TRW menjaga pertahanan Kelantan 30 minit selepas gol tersebut.
e) Ulangi balik langkah di atas sehingga dapat gol kedua.
Maaflah. Itu hanya cadangan saya. Jurulatih TRW tentu ada perancangan lebih hebat. Kita serahkan sahaja kepadanya.
Sebagai langkah terakhir, kita mesti banyak berdoa kepada Tuhan untuk kemenangan ini.
[1] Semua pemuda / belia Negeri Kelantan mendirikan soslat hajat & berdoa supaya TRW menang. Kemenangan TRW adalah kemenangan rakyat Kelantan, kemenangan negeri Cik Siti Wan Kembang.
[2] Kaum bapa juga mesti mengambil peranan mendirikan solat hajat di rumah bersama keluarga. TRW tidak menang dengan mudah kalau setakat cakap berdegar-dgar di kedai kopi. Ajari anak-anak & kaum keluarga supaya mencari pertolongan Tuhan melalui solat hajat.
[3] Pastikan para pesakit kita yang berada di Hospital Kota Bharu, HUSM, Machang & seluruh daerah lain mendapat perkhabaran tentang perlawanan akhir antara ATM & TRW ini. Suruh mereka berdoa, kerana doa orang yang sakit itu sangat mustajab.
Mari kita semua berusaha. Sayangi TRW. Sayangi Kelantan.
GOMO KELATE GOMO
TRW JUARA PIALA MALAYSIA 2012.
INSYAALLAH..
Kalau anda mempunyai apa-apa idea, cadangan & penamabahan untuk artikel di atas, sila nyatakan pendapat anda di bawah. Pilih anonymous atau name/url. Taipkan nama anda & abaikan url. Kami mengalu-alukan buah fikiran anda. Terima kasih.
Kalau anda mempunyai apa-apa idea, cadangan & penamabahan untuk artikel di atas, sila nyatakan pendapat anda di bawah. Pilih anonymous atau name/url. Taipkan nama anda & abaikan url. Kami mengalu-alukan buah fikiran anda. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment