BUNGA NAN INDAH

Tuesday, 22 May 2012

JUMPA DOKTOR PAKAR

Anda kenal bulu jagung??? Ada orang panggil bulu ketiak jagung??? Kalau anda beli jagung yang muda, warna bulunya pucat kekuningan. Kalau anda beli yang tua, warna bulunya seakan-akan perang.

 
Anda tahu khasiatnya??? Saya sendiri pada awalnya tak tahu khasiatnya. Yang saya tahu, makan isinya sahaja. Kalau dibuat bubur, lagi best. Bubur jagung sedap giler.


 Hari ini, 22.5.2012 [Selasa], saya berjumpa doktor pakar di Hospital Kuala Krai sebaagaimana jadual yang diberi kepada saya.

Ingat lagi post saya yang terdahulu, INGAT TARIKH INI, 22.5.2012 [SELASA]???

Di dalamnya, saya ceritakan pasal rekod kesihatan saya. Setiap 4 bulan sekali, saya mesti berjumpa doktor pakar. Mula-mula berjumpa, mereka selalu panggil saya "pakcik". Saya senyum jew.

Tetapi bila mereka tengok GL (Gurantee Letter) yang saya bawa dari sekolah, baru mereka panggil saya. "Encik" atau "Cikgu". Saya terima apa sahaja panggilan mereka terhadap saya. Panggil "Pakcik" (uncle) pun boleh, tanda hormat dan ketinggian budi bahasa mereka terhadap saya.

BACAAN KESIHATAN
Hari ini, bacaan kesihatan saya agak unik. Darah tinggi 129/89. Jantung pulak (tak ada bacaan) tetapi ok jew. Kencing manis agak bahaya. Biasanya (7 - 9) Hg mm. Jarang-jarang sekali 10 Hg mm. Tetapi hari ini bacaannya menakutkan saya.

Darah Tinggi saya dah ok sekarang. Seminggu ini, saya amalkan meminum air rebusan bulu jagung. Inilah khasiat bulu jagung yang saya ceritakan kat atas.

Memang benar khabar yang saya terima, air rebusan bulu jagung sangat berkhasiat menurunkan tekanan darah tinggi. Mula-mula saya tak percaya, tetapi orang yang bercerita kepada saya bersungguh-sungguh menceritakannya.

Dia kata, kat Kota Bharu, orang berduyun-duyun membeli jagung kat Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Borong, Pasar Besar dan gerai-gerai di tepi jalan. Jagung dah jadi barang mewah sekarang.

Kata dia lagi, doktor pakar yang suruh minum air rebusan bulu jagung ini. Doktor pakar mana??? Yang tu, saya tak pasti. Dia pun dengar khabar sahaja. Tetapi elok juga kalau percaya.

Tak salah mencuba. Hasilnya, selama seminggu mencuba air rebusan bulu jagung tadi, tekanan darah tinggi saya turun. Syukur Alhamdulillah. Kebiasaannya, tekanan darah tinggi saya 160/110. Tetapi bacaan pagi tadi sangat menggembirakan saya.  

Jantung saya pun dah ok. Saat saya naik turun tangga, pergerakannya tidak memenatkan saya. Setiap hari saya ambil 2 jenis ubat jantung. Saya tak tahu fungsinya. Yang saya tahu, bilik keempat jantung saya (sebelah kiri, paling bawah, ventrikel kiri) ada masalah sikit. Sekarang rasanya dah ok. Syukur alhamdulillah.


SATU PETUA BARU
[Saya mendapat satu petua baru. Petua dari seorang tua semasa kami bertemu di Terengganu. Tetapi saya sendiri belum praktek. Katanya, untuk mengubati penyakit jantung, cari jantung pisang tenggala (pisang gala). Kemudian rebus. Kemudian makan bunga yang terletak di antara pelepah jantung tersebut. Lakukan berulang-ulang kali sehingga sembuh].

ANDA FAHAM MAKSUD SAYA??? Cuba lihat gambarajah sebelah kiri anda. Bunga yang saya maksudkan ialah bunga berwarna putih pada tiap-tiap kelopak. Anda mesti makan yang tu.

Beralih kepada kisah berjumpa doktor pakar pagi tadi. Lain halnya dengan kencing manis. Bacaan kencing manis saya naik mendadak. Saya seakan-akan tak percaya melihatnya.

Walau bagaimanapun, semuanya itu salah saya. Saya sendiri yang kurang perihatin terhadap konsep pemakanan saya. [1] Saya ambil nasi (karbohidrat) secara berlebihan, [2] Makan nasi waktu malam, [3] Terlampau kerap makan pisang, [4] Kerap mengambil air milo-ais akibat kehausan.   


AWASI MAKANAN ANDA
Dalam banyak hal, rupa-rupanya kita selalu terlupa bahawa makanan juga merupakan pembunuh utama manusia. Di Somalia, ramai orang mati kerana kebuluran. Di Malaysia pulak, ramai orang mati kerana makanan. Makanan pun patut diawasi juga.

Dalam agama pun, Nabi S.A.W mengajar kita supaya mengisi tembolok (perut) dengan kadar 1/3 sahaja. Kemudian air 1/3 dan udara 1/3. Tetapi kita (termasuk saya) kadang-kadang terlupa hal tersebut. Kita selalu terlupa mengawasi apa yang masuk ke dalam perut kita.  

CUKA KHURMA
Sekarang saya amalkan cuka khurma (khal). Cuka khurma bagus untuk merawat darah tinggi & kencing manis. Dulu pun, memang saya minum. Kebiasaannya sebelum tidor. Kadang-kadang saya terlupa. Maklum sahaja, bila mengantuk, terlupa serba-serbi.

Nampak gaya, saya kena ikut cara Cikgu Mohamad Shukri bin Ismail. Dia minum cuka khurma bersama sarapan pagi. Dalam sehari 3X dia minum. Kesihatannya sangat ok.  Tak timbullah masalah dia terlupa. Saya pula selalu terlupa.

Di bawah ini saya paparkan cuka khurma yang banyak di pasaran Malaysia.Walau pun dia produk dari Tanah Arab, tetapi pasarannya sudah banyak di negara kita. Elok kita baca penerangan berkenaannya di bawah. Sesiapa yang berminat, boleh cari di Jaafar Rawas KB pada harga RM13.00. Kat farmasi pun ada, tetapi harganya mahal sikit kot.  

BAGAIMANA ORANG ARAB MAMPU MAKAN SEEKOR KAMBING HANYA UNTUK TIGA ORANG MAKAN TANPA RISAU TERKENA PENYAKIT-PENYAKIT BERBAHAYA SEPERTI DARAH TINGGI, KENCING MANIS, JANTUNG, KOLESTROL ATAU OBESITY.

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Produk
photo 



RAHSIANYA. Cuka kurma (khal) berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit yang digeruni seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan jantung.
  
Semoga bermanfaat untuk saya, anda dan semua kaum muslimin & muslimat.  




No comments:

Post a Comment