BUNGA NAN INDAH

Friday, 17 August 2012

SELAMAT HARI RAYA 2012


SELAMAT HARI RAYA,
AIDIL FITRI YANG MULIA.
AMPUN MAAF DIMINTA.
PENCUCI HENING DOSA.

Bila kita dengar lagu-lagu sedih macam ini, kita akan sedih dan menangis. Hari Raya adalah hari yang penuh dengan kesedihan. Kalau tak dapat jumpa ibubapa, lagi bertambah sedih.

Setengah orang sudah kehilangan ibubapanya, maka bercucuranlah air mata mereka kerana sedih dan duka.
.
Setengahnya pula kerana tugas atau sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan, maka mereka pun sedih. Mereka menangis, menangis dan menangis.

Walau bagaimana pun, janganlah kita berlarut-larut dalam kesedihan. Kita mesti kuatkan hati dan jiwa.

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN HARI INI UNTUK MEMOHON JUTAAN AMPUN DAN MAAF DI ATAS SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN.

MAAF BLAKO WEI. KALAU ADA SALAH SILAP TU. 

Kali ini saya postkan lagi entry tentang kucing. Benarlah kucing itu penenang jiwa. Keletah dan telatah manjanya ibarat terapi yang mengubat jiwa. Saya mengaku saya terhibur dengan mereka.

Mari kita mulakan

Seronoknya 2 beranak ini menonyon TV. Depa pun ada pelakon handalan juga ya. .Si anak bertanya kepada ibunya.

Anak : Siapa nama pelakon tu,bu
Ibu : Maria Kucing Kurau.
Anak : Maria Kucing Kurau? Itu kan......

Si Ibu berpaling kepada anaknya.

Anak : Itu kan nama nenek
Ibu : Ya, itulah ibu kepada ibu semasa muda dulu.  Dulu dia cantik, wajahnya putih.. Sekarang dah tua, dah kerepot. Hu2.

Anak : Tak apa, bu. Nanti saya akan jadi pelakon juga. Nak ganti nenek.

Ibu : Jangan3. Ibu tak suka.

Anak : Kenapa?. Bkpo? Why?

Tiba-tiba TV tersebut padam. Blackout. Lama juga soalan tersebut tergantung tanpa jawapan. Akhirnya si anak itu mendapat jawapannya takkala menonton siaran Al-Kuliyyah TV3. Jawapan ustaz itu memuaskan hatinya. .


Hang bertiga ni buat benda? Hang jangan dok ganggu teman yang nak melabur tu. Yang kanan tu, jaga sikit kaki you.


You bertiga ni pandai ke guna komputer? Tekan elok-elok komputer tu. Jangan salahguna tau.

 
Amboi sedapnya tidur. Jangan dok berak atas kerusi, sudah la.


You datang dari mana ni, bro? Habis basah kuyup. Kalau ya pun nak mandi, janganlah terjun ke dalam swimming pool. You tu tak pandai berenang.


Amboi panjangnya ekor you. Kumpulan 4 sekawan. You nak tubuh kumpulan, tak apa, tetapi jangan curi ikan dan daging, dah la. Kalau tak, teruk you kena marah nanti.  



Hitam : Awak pandai ke baiki komputer ni?
Oren : Pandai la sikit-sikit. Aku pernah belajar kat poly dulu
Putih susu : Ya ke? Kenapa engkau pijak kaki aku tu?
Oren : Sowry2, tak perasaan.. 
Kelabu : Awak jangan pijak belakang aku wei. Aku nak terberak ni.



Seekor anak kucing dalam bekas berkepala bapak kucing. Satu contoh perletakan objek yang simbolik.

Bapa sanggup mendokong anak di atas kepalanya demi keselamatan anaknya. .

Anak empati dengan kesusahan bapanya, lalu dia menjiwai keadaan itu dengan konsep 1 hati 1 jiwa..

BAPA BOREK ANAK RINTIK.

 
Mereka mencari sesuatu dalam bakul basikal. Gambar ini menunjukkan mereka sangat peka kepada bau. Itu petanda baik kepada kita, orang Islam. Kalau ada sisa-sisa makanan di rumah anda, usah buang merata-rata. Berilah kepada mereka. Mereka tentu sangat berterima kasih kepada kita.

 
Sapa suruh hang panjant tiang tu? Hang nak jadi ahli akrobatik? Inilah kelebihan kucing sebenarnya. Mereka mempunyai kelenturan badan yang luar biasa. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, anda boleh baca entry saya sebelum ini. FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG KUCING.

Kalau anda tak percaya, tentu anda akan dapat lihat kucing ini memusingkan tubuhnya 360 darjah terjun ke tanah. Dia hebat kerana mempunyai kelenturan tubuh yang cukup luar biasa.


Alangkah bahagia melihat kucing-kucing ini hidup secara harmoni.

MEREKA TIDAK DENGKI-MENDENGKI.
MEREKA TIDAK  BENCI-MEMBENCI
Yang di atas menyayangi yang di bawah
Yang di bawah mengasihi yang di atas

HATI MEREKA BERSIH,
WAJAH MEREKA BERSINAR
Wajah yang bersih datang daripada hati yang bersih.  
Bila hati bersih, wajah pun bersih dan bersinar
funny
Tolong jimat sikit air tu. Sekarang ni Sungai Kelantan dah kering. Banyak daerah dah mengalami masalah gangguan air. Kat Machang pun. Kalau you boros dan tak pandai guna air, nanti saya hantar you balik ke dalam hutan.

funny
Kata orang, anjing dan kucing tak boleh berdekatan. Asyik berbalah dan menengking di antara satu sama lain. Tetapi gambar di atas menunjukkan sebaliknya. Mari kita dengar perbualan mereka.

Kucing : Stop,stop, aku  terlihat sesuatu la.
Anjing : Apa dia?
Kucing : Seekor kumbang tadak terbalik. Kesian dia, tak boleh bangun.
Anjing : Jom kita tolong.

Kalau kita hidup lengkap melengkapi seperti mereka, tolong menolong seperti mereka, tidak busuk hati seperti mereka, tentu aman & harmoni dunia ini.

funny
Hebatnya lembu ini. Anda tentu terfikir perkara ini mustahil. Mari kita dengar perbualan mereka.

Lembu : Sudah lama aku nak terbang macam ni, tetapi tak dapat.
Ikan : Mudah aje, bang.
Lembu : Betul2, mudah je. He2.
Ikan : Bang dah makan?
Lembu : Belum lagi, tengah diet sekarang.
Ikan : Bang dah tidor?
Lembu : Sedang tidor la ni.

RUPA-RUPANYA SANG LEMBU BERMIMPI

BERPIJAKLAH DI ALAM NYATA.

funny
Kenapa sampai ternganga ni? Mesti ada sesuatu yang sangat pelik sehingga anak cimpazee ni tergangga mulutnya seperti di atas. Mungkin keadaannya seperti ini.

Dia berada di atas sebuah lori yang dipenuhi dengan penumpang, lelaki dan perempuan. Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki dewasa yang makan buah epal. Terkejut anak cimpazie tersebut.

Lebih teruk daripada itu, dia terkejut melihat dua orang wanita dewasa berkongsi memakan roti canai.

Bukan masalah bulan puasa, sebab lelaki dan perempuan di atas bukan orang Islam.

Masalahnya ialah.....

DEPA TAK BAGI KAT AKU. AKU LAPAAAAR NI. .

funny
Berkatalah salah seekor daripada mereka.
Kenapa wajah kita jadi macam ni? Ada corak, ada pattern, ada bentok poligon dan sebagainya, sedangkan mak bapak kita tak ada?

Jawapan dari
kiri : Dah ditakdirkan tuhan kot.
kanan : Aku rasa x, aku rasa ada manusia yang mewarnakan muka kita sewaktu tidor.

Kemudian yang baki seekor lagi ketawa. Anda tahu pasal apa dia ketawa?

SEBABNYA IALAH.....

Memang ada manusia yang mencorakkan muka kita. Aku suruh depa buat semalam. Sebab depa janji nak masukkan gambar kita dalam internet. Lepas tu nak masukkan ke dalam WEBLOG CIKGU ZAIN.

Suka tak???

Rakan-rakannya menjawab serentak....SUKA, SUKA,... .
funny
Kuda belang ni memang dah melampau. Pasal apa hang dok panjat tengkok zirafah tu? Eh, pasal apa aku marah ni, sedangkan zirafah tu tak marah pun.

Pada pandangan anda, kenapa zirafah tu tak marah sikit pun? Dia cool saja. Pasal apa?

SEBABNYA IALAH....

Kuda belang jantan tu adalah kekasihnya.

funny
Anda kenal apa dia objek di atas? Mungkin ikan buntal. Atau mungkin si katak puru. Kalau tengok pada kakinya, sah dia katak puru. He2. Sanggup anda pegang? Aku tak sanggup wei.
 funny
Jerry ni melalut betul. Peminum rupa-rupanya. Ini sebuah gambar dari sebuah blog barat. Anda jangan menyeksa binatang dengan api, sebab api iru panas. Anda juga jangan permain-mainkan dia dengan memberi minum arak, samsu, todi atau apa-apa yang memabukkan. Tak baik. Berdosa.

Kalau anda menyeksa begitu, tunggulah bala tuhan.  
 funny
Bestnya brother kita ni tengok TV. Sambil menonton, sempat juga minum air tin dan makan makanan ringan. Ada 3 perkara yang tak baik di situ. 

[1] Menonton sambil makan dan minum boleh menyebabkan obesiti

[2] Meminum air bikarbonat, samada dalam tin / kotak boleh menyebabkan penyakit kencing manis.

[3] Makanan ringan itu mempunyai kandungan garam kalsium & magnesium yang tinggi. Ia boleh menyebabkan sakit buah pinggang. Awasilah diri anda.

Sekian dahulu.Terima kasih

16.8.2012   12.17 PM. 

No comments:

Post a Comment