Terima kasih kepada peminat-peminat blog saya kerana sudi meluangkan masa membaca entry saya. Post saya yang terdahulu ADAKAH ANDA SIHAT??? (1) mendapat sambutan positif. Ramai yang peka terhadap kesihatan sebenarnya.
Saya cukup berterima kasih kepada pemaniskata.blogspot.com kerana penyediaan info kesihatan yang bermaklumat dan lengkap.Saya juga menambahbaikkan maklumat tersebut dari sumber-sumber lain dan pengalaman pribadi saya sendiri. Semoga perkngsiaan pintar ini bermanfaat untuk saya, anda dan kita semua.
Mari kita ikuti maklumat yang tersaji di dalam post baru saya. ADAKAH ANDA SIHAT???? (2)
KULIT[1] Kalau peloh dikeluarkan itu masin, itu menandakan paras asid urik yang berlebihan dalam badan. Berhati-hati. Kurangkan makan apa juga kekacang dan organ dalaman binatang. Kedua-duanya penyumbang utama kepada paras asid urik dalam badan.
PETUA (1) : Kisar buah peria dan minum airnya selama 40 hari berturut-turut. Boleh merendahkan paras asid urik dalam tubuh.
PETUA (2). Ini adalah satu kisah besar yang berlaku kepada seorang jutawan terkenal di Malaysia. Beliau mengidap penyakit gout dan sanggup terbang ke Benua Cina untuk mencari penawarnya. Seorang tabib di sana memberitahu, ubatnya mudah sahaja. Belah buah epal hijau kepada 4 bahagian. Kemudian rebus hingga hancur. Minum airnya selama 40 hari berturut-turut. Insyaallah paras asid uriknya akan turun dan penyakit gout akan sembuh.
[2] Kalau peloh berbau, itu tandanya badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. Elok pakai deodorant atau pewangi lain supaya rakan-rakan anda selamat. Atau boleh juga pakai minyak attar supaya kewangian tubuh anda terserlah sepanjang hari.

[3] Jika terdapat ruam dan bisul pada. badan anda, itu tandanya ia sedang menyingkirkan toksin yang berlemak dan yang tak larut dalam air. [4] Jika kulit gatal dan ruam , itu menunjukkan proses penyingkiran toksin akibat pengambilan ubat yang mengandungi banyak bahan kimia. [5] Jika kulit pecah dan berair, itu menunjukkan proses penyingkiran toksin yang larut dalam air
PERHATIAN SEKEJAP : Tadi (Sabtu, 14.1.2012, jam 10.40 am) saya menerima panggilan telefon dari AJK surau saya bahawa Ustaz Li (nama sebenarnya Ustaz Ghazali bin Harun) dari Kg Pangkal Cuit, Machang Kelantan telah meninggal dunia. Beliau sebelum ini adalah guru agama di surau kami setiap hari Jumaat malam Sabtu. Takziah & Al-Fatihah.
Beliau difahamkan mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis, uluran angin (?) dan sebagainya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman
SATU INGATAN : Elok anda mengingati MATI sambil membaca artikel ini. Tujuannya supaya anda tahu setakat mana tahap kesihatan anda pada masa sekarang. MENGINGATI MATI ITU adalah satu perbuatan terpuji..

SENDI, TANGAN, KAKI. [1] Sakit sendi disertai rasa panas, menunjukkan terdapat luka pada sendi dan tanda kedatangan penyakit gout, [2] sakit sendi tanpa rasa panas, itu menunjukkan sakit lenguh (rheumatism).
[3] Jika terasa sakit atas bahu, itu menunjukkan saluran darah telah menjadi keras dan proses metabolisma tak seimbang. Saya suka menyarankan mereka yang berkenaan mengambil kapsul garlic (bawang putih) yang boleh didapati di mana-mana farmasi. DAN JANGAN SEKALI-KALI MENGURUT URAT DI ATAS BAHU DAN TENGKOK BAGI MEREKA YANG TIDAK MAHIR. TAKUT TERSALAH URAT.

PENTING : Saya pernah ditunjukkan oleh rakan doktor saya, Dr Zaki bahagian salur darah di kawasan belakang tengkok (kawasan medula oblongata, bahagian ke 3 otak manusia). Kawasan tersebut memang sensitif. Jangan diurut secara semberono oleh mereka yang tidak berpengalaman
[4] Kalau kebas tangan, itu menunjukkan pengaliran darah di bahagian atas badan tak lancar. Elok juga mengambil kapsul garlic seperti di atas, .[5] kalau kebas tangan kiri dan lengan - tanda lemah dan sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di situ untuk jangka masa agak lama, serangan jantung mungkin akan berlaku. Berhati-hatilah. Elok juga mengambil kapsul garlic secara konsisten.
Seterusnya, [6] Jika kebas kaki, itu menunjukkan sistem peredaran darah di bahagian bawah badan tak lancar, [7] Jika sakit tapak kaki, itu bermakna buah pinggang anda lemah. Ia biasanya berlaku disebabkan kerana kurang senaman dan duduk terlalu lama
Seterusnya, [8] sakit tumit kaki - kelemahan fungsi alat kelamin. Dan jika kedapatan [9] rasa panas di tapak kaki, itu menunjukkan proses penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin sedang berlaku.
Kemudian jika terdapat [10] gatal di celah kaki, itu adalah petanda awal bagi penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot). Elok berhati-hati. Tolong basuh kaki anda jika terkena air kotor. Dan tolong sabunkan kaki anda sekali-sekala supaya ia sentiasa bersih dan terjaga.
Disiapkan pada 15.1.2012 jam 11.23 pm
SESIAPA YANG INGIN MEMBERI KOMEN / RESPONS, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIPKAN NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ.
Disiapkan pada 15.1.2012 jam 11.23 pm
SESIAPA YANG INGIN MEMBERI KOMEN / RESPONS, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIPKAN NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ.
No comments:
Post a Comment