Ini amalan harian saya selain wirid-wirid lain. Rujukan kepada amalan saya ialah Kitab Asrarul Mufidah.
Tersebut dalam kitab Asrarul Mufidah,.barangsiapa sentiasa membaca Ayatul Kursi 18X setiap hari, insyaallah dia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan mertabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, dipeliharakan dari segala bencana dengan izin Allah SWT.
Selesai wirid tersebut, sempat juga saya memeriksa fb saya & kemudian mengedit post-post terbaru dalam blog saya. Lama juga saya terbongkok di depan laptop melakukan kerja saya.
Tiba-tiba saya terdengar suara orang berdehem
Saya melihat jam automatik pada laptop saya. Pukul 4.54 pagi. Saya berpaling ke kanan, melihat ke arah jendela berdekatan kawasan dapur, tempat di mana suara itu datang tadi. . Tak ada orang pun.
Saya luaskan medan penglihatan saya. Tengok segenap ruang dan kawasan. Tak ada orang pun.
Suara sapa tu?.
Mungkinkah itu suara Pokteh Hussin?
Atau mungkinkah itu suara Haji Yahaya? Tak mungkin Haji Yahaya masuk kawasan Pokteh Hussin. Depa berdua dah ada wilayah masing-masing.
Pokteh Hussin & Haji Yahaya adalah nama gelaran kepada 2 ekor hantu raya oleh orang-orang kampung di tempat saya . Menurut mereka, Pokteh Hussin menguasai wilayah barat manakala Haji Yahaya pula memegang kekuasaan sebelah timur.
He2. Hebatnya mereka. Ada wilayah masing-masing.
Kawasan perumahan saya termasuk dalam wilayah barat. Maknanya, Pokteh Hussin yang menguasainya. Menurut pendapat yang saya dengar, Pokteh Hussin ini dah tua, buta sebelah matanya. He2. Ntah r.
Cerita tentang hantu raya bermula semenjak saya tinggal di sini pada tahun 2009 lagi. Hari kedua, saya tidor di rumah baru ini, saya bermimpi sesuatu.
Kawasan perumahan saya termasuk dalam wilayah barat. Maknanya, Pokteh Hussin yang menguasainya. Menurut pendapat yang saya dengar, Pokteh Hussin ini dah tua, buta sebelah matanya. He2. Ntah r.
Cerita tentang hantu raya bermula semenjak saya tinggal di sini pada tahun 2009 lagi. Hari kedua, saya tidor di rumah baru ini, saya bermimpi sesuatu.
Saya bermimpi, sebuah keluarga yang terdiri dari seorang bapa, ibu dan seorang anak lelaki membuang semua peralatan solat saya ke dalam tandas. Kain pelikat, sejadah, tasbih, kopiah dan sebagainya, semuanya dihumban ke situ. Saya jadi panas hati. Celaka betul.
Kemudian, mereka menghumban Al-Quran yang ada di rumah saya ke tandas tersebut. Hoi...saya menjerkah mereka. Memang saya marah. Celaka betul. Binawe. Kanina. Lu Chibai.
Mereka berpaling kepada saya dan sedia bertempur. Mereka kata, ini tanah & rumah mereka. Dasar syaitan laknatullah. Saya segera membaca Ayatul Kursi dan melontar kepada mereka. Terbirit-birit mereka lari.
Beberapa bulan selepas itu, anak saya pernah terdengar suara orang berjalan di tepi rumah saya pada waktu maghrib. Masa itu, saya ke surau. Bila saya balik & membuat pemeriksaan, tak ada pulak orangnya.Saya sengaja masuk ke dalam bilik kosong & mematikan lampunya. Tak nampak pulak kelibatnya. Perkara ini berlaku sebanyak 2X. Huh.
Paling terbaru ialah kisah di atas. Saya terdengar suara orang berdehem. Takut juga saya. Tetapi saya buat derk jew. Malas nak layan sangat. Keesokan malamnya, anak saya mengalami sesuatu. Dia terdengar ada orang membuka paip air di dapur Katanya, waktu itu pukul 1.00 pagi. Masa itu, memang saya dah tidur.
Jiran-jiran saya pun banyak mengalami karenah & perangai jahat Pokteh Hussin ini. Abang Hassan pernah bertugas di Pusat Kawalan Rukun Tentangga (KRT/SRS) pada suatu malam. Hanya dia yang tidur dalam kereta sedangkan yang lain bermalam di dalam pos. Tiba-tiba dia merasa ada orang menyerkupnya dari belakang. Orang itu sangat besar, selah-olah seperti lembaga yang hitam legam. Waktu itu, jam pukul 2.00 pagi.
Masa saya bertugas, setiap malam Isnin, ada juga saya terasa sesuatu yang besar berada di sekitar KRT/SRS. Tubuhnya seperti berok dengan tangannya panjang menjuntai. Saya bacakan Ayatul Kursi berulang-ulang kali disertai 3 Kul 3X setiap satu. Barangkali dia merasa sangat panas, dia pun ghaib begitu sahaja.
Di rumah Cikgu Razak pulak, anaknya pernah juga terdengar tapak kaki orang berjalan di tepi biliknya. Tetapi bila siasat, tak ada pulak. Yang terbaru, benda tu masuk ke dalam bilik anaknya. Terpaksa budak-budak tu tidur di luar kerana tersangat takut. Pokteh Hussin ni merapu betul.
Pernah juga terjadi kisah terpampang gambar seorang lelaki pada cermin besar di rumah Puan N. Masa itu, anak perempuan bongsunya melintas di depan cermin tersebut. Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang sudah tua, berkepala botak terpampang dalam cerita tersebut. Budak itu terkejut sakan. Menangis dia.
Kisah Haji Yahya di sebelah Timur pun lebih kurang begitu juga. Semasa orang-orang kampung bertugas KRT/SRS di surau, mereka juga pernah ternampak seekor berok besar (lebih kurang 10 kaki tingginya) berada di atas jalan raya di bawah limpahan lampu jalan. Masa itu, jam 2.00 pagi.
Ada juga orang bercerita kepada saya, semasa mereka bertugas, mereka ternampak kelibat satu lembaga yang berjalan di dalam semak. Lembaga itu besar & hitam legam.
Baru-baru ini, Pakcu Li menjemput saya untuk melihat cucunya yang menangis tak berhenti-henti. Saya pastinya hari Sabtu, iaitu hari di mana saya terdengar suara orang berdehem. Budak itu memang sawan tangis. Dia telah menangis tak berhenti-henti semenjak pukul 4.00 - 6.30 pm.
Saat saya sampai pada pukul 6.30 pm, saya melihat mata bayi itu menjurus kepada satu bucu 3 matra di rumahnya. Sah, ada tetamu asing di rumah ini. Sapa??? Pokteh Hussin ke? Atau Haji Yahaya?
Saya mulakan Ayat 33 saya. Semakin kuat saya membaca, semakin kuat budak itu menangis. Bila saya mengakhiri bacaan Surah Ash-Shaffat (1-10), tiba-tiba dia terdiam. Selanjutnya keadaan menjadi tenang dan terkawal.
Saya menyediakan air untuk mandi bayi tersebut dan garam untuk pagar rumah. Dalam keadaan apa-pun, kita mesti percaya kepada kekuasaan Allah dan yakin kepada pertolonganNya. Jin & syaitan adalah makhlukNya yang lemah seperti kita.
Percayalah, kita yang lebih kuat daripada mereka selama mana kita berpegang kepada Al-Quran & Hadis Nabi S.A.W
No comments:
Post a Comment