BUNGA NAN INDAH

Friday 13 January 2012

ADAKAH ANDA SIHAT??? (1)


Semenjak saya dimasukkan ke Hospital Kuala Krai pada Disember 2009 kerana sakit jantung, saya dikehendaki berjumpa doktor pakar di Hospital Kuala Krai setiap 3 bulan atau 4 bulan sekali. Dah jadi rutin begitu. Sayapun sangat besyukur kerana dapat mengetahui status kesihatan saya setiap masa.

Pada umur yang kian melepasi 40an, saya sangat peka untuk mengetahui keadaan penyakit darah tinggi, kencing manis & jantung saya. Lebih baik saya tahu status penyakit saya supaya saya dapat berhati-hati.

Menganggap dii sendiri sihat tanpa diagnosis doktor sebenarnya sangat bahaya dan boleh membahayakan.

Semenjak itu juga, saya mula menjaga kesihatan saya dan kerap bepuasa sunat. Saya juga mula mendekati pelbagai sumber  info kesihatan yang boleh memberikan saya .kefahaman demi kefahaman tentang pelbagai penyakit. Salah satunya,  saya amat tertarik dengan satu post dari blog pemaniskata.blogspot.com. Tajuknya simple sahaja "Kenali tanda-tanda penyakit pada anda"

Pada saya, saya sangat memerlukan info tersebut kerana tahap kesihatan saya yang kurang stabil sejak beberapa tahun yang lampau. Semakin saya membacanya, semakin saya memahami bahawa sebahagiannya pernah berlaku pada saya. Saya penah mengalaminya..

Andapun elok membacanya. Selepas itu elok anda tanya diri anda. Adakah anda sihat?  Saya harap maklumat yang disediakan dapat membantu anda.  Mari ikutinya satu persatu..  

RAMBUT GUGUR - menunjukkan fungsi buah pinggang yang lemah. Walau bagaimanapun  selepas gugur, rambut akan tumbuh semula secara sihat dan bertenaga.


MULUT DAN LIDAH (ada kaitan dengan jantung dan sistem .peredaran.darah). [1] Kalau lidah atau gusi bengkak/sakit, itu menunjukkan jantung ada masalah. mungkin ada lemak yang berlebihan, injap yang lemah, saluran koronari tersumbat dan sebagainya,  .[2] Bila lidah atau tisu mulut atau gusi pecah atau ada ulcer, itu menunjukkan darah mempunyai kandungan asid yang berlebihan, dan [3] Jika mulut berbau busuk, itu menandakan penyeimbangan fungsi perut sedang berlaku untuk pembuangan toksin.

TELINGA (ada kaitan dengan buah pinggang). [1] Jika telinga terasa tersumbat, itu menandakan  buah pinggang mengandungi toksin yang berlebihan, . [2] Jika telinga berdenggung dengan kuat, itu tandanya simtem immuniti badan  sedang merawat buah pinggang yang lemah. Tapak kaki akan terasa sakit pada waktu pagi dan akan hilang setelah bebeapa langkah berjalan.

SATU NASIHAT : Amalkan meminum 3 gelas air masak (plain water) sebelum waktu subuh. Tujuaannya supaya tubuh anda mempunyai kuantiti air yang mencukupi. Wajah anda cerah & berseri dan buah pinggang anda sihat & cergas.


MATA.mempunyai pelbagai rahsia. [1] Mata yang merah menandakan bahawa hati anda mempunyai  paras toksin yang tinggi., [2] mata yang kabur menunjukkan proses penyeimbangan hati sedang berlaku, [3] Jika  tahi mata keluar secara berlebihan, itu menunjukkan  fungsi hati sangat lemah. Pembuangan toksin di dalam tubuh anda sedang berlaku. Ia juga menunjukkan bahawa tedapat asid yang belebihan di dalam tubuh anda.

[4] Kalau keluar air mata secara tiba-tiba, mungkin itu menandakan gangguan emosi sangat kuat atau  tekanan kerja yang berlebihan. [5] Kalau terdapat ketegangan pada mata dan kelopaknya (elok periksanya di depan cermin), itu tandanya tekanan perasaan / tekanan kerja yang kuat.

SATU NASIHAT : Jika anda mempunyai tanda 4 & 5 di atas, elok anda [1]banyak berehat, [2] banyak bertahajjud di waktu malam, [3] sentiasa membaca Al-Quran dan  berzikir, [4] menghubungi sahabat dan rakan dan bersembang dengan mereka buat seketika. Ketawa bersama juga dapat menghilangkan tension.

HIDUNG (ada kaitan dengan paru-paru atau kerongkong).[1] Jika anda mengidap selsema, itu menunjukkan pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Asid belebihan di situ & suhu badan meningkat. [2] Jika hidung tesumbat, itu menunjukkan toksin belebihan di bahagian paru-paru. [3] Jika bersin pulak, itu adalah proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong & proses penyeimbangan masalah alahan di dalam hidung.

SATU FAKTA SAINS. Bila kita bersin, kita disunatkan mengucap Alhamdulillah. Ada 5 sebab utama. [1] ia adalah proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong selain menyelaraskan masalah alahan pada bahagian hidung, [2] Mata kita terkatup rapat sewaktu bersin. Jika terbuka, ia pasti tersembul keluar [3] Jantung kita berhenti berdenyut sewaktu bersin, [4] Sistem peredaran darah berhenti mengalir, [5] Kita masih HIDUP selepas bersin. Alhamdulillah.

BATUK (mempunyai pelbagai jenis batuk). [1] Batuk keluar kahak, itu menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. [2] Batuk tanpa kahak, itu menunjukkan paru-paru mempunyai toksin yang sangat tinggi. [3] Batuk disertai rasa gatal di bahagian kerongkong, itu menunjukkan proses pembuangan toksin di paru-paru dan kerongkong. Penyakit ini banyak belaku kepada perokok dan meeka yang terkena udara cemar.

Bahagian (2) akan bersambung selepas ini.  Daripada  6 bahagian anggota tubuh yang tersenarai di atas, tentu anda tahu keadaan atau status kesihatan anda. Periksa sndiri. Semak sendiri. Adakah anda sihat????


JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG KOMEN / RESPONS KEPADA ARTIKEL DI ATAS, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIPKAN NAMA & ABAIKAN URL. TQ

1 comment: