BUNGA NAN INDAH

Wednesday, 16 May 2012

SELAMAT HARI IBU DI PULAU LANGKAWI

 
Kalau anda tengok gambar sebelah, itu adalah "sky-bridge" yang berada di stesen kedua Pusat Kereta Kabel,  Gunung Mancincang, Langkawi.

Saat saya berjalan ke sana ke mari di atas pelantarnya bersama Cikgu Jamia, kepala lutut saya terasa lemah. Jantung saya pun berdegup-degup kencang. Takut juga
.
Sebelum naik ke kereta kabel tadi, Cikgu Jamia sempat bertanya. "Ckgu Zain, boleh naik ke???"

Saya jawab dengan selamba. "Insyaallah, boleh". Sebenarnya, ini kali kedua saya menaiki kereta Kabel Gunung Mancincang di Langkawi. Takut, gayat, mengerunkan. Jauh sebelum itu, saya pernah naik kereta kabel di Genting Highland. Kali pertama saya naik, saya dah mengalami satu pristiwa yang sangat menakutkan.

Anda tentu nak dengar ceritanya..

Semasa di Genting Highland, saat gondola (gelaran kepada kereta kabel) saya 10 minit bergerak, tiba-tiba ribut petir berlaku. Gondola saya terhuyung-hayang. Di dalamnya, terdapat sepasang cina tua di samping saya & rakan saya. Saya membaca Ayatul Kursi berkali-kali.

Saya cuma takut kepada satu perkara sahaja. Bimbang kalau petir menghentam tali kabel. Kalau tali kabel terputus, alamatnya gondola kami akan jatuh sejauh 500m ke bawah.

Mati??? Ntah r. Tetapi kemungkinan untuk hidup sangat tipis sekali. Gondola tersebut pasti hancur berkecai. Orang-orang di dalamnya, termasuk saya juga akan hancur berkecai seperti tembikai yang dijatuhkan daripada helikopter.

Mati??? Saya malas menjawabnya kerana anda pasti tahu kesudahan ceritanya.   

Langkawi adalah sebuah nama yang sangat popular & glamour. Agak-agak hang la, pasal apa??? Sapa boleh jawab, saya bagi RM100. Ada sapa-sapa boleh jawab?.

Dah 3 kali saya pergi ke langkawi. Semasa pertama kali saya pergi pada tahun 2005, Hotel Eagle Bay dah ada. Tetapi masjid baru di kuala Perlis belum ada.

Kali kedua saya pergi pada tahun 2008, Pusat Kereta Kabel (PPK) di Gunung Mancincang dah siap. Tetapi masjid baru Kuala Perlis belum juga siap.

Kali ketiga ialah pada 11 - 13 Mei 2012. Pulu Langkawi mengalami kepesatan yang semakin bertambah. Hotel-hotel baru berceracak naik.

Haji Ismail Group dah pun mendirikan kompleks perniagaannya sendiri. Kompleks tersebut mengandungi hotel, pusat perniagaan dan sebagainya. Tetapi baru 60% siap. Saya rasa bangga kerana perniagaannya berkembang dan mempunyai potensi yang sangat gagah.

Pusat Idaman Suri pun dengar ceritanya membangunkan kompleks perniagaannya sendiri. Sama-sama gagah. Sama-sama hebat. Semasa saya memasuki kompleks perniagaan Idaman Suri, terlihat pada saya barang-barang dapur & set pinggan-mangkuk yang cantik dan lawa.

Teringat saya kepada sambutan Hari Ibu pada 12 Mei 2012. Banyak sangat hari sambutan dalam bulan Mei ni. Hari Buruh, Hari Belia, Hari Ibu, Hari Bapa dan bermacam-macam hari lagi. Tetapi saya hendak beritahu satu perkara yang jelas kepada anda.

Hari Buruh (sekarang dipanggil Hari Pekerja) & Hari  Belia boleh disambut, tetapi Hari Ibu & Hari Bapa jangan sambut. Kedua-duanya ada kaitan dengan agama Kristian.
 
Alang-alang saya sudah berada di Langkawi, dan berada pula dalam Kedai Idaman Suri, elok sangat saya belikan sedikit cenderamata untuk isteri saya.  .

Isteri saya, sama seperti perempuan yang lain, minat sangat-sangat dengan set pinggan mangkuk. Saya faham sangat citarasanya.  

Dengar khabarnya, tahun lepas (2011), jumlah pengunjung ke Pulau Langkawi ialah 2.6 juta orang. Secara matematiknya, dalam sehari, 7173 orang. . Kalau kira waktu operasinya 10 jam sehari, bermakna terdapat 717 orang masuk ke Langkawi dalam masa sejam.

Kalau setiap orang membelanjakan RM500 sehari, maka jumlah perbelanjaan sehari ialah RM 3.651 juta. Banyaknya duit yang beredar dalam pasaran. Secara ekonominya, kecairan duit yang sebegini banyak membantu melonjakkan pembangunan Langkawi secara drastik.

Apakah kehebatan sebenar yang ada pada Langkawi sehingga ia begitu popular dan glamour seperti sekarang?

Apakah kerana terdapat Makam Mahsuri??? Pada saya, Mahsuri itu hanya wanita biasa. Dia bukan wali Allah seperti Rabiatul Adawiyah. Dia juga bukan wanita keramat. Kisah dia berdarah putih itu hanya sebuah dongeng purba.

Anda jangan telan cerita itu. Cerita itu sangat karut. Kalau anda panjangkan cerita itu kepada orang-orang Asli di Pos Belau, Gua Musang, tentu anda kena BOO.

Kalau anda cerita kepada orang Eropah, tentu depa anggap anda gila. Fikiran anda sudah rosak.Atau ada wayar putus kat mana-mana dalam kepala anda.

Kalau anda nak tahu pasal apa Langkawi  popular & glamour, jawapannya mudah sahaja.

Jawapannya pada huruf O. Anda tahu, maksundya apa? OTAK hebat yang ada pada seorang manusia.

Siapa manusia itu??? Sudah tentu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri.(1981 - 2003). 

Mahathir merebut peuang menjadikan Langkawi sebagai sebuah pelabuhan bebas cukai. Beliau ingin memberitahu kita (rakyat Malaysia) 2 perkara.

Pertamanya, bukan Lee Kuan Yew sahaja yang bijak mengurus Singapura sebagai pelabuhan impot-entrepot. Pemimpin Melayu pun boleh.

Keduanya, bukan Singapura sahaja yang pandai mmemajukan diri, Malaysia pun boleh.

Beliau membina 2 kawasan bebas cukai yang sangat strategik. [1] Mengubah Langkawi yang mundur menjadi sebuah pusat perniagaan bebas cukai. Banyak kebaiakannya di sini. Rakyat Semenanjung boleh membeli barang yang relatif murah. Keduanya, kita tak payah pergi ke Singapura untuk membeli barang murah yang kita mahu sebab Langkawi menyediakannya.

[2] Beliau juga mengubah Labuan menjadi pusat kewangan pesisir pantai yang hebat. Di sana pun, barang-barang relatif murah. Penduduk-penduduk Sabah & Sarawak mendapat manfaatnya di sini. Depa pun tak  payah pergi ke Singapura. Labuan sudah ada.

Mahathir mengambil peluang yang cukup bijak dengan menampan Langkawi (kawasan Barat) & Labuan (kawasan Timur) untuk menarik kapal-kapal perdagangan singgah di kedua-dua tempat tersebut.

Lalu, bagaimana dengan anda???

Secara jelasnya, anda memerlukan otak yang bijak, perancangan yang baik & keberanian merebut peluang untuk mengubah langskap kehidupan anda. Tun Dr Mahathir telah menunjukkan jalan yang baik untuk kita.

Saya ulangi untuk anda. Kalau anda ingin berjaya, anda mesti mempunyai

[1] OTAK YANG BIJAK. Otak yang sentiasa digunakan untuk berfikir. Jangan malas berfikir. Rata-rata manusia hanya menggunakan 10% daripada otak mereka untuk berfikir. Jangan begitu. Kuatkan lagi. Anda mesti banyak berfikir untuk berjaya.

[2] PERANCANGAN YANG BAIK. Bila idea sudah ada, sudah jelas, sudah konkrit, anda tentukan sahaja apa yang perlu dibuat. Set go, buat. Jangan ragu-ragu atau merasa takut. Mustahak juga kalau anda dapat mulakan usaha anda itu dengan solat hajat dan berdoa kepada tuhan. Semoga DIA memberkati segala usaha anda.

[3] KEBERANIAN MEREBUT PELUANG. Merebut peluang ini penting. Pepatah Mesir ada mengatakan. "Orang yang bijak ialah orang yang pandai mengambil peluang". Banyak contoh yang boleh diberikan. Kalau anda seorang pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh semasa di bangku sekolah. Kalau anda seorang insan yang masih hidup, beribadatlah sekuat usaha anda semasa di dunia.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah menunjukkan contoh yang baik bagaimana kaedah merebut peluang yang baik semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saat orang mempersoalkan beliau kenapa membina KLIA, beliau menjawab selamba sahaja. KLIA mungkin membazir pada masa sekarang (masa pembinaannya), tetapi 10 tahun akan datang, ia akan jadi sempit.

Begitu juga dengan banyak projek lain yang membantu rakyat Malaysia. Pembangunan Langkawi, Labuan, Sepang International  Cuicuit (SIC), KLCC, Menara Berkembar Petronas, pembinaan Lebuhraya PLUS dan sebagainya.

Otak beliau cukup bijak. Contoh terbaik ialah bagaimana beliau mengubah langskap Langkawi menjadi sebuah pelabuhan bebas cukai yang masyhur seperti sekarang ini.  


Disiapkan pada 17 Mei 2012. 8.18 pm
UNTUK MEMBERI KOMENTAR, PILIH ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ.

No comments:

Post a Comment