BUNGA NAN INDAH

Tuesday, 29 May 2012

MAKAM PARA NABI


Alangkah damainya tempat ini. Sejuk rasanya hati berada di sini. Damainya perasaan berada di sini. Pada waktu biasa, kaum lelaki dibenarkan bersolat di sini. Tetapi apabila sampai waktu Dhuha sehingga kepada waktu Zohor, hanya kaum wanita yang dibenarkan berada di sini.

Kalau anda bercita-cita untuk melihat sebuah pemandangan yang indah, inilah tempatnya. 

Kalau anda ingin merasa sejuknya, damainya, tenangnya sebuah tempat yang indah di muka bumi ini, inilah tempatnya.     


2. Makam Nabi Allah DAUD, AS di Israel 
http://img442.imageshack.us/img442/1763/77254759.jpg
Nabi Daud adalah seorang Nabi yang hebat. Beliau diberi mukjizat bersuara merdu, dapat melunakkan besi dan diberi kerajaan yang besar. Padanya, diturunkan kitab Zabur. Anaknya, Nabi Sulaiman juga seorang raja yang hebat. Baginda dapat menguasai bahasa binatang dan mempunyai bala tentera yang terdiri dari jin, manusia dan binatang.  


3. Jejak Kaki Nabi ADAM, AS di Sri Lanka
http://img706.imageshack.us/img706/107/21182704.jpg
Nabi Adam a.s dipercayai di turunkan di Sri Langka (sebelum ini Ceylon) selepas diturunkan daripada shurga. Inilah datuk kepada seluruh umat manusia sebenarnya. Daripadanyalah, lahir keturunan manusia. Jangan percaya kepada teori gila Charles Darwin yang mengatakan manusia berasal dari berok.


4. Makam SITI HAWA di Jeddah
  http://img14.imageshack.us/img14/863/25058275.jpg
Inilah wanita pertama di atas muka bumi. Isteri kepada Nabi Adam a.s. Semasa diturunkan dari shurga, Nabi Adam diturunkan di Sri Langka manakala Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Mereka terpisah selama 40 hari 40 malam. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah. 

5. Makam Nabi Allah ADAM, AS di Jordan
http://img11.imageshack.us/img11/6006/93747469.jpg
Inilah kubur Nabi Adam a.s di Jordan.  Bagindalah rasul pertama yang membawa kalimah tauhid. Maka jagalah agama Islam yang suci ini. Jagalah juga akhlak anda. Baginda tentu gembira  melihat ramai keturunannya menjadi orang yang baik & berakhlak mulia. Tetapi sebaliknya, baginda tentu sangat sedih melihat ramai anak cucunya hidup jauh dari agama.


6. Makam ABEEL (HABIL), anak dari Nabi Allah ADAM, AS di Arab Saudi
http://img522.imageshack.us/img522/2364/17675926.jpg
Habil adalah anak kepada Nabi Adam a.s. Baginda telah dibunuh oleh abangnya sendiri, Qabil kerana perebutan seorang wanita, Haqlima untuk dijadikan isteri. Qabil tidak reda dengan keputusan tuhan lalu mengambil tindakan membunuh adiknya sendiri kerana tidak berpuas hati. Inilah pembunuhan pertama (the first killing) di atas planet bumi. Puncanya ialah kerana seorang WANITA.

7. Makam Nabi Setelah Nabi Allah ADAM, AS di Jordan
http://img709.imageshack.us/img709/6808/49350330.jpg
Maksudnya, Nabi Syits (dipanggil juga  Yousha) yang terletak di Jordan. Baginda adalah nabi yang pertama sesudah Nabi Adam a.s. Tidak banyak kisah yang diketahui tentang baginda, kecuali baginga juga diberi suhuf (kitab yang tidak lengkap) sebagai pedoman dan petunjuk kehidupan.

Kitab yang lengkap ada 4 iaitu Taurat, Zabur, Injil & Al-Quran. Kitab yang tidak lengkap dipanggil suhuf dan diberikan kepada beberapa orang rasul tertentu, termasuk Nabi Allah Syits di atas.

8. Makam Nabi Allah SALEH, AS
http://img130.imageshack.us/img130/5649/15934556.jpg
Anda tentu terkejut melihat kuburnya yang panjang. Sebenarnya mayat baginda tidaklah sepanjang itu. Kuburnya sengaja dipanjangkan sebagai penghormatan untuknya. Mukjizat Nabi Salleh yang terkenal ialah tentang seekor anak unta yang keluar dari batu. Sungguh hebat kekuasaan tuhan. DIA boleh mengeluarkan apa sahaja yang DIA mahu dari apa sahaja yang DIA mahu.

Sebab itu, anda jangan pelik kalau melihat ulat yang boleh hidup dalam buah mempelam dan sebagainya. Jangan juga pelik melihat ikan keli dan haruan yang mampu hidup di dalam tanah keras di musim kemarau dan tiba-tiba muncul bila hujan. Semuanya kuasa Tuhan. DIA Maha Berkuasa di atas segala-galanya.  
 
9. Makam Nabi Allah MUSA A.S di Israel
http://img220.imageshack.us/img220/7320/53812851.jpg
Baginda terkenal sebagai seorang Rasul Ulul Azmi. Seorang rasul yang banyak menghadapi ujian dan pahit getir di dalam perjuangan. Baginda ditakdirkan menjadi anak angkat kepada Firaun dan hidup sebagai seorang anak raja. Kemudian baginda lari daripada Mesir akibat satu kes pembunuhan dan menuju ke Madyan. Baginda kemudian berkahwin dengan kedua-dua anak Nabi Syuaib a.s. Dalam perjalanan pulang semula ke Mesir, baginda dilantik sebagai Rasul oleh Allah S.W.T.

Di Mesir, baginda menjalankan dakwah tetapi ditentang oleh Firaun. Baginda seorang yang berani dan cekal menjalankan tugas. Diberitakan, baginda mempunyai raut wajah yang cengil (bengkeng) dan berjanggut putih yang panjang. Kemenangan akhirnya berpihak kepada baginda. Firaun dan tenteranya ditenggelamkan tuhan di Laut Merah.  


10. Makam Nabi Allah SYUAiB A.S
http://img294.imageshack.us/img294/8072/38622400.jpg
Kubur baginda terletak di Madyan. Selain seorang rasul, baginda juga adalah bapa mertua kepada Nabi Allah Musa a.s. Baginda mempunyai dua orang putri yang kedua-duanya dikahwinkan dengan Nabi Musa. 

Nabi Musa telah menunjukkan contoh seorang lelaki yang berakhlak baik dan budiman sehingga anak gadis dan Nabi Syuaib sendiri terpikat padanya. Kehebatan akhlaknya meruntun hati sesiapa sahaja yang melihatnya atau mengetahui tentangnya.   

11. Makam Nabi Allah HARUN A.S
http://img704.imageshack.us/img704/9162/11968560.jpg
Baginda adalah abang kepada Nabi Musa a.s. Sewaktu Firaun memerintah, baginda menetapkan supaya semua bayi Kaum Yahudi dibunuh. Akibat perintah itu, kerajaan Firaun kekurangan tenaga buruh untuk melaksanakan program pembangunan negara.

 Kemudian perintah itu dilonggarkan, pembunuhan diadakan selang setahun. Nabi Harun dilahirkan pada tahun yang tiada pembunuhan bayi. Tetapi Nabi Musa pula dilahirkan pada tahun yang dikenakan pembunuhan bayi.

Tetapi Tuhan Maha Bijaksana. DIA menyelamatkan Nabi Musa pada saat kelahirannya dengan merasa dingin di dalam periuk roti ibunya. DIA kemudian memasukkan Nabi Musa ke dalam istana Firaun untuk kemudian menaklukkinya. Sungguh hebat perancangan Tuhan.
 
12. Makam Nabi Allah ZAKARIA A.S
http://img121.imageshack.us/img121/9355/59471140.jpg
Kisah seorang Nabi yang sudah tua tetapi belum mempunyai zuriat. Hatinya menghiba sedih mengenangkan siapakah yang akan menganti dia selepas kematiannya. Maka tuhan memperkenankan doanya. Saat Jibrail membawa perkhabaran gembira itu, baginda bertanya, apakah buktinya baginda akan mendapat anak?

Buktinya...baginda tidak dapat bercakap dengan manusia selama 3 hari.  Isterinya kemudian disahkan mengandung walau pun sudah tua. Lahirlah seorang putra. Lalu dinamakan Yahya.


13. Makam Nabi Allah YAHYA A.S
http://img28.imageshack.us/img28/9066/17069095.jpg
Ini adalah anak Nabi Zakaria a.s. Anak tunggal baginda yang terkenal soleh dan sangat patuh kepada orang tuanya. Kemudiannya, dia sendiri diangkat menjadi Rasul kepada kaumnya. Baginda terkenal sangat tegas.

Bukti ketegasannya ialah beliau melarang percintaan dan pernikahan antara putri raja dengan bapa saudaranya. Akibatnya, beliau dibenci dan difitnah oleh pihak Istana. Askar-askar telah dikerah untuk membunuh baginda dan pengikutnya.

Sila baca buku agama di kedai-kedai berdekatan untuk mengetahui kesudahan kisahnya. He2.

14. Makam ABU TALIB, Paman Nabi Allah MUHAMMAD, SAW di Mekah
http://img85.imageshack.us/img85/6160/96660644.jpg
Inilah kuburan Abu Talib, bapa saudara Nabi S.A.W. Beliaulah yang menjaga Nabi semenjak kecil sehinggalah baginda berkahwin dengan Siti Khadijah. Taufik dan Hidayah itu dari Allah S.W.T. Beliau tidak masuk Islam walaupun bersama baginda sekian lama.
 
15. Makam Siti Khadijah Al-Kubra, Istri Nabi Allah MUHAMMAD SAW di Mekah
http://img6.imageshack.us/img6/297/20515269.jpg
Makam ini kelihatan lusuh dan terbiar. Kenapa begitu??? Beliau adalah Ummul Mukminin (Ibu orang Mukmim) tetapi kenapa makamnya begitu. Jawapanya bukan pada saya. Jawapannya ialah pada kerajaan Al-Haramain Arab Saudi. Kalau kita menyayangi Baginda S.A.W, kita juga mesti menyayangi isterinya. Sepatutnya begitu


16. Makam SITI FATIMAH  AZ-ZAHRA
http://img171.imageshack.us/img171/1812/17542222.jpg
Makamnya juga kelihatan seperti makam ibunya, Siti Khadjah. Ini adalah anak kesayangan Nabi Muhammad  S.A.W. Meninggal dunia 6 bulan sesudah kewafatan ayahandanya. Berkahwin dengan Syaidina Ali dan mendapat beberapa orang zuriat, di antaranya Syaidina Hassan dan Hussein. Saya sedih melihat makamnya. Ya Allah Ya tuhanku, percepatkanlah kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar dari keturunannya. Semoga dia (Siti Fatimah Az-Zahra) dan ibunya (Siti Khadijah Al-Kubra) mendapat apa yang berhak untuknya.

17. Makam BILAL HABASHI, di Damaskus
http://img11.imageshack.us/img11/2017/66800156.jpg
Kubur yang sangat cantik. Dia mendapat kemuliaan sesuai dengan taraf keimanannya. Kubur ini terletak di Syria dan dijaga dengan baik oleh kelompok Ahlus Sunnah Wal Jemaah.  Bilal ini berbangsa Negro, berkulit hitam & berbibir tebal. Tetapi Nabi S.A.W sangat menyayanginya dan melantiknya sebagai muazin (bilal).

Di antara amalan Bilal yang terkenal ialah sentiasa berwuduk. Kalau terbatal, beliau segera memperbaharui wuduknya. Kemudian beliau segera mendirikan solat sunat wuduk selepasnya. Satu amalan yang sangat terpuji  dan patut dicontohi.

2 comments:

  1. Kehidupan kekal akan terjadi di alam akherat .........hidup didunia ini marilah seluruh umat manusia ....kita manfaatkan sebagai bekal kelak dikemudian hari setelah kita meninggal ....dapat syafaat...dan bertemu di Surga dengan seluruh kekasih Allah ....Bersyukur kepada Allah ..bahwa kita dijadikan manusia ....apa syarat agar kita masuk surga ...marilah kita jawab dengan hati nurani kita........

    ReplyDelete
  2. Ya, mari kita bersedia sekuat upaya kita untuk menjadi hamba Allah yang soleh. Insyaaallah, kita mendapat shurgaNya.

    ReplyDelete